Vous êtes sur la page 1sur 10

Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua Sekolah Kerajaan bertujuan

untuk mewujudkan permuafakatan antara ibubapa dan guru (IBG), yang diharapkan dapat membina kesefahamanan tentang tugas dan tanggungjawab bersama dan usaha dalam meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di Sekolah. Ia juga untuk mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak Sekolah, ibubapa dan komuniti setempat. PIBG juga mempunyai peranan saling lengkap melengkapi terhadap fungsi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana Sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di Sekolah. Di Malaysia PIBG mula ditubuhkan pada awal tahun 70an berdasarkan kepada Kaedah-kaedah Persatuan Ibu Bapa dan Guru, 1973. Sejak PIBG ditubuhkan hinggalah pada masa ini, ia tidak aktif dan tidak memainkan peranan yang penting seperti yang diharapkan. Kini dengan adanya Akta Pendidikan 1996, anggota PIBG telah diperluaskan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi ahli.

Dalam membina kecemerlangan keluarga, sekolah dan institusi pendidikan, semua pihak terlibat sama memberikan kerjasama dan sumbangan ke arah tersebut. Ibu bapa dan komuniti adalah salah satu daripada penyumbang yang terpenting untuk memajukan institusi pendidikan anak-anak kita dan juga kesempurnaan perjalanan sekolah itu sendiri. Kerjasama, bantuan dan persefahaman yang baik dan mantap daripada pihak ibu bapa dan komuniti masa kini akan menjadikan keadaan sekolah sebagai satu organisasi atau badan yang kuat dalam hal-hal yang berkaitan dengan disiplin, kewangan, tindakan, pembangunan dan yang terpentingnya ialah dapat memajukan pelajaran pelajar itu sendiri. Sesebuah sekolah dan intitusi pendidikan akan maju apabila ibu bapa dan komuniti masa kini memberi pengisian dan menyumbangkan sesuatu yang bermakna dan bererti kepada sekolah. Sebaliknya, pelajar dan sekolah akan menjadi huru-hara apabila ibu bapa dan kominiti mengambil langkah yang keterlaluan, terburu-buru dan tidak rasional. Ibu bapa dan komuniti masa kini boleh membantu dan bersama-sama sekolah dalam memajukan institusi pendidikan dalam suasana dan keadaan berikut : 1.Sewaktu pelajar-pelajar berada di rumah atau di bawah kawalan mereka. 2. Memberi bantuan moral dan material kepada sekolah dan pelajar sendiri. 3. Mewujudkan iklim yang baik dan suasana yang harmoni kepada pelajar-pelajar. Ibu bapa tetap dan masih lagi mempunyai tanggungjawab untuk membantu kecemerlangan pendidikan itu sendiri. Hubungan darah, perasaan hati, rasa ikatan yang erat menjadikan ibu bapa itu sebagai unsur yang sentiasa mempengaruhi kehidupan dan sikap anak-anak mereka.Sewaktu anak-anak berada bersama ibu bapa, adalah menjadi kewajipan mereka memberikan motivasi, bimbingan dan bantuan serta mewujudkan iklim pendidikan, samada secara formal atau melalui strategi dan kaedah yang tertentu melalui tindakan, percakapan, tingkahlaku, isyarat dan sebagainya.Ibu bapa yang memperuntukan masa, fikiran, kewangan dan perhatian, untuk membantu pendidikan anak-anak mereka biasanya akan berjaya melahirkan pelajar yang berjaya dan cemerlang dalam pendidikan, tidak menghadapi masalah disiplin yang berat, pelajar yang bercita-cita dan berwawasan untuk memajukan diriSesungguhnya proses pendidikan itu akan lebih berkesan dan berjaya jika ianya ada kesepaduan, keseragaman dan semangat sumbang-menyumbang antara pihak sekolah dengan institusi keluarga dan komuniti masa kini yang lain. Pihak ibu bapa dan kominiti masa kini berkewajipan mewujudkan suasana pembelajaran di rumah masing-masing. Sewaktu pelajar belajar di rumah, mereka mestilah diperuntukkan masa supaya mereka dapat melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan pendidikan, di sediakan tempat yang sesuai untuk mereka belajar dengan selesa dan berkesan. Di samping itu semua ahli keluarga sewajarnya menghormati dan difahamkan bahawa mereka mesti membantu keluarga dalam mencapai kecemerlangan dalam ilmu pengetahuan dan pendidikan.

perkara lain seperti hal hiburan, kesibukan dengan urusan perniagaan dan makanan sehingga anak-anak kita gagal dan tercicir dalam pembinaan ilmu dan moral yang akhirnya pelajar tersebut tidak dapat menjadikan dirinya sebagai seorang yang beribadah kepada Allah S.W.T. dan memberikan sesuatu yang bermakna kepada dirinya sendiri, keluarga, bangsa dan agama yang tercinta. Budaya menghormati ilmu, guru dan tempat anak kita dididik dan diasuh mestilah ada di kalangan ibu bapa. Memang diakui kadang-kadang terdapat kesilapan dan keterlanjuran daripada pihak guru dan sekolah, namun keadaan itu tidak sewajarnya menghilangkan rasa hormat dan sokongan moral kepada guru dan sekolah. Ilmu dan pendidikan itu ada kaitan dengan keberkatan dan keberkesanan. Doa dan perasaan guru mestilah dijaga, dikhuatiri kesan keberkatan itu akan hilang dan ilmu itu tidak boleh mendidik dan memandu anak-anak kita kearah lebih baik. Selain sokongan moral, pihak ibu bapa dan kominiti seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ), boleh membantu sekolah dalam pelbagai bentuk material terhadap keperluan dan program yang diaturkan oleh pihak sekolah, contohnya menyediakan hadiah kepada guru dan pelajar yang cemerlang dan berjaya dalam sesuatu bidang. Membantu sekolah menyediakan peralatan pelajaran, sukan dan mengadakan majlis-majlis ilmu untuk ibu bapa, guru dan pelajar. Malah adalah sangat baik pihak ibu bapa mempunyai jadual khas untuk sama-sama membersih dan menceriakan kawasan sekolah tempat menuntut ilmu. Sesebuah sekolah telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam akademik, iaitu salah satu daripada sebabnya ialah sokongan material ibu bapa, melalui PIBG itu sendiri, dengan mengadakan kelas khas iaitu diberikan sedikit saguhati, menyediakan bahan bacaan tambahan, menyediakan peralatan peperiksaan, seminar, motivasi dan hal-hal yang berkaitan dengan teknik belajar cemerlang dan memotivasikan diri pelajar. Projek ini dapat berjalan sepanjang masa dan tiada sebarang masalah kewangan dan kehadiran mereka.

Persekitaran sosial mencabar guru dan institusi pendidikan dalam melahirkan insan yang bukan saja seimbang keperibadiannya tetapi juga menjadi teras dan aset kepada negara. Pelajar dididik supaya berpakaian sopan dan tidak menjolok mata, tetapi keperibadian pelakon yang dipaparkan dalam drama bersiri Barat, berpakaian tidak senonoh dan menjolok mata. Ini tidak termasuk lagi adegan ganas, tahyul dan seks. Sesetengah perlakuan pelakon dan penghibur idola sama ada dalam atau luar negara menjadi ikutan pelajar. Justeru itu sokongan moral dan kerjasama daripada ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dapat memainkan peranan untuk membangunkan generasi yang lebih gagah dan berdaya tahan. Kesimpulannya kita memerlukan PIBG yang mantap organisasinya, sekaligus mempunyai pelan tindakan dan perancangan jangka panjang yang memungkinkannya berfungsi secara aktif dan betul serta tepat kepada sasarannya. PIBG memerlukan kehadiran pemimpin dan pengikut berwibawa serentak. Dengan adanya pemimpin dan pengikut sedemikian, pelbagai perancangan dan tindakan yang dilaksanakan boleh mencapai kejayaan yang diinginkan. PIBG seperti inilah yang boleh menjadi tunjang kemajuan sesebuah

FUNGSI PERSATUAN 1. Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid 2. Menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah 3. Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat 4. Meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang konduisif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan 5. Memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya dan membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Vous aimerez peut-être aussi