Vous êtes sur la page 1sur 16

1.

Pengenalan 1.1 Pendahuluan

Kegiatan atau gerakerja kokurikulum merupakan aktiviti pendidikan yang dirancang dan diperlaksanakan selepas waktu pelajaran formal di dalam dan di luar bilik darjah, berasas dan lanjutan sesi persekolahan. (Mok Soon Sang, 2009). Gerak kerja (GERKO) ko-kurikulum adalah

sebahagian daripada kurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti-aktiviti persatuan, kelab, permainan dan sukan, serta unit beruniform dijalankan di luar bilik darjah. Ia penting dalam memberi sumbangan terhadap penyuburan fizikal, mental, emosi dan sosial murid. Kejayaaannya di sekolah-sekolah bergantung kepada beberapa faktor. Di antara faktorfaktor yang dianggap penting ialah kewangan, kemudahan dan peralatan yang mencukupi selain daripada penglibatan guru dan pelajar. Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang

berasaskan gerak kerja yang terancang. Aktiviti ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Kesepaduan antara kurikulum dan kokurikulum dalam pendidikan Negara bagi melahirkan pelajar yang seimbang telah dimaktubkan dalam rancangan KBSR (1983) dan KBSM (1989). Melalui aktiviti persatuan, badan uniform, permainan dan sukan, ini akan dapat memupuk nilai-nilai murni selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

mewujudkan suasana seimbang antara perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek. (Ahmad Zabidi & Nor Farihan) Terdapat tiga komponen utama aktiviti kokurikulum di sekolah,

iaitu badan beruniform, persatuan atau kelab, dan sukan serta permainan. Aktiviti badan beruniform menekankan aspek pembentukan disiplin diri pelajar. Pelajar dilatih dengan soal ketepatan masa, mematuhi pemimpin, sentiasa bersedia dan cergas, serta sentiasa bersemangat juang yang tinggi. Selain itu, pelajar juga diuji dengan daya ketahanan fizikal dan mental melalui aktiviti seperti berkawad dan merentas halangan. Semangat bekerjasama dan berdikari turut disemai dalam aktiviti badan beruniform. Latihan-latihan ini akan menguatkan lagi daya ketahanan mental pelajar walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.

1.2

Latar Belakang Masalah

Sekolah agama amat menitikberatkan batasan pergaulan di antara pelajar lelaki dan perempuan. Bagi sekolah agama , yang mempunyai pelajar lelaki dan perempuan, khususnya Maahad Pengajian Islam (MPI) mengasingkan jadual gerak kerja ko-kurikulum badan beruniform dan latihan rumah sukan di antara aktiviti pelajar lelaki dan perempuan mengikut hari-hari yang tertentu. Namun ada masanya ia terpaksa

diadakan serentak atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. MPI mempunyai kawasan yang terhad dan kekurangan prasarana untuk pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
2

Sejak kebelakangan ini, para guru merungut tentang disiplin, pergaulan dan akhlak para pelajar terutama semasa pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Ini adalah kerana ada beberapa badan beruniform yang

disertai oleh pelajar lelaki dan perempuan, contohnya Briged Bakti dan Kadet Bomba. Walaupun program yang dijalankan berasingan namun semasa latihan kawad tidak diasingkan kerana jurulatih luar dijemput untuk memberi tunjuk ajar. Ini disebabkan guru penasihat tiada kepakaran dan pengalaman yang mencukupi.

1.3

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan khusus kepada guru-guru penasihat kokurikulum MPI untuk mengetahui persepsi guru penasihat kokurikulum sekolah agama terhadap tahap penglibatan dari segi kehadiran para pelajar sewaktu latihan kokurikulum (terutamanya badan beruniform). Kajian ini juga

dijalankan untuk mengetahui persepsi (pergaulan dan akhlak ) para pelajar.

guru terhadap isu jantina

1.4

Kepentingan Kajian

Kajian ini penting kerana daripada hasil dapatannya, dapat diketahui persepsi guru terhadap senario yang berlaku dalam pelaksanaan kokurikulum di MPI terutamanya dari segi akhlak dan sejauh mana batasan agama dipatuhi oleh pelajar-pelajar terlibat. Hasil kajian ini juga dapat dijadikan panduan dan diambil perhatian dan tindakan sewajarnya
3

oleh pihak pentadbir bagi memastikan matlamat kokurikulum tercapai dan seiring dengan tuntutan agama.

2.0

Huraian Tinjauan Literatur Tidak banyak kajian mengenai persepsi guru penasihat sekolah agama

terhadap isu jantina dijumpai. Namun, terdapat kajian yang dijalankan Mohd Suzli (1997) untuk mengenalpasti masalah-masalah yang terdapat di dalam pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum di sekolah agama daerah Pasir Mas. Dari kajian beliau, didapati sekolah-sekolah yang dikaji menghadapi masalah kewangan, kemudahan dan peralatan yang tidak mencukupi, di samping penjadualan yang tidak bersistem. Kajian beliau juga mendapati bahawa kebanyakan guru ko-kurikulum tidak mempunyai kemahiran dalam aktiviti kokurikulum. Namun begitu, kebanyakan pelajar yang menjadi sampel dalam kajain beliau melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum. Mereka yang terlibat secara aktif di dorong oleh diri sendiri, guru, kawan dan ibu bapa. Pelajar yang tidak terlibat memberi alasan bahawa mereka terpaksa menolong ibu bapa di rumah dan juga disebabkan oleh kekurangan peralatan serta kemudahan kokurikulum di sekolah.

3.0

Dapatan Kajian 3.1 Sampel kajian

Kajian ini dijalankan di Maahad Pengajian Islam, Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan.

3.2

Responden Kajian

Responden kajian terdiri daripada guru-guru penasihat sama ada guru penasihat persatuan atau badan berunifom atau permainan dan sukan.

3.3 Kajian

Instrumen Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan (survey) iaitu dengan

penggunaan soal selidik untuk mendapatkan data. Soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A adalah berkaitan maklumat peribadi guru dan Bahagian B adalah berkaitan maklumat Penglibatan Pelajar dan Isu Jantina daripada Persepsi Guru Penasihat Kokurikulum Sekolah Agama.

3.4

Analisis Data

Berdasarkan kepada borang soalselidik yang diperolehi semula, didapati bahawa responden telah menjawab soalan yang dikemukakan dengan

baik. Seterusnya, borang-borang soalselidik yang diperolehi telah dikumpulkan untuk dianalisa dengan menggunakan data statistik.

3.5

Keputusan

Sebanyak 20 borang soalselidik diedarkan kepada para guru MPI dan kesemuanya telah dipulangkan kembali.

3.5.1 Bahagian A Profil Demografi

Profil demografi dilihat dari aspek umur, jantina, pengalaman mengajar, dan tempoh memegang jawatan guru penasihat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 30.0 peratus (6 orang) adalah terdiri daripada guru lelaki dan 70 peratus (14 orang) adalah guru perempuan. Dari segi umur, didapati kebanyakan guru berumur dalam lingkungan 35 hingga 44 tahun (60 peratus), dan guru-guru yang berumur 25 hingga 34 tahun dan 45 hingga 54 tahun adalah sama bilangannya (20 peratus). Dari aspek pengalaman mengajar dan tempoh memegang jawatan guru penasihat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tempoh berkhidmat guru di sekolah semasa untuk tempoh 5 hingga 10 tahun merupakan kumpulan yang tertinggi iaitu 50.0 peratus (10 orang), seterusnya tempoh lebih dari 10 tahun, 40.0 peratus (18 orang) dan tempoh berkhidmat di sekolah semasa antara kurang dari 5 tahun merupakan peratusan yang paling rendah iaitu 11.0 peratus (2 orang). Dapatan kajian juga mendapati bahawa tempoh

guru memegang jawatan sebagai guru penasihat ialah antara 1 hingga 5 tahun merupakan kumpulan yang tertinggi iaitu 72.9 peratus (78 orang), seterusnya tempoh 6 hingga 10 tahun iaitu 23.4 peratus (25 orang), dan tempoh 11 tahun ke atas merupakan kumpulan terkecil iaitu 3.7 peratus (4 orang).

Kesimpulan daripada profil demografi didapati bahawa guru penasihat perempuan lebih ramai daripada guru penasihat lelaki. Selain itu, didapati bahawa umur guru penasihat berada dalam lingkungan

antara 35 hingga 44 tahun. Manakala tempoh antara 1 hingga 5 tahun merupakan tempoh tertinggi guru memegang jawatan sebagai guru penasihat.

3.5.2 Bahagian B Penglibatan Pelajar dan Isu Jantina daripada Persepsi Guru Penasihat Kokurikulum Sekolah Agama

3.5.2.1 Kehadiran pelajar pada waktu latihan adalah memuaskan

Kehadiran Pelajar
Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

0% 40% 60%

Carta 1

Carta 1 di atas menunjukkan 60% guru penasihat tidak setuju kehadiran pelajar semasa latihan adalah memuaskan manakala 40% lagi bersetuju.

3.5.2.2 Pelajar sentiasa berpakaian menutup aurat

Pakaian Menutup Aurat


Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

15% 30%

55%

Carta 2

Majoriti responden bersetuju pelajar sentiasa berpakaian menutup aurat iaitu sebanyak 55% manakala 30% sangat setuju dan 15% responden tidak setuju.

3.5.2.3 Pergaulan antara pelajar lelaki dan perempuan terbatas

Pergaulan Pelajar
Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

10% 35%

55%

Carta 3

Persepsi guru terhadap isu jantina dari segi pergaulan pelajar dapat dilihat daripada Carta 3 yang menunjukkan 55% tidak bersetuju pergaulan antara pelajar lelaki dan perempuan terbatas, 35% setuju dan hanya 10% yang sangat setuju.

10

3.5.2.4 Jurulatih adalah sama jantina dengan kumpulan pelajar

Jurulatih & Pelajar Sama Jantina


Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

28%

11%

61%

Carta 4

Carta 4 pula menunjukkan sebahagian besar responden iaitu sebanyak 61% tidak setuju jurulatih adalah sama jantina dengan kumpulan pelajar. Manakala 28% dan 11% masing-masing sangat setuju dan setuju.

11

4.0

Perbincangan & Cadangan Pada keseluruhannya, dapatan kajian ini telah menjawab persoalan kajian

yang telah dikemukakan. Melalui analisis yang dipersembahkan dalam bentuk carta pai, didapati secara keseluruhannya penglibatan pelajar kurang

memuaskan. Ini dapat dilihat daripada peratusan yang agak besar tidak setuju dengan item kehadiran pelajar pada waktu latihan adalah memuaskan. mungkin disebabkan oleh kekurangan guru penasihat Ini

yang betul-betul

berpengalaman dan terlatih menyebabkan pelajar kurang berminat untuk menyertai aktiviti kokurikulum. Batasan pergaulan antara pelajar lelaki dan perempuan juga kurang dipatuhi walaupun mereka telah belajar ilmu agama tetapi masih ramai yang kurang menghayati dan mengamalkan kefahaman mereka. Jurulatih yang tidak sama jantina juga mengundang pelbagai masalah. Menurut beberapa responden, pergaulan di antara jurulatih dan pelajar juga harus dikawal kerana ada di antara jurulatih yang tidak menunjukkan teladan yang baik dari segi pakaian contohnya dan ini akan mempengaruhi para pelajar. Islam tidak menghalang umatnya bergiat aktif tetapi masih ada cara terbaik dengan mengikut panduan yang telah termaktub dalam al-Quran. Dalam berpakain contohnya, umat Islam diwajibkan menutup aurat sebagaimana firmanNya yang bermaksud : Hai nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak

perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali.

12

Lantaran itu mereka tidak diganggu. Penyayang. (Al-Ahzab : 59)

Allah Maha Pengampun lagi Maha

Pihak pentadbir juga harus peka dengan masalah yang berlaku bagi memastikan segala aktiviti dapat berjalan lancar. Tindakan yang sewajarnya harus diambil bagi mengelakkan masalah bertambah besar dan pihak Yayasan Islam Kelantan harus memperbanyakkan penganjuran aktiviti dan gerak kerja kokurikulum di kalangan sekolah-sekolah di bawah naungannya, contohnya perkhemahan tahunan, perkhemahan agung bagi menggalakkan pelajar berminat menyertainya. Ini disebabkan kebanyakan sekolah YIK tidak

membenarkan pelajar menyertai aktiviti anjuran Pejabat Pendidikan daerah (PPD) kerana banyak program yang tidak mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan.

13

5.0

Kesimpulan Pelajar sekolah agama sebenarnya masih dapat bergerak aktif dalam apa sahaja kegiatan kokurikulum dan pada masa yang sama menjaga adabadab dan mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh agama Islam.

Kegiatan

kokurikulum

dapat

mewujudkan

keseimbangan

antara

perkembangan mental dengan perkembangan sosial serta jasmani para pelajar di samping mewujudkan interaksi dan memperkukuh integrasi di kalangan pelajar serta meningkatkan minat dan kemahiran dalam aktiviti kokurikulum yang disertai. Di samping itu kegiatan kokurikulum dapat membantu pelajar-pelajar dalam proses pengukuhan dan pengayaan ilmu yang dipelajari di dalam bilik darjah,memperluas pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu serta membantu dalam peningkatan disiplin pelajar.

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah berusaha memperkasakan kegiatan kokurikulum demi melahirkan warganegara yang cemerlang dan berwawasan.

14

BIBLIOGRAFI

Ahmad Zabidi Abdul Razak & Nor Farihan Yunus. Pembangunan Pendidikan Melalui Kepimpinan GPK Kokurikulum. Universiti Malaya.

Mohd. Suzli , Abdullah (1997). Permasalahan Aktiviti Ko-kurikulum di Sekolahsekolah Menengah Agama Yayasan Islam Kelantan Daerah Pasir Mas. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

15

LAMPIRAN

A)

BORANG SOAL SELIDIK

B)

SURAT PEKELILING IKHTISAS

16

Vous aimerez peut-être aussi