Vous êtes sur la page 1sur 10

AKAUNTABILITI KEGURUAN

Soalan : Apakah yang anda faham tentang akauntabiliti terhadap diri/perlakuan??

AKAUNTABILITI
Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan akauntabiliti di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi (sesuatu yang mesti dilaksanakan/kewajiban) untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil. http://ptk44.blogspot.com/2009/05/etika-profesion keguruan.html

AKAUNTABILITI KEGURUAN
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akauntabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya. http://ptk44.blogspot.com/2009/05/etika-profesion keguruan.html

Sekolah

Profesion

Diri/ Perlakuan

Akantabiliti Keguruan

Masyarakat

Pelajar

AKAUNTABILITI GURU TERHADAP DIRI/PERLAKUAN


Profesion perguruan merupakan profesion yang dihormati oleh setiap lapisan masyarakat negara ini sejak negara ini belum merdeka lagi. Justeru itu, setiap guru wajib memelihara dan mengekalkan status ini demi kebaikan guru itu khususnya dan bidang pendidikan amnya. Bagi memastikan profesion perguruan sentiasa dihormati, guru-guru hendaklah

bertanggungjawab terhadap kemajuan diri sendiri.

AKAUNTABILITI GURU TERHADAP DIRI/PERLAKUAN

Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Ini termasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks. Menjadi seorang 'role model' yang baik dalam masyarakat setempat. Mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatannya adalah seibang dengan perbelanjaan harian. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti ketatasusilaan, belas kasihan, kejujuran dan keikhlasan, kecekapan, pertimbangan. memelihara penampilan diri. Melibatkan diri dalam hobi aktiviti berfaedah pada masa lapang.

mengawal emosi ketika mengajar supaya membawa ketenangan dan ketenteraman jiwa. Menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui suratkhabar, radio dan television serta internet. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanfaat dengan tujuan mengisi masa lapang secara berfaedah

KESIMPULAN

Akauntabiliti guru terhadap diri / perlakuan merupakan sikap kebertanggungjawaban seseorang guru untuk meningkatkan kemajuan diri sendiri demi meningkatkan martabat profesion yang diceburinya. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugastugasnya dengan penuh komited dan dedikasi

RUJUKAN
http://ptk44.blogspot.com/2009/05/etika-profesionkeguruan.html http://www.slideshare.net/arthurjeo/3-guru-sebagaisatu-profesion http://www.cikgublog.com/sikap-dan-akauntabilitiguru/ http://byronky.wordpress.com/2009/04/13/5-ciriakauntabiliti-guru/

Vous aimerez peut-être aussi