Vous êtes sur la page 1sur 3

MOHD ALA`UDDIN BIN MAJID APA YANG DIHARAPKAN

RB & T 1

Praktikum fasa 3 akan dijalankan pada 31 Januari 2011 sehingga 29 April 2011 yang mana saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Seri Sampurna yang terletak di kawasan Punggur. Pada sebelum ini, saya telah menjalankan Praktikum fasa 1 di Sekolah Kebangsaan Seri Beroleh selama 4 minggu. Setelah itu saya juga telah mengikuti praktikum fasa 2 di SK Seri Aman selama 8 minggu. Program Praktikum merupakan satu komponen penting dalam latihan perguruan. Mengikut Abdul Raof dan T. Subahan (1991), melalui praktikum (latihan mengajar), guru pelatih akan dapat menunjukkan dan mengamalkan tingkah laku-tingkah laku yang diinginkan untuk mengajar secara berkesan serta cuba menggunakan segala teori yang telah didedahkan kepada mereka. Pushkin (2001) menyatakan bahawa program praktikum mempunyai banyak potensi dan ciri yang positif dalam latihan perguruan. Antara lain, program praktikum memberi peluang kepada guru pelatih mengalami dan mempelajari dunia keguruan. Kepentingan praktikum khususnya untuk guru-guru permulaan mendapat sokongan daripada pelbagai pengkaji dan pendidik yang lain seperti Brown dan Lancaster (2004) dan Kane (2003). Walaubagaimanapun tempoh selama 4 minggu di SK Beroleh dan 8 minggu di SK Seri Aman masih dikira mentah sekiranya saya mengatakan terlalu banyak pengalaman yang saya peroleh dan ia sudah cukup untuk saya bergelar seorng guru yang serba boleh.oleh itu dengan menjalani program praktikum sesi 3 ini saya berharap akan menimba sesuatu yang baharu yang tidak saya perolehi sekolah-sekolah sebelum ini. Secara peribadinya, apa yang diharapkan melalui praktikum ini adalah saya ingin membina jati diri seorang guru yang cemerlang akademik dan sahsiah.saya ingin mengorek segala ilmu daripada guru-guru senior agar dapat saya gunakan ketika saya menjadi seorng guru nanti Seorang guru yang disukai oleh anak murid adalah guru yang dapat menarik perhatian murid untuk belajar. seorang guru yang membosankan dari pandangan murid akan menyebabkan murid kurang berminat untuk belajar. oleh itu Saya ingin belajar

MOHD ALA`UDDIN BIN MAJID

RB & T 1

cara berinteraksi antara sesama guru dan interaksi antara pelajar.Agar nanti saya tidak lagi dipandang sebagai seorng pelajar Selain itu, saya juga ingin mengunakan segala teori-teori pembelajaran yang saya belajar selama ini di Institut Perguruan Tun Hussein Onn dan diaplikasikan dalam bilik darjah. saya ingin mengetahui sejauh mana keberkesanan teori tersebut dan kesesuainya dengan murid sekolah rendah yang terletak di perkampungan. Saya ingin belajar dari guru lama di sekolah ini cara bagaimana untuk menarik perhatian murid mengikuti pembelajaran saya dan teori apakah yang digunakan oleh guru itu untuk mengawal kelas yang berlainan tahap kognitif mereka.

Saya ingin menjadi semakin mahir membuat rancangan pengajaan harian(RPH) kerana RPH adalah sangat pening untuk guru sebagai panduan untuk mengajar. apabila saya mahir membuat RPH ini, tiada masalah yang akan timbul terutamanya untuk mencapai objektif pembelajaran kerana segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang lebih awal. saya juga berpeluang untuk menguji sejauh mana keberkesanan alat bantu mengajar (ABM) dan bahan bantu mengajar (BBM) terhadap pengajaan saya. Dari segi sudut pandangan ko-Kurikulum pula, saya ingin mempelajari bagaimana ingin menguruskan pelajar semasa aktiviti ko-kurikulum dijalankan kerana aktiviti ko-kurikulum pada kebiasannya menghimpunkan kesemua tahap murid dalam satu-satu masa. Bagaimana guru mengawal mereka dan bagaimana untuk melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid akan saya pelajari bersama guru di sekolah ini kelak. Saya berharap segala yang saya inginkan dalam praktikum ini akan tercapai dengan jayanya dalam masa yang telah ditetapkan iaitu selama 12 minggu dengan bantuan guru-guru sekolah SK Seri Sampurna.

MOHD ALA`UDDIN BIN MAJID

RB & T 1

Akhir kata, mengikut Ethell & McMeniman (2002) dan Kane (2003), perancang dan pelaksana program-program pendidikan guru senantiasa berusaha untuk memaksimumkan pulangan daripada pengalaman berasaskan sekolah seperti program praktikum dari segi pengaplikasian teori dan amalan serta mengeratkan lagi hubungan institusi pengajian tinggi dengan sekolah (Burbank & Kauchak, 2003; Tang, 2003). Untuk mencapai hasrat-hasrat tersebut, penilaian yang berterusan ke atas programprogram pengalaman berasaskan sekolah seperti praktikum perlu dijalankan untuk menentukan kekuatan dan kelemahan program-program tersebut. Justeru itu, langkahlangkah pembetulan dan penambahbaikan dapat disusun untuk meningkatkan lagi kerberkesanan, kesesuaian dan kecekapan program-program tersebut. Dapatan kajian ini telah menunjukkan beberapa kekuatan dan kelemahan program praktikum yang telah dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Dengan ini diharapkan dapatan kajian dapat membantu maktab-maktab dan institusi- institusi perguruan serta Bahagian Pendidikan Guru merancang langkah-langkah untuk menjayakan lagi program praktikum.

Vous aimerez peut-être aussi