Vous êtes sur la page 1sur 4

Peralatan di Stesen Kaji Cuaca dan fungsi-fungsinya.

Satu set sensor meteorologi yang disimpan dalam pelindung peralatan dan disambungkan ke unit pemprosesan (data-logger) dengan menggunakan kabel yang berbalut. Unit pemproses (data-logger) digunakan untuk data acquisition, pemprosesan, penyimpanan dan penghantaran .Peralatan-peralatan seperti penstabil sumber kuasa, modem, built-indiagnostics dan terminal tempatan untuk memasukkan data secara manual, pengeditan dan paparan data.

AWS mengukur jumlah air hujan, tekanan udara, suhu, kelembapan, kelajuan dan arah angin serta sinaran global, yang juga dikemaskini setiap minit, 24 jam sehari tanpa bantuan manusia.

Arah angin ditentukan mengikut arah tiupan angin. Ia dipaparkan dalam betuk darjah yang diukur mengikut arah jam dari utara. Penunjuk arah angin (wind vane) digunakan untuk menunjukkan atau merekodkan arah angin permukaan. Sekiranya kelajuan angin kurang daripada satu metre per saat atau dua knot, penunjuk angin hanya akan memberikan bacaan tenang (calm). Kelajuan angin diukur dalam meter per saat atau knot. Keadaan tenang dilaporkan apabila kelajuan angin adalah kurang daripada 0.5 meter per saat atau kurang dari satu knot. Peralatan yang digunakan untuk mengukur kelajuan angin dipanggil anemometers, alat yang paling biasa digunakan adalah cup anemometer. Ia dibentuk daripada tiga cup secara hemisferik. Perbezaan tekanan angin di antara cup akan menyebabkan cup tersebut berpusing. Kadar pusingan adalah berkadar langsung dengan kelajuan angin.

Sistem pengesan sistem menggunakan kombinasi teknologi litar dalaman dengan elemen termometer rintangan platinum untuk pengukuran suhu yang sangat tepat.

Termometer bebuli kering dan basah di sokong secara tegak di dalam Adang Stevenson. Di sebelah kanan adalah termometer basah. Bebuli termometer basah dibalut dengan kain muslin dan diikat dengan benang. Benang itu dimasukkan ke dalam takungan yang berisi dengan air tulin.

Solarimeter adalah untuk mengukur sinaran solar di atas permukaan bumi secara rutin. Ia mempunyai element pengesan thermocouple. Elemen pengesan ini disalutkan dengan karbon tak organik yang sangat stabil, yang mana dapat memberi penyerapan spektrum dan ciri-ciri kestabilan untuk jangka masa yang panjang. Elemen pengesan ditempatkan di bawah dome kaca.

Tolok hujan mempunyai corong penerima yang akan membawa air hujan kepada dua bucket. Apabila bucket telah mengumpul sebanyak 0.2mm air hujan, jisim air tersebut akan menyebabkan bucket tersendeng ke bawah dan mengosongkan ruangnya. Setiap kali bucket tersendeng ke bawah, ia akan menghantar isyarat elektrik dan ini membolehkan jumlah air hujan direkodkan mengikut masa. Maksimum air hujan yang dapat dikesan adalah sebanyak 200mm/jam.

Sensor tekanan adalah kapsul tekanan atau solid state capacitive device yang mana output voltan ditukarkan ke nilai tekanan udara yang telah dienkodkan secara digital.

Vous aimerez peut-être aussi