Vous êtes sur la page 1sur 2

DIR digunakan untuk melihat senarai fail dan folder yang terdapat di dalam sesuatu media simpanan.

Taipkan DIR selepas A:\> kemudian tekan kekunci Enter. Contoh penggunaan;

A:\>DIR Skrin akan memaparkan isi kandungan disket.

A:\>DIR C: Skrin memaparkan isi kandungan partition C: cakera keras.

2. MD Arahan MD digunakan untuk membuat folder dalam media simpanan. Contoh: A:\>MD windows Membuat folder windows dalam disket. A:\>MD D:\windows Membuat forder windows dalam cakera D

3. COPY Arahan COPY digunakan untuk menyalin fail dari satu lokasi ke lokasi lain. Contoh: A:\>COPY surat.doc D:\Windows Menyalin fail surat.doc ke dalam folder Windows yang berada di dalam pemacu D:

4. FORMAT Arahan untuk memformat cakera. Semua fail/data yang terdapat di dalam cakera akan hilang atau dihapuskan. Contoh: A:\>FORMAT C: Memformat pemacu C: atau partition C:

Biasanya arahan FORMAT dilakukan selepas membuat partition cakera keras.

5. FDISK Arahan untuk mengurus partition dalam cakera keras. Cakera keras yang baru perlu dibuat partition supaya program sistem operasi boleh dipasang di dalamnya. Sistem operasi seperti Windows XP memerlukan sekurang-kurangnya 1 partition. Contoh: A:\>FDISK

Maklumat lanjut mengenai arahan-arahan DOS boleh di dapati di laman web berikut; http://www.computerhope.com/msdos.htm http://w3.ag.uiuc.edu/AIM/CCSOcourses/DOS-rev.html http://home7.inet.tele.dk/batfiles/msdos7/

Vous aimerez peut-être aussi