Vous êtes sur la page 1sur 43

BAB 1 PENGENALAN 1.

1 Pendahuluan Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan perkara-perkara asas yang berkaitan dengan kajian yang meliputi latar belakang kajian, penyataan masalah, persoalan kajian, tujuan kajian, objektif kajian, kesignifikan kajian, definisi, limitasi kajian dan hipotesis. Pengkaji turut mengutarakan teori atau pendekatan yang dirujuk antaranya ialah Teori Psikoanalitik, Teori Pembelajaran Sosial, Teori Keibubapaan ,Teori Hieraki Keperluan Maslow dan Teori Pencapaian Akademik. Bahagian tujuan kajian menjelaskan objektif dan persoalan kajian serta hipotesis-hipotesis kajian yang dibina untuk mencapai tujuan kajian ini. Bahagian definisi istilah pula menjelaskan istilah-istilah penting yang digunakan dalam kajian ini. 1.2 Latar Belakang Kajian Golongan remaja merupakan generasi yang bakal mewarisi negara kita pada masa akan datang. Pelbagai harapan diletakkan agar mereka berupaya menjadi individu yang berguna serta mampu menyumbang ke arah kesejahteraan negara secara keseluruhannya. Namun pada realitinya, personaliti pelajar dewasa ini tidak menampakkan bahawa mereka bakal menjadi pemimpin negara yang mempunyai personaliti unggul. Pelajar sekarang seolah-olah kurang mendapat motivasi dan mempunyai penghargaan kendiri yang rendah sehingga menyebabkan terjadinya pelbagai gejala sosial yang meruntuhkan akhlak pelajar-pelajar pada masa kini. Sama ada disedari atau tidak, perkembangan gejala-gejala sosial ini semakin meningkat dari hari ke hari. Setiap hari dipaparkan berbagai-bagai cerita tentang pelbagai salah laku yang dilakukan oleh remaja baik salah laku yang kecil mahu pun besar. Akhbar Berita Harian pada 10 Februari 2011 yang bertajuk Polis Serbu Port Ponteng membuktikan bahawa masalah tingkah laku ponteng pelajar ini semakin menjadi-jadi malah pada 28 Mac 2011 Berita Harian sekali lagi mengeluarkan berita mengenai tingkah laku ponteng pelajar iaitu 103 Pelajar Di Tahan Ponteng Sekolah . KUALA TERENGGANU 28 Mac 2011 - Seperti pelajar lain, mereka turun dari rumah pada awal pagi lengkap berpakaian seragam sekolah dan menggalas beg berisi buku.Namun, dengan berjalan kaki atau bermotosikal pemberian bapa bagi menyenangkan mereka dan dibekalkan 1

wang saku, lokasi tujuan bukanlah ke sekolah sebagaimana yang dianggap oleh keluarga. Mereka menuju ke premis kosong, belukar dan juga warung selain berpeleseran sekitar premis perniagaan atau peranginan sementara menunggu waktu untuk pulang ke rumah kelak Jika dilihat kepada berita yang dikeluarkan, rumusan yang boleh di buat ialah tingkah laku ponteng sekolah semakin meningkat setiap bulan biarpun pelbagai usaha dan langkah-langkah telah di ambil untuk membendungnya dari terus menjadi barah dalam masyarakat Malaysia. Kesinambungan daripada masalah sosial pelajar ini, berlaku pula perkara yang juga di bimbangi iaitu penurunan pencapaian akademik pelajar. Dalam keadaan negara ingin bersaing di peringkat antarabangsa, negara amat memerlukan tenaga pekerja mahir dan separa mahir.

Kegagalan para pelajar dalam peperiksaan atau dalam pembelajaran sangat merugikan, malahan meruncingkan lagi masalah keciciran dan pengangguran di Malaysia. Kenapakah ramai para pelajar tidak dapat mengikuti pembelajaran dengan baik walaupun peluang diberi dengan seluasluasnya? Pelbagai persoalan ditimbulkan. Apakah pihak sekolah selaku institusi pendidikan gagal menangani masalah itu? Bagaimanakah remaja boleh bertingkah laku sedemikian? Apakah status sosio ekonomi keluarga yang rendah mempengaruhi berlakunya fenomena tersebut? Bagaimana pula peranan ibu bapa dan keluarga? Kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa gaya asuhan keibubapaan sama ada demokratik, autokratik dan permisif memainkan peranan yang penting dalam proses pengsosialisasian remaja iaitu sikap, nilai dan sistem kepercayaan akan diterapkan ke dalam minda remaja. Selain itu, persekitaran keluarga juga menjadi medan kepada proses perkembangan emosi, kognitif dan sosial setiap ahli di dalamnya. Menurut Hall (1904), remaja adalah masa yang penuh dengan kekeliruan, kesedihan dan konflik. Oleh itu, adalah penting bagi orang dewasa khususnya ibu bapa, pendidik dan ahli masyarakat untuk mengikuti perkembangan remaja. Mereka wajar membantu remaja agar mengelakkan diri dari terjebak dengan kegiatan yang negatif. Pelajar-pelajar remaja akan mudah terpengaruh dan suka mengabaikan pelajaran jika tidak dikawal atau kurang perhatian. Akhirnya ini akan menghasilkan remaja yang tidak produktif seperti melepak, mencuri, ponteng sekolah, mempunyai penghargaan diri yang rendah dan terlibat dengan pelbagai gejala sosial sehingga mempengaruhi pencapaian akademik pelajar itu sendiri. 2

Status sosio ekonomi rendah keluarga di katakan mempunyai hubungan dengan gaya asuhan keibubapaan, penghargaan kendiri , pencapaian akademik dan tingkah laku seseorang pelajar. Status sosio ekonomi keluarga akan mempengaruhi gaya asuhan keibubapaan di dalam keluarga tersebut sama ada autirotarian, autokratik dan demokratik. T. Marimuthu ( 1996 ) menyatakan taraf sosio ekonomi dan pencapaian akademik menunjukkan hubungan yang positif iaitu semakin tinggi taraf sosioekonomi ibu bapanya, maka tinggilah pencapaian akademik kanak-kanak itu. Ini menjelaskan sebaliknya akan berlaku jika status sosio ekonomi ibu bapa itu adalah rendah. Taraf sosio ekonomi bukan sahaja unsur penentu yang tepat bagi pencapaian akademik pelajar di sekolah, tetapi juga merupakan penyebab kepada penghargaan kendiri pelajar yang rendah, tingkah laku ponteng pelajar pada masa kini. Kajian Isahak Haron ( 1983 ) pula mendapati pencapaian pelajar kaum cina adalah lebih baik berbanding kaum melayu. Ini adalah kesan daripada pengaruh taraf sosio ekonomi keluarga dan persekitaran di mana suasana pembelajaran yang lebih kondusif dapat dinikmati dalam kalangan pelajar-pelajar di Bandar. Kaum cina adalah tertumpu di kawasan-kawasan Bandar yang kebanyakan terlibat dalam kegiatan perniagaan. Berdasarkan kepada fenomena tersebut, pengkaji cuba melihat sejauhmana faktor sosioekonomi ini mempengaruhigaya asuhan keibubapaan, penghargaan kendiri, pencapaian akademik dan tingkah laku pelajar merujuk kepada sampel kajian di perak. 1.3 Pendekatan Teori 1.3.1 Teori Keibubapaan ( Baumrid ) Teori di antara seseorang individu dengan individu yang lain jelas ditunjukkan oleh trait-trait yang telah wujud dalam diri seseorang individu tersebut. Faktor persekitaran dan baka mempengaruhi sesuatu trait tersebut. Tingkah laku seseorang dipengaruhi oleh sifat-sifat dalaman yang nyata. Menurut Baumrid ( Ellen, 1998 ), mengklasifikasikan gaya asuhan keibubapaan kepada tiga iaitu autokratik,demokratik dan permisif dalam pendekatan ibu bapa.Manakala Maccoby dan Martin ( 1983 ) telah mengubahsuai tipologi baumrid dengan berdasarkan kepada tahap permintaan ibu bapa dan sambutan ibu bapa (M accoby, E dan Martin, 1992 ). Ibu bapa yang 3

mengamalkan gaya asuhan autokratik menunjukkan bahawa seseorang yang mempunyai tahap tinggi dalam kedua-dua permintaan dan sambutan ibu bapa. Peraturan dan standart untuk anakanak diadakan oleh ibu bapa tetapi juga wujud nilai bertimbang rasa dan menyokong. Pendapat anak-anak dihargai bagi menggalakkan komunikasi dua hala ibu bapa yang berautokratik. Ibu bapa yang bersikap demokratik pula begitu tinggi dari segi pemintaan tetapi agak rendah sambutan kepada anak-anak. Peraturan dan standarts untuk mengawal tingkahlaku dan sikap anak-anak turut juga di adakan. Aspek menghormati dan mematuhi kepada autoriti amat penting terhadap ibu bapa bagi anak-anak- Komunikasi dua hala tidak digalakkan dan ibu bapa amat mengharapkan anak-anak menerima persetujuan bulat-bulat tanpa banyak persoalan. Golongan ibu bapa permisif merupakan kategori terakhir. Maccoby dan Martin ( 1993 ) telah membahagikan kepada dua golongan iaitu ibu bapa yang mengabaikan anak dan ibu bapa yang memanjakan anak. Ibu bapa yang mengabaikan anak-anak tidak melakukan sekatan terhadap anak-anak. tiada juga bimbingan dan panduan diberikan. Dalam bentuk keperluan sendiri, bolehlah dikatakan anak-anak terlalu bebas dalam membuat keputusan. Ibu bapa yang bersifat memanjakan mempunyai tahap yang tinggi dari segi sambutan dan rendah dalam permintaan. Namun begitu, ibu bapa yang suka memanjakan anak masih mempunyai penglibatan yang minima tidak seperti ibu bapa yang mengabaikan anak-anak. Gaya asuhan Ibu bapa banyak mempengaruhi tingkah laku anak-anak dalam meletakkan teori ini. Berdasarkan pengalaman anak-anak dibesarkan akan mempengaruhi personaliti dan tingkah laku yang mengikut acuan ibu bapa sendiri. 1.3.2 Teori Pencapaian Akademik Heck & Marcoulides ( 1996 ) telah mengesan beberapa faktor yang memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar. Peluang untuk belajar dihasilkan daripada struktur institusi pendidikan dan proses pengorganisasian misalnya saiz institusi pendidikan, kursus yang ditawarkan , prosedur kelas ia bentuk, pengasingan sumber, institusi pendidikan, seperti agihan beban pengajaran akademik contohnya kukurikulum yang digubal , harapan untuk pelajar, memantau prestasi pelajar, serta hubungan sosial misalnya bagaimana pelajar berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan. 4

Modul organisasi ini digunakan untuk mengkaji persekitaran-persekitaran pendidikan dan menentukan aspek bagi sruktur organisasi yang boleh mempengaruhi prestasi pelajar. Menurut Heck & Marcoulides ( 1996 ), aspek yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik pelajar adalah boleh di klasifikasikan kepada tiga subsistem iaitu sosial budaya, proses pengorganisasian dan kepercayaan individu. Komponen pertama ialah subsistem sosial budaya yang terdiri daripada persepsi terhadap struktur pengorganisasian dalam sekolah. Contohnya struktur kurikulum sosial dalam sekolah, penawaran kursus dan pengumpulan pelajar. Komponen kedua ialah proses pengorganisasian dan dimensi nilai contohnya kepercayaan dan penilaian sekolah bagi proses dalam kelas, kepercayaan terhadap suasana dalam sekolah dan hubungan sosial. Komponen terkhir adalah sikap dan pembelajarn pelajar itu sendiri. 1.3.3 Teori Pembelajaran Sosial Teori Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura ialah salah satu daripada pendekatan tingkah laku. Mengikut beliau individu bertingkah laku berdasarkan pengalaman dengan melihat orang lain yang dianggap sebagai model. Individu akan mengamalkan apa yang dilihat sebagai tingkah laku yang perlu diamalkan. Sekiranya berterusan, tingkah laku tersebut akan kekal dalam diri individu. Tingkah laku remaja di sekolah boleh dilihat daripada sudut pendekatan tingkah laku (behavioral). Remaja di bangku sekolah daripada pelbagai latar belakang perlu dilihat secara berbeza kerana mereka telah melalui pelbagai pengalaman hidup. Remaja ini telah menjadikan individu-individu lain sebagai model tanpa mereka sedari. Maka wujudlah pelbagai tingkah laku yang menimbulkan pelbagai masalah disiplin di sekolah. 1.3.4 Teori Psikoanalitik Teori Psikoanalitik menyentuh tentang pembentukan personaliti berdasarkan persaingan antara tiga unsur kuasaiaitu (a) keinginan memenuhi kehendak asas yang dikenali sebagai id (b) keperluanuntuk akur dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh masyarakat yang dikenalisebagai ego (c) ingin hidup dengan kod moral mengikut pandangan sendiri yang dikenali sebagai superego. Ketiga-tiga kehendak tersebut sering tidak dapat ditunaikan oleh seseorang secara serentak. Ini menyebabkan kita bertindak mengikut kehendak diri sendiri. Inilah yang berlaku kepada pelajar di sekolah.Sebagai contoh, mereka tahu ponteng sekolah menyalahi peraturan sekolah serta bertentangan dengan kehendak ibu bapa mereka. Namun oleh kerana 5

terikut dengan kawan ataupun tarikan daripada keseronokan luar seperti kedai siber yang menyediakan kemudahan internet dan permainan yang lebih menarik daripada pelajaran yang terdapat di sekolah, telah menyebabkan mereka sanggup ponteng sekolah demi memenuhi kehendak diri sendiri. Inilah unsur memenuhi keseronokan yang disebut sebagai id. Jika remaja tersebut dapat berfikir bahawa ponteng menyalahi undang-undang sekolah, maka remaja telah mencapai tahapego. Peringkat superego dapat dicapai apabila kod moral remaja tersebut selari dengan id dan ego lalu merealisasikannya dengan tidak akan melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang dan juga bertentangan dengan prinsip moral diri yang tidak sanggup melakukan perkara yang salah. Jika tahap ini berjaya dicapai maka tingkah laku remaja berada di landasan yang betul dan selari dengan kehendak sekolah. 1.4 Penyataan Masalah Memiliki pelajar yang mempunyai personaliti diri yang unggul, tahap motivasi yang tinggi pencapaian yang baik dalam pembelajaran bukan hanya merupakan cita-cita ibu bapa, tetapi seluruh masyarakat memerlukan ahlinya berpendidikan. Negara memerlukan warga yang mampu membawa negara, bukan hanya untuk bersaing di peringkat antarabangsa, tetapi juga menjaga keutuhan dan kedaulatannya dalam abad yang penuh mencabar ini. Masalah pengaruh tahapgaya asuhan keibubapaan, penghargaan kendiri, pencapaian akademik dan tingkah laku ponteng pelajar dalam kalangan pelajar berstatus sosio ekonomi rendah. Seterusnya masalah perbezaan antaragaya asuhan keibubapaan, penghargaan kendiri, pencapaian akademik dan tingkah laku ponteng pelajar dalam kalangan pelajar berstatus sosio ekonomi rendah berdasarkan kaum melayu, cina dan india. Kemudian, masalah hubungan antaragaya asuhan keibubapaan, dengan penghargaan kendiri, pencapaian akademik dan tingkah laku pelajar dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah merupakan satu masalah yang memerlukan kajian yang khusus .Kajian ini cuba meneroka persoalan-persoalan ini dan membantu mencari penyelesaian terhadap masalahgaya asuhan keibubapaan, penghargaan kendiri, pencapaian akademik dan tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar berstatus sosio ekonomi rendah dari pelbagai kaum.

1.5 Tujuan Kajian 1.5.1 Tujuan Umum Kajian ini bertujuan untuk melihat tahapgaya asuhan keibubapaan ( autokratik, demokratik dan permisif ), penghargaan kendiri, pencapaian akademik dan tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah.Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat perbezaan antaragaya asuhan keibubapaan, penghargaan kendiri, pencapaian akademik dan tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah berdasarkan kaum melayu, cina, dan india. Tambahan pula, kajian ini juga dilakukan bertujuan untuk melihat hubungan antaragaya asuhan keibubapaan, penghargaan kendiri, pencapaian akademik dan tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah berdasarkan kaum Melayu, Cina, dan India. 1.5.2 Tujuan khusus Berdasarkan kajian umum di atas, maka tujuan khusus kajian ini adalah untuk melihat: 1.5.2.1 tahap gaya asuhan keibubapaan autokratik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah. 1.5.2.2 tahap gaya asuhan keibubapaan demokratik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah. 1.5.2.3 tahap gaya asuhan keibubapaan permisif dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah. 1.5.2.4 1.5.2.5 1.5.2.6 1.5.2.7 tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah tahap pencapaian akademik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah tahap tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah perbezaan gaya asuhan keibubapaan autokratik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara kaum Melayu, Cina dan India. 1.5.2.8 perbezaan gaya asuhan keibubapaan demokratik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara kaum Melayu, Cina dan India. 1.5.2.9 perbezaan gaya asuhan keibubapaan permisif dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara kaum Melayu, Cina dan India. 7

1.5.2.10

perbezaan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara kaum Melayu, Cina dan India.

1.5.2.11

perbezaan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara kaum Melayu, Cina dan India.

1.5.2.12

perbezaan tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara kaum Melayu, Cina dan India.

1.5.2.13

hubungan antaragaya asuhan keibubapaan autokratik dengan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah.

1.5.2.14

hubungan antaragaya asuhan keibubapaan demokratik dengan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah.

1.5.2.15

hubungan antaragaya asuhan keibubapaan permisif dengan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah.

1.5.2.16

hubungan antara gaya asuhan keibubapaan autokratik dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah.

1.5.2.17

hubungan antara gaya asuhan keibubapaan demokratik dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah.

1.5.2.18

hubungan antara gaya asuhan keibubapaan permisif dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah.

1.5.2.19

hubungan antara gaya asuhan keibubapaan autokratik dengan tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah.

1.5.2.20

hubungan antara gaya asuhan keibubapaan demokratik dengan tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah.

1.5.2.21

hubungan antara gaya asuhan keibubapaan permisif dengan tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah.

1.6

Objektif Kajian

Berdasarkan kepada tujuan kajian khusus di atas, maka objektif kajian adalah untuk mengukur:tahap peratusan gaya asuhan keibubapaan autokratik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah.

tahap peratusan gaya asuhan keibubapaan demokratik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah. 1.6.1 tahap peratusan gaya asuhan keibubapaan permisif dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah. 1.6.2 tahap peratusan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah. 1.6.3 tahap peratusan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah. 1.6.4 tahap peratusan tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah. 1.6.5 perbezaan asuhan ibu bapa autokratik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara kaum Melayu, Cina, dan India. 1.6.6 perbezaan asuhan ibu bapa demokratik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara kaum Melayu, Cina, dan India. 1.6.7 perbezaan asuhan ibu bapa permisif dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara kaum Melayu, Cina, dan India. 1.6.8 perbezaan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara kaum Melayu, Cina, dan India. 1.6.9 perbezaan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara kaum Melayu, Cina, dan India. 1.6.10 perbezaan tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara kaum Melayu, Cina, dan India. 1.6.11 hubungan antara gaya asuhan autokratik dengan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah. 1.6.12 hubungan antara gaya asuhan demokratik dengan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah. 1.6.13 hubungan antara gaya asuhan permisif dengan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah. 1.6.14 hubungan antara gaya asuhan autokratik dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah.

1.6.15 hubungan antara gaya asuhan demokratik dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah. 1.6.16 hubungan antara gaya asuhan permisif dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah. 1.6.17 hubungan antara gaya asuhan autokratik dengan tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah. 1.6.18 hubungan antara gaya asuhan demokratik dengan tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah. 1.6.19 hubungan antara gaya asuhan permisif dengan tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah.

1.7 Persoalan Kajian

Secara am, kajian ini direka bentuk untuk melihat aspek-aspek yang menyumbang ke arah permasalahan dominan yang mempengaruhigaya asuhan keibubapaan, penghargaan kendiri, pencapaian akademik tingkah laku ponteng pelajar. Secara khususnya kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan kajian seperti berikut :

1.7.1

Apakah terdapat perbezaan signifikan min gaya asuhan autokratik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara kaum Melayu, Cina dan India?

1.7.2 Apakah terdapat perbezaan signifikan min gaya asuhan demokratik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara kaum Melayu, Cina dan India? 1.7.3 Apakah terdapat perbezaan signifikan min gaya asuhan permisif dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara kaum Melayu, Cina dan India? 1.7.4 Apakah terdapat perbezaan signifikan min penghargaan kendiri dalam kalangan

pelajar status sosio ekonomi rendah antara kaum Melayu, Cina dan India? 1.7.5 Apakah terdapat perbezaan signifikan min pencapaian akademik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara kaum Melayu, Cina dan India? 1.7.6 Apakah terdapat perbezaan signifikan min tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara kaum Melayu, Cina dan India?

10

1.7.7 Adakah terdapat hubungan signifikan yang negatif antara mingaya asuhan keibubapaan autokratik dengan min penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah? 1.7.8 Adakah terdapat hubungan signifikan yang positif antara mingaya asuhan keibubapaan demokratik dengan min penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah? 1.7.9 Adakah terdapat hubungan signifikan yang negatif antara mingaya asuhan keibubapaan permisif dengan min penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah? 1.7.10 Adakah terdapat hubungan signifikan yang negatif antara mingaya asuhan keibubapaan autokratik dengan min pencapaian akademik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah? 1.7.11 Adakah terdapat hubungan signifikan yang positif antara mingaya asuhan keibubapaan demokratik dengan min pencapaian akademik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah? 1.7.12 Adakah terdapat hubungan signifikan yang negatif antara mingaya asuhan keibubapaan permisif dengan min pencapaian akademik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah? 1.7.13 Adakah terdapat hubungan signifikan yang positif antara mingaya asuhan keibubapaan autokratik dengan min tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah?. 1.7.14 Adakah terdapat hubungan signifikan yang negatif antara mingaya asuhan keibubapaan demokratik dengan min tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah? 1.7.15 Adakah terdapat hubungan signifikan yang positif antara mingaya asuhan keibubapaan permisif dengan min tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah?

11

1.8 Kesignifikan Kajian

T. Marimuthu ( 1996 ) menyatakan bahawa sosioeknomi atau kelas sosial keluarga merupakan unsur penelah yang peling tekal dan kukuh bagi menentukan kebolehan kanak-kanak di sekolah. Ini membuktikan taraf sosio ekonomi rendah mempengaruhigaya asuhan keibubapaan, penghargaan kendiri, pencapaian akademik dan tingkah laku ponteng. Justeru, kajian ini menerokai beberapa aspek yang sangat penting dalam pendidikan dan pembelajaran, iaitu sama ada status sosio ekonomi pelajar yang rendah mempengaruhi gaya asuhan keibubapaan, penghargaan kendiri, pencapaian akademik dan tingkah laku ponteng. Selain itu, kajian juga untuk melihat perbezaan gaya asuhan keibubapaan, penghargaan kendiri, pencapaian akademik dan tingkahlaku pelajar dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah berdasarkan kepelbagaian kaum. Kemudian, kajian cuba mencari hubungan antaragaya asuhan keibubapaan dengan penghargaan kendiri, pencapaian akademik dan tingkah laku ponteng pelajar. Hasil kajian ini akan dapat membantu pihak berkuasa menilai kembali fokus tindakan selama ini. Adakah patut dan sesuai fokus usaha meningkatkan prestasi pencapaian pelajar ialah memberikan lebih banyak peruntukan untuk meringankan beban pelajar status sosio ekonomi rendah? Selain daripada itu, hasil kajian ini juga membantu ibu bapa menangani masalah sosial dan pembelajaran para pelajar. Di samping itu. Ibu bapa juga boleh memanfaatkan hasil kajian ini untuk menilaigaya asuhan keibubapaan yang diamalkan selama ini. Perubahan-perubahan boleh di lakukan agar memenuhi gaya yang didapati paling sesuai untuk membantu

pembentukan penghargaan kendiri, pencapaian akademik dan seterusnya tingkah laku yang baik.

1.9 Definisi Kajian

1.9.1 Gaya Asuhan Menurut Kamus Dewan (2003), gaya asuhan didefinisikan sebagai perihal mendidik, peliharaan, penjagaan, tunjuk ajar dan bimbingan. Menurut Darling dan Steinberg (1993), gaya asuhan didefinisikan sebagai sikap yang ada pada ibu bapa berkaitan dengan membesarkan anak, seperti yang digambarkan melalui interaksi mereka dengan anak mereka. Ini bermaksud tingkah laku 12

ibu bapa atau orang dewasa yang menjadi contoh kepada anak-anak. Secara umumnya istilah corak asuhan memberi maksud mendidik, menjaga dan mengawal anak-anak. Baumrind (1971) menyatakan pendekatan keibubapaan dalam mengawal dan menyokong disatukan dan membentuk tiga gaya asuhan iaitu autoritarian, autokratik dan permisif. Dalam konteks kajian ini gaya asuhan bermaksud tanggungjawab mendidik dan mengawal melalui interaksi yang dilakukan oleh seseorang ibu bapa terhadap anak-anak berdasarkan corak gaya asuhan yang tertentu. 1.9.1.1 Gaya Asuhan Autokratik Gaya asuhan autoritarian adalah satu corak gaya asuhan oleh ibu bapa yang bercirikan kawalan yang ketat ke atas tingkah laku anak dengan membuat peraturan, memastikan peraturan dipatuhi dan tidak membenarkan anak-anak menyoal berkaitan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan (Azizi et al., 2005). Ibu bapa yang mempunyai corak keibubapaan ini berinteraksi secara kasar dengan anak-anak. Selain itu, mereka juga turut mengongkong anak dengan kadar yang keterlaluan. Tahap kemesraan dan penerimaan pendapat anak adalah rendah. Ibu bapa dianggap mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menghukum anak-anak sama ada secara lisan atau fizikal sekiranya mereka melanggar peraturan yang ditetapkan 1.9.1.2 Gaya Asuhan demokratik Cara pembesaran yang bersifat autokratik adalah ibu bapa yang mengenakan peraturan ataupun had-had batasan tingkah laku tertentu tetapi membenarkan komunikasi yang

bersifat terbuka (Azizi et al., 2005). Anak-anak diberi kebebasan membuat keputusan sendiri dalam perkara-perkara tertentu. 1.9.1.3 Gaya Asuhan Permisif Cara pembesaran yang bersifat permisif dicirikan oleh corak komunikasi yang terbuka dan ibu bapa kurang menekankan tingkah laku yang baik pada anak-anak (Azizi et al., 2005). Ibu bapa bersikap mesra dan bertanggung jawab, tetapi lemah dalam kawalan dan akan mengakibatkan anakanak terlalu bergantung (Baumrind, 1989).

13

1.9.2 Pencapaian Akademik Pencapaian akademik merujuk kepada hasil yang diperoleh oleh pelajar-pelajar setelah mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan. Secara khususnya pencapaian akademik merujuk kepada penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran pada sesuatu tahap mengikut ukuran peperiksaan. Pencapaian akademik pelajar dalam kajian ini diukur melalui dua cara iaitu yang pertama melalui keputusan peperiksaan PMR 2003 bagi tujuh mata pelajaran wajib yang diambil oleh semua calon PMR. Mata pelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi dam Kemahiran Hidup. Borich (2000) telah melihat kejayaan atau pencapaian pelajar-pelajar terletak pada kadar dimana pelajar itu memahami dan menyelesaikan tugasan dengan betul. Beliaumemberikan tiga tahap untuk dijadikan ukuran iaitu kejayaan tinggi, kejayaan sederhanadan kejayaan rendah. Pada tahap kejayaan tinggi pelajar-pelajar memahami tugasan danmelakukan kesalahan yang amat kecil. Pada tahap kejayaan sederhana pula pelajar-pelajar memahami sebahagian tugasan tetapi melakukan kesalahan yang tetap atau punsama. Manakala pada tahap kejayaan rendah pelajar-pelajar langsung tidak memahamikeseluruhan tugasan yang diberikan. Robiah (1994) pula berpendapat bahawa pencapaian yang diperolehi olehseseorang dalam satu-satu peperiksaan atau ujian tertentu lazimnya dijadikan sebagaiukuran kecemerlangan akademik. Ini adalah kerana markah yang diperoleh dapatdiperbandingkan dengan sasaran atau target markah. Semakin tinggi markah yangdiperolehi pelajar maka semakin dekatlah dia untuk mencapai tahap yang dikatakancemerlang. Abdullan Sani (2005) telah melihat kecemerlangan akademik sebagai satu keadaaapabila seseorang itu berjaya meningkatkan tahap kemampuannya ke tahap yang paling maksimum bagi dirinya mengikut ukuran yang diletakkan atau pun mengikut ukuranyang dibuat bagi kelompok atau golongan yang sebaya dengannya.

14

1.9.3 Penghargaan Kendiri Menurut Azizi, Fawziah, Zurihanmi & Noordin (2005), penghargaan kendiri merupakan orientasi positif atau negatif terhadap individu dan merupakan suatu penilaian keseluruhan suatu penilaian keseluruhan terhadap tafsiran dan nilai diri. Istilah penghargaan kendiri berasal dari perkataan Yunani yang membawa maksud junjungan diri. Perkataan kendiri dalam penghargaan kendiri membawa maksud nilai, kepercayaan, sikap yang kita percayai tentang diri kita sendiri. Perkataan penghargaan kendiri menerangkan nilai dan harga diri yang diberi oleh diri sendiri. Secara umumnya, penghargaan kendiri merupakan gagasan andaian yang meliputi komponen kognitif tingkah laku dan kasih sayang. Rosenberg (1979; dalam Branden, 1983), mendefinisikan penghargaan kendiri sebagai keseluruhan pemikiran dan perasaan individu dengan merujuknya sebagai objek penghargaan kendiri ialah konsep yang berkaitan dengan asas nilai kebolehan dan nilai diri. Sebagai rumusan, penghargaan kendiri merupakan penilaian tentang minda, kesedaran dan perasaan dalamna diri sendiri (Aziz, Fawziah, Zurihanmi &Noordin, 2005). Rosernberg (1979; dalam Azizi, Fawziah, Zurihanmi & Noordin, 2005), juga menjelaskan bahawa individu yang tinggi penghargaan kendiri akan menghormati dirinya dan menganggapkan dirinya sebagai individu yang berguna. Manakala individu yang rendah penghargaan kendiri pula tidak dapat menerima dirinya dan menganggapkan dirinya tidak berguna dan serba kekurangan. Setelah memahami tentang kepentingan penghargaan kendiri dalam kehidupan kita, mak aseterusnya timbul persoalan tentang cara penghargaan kendiri itu berkembang. Selain itu, menurut Ainon & Abdullah (1997), salah satu aspek yang digunakan untuk mengukur konsep kendiri adalah estim-diri. Penghargaan kendiri ialah perasaan yang kita rasai berkenaan dengan nilai diri kita. Menjadi sebahagian daripada konsep kendiri dan sebahagian yang menilai diri kita. Ini menunjukkan sejauh mana kita menyukai diri sendiri. Penghargaan kendiri akan menjadi rendah apabila kita tidak berapa suka pada diri kita sendiri. Pernyataan oleh Harter (1990; dalam Abd. Sukor, Yahya & Yaakob, 2005), harga diri seseorang itu akan berbeza selepas satu peringkat perkembangan, iaitu selepas kita menerokai keupayaan diri dan belajar lebih banyak kemahiran, kita selalunya akan mempunyai harga diri yang lebih tinggi dalam satu bidang berbanding dengan orang lain. Menurut Harter lagi, kanakkanak yang berumur antara 4 hingga 7 tahun boleh menilai diri mereka dalam empat domain 15

peribadi, iaitu kognitif, fizikal, sosial dan tingkah laku. Sebaliknya antara umur 8 hingga 12 tahun, perkembangan harga diri bertambah kepada skolastik, atlet, penerimaan sosial rakan sebaya, tingkah laku dan penonjolan fizikal. Semasa remaja pula, lebih banyak bidang diperolehi, iaitu semangat berkawan dan kemahiran kerja. Seterusnya, apabila meningkat dewasa pula, bidang harga diri bertambah semakin banyak. Antaranya ialah kecerdikan, sifat jenaka, moral, sukan, penonjolan fizikal, sosial, dan pengurusan rumah tangga. 1.9.4 Tingkahlaku Ponteng Menurut Kamus Dewan ponteng bermaksud lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Menurut Cambridge International of English ( 1995 ) : pula ponteng memberi makna Kanak-kanak yang selalu tidak hadir ke sekolah tanpa kebenaran Manakala Supramaniam ( 1998 ) & Thi Lip Sam ( 1994 ) : menyatakan tingkah laku ponteng bererti pelajar-pelajar yang tidak berada di dalam kawasan sekolah. Yaakub ( 1997 ) : menyatakan tingkahlaku ponteng ialah pelajar yang tidak hadir atau tidak datang ke sekolah tanpa izin guru atau ibu bapa. 1.10 Limitasi Kajian

Kajian ini hanya dijalankan terhadap 100 orang pelajar lelaki dan perempuan yang mempunyai latar belakang sosio ekonomi keluarga yang rendah sahaja. Kajian ini dijalankan kepada kaum melayu cina dan india di sekolah sahaja. Responden berumur lebih kurang 16 tahun yakni berada di tingkatan empat. Lokasi kajian ini hanya dijalankan di sebuah sekolah sahaja di kawasan perak utara iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lope Nor Rashid, Tanjung Piandang Perak. Jadi, dapatan kajian yang diperoleh oleh pengkaji semasa menjalankan kajian ini hanya terhad kepada sekolah ini sahaja. Dalam erti kata lain,dapatan kajian ini tidak boleh sama sekali digenerelisasikan kepada sekolah-sekolah selain daripada sekolah yang dinyatakan dan dipilih oleh pengkaji tadi. Inferensi yang dibuat juga tidak dapat digenerelisasikan kepada keseluruhan populasi bagi keseluruhan negara. Ketepatan kajian ini juga bergantung sepenuhnya kepada kejujuran para responden dalam menjawab soal selidik yang diberikan kepada mereka. Walau bagaimanapun, dalam konteks kajian ini, pengkaji perlu membuat andaian bahawa semua jawapan yang diberikan oleh

16

responden adalah benar dan jujur. Hal ini untuk membolehkan kajian yang dijalankan ini dilaksanakan dan diselesaikan. 1.11 Hipotesis Objektif 1 hingga 6 adalah berbentuk objektif deskriptif. Oleh itu analisis secara deskriptif dengan menggunakan perbezaan peratusan digunakan untuk mencapai objektif berkenaan. Objektif 7 hingga 21 adalah berbentuk objektif inferensi, untuk mencapai objektif berkenaan pengujian hipotesis perlu dilakukan. Oleh itu, sebanyak 15 hipotesis telah dibina dan akan diuji seperti berikut: 1.11.1 Terdapat perbezaan signifikan min gaya asuhan autokratik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara kaum Melayu, Cina dan India. 1.11.2 Terdapat perbezaan signifikan min gaya asuhan demokratik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara kaum Melayu, Cina dan India. 1.11.3 Terdapat perbezaan signifikan min gaya asuhan permisif dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara kaum Melayu, Cina dan India. 1.11.4 Terdapat perbezaan signifikan min penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar

status sosio ekonomi rendah antara kaum Melayu, Cina dan India. 1.11.5 Terdapat perbezaan signifikan min pencapaian akademik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara kaum Melayu, Cina dan India. 1.11.6 Terdapat perbezaan signifikan min tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara kaum Melayu, Cina dan India. 1.11.7 Terdapat hubungan signifikan yang negatif antara mingaya asuhan keibubapaan autokratik dengan min penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah. 1.11.8 Terdapat hubungan signifikan yang positif antara mingaya asuhan keibubapaan demokratik dengan min penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah. 1.11.9 Terdapat hubungan signifikan yang negatif antara mingaya asuhan keibubapaan permisif dengan min penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah.

17

1.11.10 Terdapat hubungan signifikan yang negatif antara mingaya asuhan keibubapaan autokratik dengan min pencapaian akademik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah. 1.11.11Terdapat hubungan signifikan yang positif antara mingaya asuhan keibubapaan demokratik dengan min pencapaian akademik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah. 1.11.12 Terdapat hubungan signifikan yang negatif antara mingaya asuhan keibubapaan permisif dengan min pencapaian akademik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah. 1.11.13 Terdapat hubungan signifikan yang positif antara mingaya asuhan keibubapaan autokratik dengan min tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah. 1.11.14 Terdapat hubungan signifikan yang negatif antara mingaya asuhan keibubapaan demokratik dengan min tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah. 1.11.15 Terdapat hubungan signifikan yang positif antara mingaya asuhan keibubapaan permisif dengan min tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah. 1.12 Rumusan Bab Secara keseluruhannya, bab ini telah membincangkan latar belakang kajian,permasalahan kajian, persoalaan kajian, tujuan kajian, objektif kajian, kesignifikan kajian, limitasi kajian, definisi konsep, serta hipotesis kajian. Perbincangan dalam bab ini diharapkan dapat memberikan gambaran awal mengenai arah tuju kajian dan maklumat mengenaigaya asuhan keibubapaan, penghargaan kendiri, pencapaian akademik dan tingkahlaku ponteng dalam kalangan pelajar berstatus sosio ekonomi rendah. Perbincangan juga menyentuh aspek teori atau pendekatan yang akan digunakan pengkaji.

18

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan tentang kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan pengaruh status sosio ekonomi rendah terhadap pencapaian akademik, penghargaan kendiri dan tingkah laku ponteng pelajar, pengaruh gaya asuhan ibu bapa terhadap pencapaian akademik dan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar , peranan dan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak dan kajian yang hampir sama dengan tajuk ini. Pendapat-pendapat tokoh sama ada dalam atau luar negara, sumber dari media cetak mahupun elektronik juga dijadikan sebagai bahan rujukan untuk dibincangkan dan dikemukakan dalam bab ini. Pengkaji juga merujuk kepada beberapa pengkaji yang terdapat dalam laporan-laporan pengkaji yang lepas dan menjadikan ia sebagai rujukan dalam bab 2 ini. 2.2 Kajian dalam negara

Wan Ahmad Ismail ( 2000 ) dalam Saliwangan mengatakan bahawa faktor utama wujudnya masalah ponteng sekolah ialah kecuaian ibu bapa pelajar sendiri dalam menjalankan kewajipan mereka sebagai tenaga pengaruh yang paling hampir dengan anak-anak. Kajian dijalankan oleh Husein Mahmud ( 1987 ) dalam Saliwangan ( 2006 ) mendapati masalah besar yang dihadapi oleh para pelajar adalah masalah yang berkaitan di rumah. Kebanyakan pelajar-pelajar yang bertingkah laku devian dan ponteng adalah terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah ditambah pula dengan jumlah anak yang ramai.Ruhayati ( 2000 ) dalam Saliwangan ( 2006 ) mendapati latar belakang pelajar yang purata miskin sebagai penyebab pelajar melakukan kegiatan ponteng sekolah. Ibu bapa tidak berupaya menyediakan kemudahan belajar untuk anakanak, makanan berzat, pakaian dan juga tidak berkemampuan menghantar anak-anak untuk mengikuti kelas bimbingan yang mengenakan bayaran. Gardner dalam Mohamad Daud (1994) menyatakan bahawa kanak-kanak yang hidup bersama ibu bapa akan memperoleh nilai kelas sosial yang diamalkan oleh keluarga. Keluarga kelas sosial bawahan selalunya besar, kurang berkemampuan, dan ibu bapa kurang memberi perhatian secara individu kepada anak-anak. Ibu bapa ini mempunyai harapan rendah terhadap anak-anak, berbual tentang topik yang terbatas, dan mahukan anak-anak mengikut perintah mereka sahaja. Manakala keluarga dari kelas sosial menengah selalunya kecil, menaruh harapan 19

tinggi terhadap anak-anak, sentiasa bekerjasama dan berusaha untuk memastikan supaya anakanak mereka mendapat pencapaian lebih tinggi. Anak-anak mereka juga mempunyai sifat kendiri yang tinggi. Antara ciri-ciri pelajar yang lemah konsep kendiri termasuklah tidak mempunyai cita-cita, tidak mempunyai tahap keyakinan yang tinggi untuk lulus peperiksaan, mudah terpengaruh dengan rakan sebaya yang tidak bersekolah, menjadi liar kerana pengaruh tidak sihat kawan-kawan remaja di luar sekolah dan tidak pandai menguruskan masa sendiri, memberikan lebih tumpuan kepada aktiviti yang tidak menjurus kepada kecemerlangan akademik dan terlibat dalam aktiviti salah laku (BPPDP, 1996). Kajian yang dibuat oleh Hashima dan Amato (1994) menunjukkan bahawa masalah yang berkaitan dengan ekonomi keluarga mempengaruhi cara ibu bapa berinteraksi dengan anak-anak mereka. Ibu bapa daripada status sosio-ekonomi yang rendah secara umumnya mempamerkan sikap kurang mendidik dan tidak konsisten dalam mendisiplinkan anak-anak. Mereka lebih cenderung bertingkah laku tidak menyokong anak-anak dan lebih bersifat menghukum. Namun begitu, tingkah laku menghukum didapati semakin berkurang apabila pendapatan isi rumah meningkat. Mereka menyimpulkan bahawa faktor pendapatan mempengaruhi pengaruh terhadap perkembangan dan pencapaian akademik anak-anak. Zarinah dan Rozumah (1999) telah memilih sampel secara rawak yang terdiri daripada 102 orang ibu bapa dalam mengkaji perkaitan antara faktor status sosio-ekonomi dengan pencapaian akademik anak-anak. Sampel ibu bapa ini dikenal pasti melalui anak mereka yang berumur antara 10 hingga 11 tahun iaitu pelajar tahun 4 dan 5serta mendapati keseluruhannya terdapat perkaitan yang positif dan signifikan antara tahap pendidikan responden ibu bapa dengan pencapaian akademik anak-anak. Status sosio-ekonomi sesebuah keluarga merupakan syarat yang amat penting bagi sesebuah keluarga itu supaya lebih mementingkan keperluan pendidikan anak-anak mereka. Jika keperluan asas dalam sesebuah keluarga itu tidak cukup maka dari manakah akan datangnya perbelanjaan yang boleh diperuntukkan untuk pendidikan anak-anak ? Disebabkan keluarga yang miskin tidak dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang berkualiti maka dengan itu pada kebiasaannya pelajar-pelajar yang datangnya daripada keluarga yang miskin akan mendapat pencapaian akademik yang kurang memuaskan. Dengan itu, pelajar-pelajar yang berasal daripada keluarga yang miskin tidak dapat menunjukkan potensi mereka yang sebenar 20

dalam pembelajaran kerana pelajar-pelajar ini akan terlibat dengan beberapa masalah seperti masalah kewangan dalam keluarga. Pelajar-pelajar yang datangnya daripada keluarga yang miskin pada kebiasaannya perlu menolong ibu bapa bekerja atau terpaksa bekerja sebagai pekerja sambilan. Menurut Anuar (1990) dalam kajiannya antara latar belakang keluarga dan konsep kendiri pelajar dengan pencapaian akademik di kalangan 70 pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Hamzah, Kelantan mendapati terdapat hubungan yang jelas di antara taraf pendidikan ibu, taraf pendidikan bapa, tahap pekerjaan bapa dan tahap pekerjaan ibu dengan pencapaian akademik anak-anak. Sharifah (1992) dalam kajiannya mendapati bahawa pendapatan ibu bapa, sokongan sosial ibu bapa, pelajaran ibu dan ras mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik murid-murid tersebut. Kajian yang telah dibuat oleh Noraini (1994) pula mendapat penemuan bahawa anak yang berasal daripada keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang tinggi adalah lebih maju dalam persekolahannya dan memperoleh lebih gred pencapaian berbanding anak-anak yang berasal daripada keluarga yang mempunyai rendah status sosio-ekonominya. Ini adalah kerana dalam keadaan status sosio-ekonomi yang tinggi, ibu bapa lebih berkemampuan untuk menyediakan kemudahan dan persekitaran yang selesa untuk anak mereka melaksanakan proses pembelajaran. Kajian Universiti Malaya (Leong Yin Ching dan lain-lain, 1990) tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar mendapati bahawa status sosioekonomi merupakan faktor utama bagi menentukan kejayaan seseorang pelajar terutama pada peringkat rendah (29.0%) dan berkurangan pada peringkat menengah (PMR 16.0% dan SPM 9.0%). Walau bagaimanapun, faktor sosioekonomi tidak mempengaruhi pelajar pada peringkat STPM. Kajian ini juga menjelaskan bahawa sosioekonomi keluarga juga mempengaruhi sikap pelajar terhadap aspirasi, motivasi, konsep kendiri, dan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum. Kajian Jabatan Kebajikan Masyarakat (Zarinah Arshat dan Rozumah Baharudin,1999) juga mendapati bahawa faktor sosioekonomi, khususnya tahap pendidikan yang diterima oleh ibu bapa, mempengaruhi pencapaian akademik anak mereka. Hubungan kemiskinan dengan pencapaian dikaitkan juga dengan kesan negatif terhadap perkembangan minda. Kesan ini 21

termasuk food deprivation yang mempengaruhi konsentrasi dan pembelajaran harian; kekurangan nutrien atau zat yang mempengaruhi pembesaran; kekurangan pengawasan oleh ahli dewasa dan penjagaan anak yang akan menghad pembelajaran; kekurangan stimulasi yang mengakibatkan kekurangan motivasi untuk belajar dan melambatkan perkembangan kognitif; tingkah laku yang bermasalah; sikap kendiri yang rendah; buta huruf dan pencapaian rendah; gangguan kepada kehadiran ke sekolah dan tercicir dari sekolah; dan kekurangan kemasukan ke universiti. Kajian-kajian dalam negara juga telah mencatatkan beberapa dapatan yang mengaitkan tentang gaya keibubapaan dengan penghargaan kendiri remaja. Menurut Azizi, Jamaludin dan Wei May Lin (2006) yang menjalankan kajian hubungan antara tingkah laku keibubapaan dengan penghargaan kendiri dalam kalangan remaja, secara keseluruhannya hasil keputusan menunjukkan bahawa tingkah laku keibubapaan adalah berhubungan dengan penghargaan kendiri remaja. Tiga corak hubungan tingkah laku keibubapaan yang dikaji iaitu sokongan, penglibatan, dan kawalan ibu bapa. Subjek kajian terdiri daripada 100 orang pelajar yang dipilih secara rawak dari Sekolah Menengah Katholik di Petaling Jaya. Alat kajian Coopersmith SelfEsteem Inventory digunakan sebagai alat pengukuran penghargaan kendiri. Alat ukuran yang digunakan untuk mengukur persepsi anak terhadap tingkah laku keibubapaan adalah direkabentuk oleh pengkaji sendiri. Data kajian dianalisis dengan teknik min, sisihan piawai, ujian T, anova, kolerasi dan regresi. Daripada kajian yang dijalankan, di antara tiga demensi tingkah laku keibubapaan, didapati sokongan dan penglibatan ibu bapa adalah berhubungan secara positif dengan penghargaan kendiri remaja. Manakala corak jenis kawalan ibu bapa adalah berhubungan secara negatif dengan penghargaan kendiri remaja. Jika dilihat dari segi jantina remaja, adalah didapati penghargaan kendiri remaja lelaki adalah lebih berhubung dengan demensi kawalan dan penglibatan ibu bapa, sementara penghargaan kendiri remaja perempuan adalah lebih berhubung dengan sokongan dan kawalan ibu bapa. Implikasi utama kajian ini adalah mendedahkan bahawa tingkah laku keibubapaan adalah memainkan peranan penting dalam pembentukan penghargaan kendiri remaja. Selain itu, Kuan Siew Ling (2004) telah menjalankan kajian untuk melihat hubungan di antara gaya keibubapaan dengan penghargaan kendiri dalam kalangan remaja. Subjek kajian ini 22

terdiri daripada 100 orang pelajar yang dipilih secara rawak bertujuan dari pelajar-pelajar yang datang ke Perpustakaan Tun Sri Lanang di Universiti Kebangsaan Malaysia yang berusia dia antara 19 hingga 25 tahun. Alat kajian Coopersmith Inventory telah digunakan sebagai alat pengukuran penghargaan kendiri. Alat ujian Parental Authority Questionnaire (PAQ)yang digunakan untuk mengukur persepsi anak terhadap gaya keibubapaan adalah diubahsuai oleh pengkaji sendiri. Data kajian telah dianalisis dengan teknik kolerasi Person, TEKNIK Independent Sample t-Test dan juga regresi pelbagai. Keputusan kajian menunjukkan bahawa gaya keibubapaan adalah berhubung dengan penghargaan kendiri remaja. Di antara tiga corak gaya keibubapaan yang dikaji, dimensi autoritatif ibu bapa dan demensi permisif ibu bapa adalah berhubung secara positif dengan penghargaan kendiri remaja. Manakala, dimensi autoritarian ibu bapa pula berhubung secara negatif dengan penghargaan kendiri remaja. Jika dilihat mengikut jantina remaja, didapati penghargaan kendiri remaja perempuan adalah lebih tinggi daripada penghargaan kendiri remaja lelaki, sementara gaya keibubapaan yang digunakan oleh ibu bapa adalah sama terhadap anak remaja tanpa mengambil kira faktor jantina. Selain itu, semua gaya keibubapaan signifikan terhadap penghargaan kendiri remaja tetapi didapati hanya gaya keibubapaan autoritatif sahaja paling dominan dan paling kuat hubungannya dengan penghargaan kendiri remaja. Implikasi utama dari kajian ini ialah gaya keibubapaan merupakan unsur penting yang dapat diinterpretasi oleh remaja sebagai sumber maklumat dalam pembentukan penghargaan kendiri. 2.3 Kajian Luar Negara

Axentoth ( 1979 ) dalam norwani daud ( 2001 ) dalam saliwangan telah membuatkan kajian ke atas remaja lelaki di korea yang berumur 17 hingga 18 tahun. Hasil dapatan kajian tersebut menyatakan remaja dari keluarga yang mempunyai SES yang rendah lebih tinggi kadar kenakalannya dan kesalahan yang paling tinggi dilakukan ialah berdusta, ponteng sekolah, mencuri harta sekolah dan mencuri yang serius. Mardzelah Makhsin dan Mohamad Fadhli Ilias ( 2004 ) dalam Saliwangan ( 2006 ) menyatakan kajian yang dibuat oleh univerisiti Chicago mendapati purata masa yang dikongsi oleh remaja dengan ibu bapa mereka hanya 12 jam seminggu yang mana kebanyakan daripada masa itu ialah ketika waktu malam dan menonton televisyen. Akibatnya remaja merasa kesunyian dan kurang motivasi diri remaja lebih senang mendampingin rakan sebaya daripada keluarga sendiri kerana ibu bapa tidak ada mada untuk 23

menasihati anak-anak supaya mengulangkaji pelajaran, melihat prestasi anak-anak, meneliti siapakah teman anak-anak mereka, pergerakan anak-anak dan sebagainya. Mereka menyerahkan hal-hal ini semuanya kepada guru-guru ataupun pembantu rumah untuk diuruskan. Kajian yang dibuat Lubienski (2002) mendapati bahawa status sosio-ekonomi (SSE) mempengaruhi pencapaian akademik pelajar; dimanja pelajar yang berlatarbelakangkan daripada status ekonomi yang tinggi berpotensi untuk mendapat pencapaian akademik yang lebih baik begitu juga sebaliknya bagi pelajar-pelajar yang berlatarbelakangkan status ekonomi yang rendah dibayangkan akan mendapat pencapaian akademik yang kurang baik. Selain itu, dalam kajian yang telah dijalankan oleh Johnson, Crosnoe, & Elder, 2001 mendapati bahawa Status sosio-ekonomi pelajar sekolah mempunyai hubungan dan kaitan dengan pencapaian akademik. Kajian ini juga mendapati bahawa jurang di antara keberkesanan pencapaian akademik dan status sosio-ekonomi adalah lebih hampir jika dibandingkan dengan pengaruh bangsa. Ini adalah kerana pelajar yang berlatarbelakangkan sosio-ekonomi yang tinggi berpeluang untuk mengakses komputer, alat pembelajaran elektronik yang lain serta kecenderungan guru untuk menilai pelajar yang SSE tinggi adalah kerap dibandingkan pelajar yang SSE rendah. Ramai pelajar yang tidak berpeluang untuk mengakses suasana pembelajaran yang lebih baik akan bertanggapan pembelajaran Matematik contohnya hanyalah lebih penumpuan untuk menghafal dan hanya ada satu sahaja cara yang betul untuk menyelesaikan masalah Matematik. Tambahan pula dengan pencapaian sedia ada mereka yang rendah. Sementara itu, menurut Ballen & Moles (1994) pula dalam kajiannya mendapati ibu bapa yang berpendapatan rendah sangat kurang dalam membantu anak-anak di rumah dalam hal kerjakerja sekolah. Mereka juga tidak dapat mengadaptasi diri mereka kepada perubahan kurikulum di sekolah. Oleh itu, pengaruh yang kurang kondusif dalam persekitaran sedemikian tidak akan menolong dalam perkembangan pembelajaran anak-anak. Menurut Nguyen dan Peter V. (2008) yang menjalankan kajian berkaitan persepsi tahap penerimaan budaya oleh bapa pendatang Vietnam, gaya keibubapaan dan kesan kesihatan mental dalam kalangan pendatang remaja Vietnam, di Amerika. Daripada kajian yang dijalankan, pendatang golongan dewasa Vietnam dan remaja di Amerika Syarikat mengambil jangka masa yang berbeza untuk menyesuaikan diri dengan budaya barat. Kebanyakan ibu bapa keturunan 24

Vietnam menggunakan cara kuasa mutlak dalam mendidik anak-anak, di mana ia menyebabkan konflik dalam hubungan kekeluargaan dan isu-isu mental. Kajian ini menggunakan Indentity Acculturation Scale, Parental Authority Questionnaire, Rosenberg Self-Esteem dan Reynolds Adolescent Depression Inventory. Kajian ini melibatkan 290 remaja Vietnam yang dilahirkan di Amerika iaitu di kawasan Metropolis utama bagi mengkaji perhubungan antara tahap penyesuaian budaya bapa mereka dengan cara mendidik anak dan juga hubung kait antara cara mendidik oleh ibu bapa dengan tahap penghargaan kendiri dan skor kemurungan dalam kalangan remaja. Penemuan menunjukkan ramai dalam kalangan remaja berpendapat bapa mereka belum dapat menerima budaya Amerika Syarikat. Mereka masih mengamalkan gaya autoritarian dalam mendidik anakanak walaupun telah lama berada di sini. Lagipun, hasil kajian dari remaja yang berpendapat bapa mereka masih mendidik anak dengan cara autoritarian menunjukkan tahap penghargaan kendiri yang rendah dan tahap kemurungan yang tinggi jika dibandingkan dengan gaya keibubapaan autoritatif. Di samping itu, menurut Helen Cheng dan Andrian Furnham (2004)yang menjalankan kajian berkaitan tanggapan terhadap cara peliharaan, penghargaan kendiri dan kritikan diri sebagai penentu kegembiraan. Kajian ini ialah untuk menentukan tahap 3 cara peliharaan (keprihatinan, halangan kebebasan sikap, menidakkan autonomi psikologi), tahap penghargaan kendiri dan mengkritik diri yang menjangkakan kebahagiaan diri secara normal, tidak secara klinikal dalam kalangan remaja awal 20-an. Dalam kajian ini, 365 peserta menyiapkan empat kaji selidik iaitu Parental Bonding Instrument, Rosenberg Self-Esteem Scale, Self-Criticism Quentionnaire dan Oxford Happines Inventory. Regresi menunjukkan tahap penghargaan kendiri (5 item yang positif) ialah yang paling dominan dan hubungan yang kuat kepada kegembiraan. Penjagaan ibu ialah hubungan yang penting untuk tahap penghargaan kendiri dan mengkritik diri. Penjagaan ibu yang paling jelas berhubung kegembiraan apabila penjagaan bapa dan ibu dibandingkan bersama. Ia menunjukkan kemesraan yang ditunjukkan oleh ibu-ibu kepada anakanak mereka yang memberi manfaat dalam meningkatkan tahap kegembiraan semula jadi.

25

2.4

Rumusan

Tujuan kajian literatur ini adalah sebagai panduan kepada pengkaji untuk membincangkan tentang tajuk ini. Secara keseluruhannya, banyak memperkatakan tentang kajian-kajian lampau yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu baik dalam mahupun di luar negara. Justeru itu, ianya amatlah diharapkan untuk memperjelaskan senario sebenar yang berlaku berhubung dengan isu gaya asuhan ibu bapa terhadap masalah ponteng sekolah, masalah pencapaian akademik dan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar status ekonomi rendah.

26

BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan perkara-perkara asas yang berkaitan dengan kajian yang meliputi reka bentuk kajian, tempat kajian, subjek kajian, alat kajian, pemarkatan, penganalisisan data statistik, pengujian hipotesis dan rumusan bab. 3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik. Data yang diperolehi ialah untuk mencari hubungan atau korelasi antara , penghargaan kendiri, pencapaian akademik dan tingkah laku ponteng pelajar dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah. Kajian ini juga merupakan satu kajian kuantitatif. Beberapa ujian-ujian statistik digunakan untuk menganalisis data dan menentukan sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor di atas. Kaedah tinjauan dipilih setelah menimbangkan permasalahan masa kerana kajian perlu disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Kaedah lain seperti eksperimen, kurang sesuai. Tambahan pula dalam kajian ini, tiada perkara seperti program intervensi yang melibatkan pra ujian dan pos ujian. Apa yang hendak ditinjau hanyalah aspek-aspek afektif para responden. Di samping itu, kajian ini melibatkan persampelan yang agak banyak. Dari itu penggunaan soal selidik adalah sesuai kerana lebih senang ditadbir dan datanya juga boleh dianalisis secara sistematik. 3.3 Tempat Kajian

Kajian dijalankan di sebuah sekolah menengah di Daerah Kerian Perak iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lope Nor Rashid. Sekolah ini dipilih kerana mereka mewakili populasi serta lokasinya dekat dan mudah untuk pengkaji lawati. Pemilihan lokasi yang kajian yang tidak jauh dapat mengurangkan kos perjalanan dan sebagainya. Selain daripada itu, pengkaji juga dapat memberi taklimat dan mentadbirkan instrument kajian sendiri di sekolah berkenaan. Perkara ini penting kerana pengkaji dapat memastikan semua masalah ditangani dengan baik. Di samping itu, dengan mentadbirkan sendiri instrumen dan menguruskannya sendiri keesahan dan kebolehpercayaan kajian dapat dipelihara.

27

3.4

Subjek Kajian 3.4.1 Populasi Kajian

Populasi kajian terdiri daripada pelajar-pelajar yang menuntut di Sekolah Menengah Raja Lope Nor Rashid Tanjung Piandang Perak. Jumlah bagi kesemua pelajar adalah seramai 1780 orang. Skop dikecilkan lagi apabila semua pelajar yang berada dalam tingkatan 4 adalah seramai 555 orang. Namun begitu, pengkaji memilih pelajar yang berstatus sosioekonomi rendah sahaja. 3.4.2 Sampel Kajian Penentuan saiz sampel adalah merujuk kepada senarai yang dikemukakan oleh Krejcie & Morgan ( 1970 ). Daripada jumlah populasi di atas, pengkaji telah memilih seramai 100 orang pelajar lelaki dan perempuan yang berstatus sosioekonomi rendah bagi melihat , penghargaan kendiri , pencapaian akademik dan tingkah laku ponteng. Pemilihan sampel ini adalah menggunakan persampelan bertujuan. Oleh itu, pelajar tertentu sahaja yang dipilih untuk menjadi responden dalam kajian ini yakni pelajar berstatus sosioekonomi rendah. 3.5 Alat Kajian

Di dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah soal selidik sebagai alat kajian. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A ( Latar Belakang Responden ) bahagian B ( Inventori ). 3.5.1 Bahagian A Di dalam soal selidik Parental Behavior Inventory bahagian A ialah latar belakang responden. Soalan-soalan yang dikemukakan antaranya ialah jantina responden, etink, umur, taraf pendidikan ibu bapa dan anggaran pendapatan ibu bapa responden. Begitu juga yang terdapat pada bahagian A setiap soal selidik yang lain iaitu soal selidik penghargaan kendiri, pencapaian akademik dan tingkah laku ponteng. Keempat-empat soal selidik ini meminta perkara yang lebih kurang sama pada bahagian A.

28

3.5.2 Bahagian B Di dalam soal selidik Parental Behavior Inventory bahagian B ialah soalan inventori. Bahagian ini mengandungi 52 penyataan yang menggambarkan apa yang responden rasa tentang ibu bapa mereka. Skala yang digunakan ialah selalu , kadangkala dan tidak pernah . Di dalam soal selidik coopersmith self-esteem inventory pula menggunakan skala 1 untuk sangat tidak benar, 2 untu tidak berapa benar, 3 untuk benar dan 4 untuk sangat benar. Bahagian ini ialah kenyataan yang menerangkan diri responden. Soal selidik tingkah laku ponteng pula menggunakan skala sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju untuk menerangkan keadaan diri responden dengan sejujurnya. Soal selidik yang terakhir ialah soal selidik pencapaian akademik pula meminta untuk responden mengisikan markah atau gred yang mereka peroleh di peperiksaan yang terkini. 3.5.3 Kesahan dan Kebolehpercayaan alat ujian Menurut Tuckman (1978; dalam Sidek, 2002), kebolehpercayaan ujian bermakna ujian itu konsisten. Manakala Sidek (19900 menyatakan bahawa sesuatu ujian itu dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi sekiranya skor yang sama diperolehi individu yang sama dengan menjawab ujian yang sama pada masa yang berbeza (Sidek, 2002). Mohd Majid (1990; dalam Sidek, 2002), menyatakan bahawa ketekalan sesuatu alat ukur dalam mengukur pemboleh ubah atau gagasan adalah pengertian bagi konsep kebolehpercayaan alat ujian atau ukuran. Alat ukur yang mengukur sesuatu pemboleh ubah atau gagasan yang tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi sebaliknya alat ukur yang menghasilkan markat yang berubahubah bagi mengukur gagasan yang sama dikatakan tidak tekal dan mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Manakala kesahan menurut Tuckman (1978; dala Sidek, 2002), adalah sesuatu ujian menggambarkan sejauh mana ujian tersebut mengukur apa yang hendak diukur. Sidek (1990), sesuatu ujian dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi sekiranya darjah kebolehannya mengukur apa yang sepatutnya diukur adalah tinggi (Sidek, 2002). Seterusnya Mohd Majid (1990; dalam Sidek, 2002) pula mentafsir bahawa kesahan sesuatu alat ukuran merujuk kepada sejauh mana alat itu mengukur data yang sepatutnya diukur. Ini bermakna sesuatu alat yang

29

berupaya mengukur dengan tepat sesuatu pemboleh ubah yang ditetapkan dianggap sah sebagai alat pengukur bagi pemboleh ubah tersebut. 3.5.3.1 Parental Behaviour Inventory PBI Sebelum sesuatu alat kajian digunakan dalam kajian sebenar, pengkaji perlu memastikan supaya alat tersebut mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang baik. Kesahan dan

kebolehpercayaan sesuatu alat kajian merupakan asas keyakinan terhadap sesuatu hasil penyelidikan (Patrick dan Berry, 1991). Dalam menggunakan alat kajian, apa yang penting ialah ia boleh mengukur apayang sepatutnya diukur. Kesahan sesuatu ujian menggambarkan sejauh mana ujian tersebut mengukur apa yang sepatutnya diukur (Tuckman, 1978). Dari segi kesahan pula, iajugaperlulah mempunyai kesahanyang tinggi dalam mengukur pemboleh ubah yang telah ditetapkan.Sesuatu ujiandikatakan mempunyai kesahan yang tinggi sekiranya darjah kebolehannya mengukur apa yang sepatutnya diukur adalah tinggi (Sidek Mohd Noah, 1990). Menurut Mohd Majid Konting (1990), mentafsirkan bahawa kesahan sesuatu alat ukuran merujuk kepada sejauh mana alat itu mengukur data yang sepatutnya diukur. Ini bermakna sesuatu alat yang berupaya mengukur dengan tepat sesuatu pemboleh ubah yang ditetapkan dianggap sah sebagai alat pengukur bagi pemboleh ubah tersebut. Menurut Black dan Champion (1976) pula, kebolehpercayaan bagi sesuatu alat ukuran

didefinisikan sebagai kebolehan satu-satu alat iaitu secara konsisten mengukur fenomena yang hendak diukur. Allport ( 1937 ) mendefinisikan kesahan sebagai keupayaan sesuatu ukuran yang boleh mengukur apa yang ingin di ukur. Alat ukuran ini mempunyaikesahan dan kebolehpercayaan ( Gronbachs Alpha. 754 ). Kebolehpercayaan bagi soal selidik ini adalah tinggi dan telah dibuktikan oleh beberapa pengkaji. Ia telah diuji oleh Mohd Ali Bachok ( 1990 ), Mustakim Mustamat ( 1991 ) dan

Karimah Hamet ( 1991 ) dengan kebolehpercayaan ( r ) =.75, .6242 dan .9144. Indeks kebolehpercayaan yang melebihi.60 boleh dianggap sesuai dan mencukupi bagi sesuatu soal selidik itu digunakan dalam sesuatu kajian penyelidikan pendidikan.

30

3.5.3.2 Inventori Penghargaan Kendiri Coopersmith (CSEI) Pengkaji menggunakan alat ukuran Inventori Penghargaan Kendiri Coopersmith (CSEI) yang direkabentuk oleh Coopersmith (1967). Alat ini mudah untuk difahami dan dimarkatkan serta mempunyai kestabilan dari segi nilai kesahan dan kebolehpercayaannya. CSEI merupakan satu ukuran laporan diri tentang sikap penilaian terhadap diri sendiri yang telah direka untuk digunakan oleh kanak-kanak oleh Coopersmith (1967). Dari aspek bahasa yang mudah difahami serta format ujian sebanyak 58 item memberi faedah dalam mengukur tentang penghargaan kendiri pada subjek dewasa yang memiliki tahap pendidikan yang berbeza. Perkataan-perkataan dalam beberapa item CSEI ini telah diistilahkan agar dapat diaplikasikan pada subjek-subjek di peringkat umur persekolahan dan beberapa perubahan juga telah dilakukan terhadap beberapa item untuk membolehkan inventori ini digunakan terhadap subjek dewasa. Cara ini juga pernah dilakukan dalam kajian Ryden (1978) ke atas 32 orang subjek dewasa dengan menggunakan CSEI yang telah diubah beberapa istilah dalam item untuk mudah difahami serta bersesuaian dengan subjek yang dipilih. Hasil dapatan menunjukkan keputusan ujian test-retest yang dilakukan adalah 0.78 dan 0.80 selepas sela masa 6 hingga 58 minggu. Dapatannya memberi sokongan kestabilan setanding dengan versi inventori asal Coopersmith (1967) yang melaporkan reabiliti test-retest iaitu 0.88 melebihi 5 minggu dan 0.70 melebihi 3 tahun. Dengan itu, pengkaji telah melakukan beberapa perubahan dalam istilah item untuk kesesuaian dengan penggunaannya terhadap subjek kajian ini. CSEI dikatakan sesuai mengukur penghargaan kendiri secara umum dan memiliki nilai kepercayaan ujian-ujian kembali (sela masa 3 tahun) yang agak tinggi. CSEI mengandungi 58 item dan 8 daripada item ini digunakan untuk membentuk skala bohong. CSEI mengukur aspek penghargaan kendiri daripada empat dimensi iaitu :i) ii) iii) iv) Kendiri umum (34 item)

Sosial dan kendiri rakan sebaya (9 item) Keluarga Akademik (8 item) (7 item)

31

3.5.3.3 Soal Selidik Pencapaian Akademik Pencapaian akademik pelajar diukur berdasarkan kepada keputusan peperiksaan pelajar yang mengambil. Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2010. Mata pelajaran yang dimaksudkan ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Geografi, Sejarah dan Kemahiran Hidup. 3.5.3.4 Soal Selidik Tingkah Laku Ponteng 3.6 Penganalisisan Data Statistik

Data yang diperolehi dari soal selidik dianalisis dengan bantuan komputer menggunakan perisian Statistikal Package for the Social Science (SPSS) for Window. Menurut Majid Konting (1990) dalam Sidek Mohd Noah (2005), penganalisisan data berstatistik dengan menggunakan SPSS dapat menghasilkan pengiraan yang tepat dan kerana ia bebas daripada ralat. Dalam kajian ini analisis statistik deskriptif digunakan untuk mencari min bagi ( autokratik, demokratik dan permisif ), penghargaan kendiri, pencapaian akademik, serta min bagi tingkah laku ponteng. Sementara itu, statistik inferensi iaitu korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti hubungan ( autokratik, demokratik dan permisif ) dengan penghargaan kendiri, pencapaian akademik, dan tingkah laku ponteng manakala Ujian T digunakan untuk mengenal pasti perbezaan ( autokratik, demokratik dan permisif ), perbezaan penghargaan kendiri, perbezaan

pencapaian akademik dan perbezaan tingkah laku ponteng mengikut kaum. 3.6.1 Pemarkatan Pemarkatan ialah cara bagaiamana proses memberikan skor sesuatu pembolehubah berdasarkan instrument/ soal selidik yang diberikan. 3.6.1.1 Kaedah Pemarkatan Parental Behavior Inventory Kaedah pemarkatan untuk mengenalpasti reponden skornya telah diterima setelaH

menggunakan skala penipuan ( L ) . Setiap penyataan dalam bahagian B ( soal selidik parental behavior inventory ) ini memerlukan jawapan sama ada selalu , kadangkala ataupun tidak pernah . Pembahagian skor adalah seperti berikut :

32

Jadual 3.1 Panduan Pemberian Skor bagi Parental Behavior Inventory No Pernyataan 1, 2, 15-25, 27 dan 39-51 3-14, 26,28-38 dan 52 Selalu 1 3 Kadangkala 2 2 Tidak Pernah 3 1

Catatan : Skor jika responden jawab kadangkala bagi pernyataan nombor 10 akan

diberi

skor 3. Skor untuk 52 penyataan bagi setiap responden kemudianya akan dijumlahkan. Min ( x ) dan sisihan piawaian ( s ) akan dicari daripada jumlah skor keseluruhanya. responden yang mempunyai skor yang lebih daripada skor x > ( min (x) + sisihan piawai ( s ) akan di anggap telah menerima permisif yang menerima skor kurang daripada skor x < ( min ( x) sisihan piawai ( s) akan di anggap sebagai menerimagaya asuhahn audotorian dan yang mempunyai skor si antara skor +x dan x akandianggap menerima gaya asuhan demokratik. jadual di bawah adalah contoh skor respondendengan . Jadual 3.2 Skor Respenden Dengan Gaya Asuhan Keibubapaan Permisif Skor Responden > Daripada Skor X = ( X + S )

Autoritarian

< Daripada Skor X = ( X- S )

Demokratik

Di Antara Skor X ( X- S ) Dan ( X+ S )

S - Piawai X - Skor Min

33

Jadual 3.3 Berdasarkan Item Gaya Asuhan Keibubapaan Permisif Autoritarian Demokratik Nombor item 1,2,16,25,45,50-51 15,17-24,39,41-44,46-49 3-14,26-38,40,52

Daripada jadual di atas, menunjukkan bahawa item bagi 1,2,16,25,45,50-51merupakan

item

yang mewakili gaya asuahan permisif. Manakala item 15,17-24,39,41-44,46-49 pula menerangkan item tersebut mewakili gaya asuhan demokratik dan bagi item 3-14,26-38,40,52 merupakan item yang mewakili gaya asuhan demokratik. 3.6.1.2 Kaedah Pemarkatan Penghargaan Kendiri Cara pemarkatan penghargaan kendiri CSEI berdasarkan kepada pemilihan jawapan bagi setiap item yang terkandung dalam bahagian ini. Jawapan dalam bahagian ini adalah berbentuk skala likert empat poin, iaitu daripada sangat benar (4) kepada sangat tidak benar (1) seperti yang ditunjukkan di bawah : Jadual 3.5 Simbol Bagi Pilihan Jawapan Pilih jawapan Sangat benar benar Tidak berapa benar Sangat benar Simbol 4 3 2 1

Oleh sebab item CSEI terbahagi kepada item-tem positif dan negatif, maka cara pemarkatan juga adalah berbeza. Item positif mengandungi mengandungi 28 item sementara 30 item lagi bersifat

34

negatif. Secara ringkas, pembahagian item positif dan negatif ditunjukkan dalam jadual 3.7 dan cara pemarkatan ditunjukkan pada jadual 3.8. Jadual 3.6 Pembahagian Item-Item Mengikut Dimensi CSEI Dimensi Penghargaan Kendiri Umum No Item 1,3,4,7,10,12,13,15,18,19,24,25,26,27,30,31,32,3 4,35,36,38,39,43,45,47,48,50,51,53, 55,56,57,58 Sosial Keluarga sekolah 5,8,14,21,28,40,49,52 6,9,11,16,20,22,29,44 2,17,23,33,42,46,56

Jadual 3.7 Pembahagian Item-Item Positif Dan Negatif Dalam CSEI Jenis Item Positif No Item 2,4,5,6,10,11,13,14,18,19,20,21,23,24,27,28,29,32, 34,41,45,47,48,55,57,58 Negatif 1,3,7,8,9,12,15,16,17,22,25,26,30,31,33,35,37,38,3 9,40,42,43,44,46,49,50,51,52,53,54,56

35

Jadual 3.8 Sistem Pemarkatan Item Dalam CSEI MARKAT ITEM KENYATAAN(PILIH JAWAPAN ) Sangat Benar Benar Tidak Berapa Benar Sangat Benar POSITIF 4 3 2 1 NEGATIF 1 2 3 4

berdasarkan pemarkatan tersebut, skor boleh diperolehi oleh seseorang subjek terletak dalam lingkungan 58-232 aras ukuran pemboleh ubah penghargaan kendiri ini ialah pada tahap interval (sela) 3.6.1.3 Kaedah Pemarkatan Pencapaian Akademik Bagi pemarkatan pencapaian akademik pelajar responden perlu membulatkan pencapaian akademik yang diperoleh dalam mata pelajaran yang diambil semasa pemeriksaan akhir tahun semasa berada di tingkatan satu. Bagi setiap gred mata pelajaran terdapat gred-gred yang telah ditentukan. Gred gred tersebut ialah A,B,C,D, dan E. Angka 5 mewakili gred A, angka 4 mewakili gred B, angka 3 mewakili gred C, angka 2 mewakili gred D dan angka 1 mewakili gred E. Seterusnya data bagi pencapaian akademik responden di proses menggunakan alat statistik ( SPSS )

36

Jadual 3.4 Skala Pemarkatan Pencapaian Akademik Gred Mata Pelajaran A B C D E Skor Markah 5 4 3 2 1

Dalam kajian ini, pengkaji mengkategorikan skor pencapaian akademik kepada tiga tahap pencapaian akademik kepada tiga tahap pencapaian iaitu tahap pencapaian tinggi, tahap pencapaian sederhana dan tahap pencapaian rendah yang mana menggunakan gred purata. Gred purata adalah satu kaedah pengiraan bagi mendapatkan gred purata bagi setiap mata pelajaran di sekolah. Kaedah ini digunakan bagi memperoleh purata pencapaian setiap pelajar di dalam peperiksaan-peperiksaan tertentu yang dijalankan di sekolah. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah ini bagi mendapatkan gred purata bagi setiap sampel untuk memperoleh maklumat mengenai pencapaian akademik sampel. Jadual 3.5 Pecahan skor pencapaian akademik Tahap Cemerlang Mata 4.0-5.0

Sederhana

2.0-3.9

Rendah

0.1-1.9

37

Formula pengiraan bagi gred purata adalah seperti berikut : Mata pelajaran setiap subjek ditambah ( M ) dan dibahagi dengan jumlah mata pelajaran yang diambil ( N ). M = gred pencapaian pelajar N Contoh: keputusan peperiksaan akhir Ayu adalah 6A 2B. Pengiraan gred pencapaian Ayu seperti berikut : 5+5+5+5+5+5+4+4 = 4.75 8 4.75 berada pada tahap cemerlang oleh itu pencapaian Ayu dalam peperiksaan akhir tahun adalah pada tahap cemerlang. 3.6.1.4 Kaedah Pemarkatan Tingkah Laku Ponteng Responden atau pelajar dikehendaki memilih jawapan mereka mengenai sesuatu kenyataan berdasarkan darjah pemeringkatan dalam skala pengukuran likert seperti dalam bawah : Jadual 3.6 Tahap Pemarkatan Skala Likert Responden Jawapan Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju 5 4 3 2 1 Item Positif 1 2 3 4 5 Item Negatif jadual di

38

Jadual di bawah menunjukkan pemarkatan faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku ponteng di kawasan luar Bandar ia digunakan untuk menentukan faktor paling dominan dari aspek sikap pelajar, guru, keluarga dan rakan sebaya. Jadual 3.7 Pemarkatan Skor Bagi Faktor Tingkah Laku Ponteng Paling Dominan Nilai 3.68-5.00 2.34-3.67 1.00-2.33 Faktor-Faktor Paling Dominan Tinggi Sederhana Rendah

Jadual di bawah Guilfords Rule Of Tumb. Guilfords Rule Of Tumbs digunakan untuk menginterpretasikan kekuatan hubungan antara pemboleh ubah tersebut formula ini digunakan untuk mengukur korelasi sesuatu hubungan sama ada sangat kuat, kuat, sangat lemah. Interpretasinya ialah seperti berikut. Jadual 3.8 Gulifords Rule Of Tumbs Pemarkatan Skor Bagi Nilai Kolerasi Nilai Pekali Korelasi ( R) Lebih Daripada 0.9 0.9 Hingga 0.70 0.7 Hingga 0.40 0.40 Hingga 0,2 Kurang Daripada 0.2 Tafsiran Hubungan Korelasi Sangat Kuat Korelasi Kuat Korelasi Sederhana Korelasi Lemah Korelasi Sangat Lemah sederhana, lemah dan

39

3.6.2 Bil 1.

Pengujian Hipotesis Hipotesis Terdapat perbezaan signifikan min gaya asuhan autokratik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara Ujian T kaum Melayu, Cina dan India. Statistik

2.

Terdapat perbezaan signifikan min gaya asuhan demokratik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara Ujian T kaum Melayu, Cina dan India

3.

Terdapat perbezaan signifikan min

gaya asuhan permisif

dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara Ujian T kaum Melayu, Cina dan India. 4. Terdapat perbezaan signifikan min penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara Ujian T kaum Melayu, Cina dan India 5. Terdapat perbezaan signifikan min pencapaian akademik dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara Ujian T kaum Melayu, Cina dan India 6. Terdapat perbezaan signifikan min tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah antara Ujian T kaum Melayu, Cina dan India 7. Terdapat hubungan signifikan yang negatif antara min autokratik dengan min penghargaan kendiri dalam kalangan Korelasi Pearson pelajar status sosio ekonomi rendah. 8. Terdapat hubungan signifikan yang positif antara min Korelasi Pearson demokratik dengan min penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar status sosio ekonomi rendah 9. Terdapat hubungan signifikan yang negatif antara min permisif dengan min penghargaan kendiri dalam kalangan Korelasi Pearson pelajar status sosio ekonomi rendah. 10. Terdapat hubungan signifikan yang negatif antara min

40

autokratik dengan min pencapaian akademik dalam kalangan Korelasi Pearson pelajar status sosio ekonomi rendah 11. Terdapat hubungan signifikan yang positif antara min demokratik dengan min pencapaian akademik dalam kalangan Korelasi Pearson pelajar status sosio ekonomi rendah. 12. Terdapat hubungan signifikan yang negatif antara min permisif dengan min pencapaian akademik dalam kalangan Korelasi Pearson pelajar status sosio ekonomi rendah 13. Terdapat hubungan signifikan yang positif antara min autokratik dengan min tingkah laku ponteng dalam kalangan Korelasi Pearson pelajar status sosio ekonomi rendah. 14. Terdapat hubungan signifikan yang negatif antara min demokratik dengan min tingkah laku ponteng dalam kalangan Korelasi Pearson pelajar status sosio ekonomi rendah 15. Terdapat hubungan signifikan yang positif antara min permisif dengan min tingkah laku ponteng dalam kalangan Korelasi Pearson pelajar status sosio ekonomi rendah.

3.7

Rumusan

Secara keseluruhannya, bab ini telah membincangkan reka bentuk kajian, tempat kajian, subjek kajian, alat kajian, pemarkatan, penganalisisan data statistik, pengujian hipotesis Perbincangan dalam bab ini diharapkan dapat memberikan gambaran mengenai metodologi yang digunakan sepanjang kajian dijalankan.

41

4.0 Bibliografi Azizi Yahaya, Jamaluddin Ramli, Wei May Lin ( 2006 ). Hubungan Antara Tingkah Laku Keibubapaan Dengan Penghargaan Kendiri Dalam Kalangan Remaja . Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, Skudai : Universiti Teknologi Mara Azlina Abu Bakar @ Mohd (2002). Psikologi Personaliti Individu. Selangor : Karisma Publications Sdn.Bhd. Calvin S. Hall & Garden Lindzey (editor Dr.A Supratiknya) (1993). Teori-Teori Sifat dan Behavioristik. Yogyakarta : Penerbit Kanisius. Helen Cheng & Andrian Furnhem ( 2004 ) Perceived Parental Rearing Styles Self Esteem and Self Critism as Predictors of Happiness. Journal Of Happiness Studies : 1-21,2004 Jas Laile Suzana Jaafar (2002). Psikologi Kanak-Kanak & Remaja. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuan Siew Ling ( 2004 ). Hubungan Gaya Keibubapaan di Kalangan Remaja . Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan : Universiti Kebangsaan Malaysia Mardzelah Makhsin & Mohamad Fadhli Ilias ( 2004 ). Permasalahan sosial masa kini kenakalan remaja. Pemikir julai-september 117-152. Nguyen Peter V ( 2008 ). Perceptions Of Vietnamase Fathers Acculturation Lerlss. Parenting Styles, And Mental Health Out Comes In Vietnamase American Adolescent Immigrants. Social Words 53 ( 4) Oktober 2008. Pp. 337-346 Richard R.Bootzin (diterjemahkan oleh Amir Awang) (1991). Modifikasi Tingkah laku dan Terapi- Pengenalan. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia. Sidek Mohd Noah ( 2002 ). Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori Dan Praktis. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia. Saliwangan Hassan ( 2006 ). Hubungan Amalan Kekeluargaan Dengan Perlakuan Ponteng Sekolah : Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, Perak UPSI.

42

Http://Eprints.Utm.My/2332/2/Aziziyahay__Hubungan_Konsep_Kendiri,_Motivasi_Dan_Gaya. Pdf Http://Www.Scribd.Com/Doc/14532608/Hubungan-Antara-Gaya-Asuhan-Ibubapa-DenganDisiplin-Pelajarbaru Http://Www.Scribd.Com/Doc/14532608/Hubungan-Antara-Gaya-Asuhan-Ibubapa-DenganDisiplin-Pelajarbaru Http://Www.Docstoc.Com/Docs/18530041/PENGARUH-FAKTOR-SOSIOEKONOMITERHADAP-PENCAPAIAN-PELAJAR-DALAM Http://Www.Docstoc.Com/Docs/25725680/MOTIVASI-BELAJAR-DAN-HARGA-DIRIHUBUNGAN-DENGAN-PENCAPAIAN-AKADEMIK

43

Vous aimerez peut-être aussi