Vous êtes sur la page 1sur 49

ASAS KAUNSELING

PEMAKANAN UNTUK
PESAKIT DIABETES
DR HANIHASELAH MOHD SALEH
PAKAR PERUBATAN KELUARGA
KLINIK KESIHATAN BANDAR MAS,
KOTA TINGGI
OBJEKTIF THERAPI DIET
• Memahami kepentingan terapi diet bagi
kes Diabetis.
• Memberi kaunseling asas terapi diet
kepada pesakit Diabetis.
• Mengawal paras glukosa di dalam darah.
• Membantu mengawal berat badan
• Menilai kepatuhan pesakit terhadap
amalan diet.
KEPENTINGAN TERAPI
DIET
• Kegagalan sistem kawalan gula dalam darah akibat
malfungsi insulin sepenuhnya (DIABETIS JENIS I)
atau separa (DIABETIS JENIS II).
• Paras gula tinggi dan memberi kesan keracunan.
• Kerosakan mata, jantung, buah pinggang dan saraf
serta mengganggu sistem peredaran darah di otak
dan kaki.
• Oleh itu, pesakit Diabetis perlu membawa aras gula
darahnya kepada paras normal bagi mengelakkan
komplikasi daripada keracunan tersebut.
Sistem Kawalatur Gula Darah

Glukosa dibawa dalam sel Pankreas Glukosa


membebaskan
Glukosa  glikogen insulin darah ↑

Normal Range

Glikogen  glukosa Pankreas Glukosa


membebaskan darah ↓
glukagon
Apabila sistem kawalatur
tidak berfungsi….
• Hyperglycemia atau hypoglycemia.
• Hyperglycemia biasanya dikaitkan dengan
“diabetes mellitus”.
• Dianggarkan 30 – 50% pesakit diabetis
tidak mengetahui mereka mengalaminya.
• Hypoglycemia adalah jarang berlaku.
Eating Right
• The health professional with the greatest
expertise in providing Medical Nutrition
Therapy for diabetes is a dietitian
knowledgeable and skilled in diabetes
management.
• However, it is essential that all team members
involved in diabetes treatment and
management be knowledgeable about
Medical Nutrition Therapy and supportive of
the patient’s need to make lifestyle changes.
The ABC of Healthy Eating
Eating is so habitual that most people give
hardly any thought on foods they choose to eat.
When planning a diet try to make sure that it has
the following characteristics:
• Adequacy
• Balance
• Calorie Control
• Moderation
• Variety
PEMAKANAN
MEMPENGARUHI ARAS GULA

Ianya bergantung
kepada…
• Masa makan
• Jenis makanan
• Jumlah makanan
PENJAGAAN MAKANAN
UNTUK PESAKIT DIABETES
PERHATIAN UTAMA ADALAH: (3’J’)
a) Jenis makanan yang anda pilih
b) Jumlah makanan yang anda makan
sepanjang hari
c) Jangka masa diantara sajian utama dan
makanan ringan
PERATURAN ASAS
MENDAPATKAN ARAS GULA
DARAH TERKAWAL
• Makan amaun makanan yang sama setiap hari
• Makan pada masa yang sama setiap hari
• Jangan melangkahi waktu makan
• Makan ubat pada masa yang sama setiap hari
• Bersenam pada masa yang sama setiap hari
PANDUAN PEMAKANAN
PESAKIT DIABETIS
1. Ambil makanan seimbang
2. Elakkan gula ringkas
3. Kawal pengambilan karbohidrat
4. Kurangkan lemak
5. Kurangkan sodium
6. Lebihkan fiber
7. Kawal berat badan
1. AMBIL MAKANAN SEIMBANG

• Pastikan makanan harian


pesakit Diabetis mengandungi
kumpulan-kumpulan makanan
pemberi tenaga, makanan
pembina tubuh dan mekanan
yang menjauhkan penyakit.
4 FAKTOR YANG PERLU
DIINGAT
1. Makan makanan yang seimbang
2. Makan lebih banyak makanan serat
3. Makan makanan secara sekata :
i) 3 makanan utama (jika mengambil ubat tablet)
ii) 3 makanan utama dan 3 kudapan sehari
(jika mengambil suntikan insulin)
Mencapai dan mengekalkan berat
badan yang ideal
2. ELAK GULA RINGKAS
• Gula ringkas adalah semua jenis gula
rantaian pendek (monosakarida,
disakarida) yang mudah dihadamkan
dalam bentuk glukosa dan cepat
diserap masuk ke dalam sistem
peredaran darah.
Contoh gula ringkas:

Glukosa Kuih-muih manis Madu


Gula-gula Buahan dalam tin (air gula) Jem
Gula pasir Biskut berinti jem, krim Kaya
Gula melaka Roti jem, kacang, kelapa, krim ‘Marmalade’
Gula kabung Susu pekat manis Kordial
Gula batu Bijirin bersalut gula Jus segera
Coklat Minuman bergas Kek

• Secara teori, dibenarkan sebanyak 5%


pengambilan gula ringkas dalam sehari tidak secara
bersendirian sebaliknya dalam bentuk gabungan
bersama gula kompleks dan fiber.
MAKANAN YANG PERLU
DIELAKKAN
- Ais krim - Gula perang
- Susu pekat manis - Madu
- Buah-buahan dlm tin - Kek
- Semua kuih kuih manis - Coklat
- Glukos - Biskut
manis
- Gula pasir - Jem
- Gula merah - Kaya
- Minuman ringan (botol, tin dan kotak)
3. KAWAL PENGAMBILAN
GULA KOMPLEKS
• Gula kompleks adalah sumber gula
rantaian panjang atau lebih dikenali
sebagai karbohidrat (polisakarida).
Gula jenis ini lambat dihadamkan ke
bentuk glukosa dan oleh itu lambat
diserap masuk ke dalam sistem
peredaran darah.
PRINSIP KAWALAN KARBOHIDRAT

• Keperluan harian adalah sebanyak 50 – 55%


daripada jumlah tenaga harian. Kajian
menunjukkan pengambilan melebihi 60%
telah meningkatkan aras lemak Trigliserid
dan HDL-kolesterol.
• Diagihkan kepada 3 sajian utama bersama /
tanpa 2 – 3 snek.
• Konsep sajian ‘small and frequent’.
• Pertukaran dalam kumpulan yang sama
adalah berasaskan kepada 10 gram
karbohidrat.
MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN
TAPI MESTI DIKAWAL
KUANTITINYA
A) Makanan Karbohiderat/berkanji
i. Hasil bijiran:
- Nasi putih - Cornflakes
- Beras India - Nestum, Oats
- Roti putih - Biskut
Cream crackers
- Roti Jagung - Apam
- Mee - Putu Mayam
- Mihun - Roti
canai/Capati/Thosai
MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN
TAPI MESTI DIKAWAL
KUANTITINYA
ii) Sayuran-Sayuran Berkanji:
- Lobak merah - Keladi
- Kentang - Labu manis
- Ubi kentang - Sukun
- Keledek - Kacang Panggang

iii) Kekacang:
- Kacang dal
- Kacang hitam
- Kacang hijau
- Kacang merah
MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN
TAPI MESTI DIKAWAL
KUANTITINYA
iv) Susu:
- Susu segar - Susu cair
- Susu UHT - Susu tepung

v) Buah-buahan:
- Limau - Tembikai
- Epal hjau/merah - Nenas
- Oren - Rambutan
- Betik - dll
MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN
TAPI MESTI DIKAWAL
KUANTITINYA
A) Makanan Berprotin:
- Ayam - Telur
- Ikan - Keju
- Daging - Makanan Laut

F) Makanan Berlemak:
- Minyak memasak (lebih baik jika
gunakan jenis poliunsaturated seperti minyak
jagung, soya, bunga matahari dll)
- Majerin poliunsaturated
4. KURANGKAN PENGAMBILAN
LEMAK
• Lemak darah : kolesterol dan trigliserid.
• Kolesterol :pengambilan makanan tinggi kolesterol.
• Trigliserid :lebih pengambilan lemak / tenaga total.
• Kes Diabetis: gula berlebihan di anggap sebagai
lebihan tenaga dan ditukar kepada lemak
simpanan yang mana komponen utamanya adalah
trigliserid.
• Cenderung kepada hiperlipidemia: dikaitkan
dengan penyakit-penyakit vaskular iaitu Penyakit
Jantung Koronari, Hipertensi dan Strok.
JENIS LEMAK MAKANAN
1. Kolesterol

• Kumpulan lemak berwarna kuning


yang terdapat hanya daripada
sumber haiwan.
• Contoh: Lemak dan kulit ayam /
daging, minyak haiwan, kuning
telur, susu penuh krim dan
hasilnya, organ dalaman haiwan
dan kerangan laut.
• Lemak ini merupakan komponen
utama Hiperlipidemia.
2. Asid lemak tepu

• Kumpulan lemak yang dipenuhi dengan molekul


hidrogen pada rantaiannya, bersifat solid pada
suhu bilik, membeku pada suhu peti sejuk, stabil
secara kimia dan tahan lama.
• Contoh: Lemak haiwan, minyak dan santan
kelapa, minyak kernel sawit.
• Lemak ini membentuk LDL & VLDL, mengangkut
kolesterol dari hati ke aliran darah -
arterosklerosis.
3. Asid lemak tidak tepu

• Kumpulan lemak yang masih ada rantaian


molekul hidrogen yang kosong, bersifat cecair
pada suhu bilik. Merupakan asid lemak perlu
kerana tubuh tidak dapat mensintesisnya.
• Contoh: Minyak sayuran seperti minyak zaitun,
olein sawit, minyak jagung, minyak kacang
soya dan minyak kacang.
• Lemak ini membentuk HDL, mengangkut
kolesterol dari salur darah ke hati.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN
SODIUM
• Melambatkan atau mengelakkan Hipertensi dan
penyakit-penyakit buah pinggang.
• Garam makanan terbahagi kepada:
– Garam nyata (masin : Sodium Klorida)
– Garam tersembunyi (tidak masin : Sodium
Bikarbonat, Monosodium Glutamat, Sodium
Benzoat, Sodium Sitrat).
Sumber sodium:
♦ Garam masakan – garam halus / kasar
♦ Agen perasa – kiub/serbuk, belacan, petis, krim, mayonis,
sos barbeque, kicap, sos cili/tomato/tiram.
♦ Pati makanan – pati sayur / daging / ayam / ikan.
♦ Agen penaik – baking powder, sodium bikarbonat dan
makanan yang diperbuat daripadanya.
♦ Makanan yang dijeruk / digaram / dimasinkan – telur
masin, ikan masin, sayur masin, taucu, tausee, buahan
jeruk, budu, cencaluk.
♦ Makanan terproses – sardin yang ditinkan, lauk/makanan
segera, kacang panggang yang dalam tin, burger, sosej,
hot dog, ham, bacon, keropok, snek berperisa dan keju.
6. LEBIHKAN FIBER
• Fiber adalah bahagian makanan (tumbuhan)
yang tidak dapat dihadamkan. Fiber
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu fiber
larut air dan fiber tidak larut air.
• Saranan harian : 30 – 40 gram sehari
• Utamakan pilihan berikut dalam diet seharian:

– bijirin penuh (roti, beras dan tepung)


– sayuran dan buahan.
– kekacang
KUMPULAN FIBER
Fiber Larut Air:
• Jenis: Pektin, guar gum, polisakarida tumbuhan
dan hemiselulos. (bijirin penuh, kekacang dan
buahan)
• Kelebihan:
1. Melambatkan penyerapan glukosa ke dalam
darah.
2. Melambatkan pengosongan perut, memberi rasa
kenyang yang lama dan sesuai sebagai diet
penurunan berat badan.

Fiber Tidak Larut Air:


• Jenis: Selulos dan bran. (sayuran)
• Kelebihan:
– Daya menyerap air yang tinggi, oleh itu ia dapat
mencegah sembelit.
7. KAWAL BERAT BADAN
• Pesakit obes…..kurang berat………
• Pesakit berat ideal: kekalkan dengan baik.
• Sebarang perubahan dalam berat turut
mempengaruhi aras gula dalam darah.
– Sebagai contoh, IDDM yang mengalami
penurunan berat badan yang berterusan
atau NIDDM yang mengalami peningkatan
berat badan akan menunjukkan bacaan
aras gula darah yang tinggi.
• Penurunan berat bagi GDM dan IDDM kanak-
kanak tidak dibenarkan, sebaliknya
pertambahan mengikut carta.
Why Lose Weight ……
• Weight loss helps diabetics in two ways
• It lowers insulin resistance
– This allows natural insulin (in Type 2) to do a
better job.
• It improves blood lipids and blood pressure
– Patients with diabetes are twice as likely to get
cardiovascular diseases as most people.
Agihan Kalori Harian

Minum
Petang
10%
Makan
Tengahari
30% Makan
Malam
30%

Minum
Minum
Pagi Sarapan Malam
10% Pagi 5%
15%
CONTOH MENU

Hidangan Waktu makan Makanan yang disarankan


Bfast 7am - 8am a) 2 keping roti jagung/gandum @ 6 keping biskut krim kraker
atau 1 cawan oat/cornflakes @ 1 cawan nasi/mihun/kuey teow
b) 2 sudu teh marjerin poli tak tepu (cth: Dorina, Vitalite, Sunflower)
c) 2 sudu makan bumbung susu rendah lemak @ tanpa lemak (x gula)

Mtea 10am a) 1 keping roti jagung/gandum @ 3 keping biskut krim kraker


b) Air kosong @ tehO @ kopiO (x gula)

Lunch 12noon - 1pm a) 1 cawan nasi putih @ mihun @ kuey teow @ 2 keping roti jagung
b) 1 ketul / keping sedang (60g) ikan*
c) 1 cawan sayur daun (minimum) atau lebih*
d) 1 biji / keping nipis buah
e) air kosong
* dibenarkan menggunakan hanya 2 sudu teh minyak masak bagi memasak
bahan-bahan yang bertanda

Atea 4pm - 5pm a) 1 keping roti jagung/gandum @ 3 keping biskut krim kraker
b) Air kosong @ tehO @ kopiO (x gula)

Dinner 7pm - 8pm Jenis makanan & sukatan sama seperti Lunch
(ikan diganti dengan ayam / daging seberat (30g))

Supper 10pm - 11pm a) 2 sudu makan bumbung susu tepung rendah lemak @ tanpa lemak
(cth : Anlene, Dutch Lady Low Fat, Omega 3:6)
BUAH-BUAHAN
• Mempunyai jumlah kandungan gula tertentu
• Hendaklah tidak dimakan > 2 kali sehari
• Lebih baik dimakan bersama-sama dengan
hidangan lain daripada dimakan berasingan
• Elakkan jus buah-buahan kerana ia boleh
meningkatkan aras gula dlm darah dengan
cepat
PANDUAN MEMILIH BUAH
• Tinggi kandungan fiber.sumber vitamin &
mineral.
• Pilih buah rendah ‘GLISEMIC INDEX’
(glysemic index – index penunjuk kadar
penyerapan gula drpd buah ke darah)
• Hadkan kpd 1-2 pertukaran sehari
• Elakkan pengupasan kulit
• Makan secara terus, tidak dikisar.
SENARAI BUAH BERDASARKAN
INDEKS GLISEMIK
• Durian
• Pisang
• Jambu batu
• Anggur
• Rambutan
• Epal merah
• Limau
• Epal hijau
• Betik
• Belimbing
• Tembikai
JUMLAH PENGAMBILAN BUAH-
BUAHAN
BUAH-BUAHAN JUMLAH
- Epal 1 biji sederhana
- Pisang 1 biji sederhana
- Oren 1 biji sederhana
- Belimbing 1 biji sederhana
- Jambu (Guava) 1 biji sederhana
- Mangga 1 biji kecil
- Limau gedang 1 biji kecil
- Pear 1 biji kecil
BUAH-BUAHAN JUMLAH
- Manggis ½ biji sederhana
- Anggur 10 biji sederhana
- Duku 8-10 biji kecil
- Langsat 8-10 biji kecil
- Logan 8-10 biji kecil
- Lychee 4-6 biji
- Rambutan 4-6 biji
- Betik 1 potong nipis
- Tembikai 1 potong nipis
- Nanas 1 potong nipis
- Durian 1 ulas besar/ 2 ulas kecil
- Nangka 1 ulas besar/2 ulas kecil
PEMANIS TIRUAN
• Memberikan rasa manis tanpa menaikkan aras
gula darah.
• Sesuai dicadangkan kepada pesakit yang baru
mendapat Diabetis yang mana sukar
mengawal tabiat suka kepada bahan
makanan/minuman manis.
• Tidak digalakkan untuk kegunaan harian di
atas faktor psikologi.
• Ada di antara pemanis tiruan yang
mengandungi sumber tenaga (kalori) dan ini
tidak digalakkan kepada pesakit yang obes.
MAKANAN KHAS DIABETIS
• Penjualan semakin berleluasa.
• Mengandungi kalori yang kadangkala melebihi
kalori asal produk sebelum modifikasi dan
harganya adalah lebih tinggi.
• Dibuat dengan cara modifikasi kandungan
karbohidrat asal juga bahan-bahan lain untuk
menerbitkan rasa yang lebih sedap di samping
penggunaan gula tiruan sebagai pemanis.
• Termasuk dalam kumpulan makanan yang perlu
dikawal bukannya yang bebas dimakan oleh
kerana ia masih mengandungi kalori dan / atau
karbohidrat.
MAKANAN KHAS DIABETIS
• Jem diabetis : guna fruktosa asli atau gula tiruan.
Ketahanan produk dipertikaikan dengan ketiadaan
sukrosa (pemanis dan pengawet biasa) juga pewarna
dan pengawet kimianya.
• Minuman ringan (diet soft drinks) : Menggunakan gula
tiruan samada yang berkalori atau tidak.
• Jus buahan : masih ada karbohidrat asli.
• Gula-gula : Sorbitol digunakan sebagai gula tiruan ~
berlebihan boleh diarrhoea.
• Coklat: perlu kandungan lemak yang lebih untuk
teksturnya dan kalorinya adalah tinggi , ada sorbitol.
BERPUASA
• Digalakkan kepada Diabetis Jenis II yang obes.
• Tidak digalakkan bagi kes komplikasi buah pinggang,
hipoglisemia dan ketoasidosis, jantung, strok,
kerosakan saraf dan demam virus.
• Sahur menghampiri Imsak dan makanan berbuka
diagihkan untuk selepas maghrib dan selepas terawih.
Regim 3 sajian sehari. Senaman tidak digalakkan
semasa berpuasa ~ dehidrasi dan hipoglisemia.
• Lakukan ujian darah terutama selepas pukul 3 – 4
p.m.dan 2 jam selepas berbuka untuk memastikan aras
gula darah tidak mencapai tahap hipoglisemia atau
hiperglisemia.
Plan diet adalah bergantung
kepada :
• Umur, jantina, berat badan, ketinggian
dan tahap aktiviti pesakit.
• Jenis Diabetis iaitu Jenis I atau Jenis II.
• Jenis ubat, amaun dan masa
pengambilan.
• Keperluan pemakanan individu.
• Status ekonomi, corak pekerjaan dan
budaya.
RUJUKAN KEPADA DIETITIAN

• SEMUA PESAKIT DIABETES YANG


OBESE
• PESAKIT DIABETES YANG TIDAK
TERKAWAL.
• PESAKIT DIABETES DENGAN
KOMPLIKASI – ESRF DENGAN
DIALISIS, POST-STROK DLL.
Thank You for
your
attention

Vous aimerez peut-être aussi