Vous êtes sur la page 1sur 7

AKTIVITI 3

SENARIO
Anda dan rakan anda dilantik sebagai

hakim dalam satu pertandingan


persembahan. Anda menghakimi aspek

keseragaman. Rakan anda menghakimi


aspek kreativiti. Rakan anda beria-ia

mempertikaikan markah yang anda


berikan tidak sesuai.

Tidak Senang Hati


Saya akan berfikir kenapa rakan saya itu mempertikaikan markah yang saya berikan itu. Adakah keupayaan saya untuk menghakimi persembahan itu tidak mencapai tahapnya?

Saya akan berbincang dengan rakan saya itu dengan hati yang tenang. Saya akan menanyakan kepadanya tentang sebab-sebab dia mempertikaikan markah saya dan saya akan menerima apa yang diperkatakan olehnya dengan hati yang terbuka.

Kurang Keyakinan Diri


Saya akan berfikir adakah pemberian markah saya itu salah. Adakah memang saya seorang yang tidak pandai dalam menilai sesuatu persembahan itu?

Saya akan mendengar penjelasan tentang markah oleh rakan saya itu. Saya akan menerima apa sahaja yang diperkatakan oleh rakan saya itu kerana saya tidak yakin pada diri saya.

Marah
Saya akan berfikir siapakah dia. Adakah dia ketua pemberian markah itu? Kenapa dia beriaia mempertikaikan markah yang diberikan oleh saya itu?

Saya akan bercakap dengannya secara berterus terang dan memberitahu kepadanya bahawa saya mempunyai hak untuk memberikan markah kepda persembahan itu. Kamu tidak harus mempertikaikan markah yang diberikan oleh saya itu.

Sedih
Saya akan berfikir kalau saya telah memberikan ketidaksenangan dan membawa masalah kepada rakan saya yang menghakimi persembahan itu.

Saya akan meminta maaf kepada rakan saya itu jika saya membuat apa-apa kesalahan dalam pemberian markah bagi persembahan itu. Saya akan belajar daripadanya tentang cara pemberian markah bagi sesuatu persembahan.

Tidak Puas Hati


Saya tidak berpuas hati kenapa markah yang saya berikan itu dipertikaikan oleh rakan saya. Saya harus mencari jalan untuk memajukan diri saya lagi dalam cara pemberian markah.

Saya akan menanyakan sebab-sebab cara pemarkahan saya mengalami masalah sehingga markah yang diberikan oleh saya boleh dipertikaikan dan saya akan meminta tunjuk ajar daripada rakan saya itu supaya memberikan saya sedikit tips tentang cara pemberian markah yang betul.

Vous aimerez peut-être aussi