Vous êtes sur la page 1sur 5

CONTOH 1 PERBINCANGAN Korelasi Spearman Rho digunakan untuk mengkaji hubungan antara faktor pengalaman mengajar guru dengan

kepemimpinan etika. Dapatan kajian menunjukkan pengalaman mengajar guru mempunyai hubungan songsang yang signifikan dan sederhana kuat. Dapatan ini didapati selari dengan kajian yang dilakukan oleh Larry (2006) tetapi bercanggah dengan dapatan Teng (1999). Hubungan antara kepemimpinan etika dengan burnout guru dikaji juga menunjukkan tahap signifikan pada kekuatan yang sederhana. Namun demikian, tidak ada kajian lepas yang pernah dilakukan tentang perkaitan antara kedua-dua variabel tersebut iaitu kepemimpinan etika dan burnout guru. Oleh itu, penyelidik tidak dapat membuat perbandingan terus antara kajian ini dengan kajian lepas. Analisis regresi berganda menunjukkan kelayakan akademik telah menjadi peramal yang terkuat terhadap burnout guru. Dapatan kajian ini telah menunjukkan persamaan dengan dapatan kajian Fontana dan Abouserie (1993) tetapi bercanggah dengan kajian Manthei dan Gilmore (1996). Pengalaman mengajar guru merupakan pemboleh ubah yang kedua terkuat pengaruhnya terhadap burnout guru. Dapatan ini sejajar dengan hasil kajian Rohana (2002). Ini diikuti oleh pemboleh ubah kepemimpinan etika. Pemboleh ubah kepemimpinan etika merupakan pengaruh yang paling kurang terhadap burnout guru. Dapatan ini tidak selari dengan dapatan kajian Lim dan Leong (2006) yang mendapati burnout guru adalah disebabkan oleh faktor kepemimpinan.

CONTOH 2 PERBINCANGAN Secara keseluruhannya, analisis mengenai kualiti kepimpinan pengetua sekolah menengah kebangsaan zon Utara mendapati beberapa perkara yang menarik untuk dibincangkan. Kajian mendapati kumpulan pengurusan memberi penilaian yang lebih tinggi berbanding penilaian guru khususnya bagi dimensi Nilai-nilai Pendidikan dan Pengetahuan Profesional. Secara khususnya, penilaian kumpulan pengurusan adalah sangat tinggi dalam tiga daripada empat aspek dalam dimensi Nilai-nilai Pendidikan iaitu Berpusatkan Pembelajaran, Berorientasikan Perkhidmatan dan Inovasi. Kecemerlangan kualiti kepimpinan seperti ini boleh dibanggakan kerana kepimpinan pengetua mempunyai kesan yang signifikan pelaksanaan inovasi pendidikan dan juga pembelajaran pelajar (Hussein, 2008). Namun begitu, bagi aspek empowerment, kedua-dua kumpulan pengurusan dan guru sependapat bahawa tahap kapasiti empowerment pengetua adalah tinggi, tetapi tidaklah sangat tinggi. Justeru, perkara ini haruslah diberi perhatian kerana memetik pandangan Lambert (1998), pengetua sebagai pemimpin akan bertindak sebagai pemimpin yang sangat penting, tetapi beliau tidak melakukan semua atau kebanyakan daripada peranan kepimpinannya sendiri. Pengurusan berasaskan empowerment dapat memperkasakan pengurusan organisasi, sekali gus mewujudkan iklim organisasi yang baik (Mohamed Sani & Mumtaz, 2008).

CONTOH 3 PERBINCANGAN Secara keseluruhannya, tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji dan membandingkan persepsi atlet berpasukan dan kepimpinan jurulatih. Berdasarkan kepada lima gaya kepimpinan, didapati hanya tiga aspek paling digemari oleh atlet, iaitu gaya demokratik, gaya autokratik, dan maklum balas positif. Dapatan ini menunjukkan, atlet lebih selesa jika jurulatih mereka lebih berdiplomasi dalam memberi arahan atau hal-hal yang berkaitan dengan latihan tetapi bersikap tegas. Didapati atlet mahukan jurulatih yang mempunyai sifat bekerjasama dan mengambil berat tentang hal berkaitan atlet. Jurulatih yang berdiplomasi dan tegas disukai oleh para atlet kerana mereka sedar jurulatih sebeginilah yang dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam sukan sepertimana kajian oleh Dupuis (2006). Menurut Dupuis (2006), jurulatih atau pemimpin yang berkaliber memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan kejayaan-kejayaan yang diperoleh pasukannya. Kebolehan jurulatih akan mewujudkan kepuasan ahli dalam pasukan tersebut. Bagi konstruk kesepaduan di mana membandingkan kepimpinan berdasarkan LSS dengan jantina di dapati tidak terdapat sebarang perbezaan signifikan. Dapatan ini selari dengan kajian lampau oleh Jambor dan Zhang (1977) dan Chelladurai (1990), yang menyatakan bahawa tiada perbezaan di antara jantina apabila kita mengatakan tentang kepimpinan. Kajian daripada (Millard 1996; Riemer & Toon, 2001) mendapati perkara ini juga dalam kajian dan mereka juga mengatakan atlet menerima kurang gaya sokongan sosial daripada jurulatih wanita atas faktor lesbian yang dikaitkan dengan atlet perempuan yang kompetitif.

CONTOH 4 PERBINCANGAN

Proses menulis karangan merupakan kemahiran yang paling sukar untuk dikuasai (Nik Safiah Karim, 2004; Abdul Shukor Shaari, 2001) berbanding dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain dan banyak orang tidak mahir menulis (Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005). Kemahiran mengarang juga dikatakan kemahiran tertinggi dalam peringkat kemahiran bahasa dan paling sinonim dengan mata pelajaran Bahasa Melayu (Nawi Ismail, 2002). Oleh yang demikian, proses menulis memerlukan aktiviti pemikiran iaitu pemikiran sebelum menulis karangan, semasa menulis karangan, dan proses pemikiran yang dialami selepas karangan dihasilkan (Suppiah Nachiappan, 2006). Ismail Ahmad (2004) menegaskan bahawa penulisan adalah aktiviti kognitif yang dilakukan oleh orang yang berilmu serta menekankan penyebaran ilmu. Untuk menguasai tujuan tersebut, pengajaran bahasa memerlukan masa dan peluang yang sesuai bagi menjadikan murid penulis terbaik. Dalam penghasilan penulisan karangan, muridmurid mengalami dua proses iaitu proses dalaman dan proses luaran (Siti Zaleha M. Hashim, 2005). Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis seharusnya dilaksanakan dengan berkesan (Roselan Baki, 2003). Penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat sematamata malah dipengaruhi juga oleh pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan (Yahya Othman, 2005; Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005). Oleh itu, dalam pengajaran kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila dibaca (Yahya Othman, 2005). Dalam penghasilan sesebuah penulisan, pengarang juga perlu menyampaikan idea secara jelas, tepat, dan berkesan. Pemilihan kata perlu disesuaikan dengan tujuan karangan sama ada untuk tujuan perbahasan, memujuk, memberi pendapat, atau untuk bercerita.

CONTOH 5 PERBINCANGAN

Menurut pandangan Willing (1926), yang telah membuat analisa kesilapan terhadap bahan-bahan yang dipungut dari ujian-ujian karangan yang diberikannya kepada 66 orang murid gred 8 di sebuah sekolah di bandar New York. Ujian itu diadakan sebanyak 6 kali. Dalam ujian yang pertama beliau mendapati ada 15 jenis kesilapan yang dibuat oleh murid-murid dan 7 jenis kesilapan dalam ujian yang kedua . Apabila tajuk dalam ujian pertama diulang semula (diminta murid-murid menulisnya sekali lagi) didapati 9 jenis kesilapan baru yang mereka lakukan dan 5 lagi kesilapan baru muncul untuk tajuk karangan ujian kedua disuruh karang sekali lagi. Ini jelas menunjukkan , tajuk karangan yang sama tidaklah membatasi muridmurid dari melakukan kesilapan-kesilapan yang berlainan. Sementara itu Leonard (1934), telah mengemukakan rumusan kajian yang dibuat oleh Rodgers (1932), Holtman (1932), Symonds (1932), dan Hinton (1932), terhadap kesilapankesilapan nahu yang dibuat oleh pelajar-pelajar peringkat menengah rendah dan tinggi seperti berikut: 1. Setelah menganalisa karangan pelajar-pelajar peringkat rendah dan tinggi yang berjumlah 29,000 orang di Los Angeles , Rodgers (1932) mendapati 82.9% kesilapan berlaku dalam 24 jenis kesilapan. Purata mereka membuat 12 kesilapan bagi setiap 250 patah perkataan dan tidak ada korelasi antara gred IQ dengan jumlah kesilapan yang dilakukan. 2. Holtman (1932), yang telah mengkaji kesilapan bahasa yang terdapat dalam 2,246 karangan yang dibuat oleh kanak-kanak dalam gred 4,6,8, di dua puluh buah sekolah dari 8 negeri, menyimpulkan bahawa kesilapan berkurangan mengikut pemeringkatan gred persekolahan. Kesilapan yang paling tinggi kekerapannya ialah penggunaan you dan kesilapan itu berkurangan pada kadar 10.5 pada gred 4 kepada 5.8 pada gred 8.

Vous aimerez peut-être aussi