Vous êtes sur la page 1sur 1

DOA SEMPENA

MAJLIS PENUTUPAN MINGGU ORIENTASI BAGI TINGKATAN EMPAT

‫بسم ال الرحن الرحيم‬


َ‫صحَابِهِ أَ ْجمَعِيْن‬
ْ ‫ والصّلَةُ وَالسّلَمُ َعلَى سَّيدِنَا مُـ ّمدٍ وَعَلَى آلِهِ وََأ‬, َ‫ب العَاَلمِيْن‬
ّ َ‫ل ر‬
ِ ِ ُ‫لمْد‬
َ‫ا‬
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis Penutupan Minggu Orientasi Tingkatan Empat di
bumi SMKTR ini, merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,

Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan komittmen dan iltizam kami untuk
belajar dengan bersungguh-sungguh dan patuh pada segala tunjuk ajar guru kami.

Ya Allah, Ya Azim, Ya Alim….


Kami sedar Ya Allah, bahawa Iman kami tidaklah sekukuh iman Nabi Yusuf, kami juga tidak segagah Nabi
Daud, kami juga tidak sehebat Nabi Sulaiman, maka kerana itulah Ya Allah kau kurniakanlan kami keimanan
yang mantap, kesihatan mental dan fizikal yang sempurna, serta ketajaman akal fikiran.

Ya Allah, Sesungguhnya, Kami amat memerlukan inayahmu dalam meneruskan kehidupan yang penuh
mehnah dan tribulasi ini,
Justeru…Ya Allah.. berkatilah perhimpunan kami pada pagi yang permai ini. Berkatilah jua usaha-usaha kami.
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami
untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah
apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana
kecemerlangan Ummah, di alam persada ini.

Ya Aziz, Ya Razzak, Ya Karim

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah
Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari larangan Mu. Kurniakanlah Ya Allah kepada kami, rezeki yang
halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia dan di akhirat.

ِ‫ وَلَ تَجْ َعل‬، ‫ َوتَ َف ّرقَنَا مِ نْ بَعْدِ هِ تَ َفرّقًا مَعْ صُومًا‬، ‫الّلهُمّ اجْ َعلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا َمرْ ُحوْمًا‬
. ‫ح ُروْمًا‬
ْ ‫الّلهُمّ ِفيْـنَا وَلَ مَ َعنَا وَلَ َمنْ َيْتبَعُنَا شَ ِقيّا وَلَ َم ْط ُروْدًا وَلَ َم‬
.‫الّلهُمّ ِزدْنَا عِلْمًا نَافِعًا وَارْ ُز ْقنَا َفهْمًا‬
َ‫الّلهُمّ اغْ ِفرْلَنَا ُذنُوبَنَا وَِ ِل ْخوَانِنَا الّ ِذيْ نَ َسبَ ُقوْنَا ِباْ ِليْمَا نِ وَلَ تَجْ َعلَ فِ يْ قُُل ْوبِنَا ِغلّ لِلّ ِذيْ ن‬
َ‫سنَةً َوقِنَا عَذَا ب‬ َ َ‫سنَةً َوفِ يْ الَ ِخرَةِ ح‬َ َ‫ َربّنَا َاتِنَا فِ يْ ال ّدنْيَا ح‬. ٌ‫ءَامَُنوْا ِإنّ كَ َر ُءوْ فٌ رَ ِحيْم‬
.‫ وَالْحَمْدُِلِ رَبّ الْعَالَ ِميْن‬، ْ‫حبِهِ وَسَلّم‬ ْ َ‫الـنّارِ َوصَلّى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَص‬

Vous aimerez peut-être aussi