Vous êtes sur la page 1sur 1

Nurul Naemah binti A.Wahab, C 412, KolejZaba, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI, 35900 TanjungMalim, Perak DarulRidzuan.

Syed Abu Bakar bin Syed Salim, Yang diPertua, JawatankuasaMahasiswaKolejZaba, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI, 35900 TanjungMalim, Perak DarulRidzuan. 2011 17 SEPTEMBER

Saudara, Makluman Tentang Ketidakhadiran ke Program Ramah Mesra Bersama JMK Kolej Zaba Merujuk kepada perkara di atas, saya seperti nama dan alamat di atas ingin memaklumkan tentang ketidakhadiran saya ke program yang dianjurkan oleh pihak Jawatankuasa Mahasiswa Kolej. 2. Untuk pengetahuan pihak saudara,saya tidak dapat hadir pada program tersebut kerana menghadapi masalah kenderaan untuk pulang kembali kekolej. Memandangkan saya merupakan pelajar baru di sini, agak sukar bagi saya untuk mencari kenderaan awam untuk pulang kembali ke sini. 3. Sebagai pelajar Semester 1 yang baru sahaja mendaftar, saya sedar bahawa saya perlu mengikuti sebarang aktiviti mahupun program yang dianjurkan pihak kolej. Walaubagaimanapun, saya tidak sempat untuk pulang ke kolej kerana kekangan waktu yang sangat terhad.Hal ini menyebabkan saya tidak dapat hadir pada malam program tersebut diadakan. 4. Oleh itu, saya sangat berharap agar pihak saudara tidak mengambil sebarang tindakan terhadap saya.Segala jasa baik pihak saudara saya ucapkan ribuan terima kasih. Yang Benar, (NurulNaemahbintiA.Wahab)