Vous êtes sur la page 1sur 8

KERTAS CADANGAN DAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN Nama pengkaji : Nur Shahidah Binti Abd Ghani Nama Sekolah

: SK Suka Menanti Tajuk Kajian : Pendidikan Islam Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran MEREFLEK Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini Tujuan /objektif kajian Sumber Dokumen /Video/Gambar / Hasil kerja murid, analisis lembaran kerja , Pemerhatian P&P, Dokumen penyeliaan P&P, jadual kedatangan ,temubual Data

Mengenalpasti isu/masalah/ permasalahan Untuk kepastian isu/masalah mesti ada data.

Cara megutip data : Pemerhatian tingkah laku - Analisis dokumen - Soal selidik - Ujian - Refleksi guru

Kumpulan sasaran

Saya mengajar di kelas Berlian, Zamrud, Nilam, Mutiara dan Delima dalam Program Pendidikan Khas Integrasi bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.

Masalah utama bagi pelajar Nilam ialah tidak dapat mengingati apa yang diajar dalam tempoh yang pendek.

Hal ini dapat dibuktikan daripada

pemerhatian tingkah laku pelajar, semakan latihan

pelajar, dan keputusan ujian dalam kelas semasa saya mengajar. Analisis yang didapati daripada pemerhatian, semakan, dan keputusan ujian adalah seperti berikut :

Q1.4..1

Nur Shahidah Binti Abd Ghani

Berikut analisis /contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa guru menjalankan P&P: Huruf berbaris atas Dibaca Sepatutnya A Aa zaa thaa Dho Haa

Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka jarang membacanya dan tiada pendedahan daripada pihak berwajib serta ahli keluarga murid sendiri. Masalah ini juga berlaku berpunca daripada saya kerana tidak mengukuhkan asas hurufhuruf kepada mereka. FOKUS KAJIAN Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menguasai kemahiran: (a) fonik huruf-huruf hijaiyyah (b) membaca huruf hijaiyyah dengan fonik yang betul Jika perkara ini tidak ditangani, ia akan menjadi lebih teruk, murid akan terus takut dengan ayat Al Quran, dan seterusnya gagal membaca walaupun dengan perkataan atau kalimah yang mudah. Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah kerana tidak menguasai kemahiran serta kurang keyakinan diri. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencuba kaedah Karaoke Fun Club (KFC). Saya mendapat idea ini selepas merujuk beberapa kenalan di laman sosial yang turut bertanggungjawab mendidik kanak-kanak istimewa. Selain itu, idea ini di adaptasi daripada pertandingan inovasi yang dianjurkan oleh IPG Ilmu Khas tahun lepas. Tujuan kajian diharap akan mencapai dalam masa 3 minggu dengan 6 sesi. Setiap sesi dijalankan selama 30 minit. Kajian ini melibatkan 5 orang pelajar daripada kelas Nilam PPKI yang beragama Islam.

Q1.4..2

Nur Shahidah Binti Abd Ghani

MERANCANG Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini. Bilangan aktiviti/ intervensi adalah bergantung kepada masalah yang guru hadapi dan cara guru menyelesaikannya. Apa yang penting di sini setiap aktiviti/ tindakan/ intervensi yang akan dijalankan perlu diperjelaskan jenis dan pelaksanaannya dengan terperinci. PROJEK P&P TERANCANG (Kaedah P&P untuk merawat masalah) Jenis perancangan Mengubah suai cara / kaedah yang sedia ada. mencipta cara baru (inovasi P&P guru terhasil dari sini)

Saya merancang akan mendapatkan data bagi tinjauan masalah menggunakan kaedah : 1. Pemerhatian 2. Permainan Pelaksanaan tindakan yang akan dijalankan ialah : i. Aktiviti 1 : Look, point and say Langkah 1 : Menyenaraikan huruf hijaiyyah yang berbaris atas dengan melampirkan kad imbasan. Langkah 2 : Murid melihat pada kad imbasan sambil menunjuk dengan jari huruf berkenaan. Langkah 3 : Guru menyebut dan membunyikan huruf, diikuti dengan murid. Guru membetulkan bacaan murid secara spontan jika murid membaca dengan silap. Langkah 4 : Menghubungkaitkan fonik huruf Al Quran dengan dengan fonik Bahasa Arab. ii. Aktiviti 2 : Karaoke time Langkah 1 : Menyebut huruf secara berirama. Langkah 2 : Menasyidkan huruf hijaiyyah dengan lagu Are You Sleeping Contoh: x 2 x2 x2 x2 Langkah 3 : Menyanyi semula dengan huruf hijaiyyah yang lain.

Q1.4..3

Nur Shahidah Binti Abd Ghani

iii.

Aktiviti 3 : Word Scrabble Langkah 1 : Permainan memerlukan murid bergerak secara individu. Langkah 2 : Murid menyusun huruf hijaiyyah dengan menggunakan huruf-huruf hijaiyyah scrabble. Langkah 3 : Murid perlu membaca huruf berkenaan setelah menyusun dengan susunan yang betul. Langkah 4 : Guru mencatatkan pemerhatian/skor/ token sebagai ganjaran kepada murid.

iv.

Aktiviti 4 : Carrom Time Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 : Murid diletakkan dalam 1 kumpulan, dengan 5 orang sekumpulan. : Murid bermain carrom. Sesiapa yang berjaya mendapatkan buah akan membaca dan menyusun huruf mengikut urutan. : Jika murid dapat menyusun dengan betul, beliau akan diberi 2 token tambahan. Jika murid gagal menyusun dengan betul, sebiji buah karom yang diperolehi akan ditarik sebagai denda. Langkah 4 : Guru mencatatkan pemerhatian dan pembahagian token akan dilakukan.

Q1.4..4

Nur Shahidah Binti Abd Ghani

BERTINDAK Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini Melaksanakan perubahan. (tindakan/rawatan ) Catat segala tindakan dan buat refleksi bagi setiap aktiviti semasa pelaksanaan. Sesi rawatan atau tindakan ini mungkin melibatkan beberapa masa p&p biasa. Dalam waktu pembelajaran atau di luar waktu pembelajaran (mesti dilaksana oleh guru sendiri.

Tindakan yang telah saya jalankan ialah seperti berikut: i. Aktiviti 1 : Look, point and say Langkah 1 : Menyenaraikan huruf hijaiyyah yang berbaris atas dengan melampirkan kad imbasan. Langkah 2 Langkah 3 : Pelajar melihat pada kad imbasan sambil menunjuk dengan jari huruf berkenaan. : Guru menyebut dan membunyikan huruf, diikuti dengan pelajar. Guru membetulkan bacaan pelajar secara spontan jika pelajar membaca dengan silap. Langkah 4 : Menghubungkaitkan fonik Bahasa Arab dengan fonik Jawi. Pemerhatian yang dijalankan menunjukkan bahawa aktiviti ini dapat menarik tumpuan murid selama 10 minit pertama sahaja. Pada selingan 10 minit guru perlu memasukkan elemen lain seperti latihan menulis atau mewarna kepada pelajar lebih kurang 10 minit untuk menarik semula tumpuan mereka. Refleksi yang boleh dinyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa murid memerlukan banyak aktiviti/ perancangan sampingan untuk melapangkan minda mereka memandangkan jangkamasa tumpuan mereka agak pendek.

Q1.4..5

Nur Shahidah Binti Abd Ghani

Aktiviti 2 : Karaoke time Langkah 1 : Menyebut huruf secara berirama. Langkah 2 : Menasyidkan huruf dengan lagu Are You Sleeping Contoh: x 2 x2 x2 x2 Langkah 3 : Menyanyi semula dengan huruf hijaiyyah yang lain. Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini dapat menarik tumpuan setiap murid selama lebih kurang 10-15 minit. Ini terbukti apabila murid menyanyikan irama berkenaan pada waktu rehat. Guru memperbetulkan pembacaan/ nyanyian secara spontan apabila mengesan kesilapan. Refleksi yang boleh di nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa 5/5 murid Nilam dapat belajar dengan lebih berkesan jika mengaitkan aktiviti P&P dengan lagu dan irama.

Aktiviti 3 : Word Scrabble Langkah 1 : Murid menyebut huruf hijaiyyah yang terdapat dalam huruf-huruf scrabble Langkah 2 : Murid perlu membaca huruf berkenaan setelah menyusun dengan betul. Langkah 3 : Guru mencatatkan pemerhatian/ skor/ pemberian token. Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa aktiviti ini hanya dapat diulangi sebanyak 3 kali untuk setiap pelajar sebelum tumpuan mereka hilang. Selepas itu, guru perlu menjalankan Karaoke time untuk menyambung aktiviti yang seterusnya. Refleksi yang boleh saya nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa jangkamasa tumpuan pelajar adalah sangat pendek, iaitu tidak melebihi daripada 10 minit sahaja.

i. Aktiviti 4 : Carrom Time


Q1.4..6
Nur Shahidah Binti Abd Ghani

Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3

: Murid diletakkan dalam 1 kumpulan, dengan 4 orang sekumpulan. : Murid bermain carrom. Sesiapa yang berjaya mendapatkan buah akan membaca dan menyusun huruf mengikut urutan. : Jika murid dapat menyusun dengan betul, beliau akan diberi 2 token tambahan. Jika murid gagal menyusun dengan betul, sebiji buah karom yang diperolehi akan ditarik sebagai denda.

Langkah 4 : Guru mencatatkan pemerhatian dan pembahagian token akan diberi. Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa aktiviti ini dapat menarik perhatian/ tumpuan murid sepenuhnya. Murid juga memberi bantuan kepada rakan apabila rakan mereka tidak dapat menyebut huruf yang terdapat pada buah karom yang diperolehi dengan menggerakkan gerakan bibir mereka. Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa murid dapat mencapai objektif aktiviti apabila melibatkan permainan dan memerlukan jangkamasa tumpuan yang singkat. Peluang ini diambil kerana saya mendapati, apabila murid dapat bermain karom, semangat mereka menjadi lebih daripada biasa.

Q1.4..7

Nur Shahidah Binti Abd Ghani

MEMERHATI Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini Membuat penilaian keberkesanan proses tindakan dan mengukur pencapaian objektif kajian.

Pemerhatian boleh dilakukan oleh guru sendiri sebagai penyelidik atau guru juga boleh meminta bantuan daripada guru lain untuk membuat pemerhatian semasa sesi pengajaran guru . Penilaian mesti dilakukan untuk menilai keberkesanan TINDAKAN

- Guru membuat renungan atau refleksi terhadap kajian yang telah dilakukan sama ada berjaya atau tidak. -- Dapatkan data sekali lagi Gunakan cara mengutip data yang sama semasa peringkat awal mereflek. (temubual, soal selidik, pemerhatian)

Laporan juga ditulis di peringkat ini. Dokumentasi penting. Sekiranya program tindakan tersebut berjaya, maka bolehlah disebarkan kepada guru-guru lain. Jika tidak berjaya, perlu dirancang semula.

Berdasarkan keputusan ujian dan analisis yang telah dirancangkan, saya mendapati teknik Carrom Fun Club (RFC) yang diperkenalkan kepada murid Nilam PPKI merupakan kaedah yang amat menyeronokkan, di mana teknik ini juga sesuai digunakan bagi tajuk-tajuk yang lain. Contohnya, Mari Berwudhu , Mari Bersolat, Mari Mengaji , dan lain-lain lagi. Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan yang positif di kalangan murid PPKI. Murid sering menantikan P&P yang seterusnya. Minat murid terhadap matapelajaran Pendidikan Islam juga semakin meningkat. Sebelum ini, murid sering merungut bahawa matapelajaran ini sukar dan membosankan. Atas kesedaran dan keyakinan yang telah diperolehi hasil daripada kajian tindakan ini, saya merasakan masih perlu melakukan kajian tindakan lain dalam menangani masalah pembelajaran terutamanya dalam tajuk yang sukar difahami oleh murid. Oleh itu, saya bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya berkaitan dengan Mengingati Pergerakan ketika berwudhu dalam topik Mari Berwudhu .

Q1.4..8

Nur Shahidah Binti Abd Ghani

Vous aimerez peut-être aussi