Vous êtes sur la page 1sur 2

Kampung Simpang Pelangi merupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak di Daerah Bentong Pahang.

Biasanya, penduduk Kampung Simpang Pelangai aktif menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber pendapatan. Pelbagai jenis tanaman yang ditanam. Antaranya ialah getah, kelapa sawit dan tanaman seperti sayur-sayuran, kekacang, pisang dan buah-buahan bermusim seperti durian, rambutan dan sebagainya. Setiap hasil yang diperoleh dipasarkan sekitar kawasan setempat seperti di pasar malam atau pasar tani. Hasil tanaman seperti kelapa sawit dan getah, dikumpulkan di pusat pengumpulan dan akan dijual terus kepada pemborong. Pada suatu ketika dahulu, kampung ini dikelilingi tanaman getah namun, usia pokok getah yang sudah melebihi 10 tahun telah memaksa petani di sini menggantikannya dengan tanaman sawit. Selain dapat memberi keuntungan berlipat kali ganda, ia juga mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran semasa. Ada di antara petani di kampung ini yang boleh mendapat pendapatan kasar sehingga RM3,000 hingga RM5,000 sebulan bergantung kepada hasil tani dan kualiti pengeluarannya. Dalam memajukan sektor pertanian di Kampung Simpang Pelangai terdapat pelbagai agensi kerajaan yang telah memainkan peranan dengan baik. Antaranya ialah Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA) yang bertanggungjawab memajukan kawasan terbiar dan memberi khidmat nasihat kepada petani di kampung ini. Selain itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) juga membantu memasarkan hasil-hasil pertanian dan sebagai orang tengah di antara petani dan pemborong hasil tani. Laporan Tahunan PKS 2006 (2007: 92) oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan juga mendedahkan keupayaan pemasaran pengusaha kecil masih lagi lemah. Kebanyakan mereka hanya memahami keperluan untuk memasarkan dan mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing dengan betul tetapi hanya segelintir sahaja yang mengetahui secara mendalam selok-belok untuk mencapainya. Malahan sedikit sahaja yang mempunyai dana untuk melaksanakan promosi pemasaran. Dalam kajian yang dilakukan oleh sebuah universiti tempatan, lebih 50% daripada keseluruhan industri kecil yang dikaji mengaku memperoleh keuntungan yang amat kecil disebabkan oleh masalah pemasaran. Masalah ini wujud hampir dalam semua jenis perniagaan industri kecil termasuk industri pembuatan makanan (Moha Asri 1999: 39). Rahmah Ismail (1990) mendapati bahawa pengusaha kecil di Malaysia menghadapi masalah pembelian input dan pemasaran output. Mereka sangat bergantung kepada

orang tengah dan kurang mempunyai inisiatif dalam mencari pasaran alternatif untuk mendapatkan input dan memasarkan output. Oleh itu, pengusaha kecil tidak terdedah kepada strategi dan pengalaman pemasaran secara langsung

Pasaran memainkan peranan penting dalam usaha mengukuhkan kedudukan ekonomi khusus dalam pembangunan sektor pertanian. Sehubungan dengan ini pasaran domestik dan pasaran eksport akan diperkuatkan lagi supaya berkembang mengikut perancangan. Bagi pasaran domestik, fokus utama ialah mempromosikan pengeluaran produk tempatan yang bermutu dengan harga yang berpatutan supaya berupaya untuk bersaing dengan produk yang diimport. Bagi maksud ini sektor swasta akan diberikan galakan supaya menyediakan prasarana pemasaran dan seterusnya mengendalikan operasi sehariannya. Diperingkat eksport, strategi pasaran global akan ditekankan dengan mengenalpasti lebih banyak pasaran baru untuk produk tempatan. Produk yang berpotensi akan diberikan liputan, promosi, kempen, publisiti melalui program pendidikan, forum antarabangsa ataupun melalui hubungan dua hala dengan negara-negara pengimport.

Vous aimerez peut-être aussi

  • Isi Kandungan La21
    Isi Kandungan La21
    Document1 page
    Isi Kandungan La21
    Syarafina Sallehudin
    Pas encore d'évaluation
  • Plan
    Plan
    Document1 page
    Plan
    Syarafina Sallehudin
    Pas encore d'évaluation
  • Idola
    Idola
    Document2 pages
    Idola
    Syarafina Sallehudin
    Pas encore d'évaluation
  • Bab Tiga PDF
    Bab Tiga PDF
    Document39 pages
    Bab Tiga PDF
    Khairudin Bin Ibrahim
    Pas encore d'évaluation
  • Questionaire (Penduduk)
    Questionaire (Penduduk)
    Document6 pages
    Questionaire (Penduduk)
    Syarafina Sallehudin
    Pas encore d'évaluation
  • 1.0 Pengenalan
    1.0 Pengenalan
    Document8 pages
    1.0 Pengenalan
    Syarafina Sallehudin
    Pas encore d'évaluation
  • RTDJB
    RTDJB
    Document8 pages
    RTDJB
    Syarafina Sallehudin
    Pas encore d'évaluation
  • Presentation 2
    Presentation 2
    Document1 page
    Presentation 2
    Syarafina Sallehudin
    Pas encore d'évaluation