Vous êtes sur la page 1sur 8

1

MENGARUSPERDANA LATIHAN KEMAHIRAN


Berdasarkan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak
semasa membentangkan usul tentang Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10)
di Dewan Rakyat pada 10 Jun 2010 berkaitan Mengarusperdanakan Pendidikan
Teknikal dan Latihan Vokasional (Technical Education and Vocational Training,
TEVT) berkata, di negara maju, pendidikan teknikal dan latihan vokasional menjadi
antara pilihan utama pelajar kerana ia menyediakan prospek kerjaya yang baik.
Sebaliknya di negara kita, ia dilihat sebagai pilihan alternatif kerana persepsi
bahawa bidang kemahiran menyediakan peluang kerjaya yang terhad. Andaian
negatif ini harus disangkal. Pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT)
sebenarnya menyediakan landasan alternatif yang baik bagi para pelajar
merealisasikan potensi mereka. Seramai 100,000 lepasan SPM memasuki pasaran
pekerjaan setiap tahun tanpa latihan kemahiran.
Tambah beliau lagi, bagi membolehkan mereka mendapat pendidikan teknikal dan
latihan vokasional, kemudahan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT)
akan dipertingkatkan. Dalam hal ini, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) akan
dijadikan agensi tunggal dalam pembangunan dan pengesahan kualiti kurikulum
pendidikan teknikal dan latihan vokasional. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pula
akan dijadikan Persijilan Tunggal yang diiktiraf bagi kemasukan dalam perkhidmatan
awam dan institusi pengajian tinggi. ni akan meningkatkan keyakinan dan
mendorong lebih ramai lepasan sekolah melanjutkan pengajian dalam bidang
pendidikan teknikal dan latihan vokasional.
Berdasarkan Teras Keempat dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10),
iaitu membangun dan mengekaIkan modaI insan bertaraf dunia, kerajaan akan
mempertingkatkan kemudahan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (Technical
Education and Vocational Training TEVT) yang berkualiti dalam usaha
mengarusperdanakan bidang ini dan membolehkan ramai pelajar menceburi
pendidikan tersebut. Malaysia perlu meningkatkan komposisi pekerja berkemahiran
tinggi kepada sekurang-kurangnya 37 peratus menjelang tahun 2015. Kini, hanya 23
peratus daripada tenaga kerja negara ini merupakan tenaga kerja berkemahiran
tinggi, iaitu jauh lebih rendah berbanding negara maju lain.
2
Berdasarkan RMKe-10 juga, Malaysia berhasrat meningkatkan ekonomi dalam
rantaian nilai untuk menjadi negara ekonomi berpendapatan tinggi. Oleh itu,
enrolmen dalam TEVT perlu ditambah dan kualiti latihan secara keseluruhan
dipertingkatkan untuk meningkatkan dengan ketara tahap kemahiran tenaga kerja.
TEVT menjadi pilihan pendidikan perdana di kebanyakan negara maju. Model binari
atau dwi-laluan pendidikan yang fleksibel diguna pakai di kebanyakan negara
berpendapatan tinggi. Model ini membolehkan pelajar menukar aliran antara
akademik dengan teknikal atau vokasional yang mempunyai prospek kerjaya yang
setara. Kadar purata enrolmen pelajar yang memasuki aliran teknikal dan vokasional
di peringkat menengah atas bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan
Pembangunan (OECD) adalah 44%, berbanding hanya 10% di Malaysia.
Penambahbaikan peluang, akses dan kualiti TEVT untuk laluan teknikal adalah
sama penting dengan penambahbaikan laluan akademik pendidikan tertiari.

3
Sehubungan itu, kerajaan telah memperkenalkan penjenamaan baru yang lebih
sinonim dengan TEVT, agar ianya dapat dan lebih diterima oleh masyarakat
seluruhnya. SkiIIsMaIaysia merupakan jenama baru yang menjadi simbol inovasi
kepada latihan kemahiran bagi melambangkan jangkauan kemahiran ke aras paling
cemerlang dan pencapaian terbilang hasil daripda kesatuan aspirasi bangsa dan
negara dengan berpaksikan misi latihan kemahiran dalam kalimat SkillsMalaysia.

Kementerian Sumber Manusia menerusi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK),
komited untuk memperkenalkan jenama SkillsMalaysia sebagai mercu
Mengarusperdana Latihan Kemahiran di Malaysia sepertimana diberi penekanan
dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10), bertujuan untuk meningkatkan
kesedaran dan mengubah persepsi masyarakat terhadap Iatihan kemahiran
sejajar sasaran negara untuk menjana ekonomi berpendapatan tinggi.

SkillsMalaysia merupakan penjenamaan baru yang menjadi simbol inovasi
transformasi latihan kemahiran bagi melambangkan jangkauan kemahiran ke aras
paling cemerlang hasil daripada kesatuan aspirasi rakyat Malaysia dan keperluan
pembangunan Negara dalam kalimat SkillsMalaysia.

Jenama SkillsMalaysia telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Sri
Najib Tun Razak pada 11 Januari 2011 sebagai salah satu daripada 19 projek
permulaan (EPP) dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP). Dimana melalui
penjenamaan ini diharap dapat menampung keperluan negara mencapai 40%
pekerja mahir bagi memastikan Malaysia menjadi Negara maju pada tahun 2020.
Maka SkillMalaysia adalah manifestasi kerajaan bagi:

4 meningkatkan kesedaran terhadap Iatihan kemahiran dengan
mengubah persepsi masyarakat terhadap peIuang kerjaya bidang
kemahiran kearah mencapai ekonomi negara berpendapatan
tinggi.
4 Menjadikan Iatihan kemahiran sebagai piIihan utama kepada
Iepasan sekoIah.
4 Meningkatkan pengambiIan peIajar Iatihan kemahiran kepada 200
ribu orang menjeIang 2020
4

Justeru, dalam usaha memperkasakan program mengarusperdana program TEVT
tersebut, maka Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan
Kemahiran (JPK) sebagai agensi pelaksana telah merangka pelbagai aktiviti promosi
dan hebahan kepada golongan sasar. Selain daripada menggunakan promosi
secara ass arketing edia elektronik dan cetak, jabatan juga secara konsisten
telah merancang aktiviti promosi melalui kaedah Direct arketing edia seperti
roadshows jelajah di seluruh negara. Karnival SkillsMalaysia untuk 6 zon di setiap
wilayah di seluruh negara telah dirancang dengan rapi begitu juga dengan
penyertaan karnival secara jemputan oleh agensi lain dan pameran hari terbuka
sekolah mahupun pameran kerjaya di seluruh Negara. Antara roadshows yang telah
disertai adalah Karnival Pengajian Tinggi TEVT di 11 lokasi, StudyMalaysia
Education Fairs (Sabah & Sarawak), Karnival Pendidikan MARA, Program
Penempatan Pekerjaan (3P) Jabatan Tenaga Kerja dan banyak lagi yang
dijadualkan setiap bulan sehingga akhir tahun 2011.
Selain daripada itu, jabatan turut menyediakan wadah informasi dalam bentuk DVD
interaktif tentang "success story usahawan berjaya dalam bidang kemahiran
sebagai panduan kepada masyarakat untuk mengubah persepsi tentang latihan
kemahiran. Tujuan informasi sebegini adalah bagi mewar-warkan kepada
masyarakat bahawasanya latihan kemahiran merupakan salah satu cabang
kerjaya pilihan, setara dengan kerjaya berasaskan kelayakan akademik,
boleh menjana pendapatan lumayan kepada individu yang berminat dan
berpotensi. Calon-calon "success story yang dimaksudkan adalah Master Chef
Celebrity Sabri Hassan untuk bidang masakan, En. Salikin Sidek untuk bidang
fasyen teknologi dan En. Henry Tan Hock Seng bagi bidang Elektronik. Chef Sabri
Hassan adalah pemegang Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (T5), pakar
Negara bidang masakan, Pegawai Pengesahan Luaran (PPL) dan hakim untuk
pertandingan kemahiran SkillsMalaysia. Beliau mempunyai pengalaman lebih tiga
puluh tahun dalam bidang masakan, telah menjelajah lebih 30 buah Negara di dunia
dan banyak terlibat dengan rancangan televisyen sebagai hos rancangan masakan
di dalam dan luar Negara. En. Salikin Sidek pula adalah seorang pereka fesyen
terkenal tanah air khas untuk busana tradisional Melayu, mempunyai pengalaman
3
lebih tiga puluh tahun dalam bidang fesyen, pemegang Diploma Lanjutan Kemahiran
Malaysia (T5) bidang fesyen teknologi dan pakar Negara juga hakim kepada
pertandingan kemahiran SkillsMalaysia. Beliau telah banyak mereka fesyen untuk
golongan korporat dan artis, mempunyai tiga buah butik pakaian tradisional dan
kontemporari. Manakala En. Henry Tan Hock Seng adalah bekas pelajar LP
Melaka yang mempunyai SKM Tahap 3, kini telah berjaya menjadi usahawan
dengan jawatan sebagai Pegawai Eksekutif HS nnovations Sdn Bhd. Beliau kini
telah berjaya menjadi usahawan perniagaan import dan eksport berkaitan pelbagai
peralatan makmal ke seluruh dunia.
Kepentingan dalam memartabatkan bidang kemahiran ini tidak dapat dipertikaikan
lagi. ni kerana terdapat pelbagai kementerian dan agensi yang menjalankan polisi
berkaitan kemahiran secara langsung dan tidak langsung iaitu Kementerian Sumber
Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pengajuan Tinggi,
Kementerian Pelajaran, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga & Masyarakat, Kementerian Pertanian & ndustri Asas Tani,
Kementerian Dalam Negeri, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan
lain-lain. Perkembangan yang baik ini seharusnya diperkembangkan ke semua
kementerian yang berkaitan.
Walaupun kepentingan kemahiran ini telah mula mendapat perhatian kementerian-
kementerian berkaitan, ia masih kurang mendapat sambutan masyarakat. bu bapa
terutamanya tidak melihat potensi besar bidang kemahiran ini dengan anggapan
ianya hanya sesuai untuk golongan tercicir. Atas dasar itu, penekanan promosi perlu
kepada pengubahan persepsi ibu bapa berkaitan latihan kemahiran terutamanya
fleksibiliti anak-anak mereka dalam mencipta ruang dan peluang dengan memilih
latihan kemahiran. Penekanan terhadap kecenderungan memilih bidang kemahiran
ini juga harus disasarkan kepada Guru Kaunselor Sekolah yang lebih maklum
terhadap prestasi dan kecenderungan terutama kepada pelajar-pelajar yang akan
mengakhiri zaman persekolahan. Guru boleh membentuk dan memberi fokus yang
jelas kepada pelajar dalam persaingan kerjaya masa kini dan bagaimana pelajar
boleh membina keyakinan dalam memilih masa depan mereka. Di samping ibu bapa
dan guru, terdapat pihak-pihak lain yang boleh memberikan impak besar dalam
memartabatkan latihan kemahiran. Ahli politik contohnya perlu melihat ini sebagai
6
satu perjuangan membangunkan modal insan yang boleh menyumbang kepada
industri dan pembentukan insan berkemahiran.
Bagi menggalas misi besar pembangunan modal insan ini, tangggungjawab tersebut
bukan hanya terletak di bawah kerajaan semata-samata, tetapi agensi swasta
khasnya industri turut sama terlibat. Maka dengan tujuan itu, Jabatan telah
merangka strategi kerjasama dengan meletak garis panduan berkaitan sebagai
rakan kongsi yang dikenali sebagai ational Industry Partner, ational Technology
Partner dan ational Training Partner. ational Industry Partner adalah agensi yang
terlibat secara terus dalam menaja pertandingan kemahiran sebagai salah satu
Corporate Social Responsibilities (CSR) dimana agensi menjadi pendokong
bersama kerajaan dalam pembangunan modal insan dan ekonomi negara. ational
Technology Partner pula adalah agensi yang menjadi pencetus inovasi, produksi
dan idea dalam membantu kerajaan melaksanakan aktiviti latihan kemahiran.
anakala ational Training Partner adalah agensi latihan yang sentiasa
bekerjasama dengan kerajaan menyokong, menaja dan melaksanakan
pembangunan modal insan berkemahiran.
Bagi mengarusperdana latihan kemahiran, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk
melibatkan empat belas (14) kementerian dan agensi utamanya, iaitu Kementerian
Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Jabatan
Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui nstitut Kemahiran
Belia Negara, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang
menyediakan nstitut Kemahiran MARA, Pusat GATMARA dan Kolej Kemahiran
Tinggi MARA dan nstitut Latihan KEMAS, Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE)
melalui Jabatan Pengajian Politeknik dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti,
Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE) melalui Sekolah Menengah Teknik dan
Vokasional, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM) melalui program-program latihan Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Kementerian Pertanian dan ndustri Asas Tani (MOA) dalam membangunkan
kemahiran yang berkaitan dengan pertanian, Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui
Construction Industry Development Board (CDB), Kementerian Dalam Negeri (KDN)
melalui program latihan kemahiran Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian
Perusahaan Perladangan dan Komoditi melalui Malaysian Timber ndustry Board
(MTB), Kementerian Pertahanan melalui nstitut Kejuruteraan Tentera Darat (JED)
7
dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT), dan Majlis
Agama slam Wilayah Persekutuan (MAWP) melalui nstitut Kemahiran Baitulmal.

Selain daripada agensi-agensi utama kerajaan, pihak swasta juga ada menyediakan
Pusat-pusat Bertauliah yang menawarkan latihan kemahiran dalam pelbagai bidang.
Sehingga Mac 2011, terdapat 610 Pusat Bertauliah Swasta di seluruh negara yang
menawarkan 2,917 Program Latihan Kemahiran. Pusat-pusat Bertauliah Swasta ini
menjadi alternatif kepada 344 Pusat Bertauliah Awam yang terdapat di seluruh
negara.

Selain itu, kerajaan juga telah menyediakan kemudahan kewangan dalam bentuk
pinjaman kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada rakyat Malaysia sendiri untuk
melanjutkan pengajian mereka ke bidang kemahiran. Antara agensi yang
menyediakan kemudahan tersebut ialah Perbadanan Tabung Pembangunan
Kemahiran (PTPK) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

Pihak kerajaan kini, begitu komited dalam mengarusperdana latihan kemahiran
dikalangan rakyat Malaysia bagi mewujudkan pekerja yang berkemahiran tinggi
yang dapat merealisasi transformasi negara dalam menuju wawasan negara
berpendapatan tinggi. Pihak yang berminat, boleh melayari laman sesawang agensi
yang berkaitan seperti berikut:

1. Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) - www.dsd.gov.my
2. Jabatan Tenaga Manusia (JTM) www.jtm.gov.my
3. Kementerian Belia dan Sukan www.kbs.gov.my
4. nstitut Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA - www.ikm.edu.my
5. GATMARA www.giatmara.edu.my
6. Jabatan Pengajian Politeknik www.politeknik.edu.my
7. Jabatan Pengajian Kolej Komuniti www.jpkk.edu.my
8. Kementerian Pelajaran (Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional)
www.bptv.edu.my
9. Kementerian Pertanian dan ndustri Asas Tani www.moa.gov.my
10. Kementerian Kerja Raya (CDB) www.cidb.gov.my
11. Kementerian Dalam Negeri (Jabatan Penjara) www.prison.gov.my
8
12. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MTB)
www.mtib.gov.my
13. Kementerian Pertahanan www.mod.gov.my
14. Majlis Agama slam Wilayah Persekutuan (nstitut Kemahiran Baitulmal
www.maiwp.gov.my

Vous aimerez peut-être aussi