Vous êtes sur la page 1sur 5

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Selamat sejahtera dan selamat pagi Terima kasih saudara pengacara majlis Yang Berusaha Puan guru besar, barisan Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru , dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalammualaikum dan salam sejahtera. Masa itu emas. Masa itu ibarat mata pedang. Masa ialah kehidupan. Demikian antara metafora dan peribahasa tentang kepentingan masa. Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orangorang yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Minggu ini merupakan minggu ke 36. Hari ini, Ahad 3 Oktober 2011, bersamaan dengan 4 Zulkaedah 1432 Hijriyyah, dapat kita memulakan langkah yang lebih cemerlang dari minggu yang sebelumnya. Pada minggu ini, saya, Cikgu _______________________ dan Cikgu __________________ ialah guru bertugas mingguan. Secara amnya, guru bertugas akan membantu pengurusan harian sekolah dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang terbaik, selain memberikan perhatian terhadap hal-ehwal kebajikan para pelajar. Justeru, pelajar dialu-alukan berjumpa dengan guru bertugas andainya terdapat sebarang perkara yang berkaitan. Saya mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan tahniah justeru pelajar sanggup berkorban bangun awal pagi berkemas diri menuju sekolah. Maka, saya yakin bahawa pelajar tidak mahu membiarkan pengorbanan dan susah payah itu berlalu sia-sia tanpa pulangan yang

setimpal. Selaku guru bertugas, saya menyeru pelajar supaya sentiasa mengingatkan diri sendiri akan pengorbanan dan susah payah yang dilalui saban hari sebelum menetapkan hala tuju dan tingkah laku sepanjang sesi persekolahan. Seperti yang telah saya katakana tadi, minggu ini merupakan minggu yang ke 36 minggu persekolahan. Seperti minggu yang sebelumnya, setiap guru bertugas akan diberi satu topic untuk disampaikan kepada semua murid. Jadi, pada minggu ini cikgu telah diamanahkan dengan tajuk AMANAH.

Definisi amanah Amanah berasal daripada perkataan Arab, amana, yang bermaksud tenteram, aman, selamat dan harmoni. Dalam konteks akhlak, amanah ialah menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Amanah dengan kata lain ialah tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang dipercayai dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab itu ditunaikan dan amanahnya itu dihargai, maka orang yang menerima dan melaksanakannya mendapati dirinya tenteram, aman, selamat dan harmoni.

Sifat amanah ialah satu sifat yang cukup penting bagi membentuk peribadi seseorang yang positif. Insan yang beramanah tidak perlu kepada pengawalan rapi. Individu yang bersifat amanah melaksanakan tugas masing-masing berdasarkan amanah itu, mereka melakukan apa jua perkara tanpa perlu diawasi atau dipaksa.

Sebagai contoh,lembu atau kambing tidak mampu untuk menjaga sesama mereka,tetapi manusialah yang harus menjaga dan mengembala mereka. Begitulah juga perihalnya manusia, manusia tidak akan mampu untuk menjaga manusia, tetapi ada sesuatu kuasa yang mampu mengawal mereka iaitulah takwa ataupun dalam ertikata yang lain,sifat amanahlah yang mampu mengawal manusia.

Amanah Amanah adalah menyampaikan hak hak kepada orang yang memilikinya tanpa mengira waktu. Sikap amanah dalam dunia ilmu pengetahuan bererti belajar dengan tekun dan rajin, sedangkan sikap amanah dalam berinteraksi dengan sesama manusia adalah dengan menjaga rahsia-rahsia mereka. Sebelum Rasulullah SAW menjadi nabi, masyarakat Jahiliyah yang hidup di sekitar Rasulullah SAW selalu memberi jolokan beliau dengan kata-kata Al-Amin, orang yang terpercaya. Ini karana para rasul memang memiliki sikap amanah, begitu pula dengan hamba-hamba Allah yang soleh. Allah SWT berfirman dalam surah An-Nisa, Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya. Rasulullah SAW bersabda, Jadilah kalian orang yang amanah bagi orang orang yang telah mempercayaimu, dan janganlah kalian mengkhianati orang yang mengkhianatimu.

Satu Kisah.. Iktibar dari amanah Khalifah Umar Abdul Aziz Salah satu contoh yang dapat dijadikan pengajaran ialah kisah khalifah Umar Bin Abdul Aziz yang diceritakan oleh Amru Bin Muhajir. Pada suatu malam, ketika beliau didatangi oleh anaknya sendiri di pejabat khalifah, Umar terlebih dahulu berkata: Adakah kamu datang untuk urusan muslimin atau keluarga? Setelah anaknya menjawab untuk urusan keluarga, lantas Umar memadamkan lampu pejabatnya. Bila anaknya bertanya tentang tindakannya itu, Umar menjawab:

Lampu ini adalah milik negara, sedangkan kamu datang untuk urusan keluarga
Lalu Umar pun menyalakan lampu miliknya sendiri. Inilah ketinggian amanah pada diri khalifah Umar Bin Abdul Aziz dalam menjaga dan menguruskan harta kaum Muslimin. Kesimpulan Seseorang itu tidak kira muda atau tua,miskin atau kaya,berpangkat atau tidak,haruslah dan wajiblah memiliki sifat amanah dalam diri.Ambil iktibar dalam kisah para sahabat dalam memegang satu amanah dan laksanakan dalam kehidupan seharian. Baiklah setakat ini saja ucapan cikgu tentang sikap amanah untuk santapan minda kita pada pagi ini. Seterusnya dengan berbesar hati saya menjemput Penolong Kanan Kokurikulum En. Johari untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilkan ********************************************************* *******

Terima kasih diucapkan kepada cikgu Johari Penolong Kanan Kokurikulum dengan ucapannya itu tadi. Semoga kita semua dapat jadikan panduan bersama dan menjadi ingatan dalam menjalankan tugas kita. Sebelum cikgu menyerah kembali kepada pengerusi majlis saya sudahi dengan serangkap pantun :

Nyiru disulam warna biru berbelang Menyerlah citra lelaki anakanda Minggu ke tiga puluh enam menuju cemerlang Sekolah kita mendaki persada.

Sekian terima kasih.

Vous aimerez peut-être aussi