Vous êtes sur la page 1sur 5

Bab 2: Bentuk Ballad No.1 dalam G minor, Op.

23

Bentuk sesebuah karya muzik merujuk kepada gaya muzik tertentu yang digubah berdasarkan faktor harmoni, jenis ritma, dan instrumentasi. Ballad No.1 dalam G minor, Op.23 dibentuk berasaskan pelan nada berskala besar yang mengandungi bahagian eksposisi, perkembangan, dan rekapitulasi tema melalui teknik-teknik manipulasi tema, nada, dan harmoni. Struktur utama ballad (b.8-207) yang bermeter 6/8 dan bertempo Moderato dibingkai oleh bahagian pengenalan bertempo Largo (b.1-7) dan koda bertempo Presto con fuoco (b.208-264). Sepintas lalu, kedua-dua bahagian ini adalah tidak seimbang dari bilangan bar. Kelihatan Chopin memberikan lebih perhatian kepada bahagian koda dengan penekanan aksen dan penggunaan kadens yang lebih banyak untuk menekankan kepentingan peranan kord G minor (b.212, 216, 224). Berdasarkan pengenalan Largo yang seakan

pembuka tirai, hala dan klimaks ballad ini lebih cenderung ke bahagian akhir. Ciri-ciri sonata-allegro juga boleh dijumpai dalam bahagian tengah iaitu Moderato dengan kewujudan dwi-tema (dua tema utama). Persamaan boleh dilihat dengan kewujudan bahagian eksposisi, perkembangan, dan rekapitulasi tema. Sebagai penjelasan, eksposisi (b.8-90) meliputi dua frasa seimbang yang masingmasing dilabelkan sebagai tema pertama dan kedua, iaitu dari bar 8-36 dan bar 6882. Kedua-dua tema boleh dipecahkan lagi kepada subfrasa antecedent-consequent dengan bilangan bar 8+20 (tema pertama) dan bilangan bar 8+7 (tema kedua). Tema pertama diikuti dengan tiga frasa untuk peranan pemanjangan kadens tonik di bar 36-44, 45-48, dan 49-56 manakala tema kedua adalah diikuti dengan bar 83-90.

Kedua-dua tema tersebut dihubungi dengan transisi 12 bar (b.56-67) tanpa kadens yang menukarkan nada dari G minor ke Eb major. Bahagian perkembangan (b.91-166) meliputi transisi (b.91-137) dan episod (b.138-166) dalam Eb major. Transisi dari bar 106-137 menggunakan tema kedua eksposisi dan berakhir dengan kadens setengah dalam kord dominan yang dipanjangkan dari bar 126-137. Walaupun kepanjangan bar dan keunikan ritma dalam episod boleh dijadikan sebagai tema, harmoninya tidak stabil dan mempunyai modulasi di bahagian akhir. Bahagian rekapitulasi dalam ballad ini hanya membawa balik tema kedua, bar 166-188 yang selaras dengan bar 68-80 di eksposisi. Transisi (b.189-208)

sebelum kemasukan koda Presto con fuoco boleh dikaitkan dengan bar 91-106 dari penggunaan ritma dan elemen muzik. Modulasi nada di bar 91-94 (4 bar) diulangi di bar 189-194 (6 bar) manakala frasa pemanjangan kadens dominan (sebanyak 12 bar) di bar 95-106 diulangi di bar 195-206 (b.207-208, kadens dominan ke tonik). Koda (b.209-264) mempunyai persamaan dari segi bilangan bar dengan episod: 3 frasa pendek+1 frasa panjang. Frasa episod ialah 4-4-4-17 manakala frasa koda ialah 4-4-9-27. Perbandingan boleh dilihat antara bilangan bar frasa bagi tema pertama dan kedua. Frasa antecedent untuk tema pertama yang mempunyai 8 bar

diperkembangkan dan menjadi 20 bar dalam consequent walaupun bilangan bar perlu sama (8+8) dalam sebuah frasa seimbang. Keadaan ini mempengaruhi Tema kedua pula

kesimbangan seluruh corak dan klimaks kontur ballad.

menunjukkan sifat berbeza dengan 8 bar untuk frasa antecedent dan 7 bar untuk frasa consequent. Bilangan bar yang lebih kurang dalam tema kedua (7 bar)

bagaikan permintaan kepada suatu perlanjutan dan penyelesaiannya dijumpa di bar

106-126, bahagian perkembangan, dengan frasa consequent sebanyak 13 bar untuk modulasi nada ke Eb major. Sekali lagi, refleksi melalui pembahagian subfrasa menunjukkan bahawa keragu-raguan yang dihadapi di pengenalan mendapat suatu keputusan di akhir karya. Jadual rumusan rangka ballad ini ditunjukkan dalam Rajah 2.1 seperti berikut. Bar Bilangan bar subfrasa Peranan Nada 1 8 8 8+20 36 4+5 45 2+2 49 56 8 12 68 8+7 83 4+4

Pengenalan Tema Pemanjangan kadens tonik I Ab major - G minor G minor a. Eksposisi 95 12 106 8+13

Transisi Tema Pemanjangan kadens tonik II Eb major

Bar 91 Bilangan 4 bar subfrasa Peranan Transisi

126 12

138 4+4+4+17

Nada

Perkembangan Perkembangan Pemanjangan kadens Tema I Tema II dominan Eb major A minor A major b. Perkembangan 181 4+4 189 6 195 12 207 2

Episod

Eb major

Bar

166

209 4+4+9 +27 Koda

Bilangan 8+7 bar subfrasa Peranan Rekapitulasi Tema II Nada Eb major

25 0 15

Pemanjangan kadens tonik

Transisi Perkembangan Tema I G minor c. Rekapitulasi

Rajah 2.1: Jadual rangka Ballad No. 1 dalam G minor, Op.23 (Skor disertakan di Lampiran B untuk rujukan.) Faktor yang mendorong kepada kelancaran melodi serta menjalinkan bahagian-bahagian dalam karya tersebut adalah melalui penggunaan kadens yang dipanjangkan (kord tonik atau dominan) dan ditegaskan di bahagian iringan 7

manakala melodi diteruskan tanpa berhenti secara tiba-tiba. Perhubungan harmoni memainkan peranan penting dan mengurangkan jurang antara bahagian. Sebagai contoh, kord I 6 dalam Eb major (b.158) yang disambung melalui not-not kromatik 4 (b.162-165) sehingga kord V di bar 166 untuk frasa baru. Bahagian akhir eksposisi yang bersambung ke perkembangan (b. 83-94) pula menggunakan pemanjangan kadens tonik melalui not tonik Eb dan iringan arpegio. Rajah 2.2 menunjukkan bar 83-94.

Rajah 2.2: Pemanjangan kadens tonik melalui not tonik, Eb di bar 83-94

Selain itu, suspensi (suspension) not-not tertentu juga digunakan untuk menghubung dan melancarkan bahagian. Pengenalan Largo berakhir dalam pic

dominan di bar 7 dan not resolusinya dilewatkan sehingga bar 9 dengan kemunculan melodi di bar 8 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.3.

Suspensi
6

Resolusi

G minor:

V7

Rajah 2.3 Kes yang sama boleh dijumpai di kemasukan tema kedua (b.67-69) yang bahagian akhir episod (b.165-167) yang menangguhkan resolusi sebanyak satu bar, kadens tonik yang berakhir di bar 69 dan bar 167. Secara ringkas, bentuk ballad ini memirip bentuk sonata yang mempunyai dua tema utama. Karya ini juga menunjukkan dua gambaran cerminan dari segi penggunaan tema seperti yang ditunjukkan di Rajah 2.4 di bawah.

Eksposisi

Perkembangan
Cerminan 1

Rekapitulasi I

Tema:

II

II

II

Cerminan 2

Rajah 2.4: Gambaran cerminan penggunaan tema

Vous aimerez peut-être aussi