Vous êtes sur la page 1sur 7

Pengenalan Semua manusia mempunyai 4 jenis kumpulan darah iaitu darah kumpulan A , B , AB dan O.

Setiap daripada kita mempunyai kumpulan darah yang berbeza. Perbezaan ini disebabkan oleh genetik yang diwarisi daripada keluarga masingmasing. Inilah dimaksudkan dengan variasi dan kepelbagaian setiap manusia. Kumpulan darah bagi seseorang individu ditentukan oleh antigen di permukaan sel darah merah. Setiap kumpulan darah mempunyai jenis antigen yang berbeza.Oleh hal yang sedemikian, jenis antigen yang ada pada permukaan sel darah perlu dikenalpasti bagi menentukan kumpulan darah individu tersebut.

Objektif Tujuan eksperimen ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti jenis kumpulan darah dan rhesus seseorang individu tersebut.

Radas dan bahan 1. Reagen Anti - A, Anti B, Anti AB dan Anti D 2. Lanset 3. Swab kapas 4. Pencungkil kayu 5. Sampel darah 6. Sarung tangan 7. Jubin 8. 70% Alkohol

Prosedur 1. Sarung tangan digunakan sepanjang ujian dijalankan bagi tujuan keselamatan. 2. Swab kapas dicelupkan dengan alcohol dan disapukan ke atas jari yang diambil darahnya. 3. Jari yang sudah disapukan dengan alkohol ditusuk dengan menggunakan lanset. 4. Darah dititiskan ke atas jubin yang telah dibahagikan kepada 4 petak iaitu Anti-A, Anti-B, Anti-AB dan Anti-D. 5. Reagen Anti A dititiskan ditepi sampel darah dalam petak Anti A. 6. Langkah 5 diulangi dengan Reagen Anti-B , Anti-AB dan Anti-D dan masing masing dititiskan ke dalam petak Anti-B, Anti-AB dan Anti-D. 7. Keempat- empat sampel dikacau dengan menggunakan pencungkil kayu yang berbeza dan jubin digoyangkan secara perlahan-lahan agar campuran sekata. 8. Keputusan dan pemerhatian pada setiap petak telah direkodkan.

Keputusan Jenis kumpulan darah : Anti -A Anti -B Anti - AB Kumpulan Darah

AB

Faktor Rhesus : Sampel Darah Faktor Rhesus

Agglutinasi berlaku Agglutinasi tidak berlaku

Perbincangan Berdasarkan keputusan yang diperolehi,terdapat perbezaan dari segi keadaan campuran reagen dan darah.Bagi darah kumpulan A, agglutinasi didapati pada petak Anti A dan petak Anti AB.Hal ini kerana kumpulan darah jenis A mempunyai antigen A pada permukaannya.Reagen Anti A dan reagen Anti AB bertindak balas dengan antigen A dan menyebabkan agglutinasi. Bagi kumpulan darah jenis B, agglutinasi didapati pada petak Anti B dan petak Anti AB .Darah jenis B mempunyai antigen B pada permukaan sel nya.Oleh sebab itu, reagen Anti B dan reagen Anti AB menyebabkan perubahan pada sampel darah kerana reagen reagen tersebut telah bertindak balas dengan antigen B. Kumpulan darah jenis AB pula mempunyai kedua dua antigen A dan antigen B.Percampuran darah jenis AB dengan reagen Anti A ,Anti B dan Anti AB akan menunjukkan agglutinasi.Kumpulan darah jenis ini tidak mempunyai sebarang antibodi, oleh sebab itu darah jenis AB dikenali sebagai penerima universal.

Bertentangan dengan darah jenis AB, kumpulan darah jenis O tidak mempunyai sebarang antigen pada permukaannya tetapi mempunyai antibodi A dan B.Antibodi A dan antibodi B akan menyerang antigen A dan antigen B pada darah jenis A,B dan AB.Maka, darah jenis O tidak sesuai menerima darah dari ketiga tiga kumpulan darah yang tersebut dan lebih dikenali sebagai penderma universal kerana ketiadaan antigen pada permukaannya.

Manakala bagi faktor rhesus,keputusan dapat ditentukan dengan kehadiran agglutinasi atau tidak pada sampel darah. Reagen Anti D akan bertindak balas dengan sampel darah dan menyebabkan agglutinasi.Keadaan ini menunjukkan rhesus positif. Bagi rhesus negatif,agglutinasi tidak akan berlaku.

Kesimpulan Melalui kajian yang dijalankan, jenis kumpulan darah dan rhesus dapat dikenalpasti.Antaranya adalah kumpulan darah jenis A, B ,AB dan O.Manakala rhesus pula terbahagi kepada dua iaitu rhesus positif dan rhesus negatif.