Vous êtes sur la page 1sur 17

Aplikasi Qaidah Fiqh dalam Kehidupan Masa Kini -

(1/4)
(Artikel ini adalah berdasarkan beberapa prinsip Qaidah Fiqh seperti senarai di
bawah. a akan diterbitkan dalam 3 bahagian, insya Allah)

"Fiqh adalah ilmu yang berhubung dengan Tauhid
pada perbuatan"

Beberapa Qaidah Fiqh :
1. "Mudharat kecil harus ditempuh untuk menghindarkan mudharat yang
besar"
2. "Bila harus memilih antara dua mudharat maka pilih yang paling
ringan"
3. "1alan yang menuju haram juga haram"
4. "Kemudharatan harus dihilangkan dan jalan yang menuju ke arahnya
harus ditutup"
5. "Bila tidak boleh melaksanakan semuanya maka jangan ditinggalkan
seluruhnya"
6. "Hukum asal segala sesuatu mubah/boleh selagi tiada dalil yang jelas
melarangnya"
7. "Tidak boleh disangkal berlaku perubahan hukum dengan sebab
perubahan masa"

1 - - = `' - ' .' - ~ ~`' -'
2 - -' ' ~ + ~ == = ' ~ ~- ~ ' ' ~ ' ~ + - =
3 - _ -' ' ~ ~
4 - .' - -'
5 - = - ` = ~ - ' ' ~
6 - ~- = _ = .- ~' . ~ - _ = =' `' -' -~ `' .-`'
7 - - '=`' - - - ` ' ~`'
Kitab Rujukan :
1. l-8ybah wa al-Nazoir oleh mam al-Suyuti
2. Qawaid al-hkam fi Ma8olih al-nam oleh Sultan al-Ulama' zzuddin
bin Abdul Salam.
3. l-Furuq oleh mam al-Qarafi
4. l-Fawaid al-Janiyyah oleh Syeikh Yasin al-Fadani
5. l-Fawaid al-Bahiyyah fi Talkhi8 al-Qawa'id al-Fiqhiyyah oleh
Syeikh Nuruddin al-Banjari
6. l-Qawa'id al-Fiqhiyyah oleh al-Nadwi

MUKADIMAH

Mendidik para sahabat yang mempunyai pelbagai latar belakang berbeza mengundang
banyak keadaan serba salah dalam jiwa saya. Ada yang terlalu keras pandangannya dan ada
yang terlalu longgar. Jika terlalu keras, ia mudah menjadi jumud dan mudah pula
menghukum orang lain. Sebaliknya, jika terlalu longgar, ia mudah terlarut dalam sistem yang
rosak.

Dahulu saya merupakan seorang yang berpendirian keras dalam segala hukum sehingga tiada
dapat bergaul dengan keluarga, saudara mara dan masyarakat dengan baik. Saya sendiri
merasa tertekan dengan pendirian tersebut dan merasa kepayahan untuk hidup di zaman ini.

Perguruan saya dengan almarhum Baba Najmuddin udir adrasah Kerandang, Besut,
1erengganu. Seorang ulama fiqh empat mazhab yang diakui kealimannya) dan
almarhumTuan Guru Hj Ismail Bukit Payung, K. 1erengganu), muzakarah dengan teman
seperguruan, musaIir dan berdamping dengan para Kiyai dan para alim ulama yang benar
telah merubah pendirian saya dalam masalah Iiqh. Maka saya kini mengambil pendirian
untuk berada di tengah-tengah (asatiyyah) dan terserah pada para sahabat membuat
keputusan dalam masalah Iiqh. Selagi mereka ada hujah, saya tetap menghormatinya
walaupun berbeza pandangan.

KeIahaman Ilmu Fiqh amat penting agar tidak mudah terjatuh dalam perkara yang
diharamkan Allah. Malangnya ada sesetengahnya tidak merasa berdosa dengan dosa yang
dilakukan kerana dianggap biasa atau sudah menjadi budaya akibat kecetekan ilmu Iiqh.
Maka hiduplah ia dalam keadaan dosa sehingga menyebabkan kelam mata hati. Setiap dosa
yang dilakukan anak Adam akan mendatangkan titik hitam pada hati dan akan terus menebal
jika tiada bertaubat. Manakala dosa yang dilakukan anak-anak akan ditanggung ibu bapanya.

TELEVISYEN (TV)
Dalam masalah TV, saya tidak mahu menjadi golongan
yang mengharam dan membuang TV. Saya tidak mahu menjadi penentang pada
teknologi, tetapi menjadi penentang pada penyalahgunaan teknologi. Bagi saya, bukan
masalah peti TV yang mahu dihukum tetapi program yang disiarkannya. Sama seperti
internet, bukan komputer dan broadband yang mahu dihukum, tetapi isi kandungannya
yang berunsur lucah, Iitnah dan maki hamun yang perlu diharamkan.

Bagi seorang dewasa yang mampu membezakan baik dan buruk, TV mempunyai kebaikan
yang boleh diambil. Maka hukum bagi mereka adalah harus. Tetapi bagi anak-anak, melihat
tanpa kawalan adalah jelas membawa mudharat pada akidah, akhlak, pemikiran dan jiwa,
justeru hukumnya menghampiri kepada haram.
Filem-Iilem atau rancangan yang disiarkan walau kartun sekalipun, perlu diperhatikan sama
ada ia ada unsur negatiI atau tidak. Jika ada, ia boleh membahayakan aqidah dan merosakkan
akhlak pada anak-anak yang lemah jiwanya apabila terpengaruh.


Sebaiknya dibelikan alat VCD/DVD agar kita dapat memilih Iilem atau cerita yang sesuai
untuk anak-anak. Ini kerana wajib menjaga anak-anak daripada pengaruh yang haram melalui
TV. Bahkan di kalangan orang dewasa pun perlu diperhatikan juga kadangkala, kerana tidak
semestinya orang dewasa berIikiran dan berjiwa dewasa. Hukum akan berubah mengikut
mengikut keadaan dan tempat atau at.

Sikap tidak peduli dan jahil akan masalah hukum akan melahirkan pak-pak lebai yang
menitiskan air mata dalam masjid, dalam zikir dan khawat mereka. Sedangkan anak-anak
mereka dibiarkan menonton rancangan hiburan atau Iilem yang jelas haram hukumnya. Ayah
menjadi malaikat, anak pula menjadi syaitan. Lebih malang lagi, ibu bapa melihat syaitan
yang ada pada diri anak mereka itu disebabkan kejahatannya, bukan berpunca kesalahan diri
ibu bapa yang menjadikan TV sebagai guru mursyid pada anak-anak mereka.

Ketika saya menziarahi rumah para muhibbin pada AidilIitri lalu, ada di kalangan mereka
yang membiarkan TV bersiaran dengan pelbagai aneka hiburan tanpa menutupnya, walaupun
saya dan rombongan berada dalam rumah mereka saat itu. Mungkin bagi mereka ianya
perkara biasa, tapi keadaan itu amat menggelisahkan jiwa saya.

Meletakkan TV sebagai keperluan hiburan yang wajib ada untuk anak-anak adalah amat
salah. Masa lapang adalah pembunuh utama. Jika kita tiada pandai menguruskan masa lapang
anak-anak dengan perancangan program yang baik, maka TV atau Video Games atau
lainnya yang tiada memberi manfaat akan menjadi sahabat mereka untuk mengisi
kelapangan tersebut.

Kita sebagai hamba Allah yang dibekalkan minda, sepatutnya tidak sukar untuk menyusun
program yang bermanIaat untuk anak-anak, tanpa perlu kepada TV. Kalau kena caranya,
kesibukan mereka dengan perkara bermanIaat itu akan menjadikan mereka tiada masa untuk
mengisi masa lapang dengan perkara yang lalai.

Ada sahabat saya yang membuka madrasah. Pada waktu lapang, pelajar-pelajarnya yang
masih muda diajak melihat cerita &traman sebagai hiburan. Saya menegurnya kerana ia
tiada manIaat pada pembangunan jiwa dan minda, bahkan ia bertentangan dengan Iiqh
Tarbiyah. Seterusnya saya sarankan beliau mendapatkan Iilem-Iilem yang baik seperti kisah
para Nabi, pahlawan Islam, kisah para ulama, para auliya dan seumpamanya.

TV sepatutnya dijadikan alat maklumat, bukan alat hiburan yang tiada Iaedah. 1ika mahu
berhibur dalam apa bentuk jua, pastikan hiburan tersebut memberi maklumat atau
mengandungi mesej-mesej yang baik.


Rangkaian baru l-Hijrah yang dilancarkan pada Awal Muharram baru-baru ini,
disamping stro ani, stro Oasisdan rangkaian berita al-1azeera (sekadar menyebut
beberapa contoh), adalah usaha murni yang perlu didukung dalam memanIaatkan teknologi
sedia ada ke arah kebaikan.

Begitu juga permainan ;deo games. Bukan alat permainan itu yang mahu dibahaskan, tetapi
kandungan program yang dimasukkan dalam permainan. Ia perlu diawasi kerana dibimbangi
mengandungi nilai-nilai negatiI yang ditanam ke jiwa dan pemikiran anak-anak,
yang seterusnya boleh merosakkan akidah dan akhlak anak-anak. Jika negatiI dan boleh
membawa kerosakan akidah dan akhlak, maka hukumnya adalah haram.

Bersambung --- SIS1E PEADIDIKA & PERSEKOLHA ZA IAI
Dicatat oleh 'badur Rahman di 10:49
ihsan qaidah fiqh
Isnin, Januari 03, 2011

Aplikasi Qaidah Fiqh dalam Kehidupan Masa Kini -


(2/4)
SISTEM PERSEKOLAHAN / PENDIDIKAN KE ARAH MANA?

Ada di kalangan sahabat saya yang berpendirian keras menghukum haram belajar di semua
sekolah yang ada. Yang lebih ekstrim lagi menghukumkan haram belajar ilmu akademik
kerana ia adalah ilmu duniawi.

Adapun pendirian saya tiadalah menghukum pada sekolah atau ilmu tersebut, tetapi
pada suasana yang merosakkan itu yang boleh membawa kepada haram. Pada sudut
ilmu sudah ada perubahan ke arah kebaikan walaupun tidak islamik sepenuhnya. Ini kerana
silibus yang dirangka pada semua sekolah di Malaysia tentunya mengambil kira keadaan
masyarakat majmuk. Di sinilah peranan guru amat penting dalam menerapkan elemen agama
dalam silibus yang diajar.

Jika sekolah itu terpelihara dari gejala kerosakan akidah dan akhlak, maka hukumnya adalah
harus. Adapun dalam masalah ilmu, tiadalah saya melihat melainkan segalanya berasal
daripada ilmu para Nabi a.s, baik ilmu agama ataupun ilmu berkaitan duniawi. Jika ada yang
melihat ilmu tersebut berasal dari Barat, maka mereka sebenarnya tertipu kerana segala ilmu
asalnya hak milik orang Islam yang telah melalui proses pembaratan ilmu sejak berabad
lamanya.

Pembongkaran Konspirasi Dajjal untuk hancurkan Ummah

Inilah yang cuba disedarkan oleh Dr. Ismail al-Faruqi (1921-
1986), seorang tokoh pemikir dunia Islam dalam bidang Sains Sosial yang terkenal serta
mahir semua jenis bidang ilmu tersebut seperti Psikologi, Antropologi, Sosiologi, Sejarah,
dan sebagainya.

Beliau banyak mengkaji dan membongkar konspirasi Dajjal sejak berabad lalu untuk
menghancurkan warisan sejarah tokoh-tokoh Islam. Beliau sedar bahawa ahli-ahli akademik
berbangsa Yahudi yang berselerak di Harvard dan OxIord sedang bertungkus-lumus
memadamkan sumber-sumber ilmu sarjana Islam dari pengetahuan pelajar-pelajar Muslim.

Antara pendedahan beliau adalah :

O Semua pemikiran-pemikiran pelajar Islam di universiti-universiti di negara Islam
sekarang sedang mengalami proses pembaratan ilmu walaupun ilmu yang dipelajari itu
sebenarnya berasal dari sarjana Islam.
O Pelajar-pelajar Muslim diasak dengan maklumat-maklumat buku rujukan yang
diimport dari barat. Buku-buku itu tidak lain hanya menonjolkan kelebihan penulis Barat
berbanding sumbangan sarjana Islam.


O Buku-buku rujukan cetakan univerisiti Barat secara berstrategi tidak meletakkan
langsung sejarah tokoh-tokoh Islam yang menjadi pengasas ilmu tersebut. Misalnya bidang
Psikologi, pengasasnya ialah Abu Nasr al-Farabi yang menulis buku bertajuk Opinion of
Citizens of Uthopia pada 950M. Tetapi masyarakat tidak mengiktiraInya, mereka
meletakkan tokoh Yahudi mereka sebagai pengasas iaitu Sigmund Freud yang hanya
memperkenalkan teori Psikonalasis pada 1890-an.


O Pensyarah-pensyarah Muslim berpendidikan Barat adalah agen penyebab kepada
proses pembaratan ilmu-ilmu sains sosial di negara-negara Islam. Mereka ini tanpa usul
periksa terhadap apa yang dipelajari akan mempromosi semua idea-idea proIesor-proIesor
mereka yang mereka jumpa di Barat untuk diaplikasikan kepada umat Islam.
Sehingga sekarang, pensyarah-pensyarah bidang Sains Sosial menjadikan universiti barat
sebagai kiblat utama bidang mereka. Mereka berasa bangga sekiranya mampu berbicara hal
ehwal teori sains sosial di depan pelajar-pelajar, padahal teori-teori yang dibanggakan
itu sarjana Barat sebenarnya diciplak dari sarjana-sarjana Islam sendiri.

Menyedari akan tahap kritikal masalah ini, Dr. Ismail bersama rakan-rakannya telah
menghimpunkan 315 orang cendekiawan Islam dari seluruh dunia dalam satu seminar di
Universiti Jeddah, Arab Saudi pada April 1977.

Dalam seminar ini, masing-masing tokoh dalam bidang sains sosial masing-masing cuba
memperkenalkan kaedah ilmu alternatiI bagi menandingi pengaruh sains sosial barat.

Pada 1982, maka terlaksanalah satu gagasan baru yang dilancarkan untuk menyekat
kemaraan unsur-unsur penipuan Sains Sosial barat. Gagasan itu diberi nama PengIslaman
Ilmu(Islamization oI Knowledge).
Gagasan ini diterima pakai di seluruh dunia. Malaysia adalah antara negara yang aktiI
menganjurkan seminar-seminar berkaitan gagasan tersebut ketika itu. Kebanyakan kertas
kerja dikeluarkan oleh pensyarah-pensyarah luar negara yang berkhidmat di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Oleh kerana Dr. Ismail dilihat sebagai ancaman besar kepada strateginya dalam dunia Sains
Sosial, maka satu konspirasi dijalankan bagi memastikan Dr. Ismail dan isterinya Dr. Louis
Lamya berhenti dari berdakwah menggunakan gagasan ini.

Akhirnya suatu peristiwa dirancang di mana seseorang telah diupah untuk memasuki rumah
Dr. Ismail bagi membunuh beliau sekeluarga. Dalam kejadian tersebut anak perempuannya
Anmar al-Zein terselamat tetapi menerima 200 jahitan. Kes ini ditutup dan tidak dibuka
semula walaupun diminta oleh sesetengah pihak. Sekarang ini, anak perempuan beliau
bertanggungjawab menyebarkan baki-baki kertas kerja ibu bapanya di universiti-universiti
Islam.

Dajjal tidak hanya menyerang dalam bentuk penguasaan ekonomi, teknologi, politik dan
peperangan tetapi dunia pendidikan juga menjadi intipati utama dalam konspirasinya. Dunia
pendidikan penting dikonspirasikan oleh Dajjal kerana ia merupakan dunia yang melahirkan
cendekiawan yang mampu melaras bentuk-bentuk pemikiran diri sendiri dan orang lain.

Maka input untuk individu-individu yang bakal bergelar cendekiawan harus dibina dari akar
umbi agar individu tersebut menjadi agen Yahudi tanpa ia sendiri sedari.

TANGGUNG1AWAB

Inilah tanggungjawab para sahabat yang berada di posisi guru atau pensyarah agar
memperbetulkan kesalahan dalam silibus pengajaran terutama subjek Sains, Fizik, Sejarah
dan lainnya, di semua peringkat pendidikan termasuk universiti, demi kemaslahatan akidah,
akhlak dan kekuatan ummah. Jika ada penyelewengan dalam ilmu akademik, wajib kita
perbetulkan bukan meninggalkan sepenuhnya.

Kaedah Iiqh menyebut :
= - ` = ~ - ' ' ~

Bila tidak boleh melaksanakan semuanya maka jangan ditinggalkan seluruhnya."

Rasulullah saaLahu aah wassaam telah bersabda:

Al-Hikmah (kepandaian) adalah barang yang hilang dari orang Mukmin, maka di
mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya. (Riwayat
Tirmizi)

Dalam suasana yang menuju kepada keruntuhan akhlak ini, wajiblah kita berusaha mencari
alternatiI lain jika ada ataupun berusaha mewujudkan sendiri sistem pendidikan, demi
menyelamatkan anak-anak dari terjerumus ke lembah yang haram.

Kaedah Iiqh menyatakan :
.' - -'

Kemudharatan dhorurah) harus dihilangkan dan jalan yang menuju ke arahnya harus
ditutup.


Ini disebabkan kebanyakan sekolah hari ini menghadapi budaya keruntuhan akhlak yang
dahsyat, yang tiada mampu lagi para guru, ustaz, kaunselor dan undang-undang untuk
menanganinya. Budaya lucah, pergaulan bebas, gangster, ugut, buli, menipu, dengki,
sombong, melawan guru, rokok, pil kuda, ectasy, dadah, rempit, bohsia, bohjan, zina, buang
anak dan sebagainya amat berleluasa. Kerosakan ini semakin bertambah parah dari
tahun ke tahun dan penyakit ini sudah mula menular di sekolah rendah pula.

Dhorurah adalah berlakunya suatu keadaan kecemasan yang memudaratkan atau
menimbulkan kesusahan yang bersangatan dimana dibimbangi akan menimbulkan
kemudaratan ke atas jiwa, atau anggota tubuh, atau kehormatan, atau akal atau harta dan
sebagainya. Justeru disebabkan hal tersebut diwajibkan atau diharuskan melakukan perkara
yang haram atau meninggalkan yang wajib atau menangguhkannya dari waktunya kerana
hendak menolak dhorurah daripadanya pada ghalib dzonnya berdasarkan batasan-batasan
syarak.
Batasan syariat (dhawabt asyaryyah) dalam masalah dhorurah :
O Berlaku dhorurah tersebut sama ada secara yakin atau ghab d:on.
O Tiada lagi wasilah yang diharuskan oleh syara melainkan dengan melakukan
perkara yang ditegah oleh syara untuk menolak kemudaratan.
O Hendaklah melakukan perkara yang mudarat itu sekadar keperluan sahaja.
O Hendaklah perlaksanaan dhorurah itu tidak menimbulkan dhorurah yang lebih
besar atau setara dengannya.
(Rujukan : Usul al-Fiqh karangan Syeikh Abu Zuhrah)
Justeru, jika menghantar anak sekolah hanya bermatlamat menjamin rezeki atau hanya mahu
pandai membaca dan menulis, ianya tiada termasuk dalam dhorurah malah tidak semestinya
sekolah dapat menjamin hal tersebut. Jika jelas kita ketahui sekolah tersebut boleh membawa
kemudharatan yang merosakkan akidah, pemikiran, jiwa dan akhlak anak-anak kita, maka
tiada kompromi lagi, hukumnya haram kita menghantar ke sekolah tersebut.

Qaidah Iiqh menyebut :
&' ' ~ ~

1alan yang menuju haram juga haram.

Bukan semua sekolah dihukumkan haram kerana ada sekolah yang tidaklah sampai ke tahap
tersebut. Malah ada juga sekolah sama ada kerajaan atau swasta mempunyai Lembaga
Pengelola, Pengetua, PIBG dan guru-guru yang cintakan Islam dan bersungguh-sungguh
mempraktikkan nilai-nilai Islam kepada pelajar mereka, walaupun menerima tentangan
daripada pihak kementerian dalam silibus pelajaran dan kurikulumnya.

Tidak dinaIikan kebanyakan sekolah melaksanakan kelas agama petang (KAFA) dan JQAF
untuk memantapkan ilmu agama dan Al-Quran pelajar, namun sejauh manakah kesan
tarbiyah kepada murid atau pelajar itu dari segi pemantapan akidah, akhlak, cinta Allah dan
Rasul serta lainnya.

Aspek barakah amatlah penting bagi menghasilkan
natijah yang baik dalam apa jua yang dilakukan. Namun ianya agak sukar diperolehi jika
pengajaran hanya sekadar melepaskan batuk di tangga dan untuk makan gaji semata-mata.

Maka wajib atas ibu bapa menilai dengan teliti sekolah yang mahu dihantar anaknya
demi menjaga amanah Allah yang suci dan tiada mahu terlibat dalam dosa yang
diharamkan.Apa yang dibimbangkan, terlalu memberi penekanan kepada budaya
kecemerlangan akademik melalui peperiksaan juga membawa kepada kemudharatan pada
agama anak-anak. Agama akan menjadi sampingan, akademik menjadi keutamaan.

Ini juga dilema sahabat-sahabat yang mendirikan sekolah Islam dimana ibu bapa yang
menghantar anak mereka tetap menilai sekolahnya berdasarkan prestasi akademik sebagai
indikator utama, bukannya agama. Maka guru-guru bertungkus lumus pula menjaga reputasi
akademik sehingga akhirnya agama menjadi sampingan juga.

Meletakkan keutamaan kejayaan akademik melebihi agama adalah haram. Ini turut
menjadi dilema para pakar motivasi yang mengajak meletakkan Allah dan Rasul sebagai
matlamat hidup, sedangkan realiti yang diajar oleh guru dan ibu bapa pelajar ialah akademik
sebagai matlamat hidup. Berjaya akademik akan terjamin masa depan, itu prinsip yang sering
ditekankan.

Bersambung...
Dicatat oleh 'badur Rahman di 00:57
ihsan qaidah fiqh
Isnin, Januari 10, 2011
Aplikasi Qaidah Fiqh dalam Kehidupan Masa Kini -
(3/4)
Mungkin dalam aspek penambahbaikan sistem pendidikan di Malaysia, Iran boleh dijadikan
sebagai contoh. Selepas berlakunya Revolusi Iran pada 1978 (sebuah revolusi yang
mengubah kerajaan Irandaripada sistem pemerintahan monarki kepada sistem Republik
Islam melalui kuasa rakyat), pihak kerajaan Iran telah meletakkan keutamaan agama
melebihi akademik. Segala pengajian akademik wajib berteraskan ilmu para sarjana Islam,
menanamkan kecintaan pada agama yang kuat dan mempelajari ilmu dunia adalah matlamat
jihad. Iran berjaya melahirkan ramai tokoh sains Iizik yang hebat tanpa perlu keluar dari
negaranya untuk belajar ilmu dengan orang Barat.

Kaum Yahudi juga mewajibkan anak-anak mereka mendalami agamanya sejak usia
kecil.Pelajaran akademik bukan tidak diajarkan langsung tetapi ia bukan keutamaan ketika
itu. Apabila usia anak mereka menganjak ke umur 13 tahun, barulah tumpuan serius
diberikan kepada pelajaran akademik dan ilmu-ilmu yang lain.
Pendidikan kaum Yahudi itu sebenarnya menciplak modul pendidikan Islam yang
menekankan aspek aqidah, ibadah, akhlak, memahami Al-Quran dan kendiri pada peringkat
pembesaran anak-anak. Justeru, perbandingan di atas bukan mahu mengangkat Iran atau
Yahudi, tetapi ada sesuatu yang wajar dimuhasabah dalam soal jatidiri pendidikan di negara
kita hari ini.

Di Malaysia sendiri pada peringkat rendah, penekanan asas yang diberi ialah iaitu
membaca, menulis dan mengira. Manakala ilmu-ilmu lain dipelajari sekadar asas sahaja.
Maka alangkah baiknya jika di peringkat rendah itu ditekankan aqidah rukun Iman yang
enam dengan jitu berlandaskan manhaj hli Sunnah al 1amaah (ASWJ) dan penekanan
kepada adab/akhlak Islam, disamping penekanan pada 3M.


Peperiksaan UPSR ditukarkan pada penilaian pengetahuan agama, pengamalan ibadah,
haIalan Al-Quran, akhlak dan aktiviti lain disamping 3M. Jika tiada lulus keIahaman agama
dan akhlak serta Al-Quran, maka tiada boleh naik ke sekolah menengah. Adapun di sekolah
menengah barulah bermula pengajian akademik secara tersusun selepas anak-anak sudah
mantap agamanya.

MENGAPA PENDIDIKAN RIBATH (MADRASAH)?

Perkara ini yang sebenarnya saya cuba terapkan dalam sistem Ribath yang dibangunkan.
Pada peringkat 7 tahun hingga 12 tahun adalah pendidikan aqidah, rohaniah, amalan, haIalan
Al-Quran dan akhlak, disamping belajar membaca, menulis dan mengira.

Selepas umur 12 tahun, barulah anak-anak ini dikembangkan bakat mereka mengikut
kecenderungan dan potensi diri mereka. Jika potensi dan minat anak serta ibu bapa kepada
jurusan ilmu agama untuk menjadi ulama, maka ia akan dimasukkan ke Ribath
Menengah selama 2 tahun, menyambung pengajian di Surabaya 3 tahun dan Mekah 3 tahun.
Saya mahu menggabungkan pendidikan saya dengan sanad keilmuan Abuya Sayyid
Muhammad bin Alwi al-Maliki al-Hasani.

Begitu juga saya sedang berIikir untuk mewujudkan Ribath Menengah (aliran
akademik) apabila melihat anak-anak dan ibu bapa mereka cenderung pada akademik. Jika
tak mampu, maka saya akan mencari sekolah sahabat-sahabat saya dari kalangan ASWJ yang
mendirikan sekolah Islam akademik untuk disambungkan pengajian anak-anak ribath. Tetapi
di sini bertembung pula dengan kadar yuran yang mahal sedangkan kebanyakan anak-anak
didik ribath dari golongan berpendapatan sederhana.

Bagi perempuan umur 13 tahun, mereka hanya akan belajar di Ribath dalam masa satu atau
dua tahun sahaja untuk dididik dididik rohaniah, adab, pemikiran dan Al-Quran. Maka
disitulah pihak ribath akan menilai bakat dan keupayaan mereka sama ada ke bidang haIizah,
alimah atau digabungkan terus keduanya, atau ke bidang akademik dengan menIokuskan
bidang yang sesuai dengan kerjaya wanita. Yang penting perpindahan dari satu tempat ke
tempat lain adalah bagi meneruskan kesinambungan tarbiyah yang dilalui di ribath dari sudut
manhaj ASWJ. Dan alhamdulillah atas permintaan para sahabat, kini satu lagi ribath rendah
bagi anak-anak perempuan dari umur 7 tahun ke atas sudah dibuka.

Jika anak-anak ini tiada dilihat berbakat pada dua aliran tersebut, maka saya telah
mewujudkanKomuniti Usahawan di kalangan sahabat-sahabat yang berjaya di seluruh
Malaysia khususnya dalam bidang perniagaan. Komuniti ini akan menyediakan bimbingan
kepada anak-anak ini nanti ke arah menjadi usahawan yang berjaya.

Sesungguhnya perkara-perkara ini tak akan mampu saya laksanakan jika tiada sokongan para
sahabat, terutamanya dari sudut idea dan tenaga serta bantuan mencari tempat-tempat
pendidikan yang sesuai sebagai kesinambungan pendidikan di ribath. Namun jika ada yang
mampu membinanya dengan cara tersendiri, ia amatlah dialu-alukan.

Saya turut galakkan sahabat-sahabat, jika mampu, buatlah ribath rendah di mana-mana rumah
sesama mereka di tempat masing-masing. Tak perlu bilangan pelajar yang ramai, 5-10 orang
sahaja sebagai permulaaan dan hidupkanlah qasidah burdah memuji Nabi saaLahu aah
wassaam setiap hari setiap kali sebelum solat. (Sheikh Rohimuddin An-Nawawi Al-
Bantani mengatakan pada saya, mengikut kajian yang dibuat, anak-anak yang sentiasa
mengalunkan qasidah burdah ketika kecil lagi, kesannya akan terlihat ketika umurnya 18
tahun. Ia akan berbeza dengan remaja-remaja yang lain.)


Justeru jadikan selawat dan mencintai Nabi saaLahu aah wassaam dan Ahli Bayt,
Sahabat r.a, para Ulama dan Auliya Allah sebagai asas utama dalam pembinaan akhlak dan
agama anak-anak.

Saya cintakan anak bangsa saya, kerana dengan kuatnya Islam pada mereka, maka
kuatlah bangsa ini, kuatlah Islam di muka bumi ini dan tetaplah negara ini dalam
tangan kita sebagai peneraju. Mencintai bangsa dan mahu meletakkan bangsa sebagai
peneraju yang kuat pada negara tiada salah pada agama, dengan syarat bangsa dan
kepimpinan ditarbiyah kepada agama kerana agama wajib mengatasi keutamaan bangsa. Kita
tak mahu anak bangsa ini hanya pada rupa sahaja Melayu tetapi batinya adalah barat dan
tiada agamanya.

Sebagai seorang yang cintakan aqidah, persoalan aqidah yang paling perlu diutamakan
bukan soal kecemerlangan akademik. Aqidah yang dimaksudkan ialah bukan sekadar
beriman pada enam rukun Iman, tetapi enam rukun tersebut berdasarkan ASWJ dan sentiasa
terikat pada hati dan pada setiap detik naIas.

Sekolah-sekolah agama yang wujud pada hari ini perlu juga kita berhati-hati, kerana
wujudnya aliran Iahaman ahhabiyyah dan Syiah. Dahulu saya bersangka baik dan amat
berharap pada gerakan-gerakan dakwah dapat menguasai sistem pendidikan di Malaysia, baik
di universiti atau sekolah. Namun bila melihat kepada kelesuan gerakan-gerakan dakwah
masa kini, saya mula berfikir kembali untuk mengharapkan kelompok tersebut
melakukan perubahan dalam sistem pendidikan. Walau bagaimanapun, saya amat
mengharapkan sahabat-sahabat yang berada dalam proIesion pendidikan dan perguruan agar
terus memainkan peranan jihad mereka dalam memberi ilmu dan agama.

Apa yang membimbangkan kini, bukan sahaja berlaku kerosakan akhlak pada pelajar-pelajar,
tetapi sudah berjangkit pada sesetengah guru. Ada yang sudah tiada memiliki aqidah dan
akhlak Islam, malah terlibat dengan pelbagai masalah moral.

TENTANG REZEKI DAN 1AMINAN MASA DEPAN

Apakah makna helaian sijil/ijazah pada tangan anak-anak jika hilang Allah dan Rasul
dalam jiwa mereka? Apalah sangat kehidupan dunia dan celaan manusia berbanding dengan
akhirat. Kita akan menjawab persoalan Allah di akhirat tentang mereka yang berada dibawah
jagaan kita. Hal ini amat menggoncangkan hati kerana anak-anak ibarat kain putih yang
ditangan kitalah untuk mewarnakannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi (maIhum
hadith).

Sesungguhnya dunia hanya sebiji pasir dari padang pasir yang luas, setitik air daripada
lautan laut yang membiru. Namun jika mereka berkeyakinan bahawa dapat menjaga akidah
dan akhlak anak mereka walaupun ke sekolah yang jelas rosak akhlaknya, maka terserah pada
mereka dalam menentukan hukum kerana situasi yang berbeza dan saya tetap
menghormatinya. Hukum boleh berubah apabila ada perubahan pada individu dan situasi, apa
yang penting ijtihad tersebut selamat dari berdosa di sisi Allah.

Qaidah Iiqh menyebut :


' ~`' - '=`' - - - `

"Tidak boleh disangkal berlaku perubahan hukum dengan sebab perubahan masa."

Saya amat mengkagumi sahabat saya Prof. Mohd Santon bin Ahmad, pensyarah Sains
Fizik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan isterinya Dr. Aisyah dalam bidang Politik
Sosial. Walaupun keduanya berada di medan pendidikan biasa, namun mereka amat
mengambil berat soal memelihara akidah anak-anak mereka. Kesungguhan mereka terserlah
dengan usaha bertungkus lumus mencari tempat pendidikan Islam aliran tradisional yang ada
suIi, di merata-rata tempat sebaik berpindah ke Terengganu. Mereka bimbang anak-anak
akan terkena Iahaman sekular dan wahhabiyah yang mereka dapat melihat bagaimana
bahayanya dua aliran ini.

Kedua anak lelakinya yang berumur 9 dan 10 tahun telah dimasukkan ke Ribath Tahfiz
Syeikh Ahmad asy-Syinnawi di Ketengan 1aya, Dungun. Namun apa yang hebatnya,
mereka berdua merayu-rayu pula pada saya agak mengambil anaknya Ali yang berumur 5
tahun agar dimasukkan keRibath Rendah Syeikh Abdul Malik, Pulau Manis sedangkan
pelajar diambil bermula umur 9 tahun. Tapi kebijaksanaan dan kesungguhan mereka
menyebabkan saya tak mampu menolaknya dan anaknya kini bersama saya di ribath.

Ramai ibubapa berbimbang dengan masa depan dan jaminan rezeki anaknya jika tidak
bersekolah. Maka jika hanya alasan itu mereka menghantar anak ke sekolah, tanpa matlamat
yang jelas, ianya boleh merosakkan aqidah. Tapi jika matlamat mereka jelas agar anak
mereka dapat menguasai ilmu tertentu dengan baik dalam bidang dunia tanpa meninggalkan
keutamaan agama sebagai tunjangnya, ia adalah harus dan terpuji malah mendapat pahala.
Sebagai contoh menghantar anak perempuan ke sekolah agar menjadi doktor pakar untuk
merawat wanita, pakar sakit puan, guru untuk mendidik anak bangsa daripada buta huruI atau
lainnya.

Adapun tentang rezeki dan jaminan masa depan dalam kehidupan, Allah sudah mencukupi
dan menjaminnya jika hamba itu benar-benar yakin, bersangka baik dan beramal soleh.

Syeikh Ibnu Athoillah al-Sakandary dalam matan Hikamnya menyatakan :

1angan kamu berbimbang dengan apa yang dijamin Allah (terutama bab rezeki), tapi
hendaklah kamu berbimbang-bimbang dengan apa yang tiada dijamin Allah (bab
iman, akhirat dll).
Bersambung.
Dicatat oleh 'badur Rahman di 15:28
ihsan qaidah fiqh
plikasi Qaidah Fiqh dalam Kehidupan Masa Kini -
(4/4)
1AN1I ALLAH ITU BENAR

Pengalaman seorang sahabat yang pernah melalui ujian sebegini membuktikan kebenaran
janji Allah, apabila seorang hamba itu benar bertaqwa dan tawakal, akan datang pertolongan
Allah kepadanya.

Didorong rasa kejahilan dan lalai, beliau mengambil keputusan mendalami agama di pondok
dan meninggalkan persekolahannya. Ketika itu ayah, keluarga dan sahabat handai semua
datang kepadanya memberi nasihat agar dia memikirkan masa depannya... bagi mereka perlu
ada pelajaran tinggi dalam akademik untuk mendapat kerja yang baik untuk jaminan masa
depan, pelajaran agama tiada menjamin masa depan apalagi pengajian agama di pondok.

Segala tohmahan ditulikan, dia hanya yakin pada Allah. Baginya jika dia benar mencapai
cinta Allah dan Rasul, hidupnya akan lebih terjamin dan bahagia lebih daripada orang lain.
Dia yakin Allah tiada akan menzalimi hambaNya yang ingin menyucikan diri kepadanya.
Dalam tanganNya segala kekuasaan dan yang lain adalah bayangan sahaja.

Kenapa dia perlu diajar bergantung hidup, rezeki dan masa depan pada bayang bukannya
kepada Tuan bayang-bayang. Dia katakan pada dirinya, 1ika ada dalam hatiku
pergantungan yang lain dari llah, maka aku adalah sejahat-jahat hamba di hadapan
llah, aku akan hentikan segala ibadah kerana ia adalah kepuraan sahaja di mata
manusia yang tiada nilai disisi llah.

Apabila ibunya merayu agar menyambung lagi pelajarannya ke universiti, ia hanya berkata
:asa depan saya di tangan llah dan kepadaAya ibu serahkan saya sebagaimana Ibu
Aabi usa a.s. menyerahkan anaknya pada llah apabila menghanyutkan ke sungai Ail
dalam bakul, sesungguhnya llah tiada akan membiarkan kesempitan dan kesengsaraan
pada hamba yang berbaik sangka, yakin dan beribadah padaAya."

Akhirnya ibu menerima hujahnya dan dia hanya memohon doa dan restu ibunya untuk
menyerahkannya pada Allah sebagaimana keyakinan ibu Nabi Musa a.s yang menyerahkan
anaknya kepada Allah dengan keyakinan Allah akan menjaganya.

Dengan keimanan dan keyakinan yang tinggi pada Allah, kesabaran dan ketabahan
mengharungi ujian beberapa lama, akhirnya Allah membenarkan janjinya. DiberiNya
pelbagai kemudahan kepadanya. Dimurahkan rezekinya untuk keperluan harian, memiliki
rumah dan beberapa buah kenderaan bahkan ramai pula yang sedia berkhidmat dalam
menjaga urusan keluarganya. Dia kini menjadi salah seorang anak kebanggaan ibu bapanya
dengan pelbagai kurniaan Allah padanya.

Inilah kekuasaan dan jaminan rezeki Allah kepada hambaNya yang ramai manusia
ragu dengannya kerana virus muktazilah dan qadariah telah meresap dalam minda
dan jiwa mereka. Mereka meletakkan hukum akal (muktazilah) dan hukum kuasa diri
(qadariah) melebihi hukum Ketuhanan. Semoga Allah bebaskan diri kita, masyarakat
dan ummah seluruhnya dari syirik dan akidah-akidah yang batil serta kembali kepada
akidah yang haq (Ahli Sunnah wal 1amaah).

Kisah sahabat ini dipaparkan sebagai teladan buat kita. Dia mengatakan bahawa Allah
memberi pelbagai kemudahan kepadanya dalam apa jua urusan kehidupan dunia bukan
kerana dia alim atau banyak ibadah, tetapi sebagai hadiah kerana dia sentiasa yakin dan
berbaik sangka pada Allah. Ianya satu jawaban pada mereka yang bergantung masa depan
anak pada sekeping sijil dan berbimbang-bimbang dengan jaminan Allah. Allah tiada akan
menzalimi hambaNya dan membiarkan kita berseorangan dalam kehidupan jika kita benar
yakin dan tawakal padaNya.

Bukan cerita ini untuk meringankan terhadap kepentingan ilmu dunia, tetapi untuk
menyatakan tentang jaminan rezeki berada di langit bukan di bumi. Pelajarilah apa jua
ilmu kerana manusia mempunyai pelbagai cita-cita dalam kehidupan, jadikan ia sebagai
perjuangan dengan diniatkan agar ilmunya dapat memberi sumbangan pada Negara, manusia
dan agamanya, bukan demi menjamin rezeki masa depannya. Ketidakyakinan pada rezeki
Allah boleh membawa kepada kerosakan aqidah tanpa disedari kerana syak terhadap
kekuasaan Allah.

Firman Allah :

= - - ~ . = ~ = ' ) ` ) - ~ - = = - ' - ~ . - ~
~ = + _ = ~ _ - ~ _ ~ . = , - ~ '

Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan
baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya
rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (ingatlah), sesiapa berserah diri
bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan
menyelamatkannya). (at-Thalaq: 1-2)


FAHAMI QAIDAH FIQH DAN APLIKASIKAN DENGAN BI1AKSANA

Kita jangan terlalu terikut dengan budaya Barat sehingga mahu menyamakan taraI lelaki dan
perempuan. Hukum bagi wanita dengan lelaki dalam menuntut ilmu dan pekerjaan tetap
berbeza dengan mengambil kira situasi seseorang, suasana dan bentuk pekerjaan tersebut.
Seperti hukum kahwin yang mana ada mereka yang haram kahwin, ada yang wajib, ada yang
sunat dan ada yang makruh berdasarkan at yang ada. Namun bila at sudah tiada, maka
hukum akan berubah pula.

Begitu juga dalam hal yang lain. Wanita lebih sesuai dengan kerjaya sebagai pendidik, doktor
untuk perempuan, perniagaan, kaunseling atau lainnya yang menepati Iitrah wanita dan
keperluan semasa kehidupan. Namun dalam masa yang sama juga perlu menilai suasana
tempat kerja, walau kerja tersebut halal sekalipun. Contohnya seperti guru perempuan yang
muda dan cantik, mengajar di sekolah lelaki dewasa yang liar atau dihantar ke kawasan yang
tiada menjamin keselamatannya, maka hukumnya berubah jika membawa mudharat
Hukum ibadah tiada berubah, tetapi hukum kehidupan semasa sentiasa berubah mengikut
perubahan dunia. Justeru perlu sentiasa meneliti dan membuat kajian agar tidak terjerumus
dalam dosa haram dan syubhat.

Dalam sesuatu perkara itu, hukum tiada sama antara seorang pemimpin dengan orang
bawahan, antara guru dengan murid, antara ulama dan orang awam, antara dewasa dan
kanak-kanak, antara lelaki dan perempuan, antara baligh dan tiada baligh, antara orang
pemikiran matang dan tiada matang, antara kemahuan dan keperluan, antara kaya dan miskin,
antara sihat dan uzur, antara musaIir dan orang bermukim dan lain-lain lagi. Kita jangan
terlalu jumud tetapi dalam masa yang sama jangan terlalu liberal dalam hal hukum.
Qaidah Iiqh menyatakan :

' ~`' - '=`' - - - `

Tidak boleh disangkal berlaku perubahan hukum dengan sebab perubahan masa

Hukum yang dihasilkan dari qaidah ini adalah ijtihad. Kalimah aahkam dalam kaedah ini
masih tidak jelas maksud yang dikehendaki, maka ulama Iiqh telah memperluaskan lagi
makna kaedah tersebut supaya lebih tepat iaitu :

`' - -- ` --~' '= '~' - -' =-~' _=

"Berubahnya hukum didasarkan maslahah dan uruf kerana berubahnya waktu tidak
diingkari

Maka masahah, uruf tiada sama antara seorang dengan seorang lain, justeru hukum Iiqh
antara seorang dengan seorang lain juga berbeza dan juga banyak perbezaan pendapat
dikalangan ulama dalam masalah tertentu.

Apa yang penting, kita membicarakan tentang hukum bukan untuk menghukum orang
lain, tetapi untuk menghukum diri sendiri. Jauhilah perbuatan menghukum orang lain
kerana hukum antara kita dengan sahabat kita tidak sama, haram pada kita tetapi mungkin
tidak pada mereka. Ia perlu dilihat secara keseluruhan. Berbaik sangka adalah sebaik-baik
pakaian.

Ramai yang mahu menjadi malaikat dengan menguatkan hukum pada diri mereka,
tetapi akhirnya menjadi syaitan dengan sibuk menghukum orang lain apabila merasa
diri mereka amat baik dan mulia di sisi Allah.

Akhir kalam, kita bukan sahaja perlu meneliti naIsu, perlu sentiasa muraqabah dan
musyahadah dalam menghancurkan muktazilah, qadariah dan syirik-syirik yang lain, tetapi
juga perlu meneliti segala tindakan kita dalam kehidupan; adakah berada dalam haram,
syubhat, makruh harus, sunat dan wajib.

Kita wajib memahami hukum dan memahami kaedah Iiqh dengan baik agar kehidupan tidak
menjadi terlalu sukar sehingga tiada boleh bersama dengan arus kemajuan, tetapi tidak pula
terlalu mudah sehingga tiada sedar berada dalam dosa yang besar. Mereka yang warak
meninggalkan khilaf, syubhah, berpegang pada hukum 'azhimah dan tiada mudah
mengambil rukhsah setiap masa kecuali tiada jalan lain lagi untuk dilakukan. 1auhi
ijtihad untuk kesenangan nafsu tetapi berijtihadlah atas dasar memudahkan urusan
kehidupan, dakwah dan tarbiyyah demi mencapai kecintaan Allah dan Rasul.

WaLlahualam.

Nota :

O Illat ialah sesuatu yang kerananya disyariatkan hukum.
O zhimah ialah hukum hakam syara' yang disyariatkan secara umum pada
permulaaan.
O Rukhsah ialah hukum hakam yang disyariatkan sebagai kelonggaran disebabkan
wujudnya keuzuran tertentu.
Dicatat oleh 'badur Rahman di 11:24
ihsan qaidah fiqh