Vous êtes sur la page 1sur 2

Huraikan langkah-langkah ke arah kemerdekaan Tanah Melayu 1957

A. Pengenalan -

( 2/3 Markah)

proses kemerdekaan dipercepat oleh darurat. Parti Perikatan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman telah memainkan peranan utama dalam merundingkan kemerdekaan. Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos tanpa pertumpahan darah.

B. Isi 1. Sistem Ahli -

( 20 Markah)

bertujuan memberi peluang kepada rakyat tempatan mendapat latihan pentadbiran. Ahli-ahlinya dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British atas perkenan Majlis Raja-Raja Melayu dengan nisbah 5( orang tempatan ) : 4 ( Pegawai Kanan British ) Ahli-ahlinya di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi AHli bertaraf menteri dan diberi portfolio. Contoh Ahli : Dato Onn ( Hal Ehwal Dlm Negeri ) , EEC Thuraisingan (Pelajaran) Tunku Yaakob ( Pertanian dan Perhutanan ),Lee Thiang Keng ( Kesihatan ) , Dato Mahmud Mat ( Tanah,Perlombongan dan Perhubungan )

2. Pilihanraya Majlis Perbandaran 1951-1952 - bertujuan memberi peluang kepada rakyat memilih pemimpin mereka di peringkat tempatan. - Merupakan latihan demokrasi berparlimen. - Pilihanraya tempatan pertama : Pulau Pinang 1951. - Parti Radikal memenangi 6/9 kerusi yang dipertandingkan. - Pilihanraya bagi Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952,Pakatan UMNO- MCA memenangi 9/12 kerusi.IMP : 2 kerusi,1 kerusi dimenangi calon bebas. - rakyat diberi peluang menjalankan tanggungjawab mereka ke arah berkerajaan sendiri. 3. Pilihanraya Persekutuan 1955 ( 4 m ) 1954,Jawatankuasa Pilihanraya ditubuhkan oleh British. 52 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan akan dipilih melalui pilihanraya. Parti yang bertanding : Parti Perikatan,Parti Buruh,Parti Negara,PAS,Parti Prifresif Perak. Parti Perikatan memenangi 51/52 kerusi, 1 kerusi oleh PAS. Kemenangan besar terletak pada kerjasama,kompromi dan tolak ansur antara UMNO,MCA dan MIC ; faktor kepimpinan dan manifesto yang menarik. Antaranya : merdeka dalam 4 tahun,tamatkan darurat secepat mungkin,melindungi institusi raja Melayu,meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu kemenangan memberi mandate kepada Parti Perikatan untuk membentuk kerajaan dan kabinet baru ; seterusnya memulakan rundingan dengan British tentang kemerdekaan.

4. Rundingan Kemerdekaan - Rombongan Kemerdekaan dihantar ke London - Terdiri daripada wakil raja dan Parti Perikatan - Diketuai Tunku Abdul Rahman - Beberapa persetujuan dicapai.Antaranya : a. kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 b. menjalankan pemerintahan secara demokrasi c. British mendapat hak menenpatkan tentara di Tanah Melayu d. Sebuah badan khas ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan Tanah Melayu - kepulangan rombongan disambut secara meriah di padang Bandar Hilir Melaka 5. Suruhanjaya Reid - ditubuhkan 1955,dipengerusikan Lord Reid. - Anggota lain : Sir Ivor Jennings,Sir William Mckell,B Malik dan Tuan Abdul Hamid - Telah bersidang 118 kali dan menerima 131 memorandum daripada pertubuhan dan individu. - Memorandum Majlis Raja-Raja Melayu dan Parti Perikatan mendapat pertimbangan utama kerana bersifat tuntutan bersama semua kaum dan dianggap sebagai Pakatan Murni. - pindaan yang berkaitan dengan isu bahasa,agama,kedudukan raja-raja Melayu,kedudukan istimewa orang Melayu,kerakyatan jus soli dibuat dan mendapat penyelesaian yang sewajarnya hasil tolak ansur dan permuafakatan antara kaum. - rang perlembagaan ditandatangani oleh Majlis Raja-Raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi 5 Ogos 1957. dan diluluskan oleh MPP 15 Ogos 1957.

C. Penutup -

( 2/3 Markah )

pengisytiharan kemerdekaan dibuat di Stadium Merdeka 31 Ogos 1957 Bendera Union Jack diturunkan 30 Ogos tengah malam Kemerdekaan Tanah Melayu dicapai secara perundingan . Kemerdekaan yang dicapai secara aman membolehkan Tanah Melayu mencapai kejayaan politik,ekonomi dan sosial selepas kemerdekaan.

Vous aimerez peut-être aussi