Vous êtes sur la page 1sur 1

AL-QURAN Al-Quran adalah kitab agung dan sebagai panduan cara hidup agama islam di dunia dan di akhirat.

Umat islam menganggap al-Quran adalah adalah kitap paling suci malahan kitab ini adalah sebagai rujukan utama di samping sunnah Rasulullah dan menurut ajaran islam, kitab al-Quran adalah satu wahyu Allah s.w.t yang diturunkan khas kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibril. Menurut agama islam kitab agung ini diturunkan pada malam Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur adalah kerana supaya mudah dihafal, difahami dan mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalam kitab suci itu. Menurut ajaran islam, tempoh kitab Al-Quran diturunkan ialah 22 tahun, 22 bulan dan 22 hari, bermula daripada 17haribulan Ramadhan tahun 41 kelahiran Rasulullah s.a.w sehiggalah 9haribulan Zulhijjah, tahun ke 10 Hijrah. Menurut agama islam, Al-Quran mempunyai nama lain dan memberi maksud yang tinggi, antara nama-nama Al-Quran adalah Al-Kitaab, membawa maksud iaitu sebuah kitab berdasarkan firman Allah, Al-Furqaan membawa maksud pemisah hak dan batil sebagaimana firman Allah s.w.t, AdzDzikr membawa maksud iaitu peringatan berdasarkan firman Allah, dan At-Tanzil bermaksud penurunan. Menurut ajaran agama islam, Al-Quran diturunkan secara berperingkat, peringkat-peringkat tersebut adalah bermula dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz, kemudian Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait alIzzah di langit dunia, kemudian pada peringkat seterusnya ialah, Dari Bait al-Izzah kepada Rasulullah S.A.W. (dalam masa 20 malam). Menurut ajaran agama islam juga, Al-Quran mempunyai sifat-sifat yang agung. Antara sifat yang dimaksudkan iaitu, an-Nuur yang membawa maksud iaitu cahaya yang menerangi kegelapan, alMubiin bermaksud menerangkan sesuatu, al-Huda bermaksud petunjuk dan ar-Rahmah yang membawa maksud iaitu kerahmatan.

Vous aimerez peut-être aussi