Vous êtes sur la page 1sur 5

AKTA MAHKAMAH JUVANA 1947 (AKTA 90)

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai jagaan dan perlindungan kanak-kanak dan orang muda dan perlaksanaa Mahkamah Juvana. Kemudahan Akta ini menentukan hukuman kepada kanak-kanak, juvana dan orang muda yang didapati bersalah di bawah undangundang. Memberi peluang bagi mereka mendapatkan jagaan dan perlindungan. Memberi peluang bagi mereka yang telah didapati bersalah, mengikuti rancangan pemulihan di Asrama Akhlak atau Sekolah Akhlak. Memberi kesedaran kepada ibubapa atau penjaga dan menentukan penyertaan mereka di dalam rancangan pemulihan anak-anak mereka yang berkenaan. Takrifan Kanak-kanak Seorang yang telah meningkat usia 10 tahun dan berada di bawah usia 18 tahun. Hukuman Yang Boleh Dibuat Oleh Mahkamah Juvana Di Bawah Sek. 12(1) Buang Kes Membebaskan juvana selepas beliau menandatangani bon untuk berkelakuan baik. Menempatkan juvana di bawah jagaan saudara atau penjaga yang sesuai. Memerintahkan ibubapa juvana menandatangani bon untuk menentukan jagaan dan didikan yang baik terhadapnya. Mengeluarkan "Probation Order" yang meletakkan juvana di bawah penyeliaan Pegawai Akhlak di antara satu hingga tiga tahun. Perintah ini membebaskan juvana dengan syarat beliau akan didakwa semula di Mahkamah Juvana atas tuduhan lama dan baru jika beliau ditangkap melakukan kesalahan di bawah undang-undang selepas perintah tersebut dikeluarkan. Selain daripada itu perintah ini boleh menentukan kemasukan juvana ke dalam Sekolah Akhlak, yang mana tempoh masanya dan tidak melebihi tiga tahun; atau kemasukan ke dalam asrama akhlak selama setahun. Ibubapa atau penjaga boleh dihukum untuk membayar nafkah anak mereka semasa di dalam institusi yang berkenaan. Memerintah juvana dimasukkan ke dalam Sekolah Henry Gurney. Memerintahkan juvana membayar denda, ganti rugi atau kos. Sekiranya pesalah itu seorang muda dan kesalahannya sesuai bagi beliau dipenjarakan, maka mahkamah Juvana boleh menjatuhkan hukuman setaraf dengan hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Sessions, ataupun dipindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi. Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat Menjalankan tugasdan tanggungjawab sebagai Pegawai Akhlak. Menyiasat dan menyediakan Laporan Akhlak untuk mahkamah dan menghadiri mahkamah. Menyelia juvana yang telah diletak di bawah Perintah Akhlak yang telah dibebaskan di bawah lesen dan yang ditempatkan untuk seliaan lanjutan. Menjadi sahabat dan penasihat kepada juvana di bawah jagaannya. Menggalakkan ahli-ahli keluarga dan masyarakat memberi kerjasama untuk menentukan kejayaan terhadap pemulihan juvana.

Akta Keselamatan Dalam Negeri (Malaysia)


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gambaran pelukis mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri, yang telah menerima kritikan dalam pengaplikasiannya terhadap kawalan isu awam. Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturutturut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA. Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang[perlu rujukan] termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad. [perlu rujukan] ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam. [perlu rujukan]

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Sejarah 2 Perundangan 3 Penahanan

3.1 60 hari pertama 3.2 Penyeksaan 4 Pembebasan 5 Kritikan o 5.1 Dalam negara o 5.2 Luar negara 6 Pecahan tahanan ISA 7 Senarai nama tahanan ISA 8 Lihat juga 9 Nota dan rujukan o 9.1 Rujukan lain

o o

[sunting] Sejarah
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling[1] pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu, ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah tetapi sebaliknya tahanan mempunyai hak representasi di hadapan Lembaga Penasihat yang diwujudkan dibawah Perlembagaan Persekutuan[2]

[sunting] Perundangan
Relevant sections of the legislation are as follows: Section 73(1) Internal Security Act 1960: "Any police officer may without warrant arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic life thereof." Sect 8. Power to order detention or restriction of persons. "(i) If the Minister is satisfied that the detention of any person is necessary with a view to preventing him from acting in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or the economic life thereof, he may make an order (hereinafter referred to as a detention order) directing that that person be detained for any period not exceeding two years."

[sunting] Penahanan
Tahanan ISA lazimnya diletakkan di bawah tahanan di Pusat Tahanan Kamunting.

[sunting] 60 hari pertama

Seseorang yang ditahan di bawah ISA semasa 60 hari pertama tidak dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar. Tambahan pula, peguam dan ahli keluarga tidak dibenarkan melawat orang yang ditahan semasa tempoh awal ini. Jika satu perintah penahanan dua tahun ditandatangani, orang yang ditahan akan dibawa ke Pusat Tahanan Kamunting untuk tempoh yang ditetapkan, dan ahli keluarga lazimnya dibenarkan melawat semasa tempoh ini. Jika tidak, orang yang ditahan akan dibebaskan.

[sunting] Penyeksaan
Penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tahanan ISA. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada senarai ini: pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Juga, tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara, dalam yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia. Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutkan tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka. [perlu rujukan]

[sunting] Pembebasan
Kendatipun kerajaan boleh membebaskan tahanan tanpa bersyarat, dalam sesetengah kes, ia telah menuntut mereka yang dibebaskan untuk membuat "pengakuan" umum di televisyen dan radio.[3]

[sunting] Kritikan

Graffito in Kuala Lumpur advocating abolition of the Internal Security Act. Beberapa pertubuhan hak asasi manusia dan parti pembangkang telah mengritik Akta ini dan menggesa pemansuhannya. Kerajaan asing, terutama kerajaan Barat, juga telah menekan kerajaan untuk memansuhkan Akta sungguhpun mereka memiliki akta yang serupa seperti Akta USA PATRIOT.

[sunting] Dalam negara

Beberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Islam Se-Malaysia [PAS],Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan bantahan mereka terhadap ISA. Ramai diantara pemimpin dan ahli terkenal mereka yang telah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dari DAP dan Anwar Ibrahim dari PKR. Namun Akta ini juga pernah dikritik oleh beberapa ahli politik gabungan Barisan Nasional, termasuk parti komponen terbesarnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang telah memerintah Malaysia semenjak kemerdekaannya juga telah mengritik ISA. Perdana Menteri Malaysia kelima, Abdullah Ahmad Badawi, telah menyatakan pada tahun 1988 "Jika kita semua hendak menyelamatkan Malaysia dan UMNO, Dr Mahathir (Perdana Menteri ketika itu) mesti diguling. Dia menggunakan undang-undang kejam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk mendiamkan pengkritiknya." Tahun sebelumnnya, dia juga telah menyatakan "Undang-undang seperti ISA tidak punyai tempat di Malaysia moden. Ia merupakan perundangan tidak berperikemanusiaan dan jahat." Pada tahun 2003 apabila beliau menjadi Perdana Menteri pula, beliau mengatakan bahawa ISA adalah "undang-undang yang perlu," dan mengemukakan argumentasi "Kami tidak pernah menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kesemua mereka yang ditahan dibawahnya terbukti mengancam masyarakat secara umum."

[sunting] Luar negara


Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W. Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan." Pada 2004 pula, Bush berpaling dan berkata "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasi Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam.", dan ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta Patriot selepasnya.

Vous aimerez peut-être aussi