Vous êtes sur la page 1sur 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR Bilangan Jurnal Minggu Praktikum : Ke- 1 : Pertama

Tarikh Peristiwa/Kejadian : 3 Ogos 2011 Tajuk Jurnal : Masalah Pengurusan Kawalan Kelas

1. Masalah / Peristiwa Hari ini (3 Ogos 2010) saya telah mengendalikan kelas Bahasa Inggeris bagi kelas 4 Matahari. Terdapat seramai 3 orang murid yang hadir ketika waktu Bahasa Inggeris ini. Kelas telah bermula pada pukul 11.45 pagi dan tamat pada pukul 12.45 tengahari. Setelah kelas tamat, saya telah menganalisis kelemahan dalam pengajaran saya. Kelemahan saya yang utama ialah kawalan kelas. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana terdapat beberapa murid mempunyai masalah tingkah laku dalam kelas. Mereka sering berjalan dalam kelas tanpa meminta kebenaran. Mereka juga sering mengacau murid lain dalam kelas. 3. Cadangan Tindakan Susulan a. Saya patut menetapkan peraturan sebelum kelas mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dibuat oleh murid-murid. b. Saya akan menyediakan aktiviti dimana murid-murid akan lebih tertumpu kepada aktiviti tersebut. c. Saya boleh meminta bantuan daripada PPM yang ada. d. Saya akan melaksanakan inrevensi yang telah saya pilih sebagai kajian tindakan saya.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu ini. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran haruslah dijalankan dengan kawalan kelas yang baik. Kawalan kelas yang baik menunjukkan kebolehan saya dalam pengurusan bilik darjah. Maka, saya akan memberi perhatian kepada kawalan kelas agar pengajaran dan pembelajaran saya tidak terganggu.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: Nama : Tarikh :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR Bilangan Jurnal Minggu Praktikum : Ke- 2 : Kedua

Tarikh Peristiwa/Kejadian : 10 Ogos 2011 Tajuk Jurnal : Masalah mengingat ejaan

1. Masalah / Peristiwa Hari ini (10 Ogos 2011) saya telah mengendalikan kelas Bahasa Inggeris bagi tahun 4 M. Terdapat seramai 4 orang murid yang hadir ketika waktu Bahasa Inggeris ini. Kelas telah bermula pada pukul 11.45 pagi dan tamat pada pukul 12.45 tengahari. Setelah kelas tamat, saya telah menganalisis kelemahan dalam pengajaran saya. Kelemahan saya yang utama ialah cara pengajaran saya kurang berkesan bagi meningkatkan kebolehan murid-murid mengingati ejaan. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana saya kurang menggunakan latih tubi bagi meningkatkan kebolehan mereka untuk mengeja. Murid-murid tidak dapat mengeja ketika saya menyuruh mereka mengeja semula tanpa menunjukkan ejaan dalam komputer. 3. Cadangan Tindakan Susulan a. Saya patut menggunakan lebih banyak latih tubi. b. Saya akan menyediakan aktiviti yang mampu meningkatkan kebolehan murid-murid untuk mengeja. c. Saya boleh menggunakan bahan bantu belajar yang meningkatkan kefahaman murid. d. Saya akan mendapatkan bimbingan daripada guru pembimbing saya mengenai cara yang boleh saya gunakan untuk membantu murid memahami topik yang diajar.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu ini. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran haruslah dijalankan dengan efektif agar objektif pengajaran dapat dicapai. Maka, saya akan memberi perhatian kepada cara menyampaikan ilmu agar proses pengajaran dan pembelajaran saya berjalan dengan lancar.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: Nama : Tarikh :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR Bilangan Jurnal Minggu Praktikum : Ke- 3 : Ketiga

Tarikh Peristiwa/Kejadian : 17 Ogos 2011 Tajuk Jurnal : Masalah Pengurusan Masa

1. Masalah / Peristiwa Hari ini (17 Ogos 2011) saya telah mengendalikan kelas Bahasa Inggeris bagi tahun 4 M. Seramai 3 orang murid hadir ketika waktu subjek ini. Kelas telah bermula pada pukul 11.45 pagi dan tamat pada pukul 12.45 tengahari. Setelah kelas tamat, saya telah menganalisis kelemahan dalam pengajaran saya. Kelemahan saya yang utama pada hari ini ialah pengurusan masa. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana saya mengambil masa terlalu lama untuk menerangkan konsep penggunaan kata hubung dan dan atau. Saya terpaksa memberi banyak contoh bagi membolehkan murid memahami konsep tersebut. 3. Cadangan Tindakan Susulan a. Saya akan menjalankan langkah pengajaran mengikut masa yang ditetapkan dan dirancang. b. Saya akan menggunakan bahan konkrit dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. c. Saya boleh menggunakan bahasa dan ayat yang lebih mudah supaya murid faham isi pelajaran yang saya jalankan. d. Saya akan mendapatkan bimbingan daripada guru pembimbing saya mengenai cara yang boleh saya gunakan untuk menguruskan pembahagian masa dengan lebih cekap.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu ini. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran haruslah dijalankan dengan efektif agar objektif pengajaran dapat dicapai. Maka, saya akan memberi perhatian kepada pengurusan masa agar proses pengajaran dan pembelajaran saya berjalan dengan lancar dan mencapai objektif.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: Nama : Tarikh :

Vous aimerez peut-être aussi