Vous êtes sur la page 1sur 7

!

0303,,3
Kelahiran Tamadun Islam
Tamadun Islam lahir di Makkah pada tahun 610M, serentak dengan kelahiran
agama Islam dan perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul Allah. Pada tahun
623M, Nabi Muhammad s.a.w berpindah ke Madinah. Beliau menubuhkan sebuah
Kerajaan Islam yang dipimpin oleh baginda. Kerajaan Islam inilah yang menjadi
pendorong dan sebab berkembangnya Tamadun Islam.Sebagai contoh, Tamadun Parsi,
Tamadun India, Tamadun Yunani, Tamadun Mesir dan Tamadun Romawi yang banyak
mempengaruhi Tamadun Islam yang baru lahir.
Istilah Tamadun
Dalam istilah tamadun, bahasa Arab adalah terpenting atas siIatnya sebagai
bahasa pelapor yang merintis jalan memperkenalkan tamadun islam kepada dunia
bermula daripada abad ke-14sehingga abad ke-20. Dalam dunia penulisan Arab, terdapat
empat istilah yang pernah digunakan bagi membincangkan konsep pembangunan,
kemajuan dan pencapaian manusia.Empat istilah tersebut ialah:
a. Perkataan Umran
Perkataan ini telah digunakan oleh Ibn Khaldun dalam al-Muqaddimah pada abad
14M. Perkataan 'Umran berdasarkan kepada Firman Allah s.w.t.

Ayat ini diterjemah kepada 'Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan
bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. (Surah Hud:61)

b. Perkataan Hadarah
'Hadarah bererti tempat tinggal menetap dalam sesebuah wilayah, daerah atau
bahagian ibu kota dan bandat.Menurut Marzuki Hj. Mahmood (1994), 'Hadarah
adalah gambaran bagi kehidupan secara menetap yang berada pada tahap maju.
Antomin bagi 'hadarah ialah 'badawah yang dapat dikaitkan dengan kehidupan
berpindah randah yang di pendalaman yang jauh daripada kemajuan serta lebih
banyak bergantung kepada pertanian dan ternakan bagi memenuhi keperluan
hidup. Oleh itu, 'hadarah mengandungi dua pengertian, iaitu :
i) Pengertian objektiI suatu himpuan Ienomena kemajuan dalam bidang
kesusasteraan teknik, keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan
daripada satu generasi ke satu generasi dalam sesebuah masyarakat.
ii) Pengertian subjektiI suatu peringkat perkembangan kehidupan yang
tinggi, yang berlawanan dengan kehidupan yang liar atau ganas, atau
digambarkan sebagai kehidupan yang dapat atau hampir dapat mencapai
ideal atau bentuk kehidupan yang tinggi yang hendak dicapai.
c. Perkataan Madaniyyah
d. Perkataan Tamadun

Dalam bahasa Inggeris pula, civilization ialah terjemahan yang paling meluas
penggunaannya bagi merujuk maksud tamadun.Civilization diambil daripada perkataan
Latin yang merujuk kepada city atau citivas dengan alasan-alasan yang berikut (Beg
1982):

i) Tiap-tiap tamadun yang agung mempunyai bandar-bandar yang sama.
ii) Perubahan adalah jelas pertumbuhannya di bandar-bandar besar.
iii) Ciri-ciri asas tamadun manusia adalah mudah ditemui di bandar-bandar.
Ciri-ciri Tamadun Islam
Di antara ciri-ciri tamadun Islam, ialah:
1.Rabbani
Tamadun Islam adalah tamadun yang didasari oleh nilai-nilai ketuhanan dan keagamaan.
Sumber matlamat dan tujuan kehidupan manusia telah ditetapkan oleh Allah. Al-Quran
menjadi sumber dan pedoman kepada kegiatan hidup manusia. Tanggungjawab manusia
ialah sebagai hamba dan khaliIah Allah di muka bumi.
2.Keseimbangan dan kesederhanaan
Keseimbangan bermaksud seimbang di antara dua keadaan yang bertentangan.
Umpamanya, seimbang antara kerohanian dan kebendaan, antara tanggungjawab ibadah
terhadap Allah dan urusan kehidupan, antara kepentingan individu dan masyarakat.
3.Universal
Tamadun Islam tidak terikat kepada bangsa tertentu, tempat dan tempoh tertentu bahkan
ia milik seluruh manusia yang berpegang kepada ajaran Islam. Perkembangan tamadun
Islam berpegang kepada konsep ummah dan tidak disandarkan kepada sesuatu bangsa
atau kawasan. Berbeza dengan tamadun lain seperti tamadun Cina, tamadun India,
tamadun mesophotamia, dan tamadun Parsi.
4.Ideal dan realistik
Islam sentiasa meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan yang
dapat dicapai. Iaitu dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah
dengan ajaran Allah. Realistik dari segi mengambil kira hubungan dengan alam sejagat
atas dasar bahawa alam merupakan suatu hakikat yang berlaku di dunia nyata yang
menunjukkan hakikat kewujudan Allah
5.Tetap dan anjal
Iaitu tetap atau tidak berubah pada sasaran dan matlamat pembinaan tamadun, tetapi anjal
dari sudut cara dan teknik perlaksanaannya dengan memberi kebebasan dari sudut
merealisasikan tamadun dengan mengambil kira matlamat yang hendak dicapai.
6.Menyeluruh
Tamadun Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk undang-undang,
aqidah, akhlak, hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan
manusia dengan makhluk lain serta hubungan antarabangsa.






PerspektiI Tamadun Islam
1. Ibn Khaldun
Tamadun ialah kemuncuk pembangunan yang berkaitan dengan peningkatan
kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang
boleh mempertingkatkan kualitinya. Ini termasuk keperluan kepada bahan-bahan
makanan, pakaian, peralatan rumah tangga dan sebagainya.
2. Muhammad Rasyid Redha
Agama merupakan asas tamadun. Ini kerana peningkatan unsur maknawi (spirituil)
akan mendorong kebangkitan Iizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini
ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu
tamadun ini bergantung kepada keteguhan pegangan agama dan sebaliknya.
3. Sayyid Zutb
Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan
masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan
yang berteraskan syariat Allah, serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.
4. Said Hawa
Tamadun secara umum dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu :
i) Tamadun Islam - Segala aspek kemajuan yang tegas di atas kebudayaan
Islam serta hasilnya releven dengan kebudayaan itu.
ii) Tamadun Jahiliah - Segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan
dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral.


5. Umar Audah al-Khatib
Tamadun ialah himpuan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral
yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan
seluruh kehidupan kebendaan dan kerohanian dalam sesuatu sejarah.
6. Muhammad al-Babiy
Tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan
Nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk IalsaIah, pengetahuan, kesenian,
politik, kesusteraan dan lain-lain.

Perbezaan perspektiI tamadun Islam dengan perspektiI tamadun Barat
PerspektiI Tamadun Islam PerspektiI Tamadun Barat
Istilah madaniyah,umran, hadarah, tamadun
berbeza tetapi sebenarnya menemuititik
persamaan dari segi konsep tamadun iaitu
meletakkan unsur agamayang berpaksikan
akidah, syariah dan akhlak sebagai dasar
dalam pembinaan dan perkembangan
tamadun.
Lebih menonjolkan aspek pencapaian
kebendaan atau material sebagai ukuran
bagi menentukan sesebuah masyarakat itu
bertamadun atau sebaliknya.

Vous aimerez peut-être aussi