Vous êtes sur la page 1sur 1

40 tahun lalu rantau Asia Tenggara bergolak hangat dengan kebangkitan-kebangkitan rakyat menentang penjajahan dan imperialisme Eropah

dalam masa sama ianya diselubungi dengan cuaca genting Perang Dingin. Keamanan, ketenteraman dan keselamatan suatu perkara yang hanya bagaikan impian dan angan-angan rakyat dan penduduk di banyak negara di rantau ini.

ASA KEPADA ASEAN

Namun demikian impian dan angan-angan tersebut tidak hanya tinggal anggan-anggan apabila beberapa negara di rantau ini, seperti Malaysia, Philippines, Singapura dan Indonesai berjaya menuntut semula kedaulatan bangsa dan negara mereka serta menuntut semula hak untuk mereka menentukan nasib sendiri. Pemimpin-pemimpin negara tersebut termasuk Thailand menjadi pengasas awal penubuhan Asean. Hasrat anggota Asean 5 ketika itu jelas iaitu untuk melaksanakan impian mewujdukan rantau ini menjadi rantau aman, bebas dan sejahtera dimana rakyat dan penduduknya saling berkerjasama, hormat-menghormati antara satu dengan yang lain dan harmoni. Hasrat mereka juga ialah untuk menjadikan rantau Asia Tenggara kawasan aman, bebas dan berkecuali (Zone of peace, Freedom and Neutrality atau ZOPFAN). Konsep ini selari dengan pendirian ASEAN ketika itu. Itulah agenda politik Asean 5 ketika itu dan untuk melaksanakan agenda besar ini memerlukan satu pakatan yang kukuh dan strategi yang mantap.

Vous aimerez peut-être aussi