Vous êtes sur la page 1sur 16

LAPORAN AKTIVITI

SEMINAR PENULISAN ILMIAH

TARIKH : 16 JANUARI 2010

TEMPAT : DEWAN SRI TANJUNG UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ANJURAN: PERSATUAN BAHASA MELAYU UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

DENGAN KERJASAMA: JABATAN HAL EHWAL PELAJAR UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

1.0 PENDAHULUAN Seminar Penulisan Ilmiah merupakan sebuah program anjuran Persatuan Bahasa Melayu UPSI yang dirancang khas bagi memberikan pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi program Pendidikan Bahasa Melayu UPSI tentang pengurusan dan pengendalian sesebuah program. Program ini juga memberi pendedahan tentang bagaimana menghasilkan kertas kerja program yang baik. Program ini disertai oleh mahasiswa dan mahasiswi program Pendidikan Bahasa Melayu UPSI dari pelbagai semester iaitu semester 2 dan 4. Ia merupakan program pertama pada semester ini yang dilaksanakan oleh Persatuan Bahasa Melayu dengan kerjasama pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar UPSI. Pada mulanya program ini dirancang untuk dilaksanakan lebih awal dari tarikh sebenarnya, namun atas sebab-sebab tertentu maka tarikh dan masa program terpaksa ditunda. Program ini juga dilaksanakan atas keprihatinan Persatuan Bahasa Melayu untuk memberi pendedahan kepada ahli persatuan Bahasa Melayu tentang tatacara penulisan sesebuah kertas kerja program serta mengenai tatacara pengendalian sesebuah program. Sudah menjadi tanggungjawab Persatuan Bahasa Melayu membuat program seperti ini agar semua ahli mendapat input mengenai tatacara penulisan berbentuk ilmiah yang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan bahasa Melayu itu sendiri.

2.0 OBJEKTIF Objektif yang ingin dicapai dalam program ini adalah memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi Program Pendidikan Bahasa Melayu tentang pengurusan dan pengendalian sesebuah program serta bagaimana menghasilkan kertas kerja sesebuah program yang baik. Pelaksanaan program ini dikatakan 90 % mencapai objektif yang telah ditetapkan ini. Selain itu, program ini juga memupuk semangat kerjasama antara semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan program ini di mana sepanjang program berlangsung semua ahli jawatankuasa saling membantu dan bekerjasama antara satu sama lain. Contohnya semasa ahli jawatankuasa jamuan mengalami masalah dalam menyediakan peralatan untuk tetamu dan penceramah,

ahli jawatankuasa yang lain seperti ahli jawatankuasa pengangkutan, logistik turut membantu mendapatkan peralatan tersebut pada saat-saat akhir.

3.0 TARIKH/TEMPAT Pada awalnya tarikh dan tempat yang dicadangkan adalah pada 9 Januari 2011 bertempat di Bilik E-Learning 3, UPSI. Namun, kelulusan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, UPSI bagi sebarang kertas kerja program yang telah dibuat oleh persatuan hanya boleh diketahui pada 11 Januari 2011, maka tarikh program terpaksa ditunda kepada 16 Januari 2011. Tempat program juga terpaksa ditukar di Dewan Sri Tanjung dewan tersebut dirasakan lebih sesuai dan mempunyai kemudahan peralatan yang lebih baik berbanding Bilik E-Learning 3.

4.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengarah Rahimah Binti Ahmad Mastury

Timb. Pengarah Muhammad Sofuan Bin Saadon

Setiausaha Maisarah Bt. Mohd Isa

Bendahari Noor Aidah Binti Mohammad

Timb. Bendahari Nor Azliza Bte Yaacob

Ahli Jawatankuasa

Biro Protokol dan Sambutan Nur Izati Sulaiman ( Ketua) Suzana Binti Abu Hassan Nor' Raihan Binti A.Bakar

Biro Logistik Mohamad Mojahid B. A. Latif (Ketua) Mohd Hafiz Bin Md. Nor Mohamad Shahril Bin Abu Bakar Mohd Hafizudin Bin Mohd Zainuddin Muhammad Faizal Bin Rusli

Biro Jamuan Azwani Binti Abdul Aziz (Ketua) Nur Farahin Binti Abd Rahman Nor Azizi Bin Abdullah Nurul Fameza Bt Abd Jalil Florence Anak Fidel

Biro Publisiti dan Media Muhammad Fawiz B. Bakri (Ketua) Mohd Azmil B. Abd Rahman Mohd Kodri Bin Ab. Malik Nor Mazni Binti Abdul Malik

Biro Cenderahati Nor Azimah Bt Ariffin (Ketua) Nurul Adian Bt Mahbot Siti Hajar Bt Basir Afiqahdalilah Bt. Abd Rahman

Biro Pengangkutan Norehsan Arif Bin Mohammad Yusop (Ketua) Muhammad Fariz B. Mohd Yusoff Muhammad Rashyid B. A. Samad

Biro Teknikal dan Peralatan Nor Azhan B. Aripin (Ketua) Muhammad Hisyamuddin B. Ahmad Muhamed Isa B. Ahmad Zulkifli Bin Ahmad

Biro Kebersihan, Kebajikan dan Keselamatan Muhamad Shahir B. Abu Bakar (Ketua) Solihin Bin Abu Hassan

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran program ini adalah ahli persatuan Bahasa Melayu terutamanya para pelajar Program Pendidikan Bahasa Melayu, UPSI dari semester 2 dan 4 serta ahli jawatankuasa yang terlibat dalam pelaksanaan program . Berikut merupakan maklumat lengkap mengenai para peserta yang hadir:

6.0 PENCERAMAH

Saudara Mohd Nizamuddin Bin Samsudin (Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar)

7.0 TENTATIF PROGRAM

Hari Ahad (16 Januari 2011) MASA 8.30 pagi 9.00 pagi 9.25 pagi 9.30 pagi 11.00 pagi 11.05 tengahari 11.15 tengahari AKTIVITI Pendaftaran peserta Ketibaan tetamu kehormat Bacaan doa Ceramah (Tatacara Pengurusan Badan Pelajar) Ucapan pengarah program Penyampaian cenderahati Kudapan/ Bersurai

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM

1. Pendaftaran Peserta

2. Ketibaan tetamu kehormat

3. Bacaan Doa

4. Ceramah (Tatacara Pengurusan Badan Pelajar)

5. Ucapan Pengarah Program

6. Penyampaian cenderahati

7. Kudapan/Bersurai

8.0 HASIL Hasil yang diperoleh daripada pelaksanaan program ini adalah ahli Persatuan Bahasa Melayu khususnya pelajar semester 2 dan 4 mendapat input mengenai cara dan segala urusan yang perlu dilakukan bagi melaksanakan sesuatu program. Dengan adanya program sebegini, pelajar tidak lagi tertanya-tanya tentang tatacara sebenar membuat kertas kerja serta perkara yang patut dilakukan supaya kertas kerja mudah diluluskan tanpa sebarang karenah birokrasi. Program ini juga berjaya mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli persatuan. Selain itu, hasil daripada pelaksanaan program ini dapat melahirkan pelajar yang serba boleh dan tahu untuk membuat kertas kerja dan mengendalikan sesebuah program. Input yang diperolehi boleh digunakan untuk melaksanakan program pada masa akan datang serta digunakan apabila menjadi guru di sekolah kelak.

9.0

MASALAH

Terdapat beberapa masalah yang dihadapi sebelum dan semasa program berlangsung. Sebelum program, masalah yang dihadapi adalah kesukaran mendapatkan

penceramah kerana ada antara penceramah yang telah bersetuju pada awalnya untuk menjadi penceramah program, namun disebabkan berlakunya penangguhan tarikh, maka penceramah yang sepatutnya tidak dapat menghadirkan diri kerana mempunyai komitmen dengan tugas lain. Penanggguhan tarikh program ini telah menyebabkan banyak perkara yang dirancang tidak dapat dilaksanakan. Selain itu, program ini juga dilihat kurang dihebahkan menyebabkan tidak ramai pelajar yang hadir. Seharusnya perkara-perkara kecil tersebut harus diatur dan disediakan awal. Masalah lain yang dihadapi semasa program berlangsung pula adalah masalah dari unit pengangkutan di mana pemandu bas terpaksa menunggu lama kerana peserta program lewat. Masalah ini disebabkan makluman tetapan masa yang diberitahu kepada pemandu bas terlalu awal iaitu jam 7.00 pagi sedangkan majlis dijangka bermula mengikut tentatif program adalah pada jam 8.30 pagi. Selain itu, masalah juga berlaku kerana ahli jawatankuasa terpaksa mencari dan menyediakan peralatan untuk makan tetamu dan penceramah

seperti sudu, garpu, tisu dan gelas pada saat-saat akhir. Namun, masalah tersebut dapat diatasi dengan segera berkat kerjasama semua ahli jawatankuasa.

10.0

LAPORAN KEWANGAN

PENDAPATAN : Sumbangan Persatuan Bahasa Melayu Yuran Semester 4 Yuran Semester 2 Sumbangan AJK JUMLAH PENDAPATAN (A) RM 360.00 RM 115.00 RM 104.00 RM 40.00 RM 619.00

PERBELANJAAN :

1- Cenderahati Honorarium Buah-buahan JUMLAH RM 50.00 RM 15.00 RM 65.00

2- Publisiti dan Media Percetakan Fotostat JUMLAH RM RM RM 1.60 2.50 4.10

3- Makanan Makanan peserta (RM2 X 250 orang) Makanan VIP (RM4X5 orang) JUMLAH RM 500.00 RM 20.00 RM 520.00

4. Pentadbiran Pentadbiran urusetia JUMLAH RM 27.00 RM 27.00

JUMLAH PERBELANJAAN (B)

RM616.10

JUMLAH KESELURUHAN (A)- (B)

RM

2.90

11.0

ANALISIS KEBERKESANAN PROGRAM

Analisis keberkesanan program adalah daripada hasil analisis borang soal selidik yang telah diisi oleh peserta program. Berikut merupakan borang soal selidik yang telah disediakan:

Graf Analisis Keberkesanan Program Seminar Penulisan Ilmiah

Bilangan pelajar yang telah mengisi borang= 87 orang

Soal Selidik Keberkesanan Seminar Penulisan Ilmiah


70 60 50

Bilangan Pelajar

40 30 20 10 0
Soalan 1 1 1 Soalan 2 1 2 Soalan 3 31 3 Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6 Soalan 7

4 1 6

5 2

6 0 2

7 0 4

Tidak memuaskan Memuaskan Sederhana Baik Cemerlang

0 6 17 54 10

0 5 10 51 21

0 3 23 53 8

10 24 40 11

13 58 10

14 51 20

11 51 21

12.0

CADANGAN / SYOR

Program ini sememangnya amat perlu dilaksanakan pada masa akan datang bagi memastikan semua pelajar mengetahui cara dan segala urusan yang perlu dilakukan bagi melaksanakan sesuatu program. Dengan adanya program sebegini, pelajar tidak lagi tertanya-tanya mengenai tatacara sebenar membuat kertas kerja serta perkara yang patut dilakukan supaya kertas kerja mudah diluluskan tanpa sebarang kerenah birokrasi. Program seperti ini juga patut dilaksanakan pada setiap semester kerana tatasyarat tentang kertas kerja mungkin akan terdapat perubahan daripada pihak HEP dari semasa ke semasa. Selain itu, penambaikan boleh dilakukan dengan membuat persiapan awal serta memberikan taklimat kepada semua ahli biro mengenai tugas

masing-masing supaya pelaksanaan program berjalan dengan lebih lancar tanpa sebarang masalah.

13.0

KESIMPULAN/PENUTUP

Seminar Penulisan Ilmiah ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama dan penglibatan daripada semua pihak terutama kerjasama dari jawatankuasa pelaksana program, para peserta program, penceramah serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan program ini sama ada dalam bentuk kewangan, fizikal dan moral. Diharap program seperti dapat dilaksanakan lagi pada masa akan dengan penambaikan daripada kelemahan yang terdapat sebelum, semasa dan selepas program Seminar Penulisan Ilmiah ini berlangsung.

Vous aimerez peut-être aussi