Vous êtes sur la page 1sur 14

Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Berikutan kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama.

Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk Kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1956.

Untuk tugas penggubalan Perlembagaan, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti.

Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara.

Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuanpersatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan.

Memorandum berkenaan, yang disebut sebagai Pakatan Murni, iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata.

Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957.

Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1963, beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dan nama negara ditukar kepada Malaysia. http://www.malaysia.gov.my/BM/Main/MsianGov/GovConstitution/HistoryConstitution/ Pages/HistoryofConstitution.aspx

Definisi Perlembagaan
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Professor A. V. Dicey menyatakan bahawa perlembagaan menentukan pengagihan kuasa sesebuah negara atau masyarakat politiknya. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan hal ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya. Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi 183 perkara dan dibahagikan kepada 15 Bahagian. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan, Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Negeri-negeri yang bergabung dalam persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri. Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

PERKEMBANGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA DARI MALAYAN UNION HINGGA MALAYSIA TERBENTUK.

Pengenalan
Sejarah perlembagaan bagi Malaysia dikatakan oleh Mohd. Aris Othman bermula pada 10 Sepember 1877 di Kuala Kangsar apabila Raja Muda Yusuf dan Residen British Sir Hugh Low menerangkan tujuan diadakan Majlis Mesyuarat Negeri, "To submit for. Consideration. And in the hope at receiving advice and assistance all important subjects concerning the welfare of the states and it's inhabitats which might present any dificulties. Involve extensve modifcations of existing laws or custum, or be considered of general interest." Namun, apabila dirujuk Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 didapati keterangan ini adalah bercanggah dan boleh dikatakan bahawa perlembagaan yang diperkenalkan oleh British sebenarnya telahpun diperkenalkan melalui Perjanjian Pangkor 1874. Perjanjian Pangkor menyebabkan British mula berkuasa menentukan undang-undang mengikut kehendaknya tanpa melibatkan Sultan dan pembesar Melayu. Sultan dan Pembesar Melayu hanya berhak di dalam hal-hal keagamaan dan adat istiadat Melayu. Ini didasari melalui perjanjian Pangkor 20 Januari 1876, perkara 6 yang menyatakan bahawa Residen adaah berkuasa penuh dalam semua hal dan dan bertindak sebagai mahkamah manakala Sultan haruslah meminta nasihat daripada Residen dan wajib mematuhinya kecuali yang berkaitan dengan Agama dan adat-istiadat Melayu . Secara tidak langsung, bermula 1874 Sultan dan Pembesar Melayu telah hilang kuasa dan dirampas oleh British dengan alasan melindungi atau menanungi.

Perlembagaan Malayan Union


Perlembagaan Pangkor 1874 ini kekal sehinggalah Jepun menjajah Malaysia dan apabila Jepun menyerah kalah dalam perang dunia kedua, British kembali ke Tanah Melayu dan memperkenalkan Malayan Union. Malayan Union ini adalah untuk menukarkan status 'melindungi' kepada status "koloni" penuh British seperti yang dinyatakan oleh Zainal Abidin Abdul Wahid " The British for from trying to make amend for it's failure to honour the treaties of protection insteand tried to colonies Malaya, Changing the states of the Malay States from protec torates to colonies" . British telah menyatakan untuk terus menguasai 'Tanah Melayu' dan menjadikannya jajahan penuh British. Oleh kerana itu, Harold Macmicheal telah dihantar untuk membuat perjanjian formal dengan Sultan Melayu dan telah menyelesaikan tugasnya pada 25 Disember 1945 . Selain itu, Malayan Union ini juga mempunyai peranan lain iaitu tujuan Malayan Union semata-mata meyenangkan pentadbiran British dengan menyatukan pentadbiran. Segala kuasa terletak

di tangan Gabenor yang boleh membatalkan segala keputusan Majlis Perundangan manakala Raja-raja Melayu hanya berkuasa dalam hal-ehwal Agama Islam dan adat Istiadat orang-orang Melayu . Sultan telah hilang kuasa setelah menandatangani perjanjian ini dan ini bermakna Sultan hanya boneka semata-mata untuk memastikan orang Melayu tidak menentang British. Lantaran itu, Perlembagaan Malayan Union telah diselenggarakan oleh pihak British Colonial Office. Malayan Union diselenggarakan di England yang diusulkan oleh kerajaan 'Labour' yang memerintah pada masa itu. Perlembagaan ini bukanlah hasil daripada perbincangan atau rundingan dengan Sultan atau mana-mana pegawai di Tanah Melayu . Antara perlembagaan Malayan Union ialah ; 1. Malayan diketuai oleh gabenor yang berkuasa penuh dalam perkhidmatan awam dan tidak akan bertanggungjawab kepada majlis undangan 2. Sultan menjadi ketua negeri dan hanya penasihat, bersidang dalam Majlis Sultan yang mana majlis ini yang memberikan nasihat kepada gabenor apabila gabenor memerlukan nasihat itu. Apabila Malayan Union di tubuhkan Negeri-negeri Selat dimansuhkan sementara Singapura telah dijadikan sebuah Tanah Jajahan British yang berasingan dan disebabkan Malayan Union Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di mansuhkan . Dalam perkara ini rancangan Malayan Union menjelaskan bahawa British mengambilalih kuasa yang dipunyai oleh Sultan negeri-negeri Melayu termasuklah Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka dicantumkan dibawah kuasa pusat yang diketuai oleh gabenor. Manakala Singapura adalah jajahan yang terasing daripada Malayan Union. Gabenor dinasihatkan oleh Sultan tetapi tidak semestinya mengikuti nasihat Sultan ini. Sultan hanya menjadi ketua agama dalam negeri-masing-masing . Jelas ini amat berbeza dengan Perjanjian Pangkor 1874, iaitu Sultan harus meminta nasihat daripada Residen dan wajib mematuhinya. Tetapi perlembagaan Malayan Union, gabenor akan diberi nasihat tetapi tidak semestinya mematuhinya. Jelas Sultan kehilangan kuasa selain hanya sebagai ketua agama negeri masing-masing. 3. Majlis Undangan mempunyai bilangan ahli rasmi dan tidak rasmi yang sama banyak dan gabenor mempunyai kuasa membatal atau meluluskan satu-satu undang-undang walaupun tanpa pandangan Sultan. Disini menunjukkan Sultan telah tidak ada peranan lagi malah boleh dikatakan Sultan seperti rakyat biasa saja. Sultan hanya lambang bagi orang Melayu agar orang Melayu tidak bangkit memberontak. 4. Sultan pula dimasukkan dalam Majlis Penasihat Melayu yang ditubuhkan dalam tiaptiap negeri dan hanya menguruskan hal ehwal agama Islam sahaja. Berdasarkan pernyataan ini ia mempunyai persamaan dengan Perjanjian Pangkor 1874 . Ini bermakna Malayan Union terus saja menggunakan perjanjian Pangkor sebagai asas untuk mengabui Sultan dan masyarakat Melayu. 5. Singapura dijadikan negara jajahan yang berasingan dan mempunyai gabenor dan majlisnya sendiri. Atas aasan bahawa rakyat Singapura mempunyai kerakyatan tersendiri dan dengan menyatakan untuk mengimbangi orang Melayu dan Cina serta India di Singapura ketika itu kaum Cina dan India bilangannya adalah lebih 3 juta orang. Bila

dirujuk pembentukan Malaysia, Singapura telah turut serta dan setelah diistiharkan 'merdeka' Singapura keluar dan terus menjadi satu entiti negara yang berasingan. Berdasarkan ini, Perlembagaan Malaysia adalah jelas menunjukkan penerusan perlembagaan Malayan Union. 6. Gabenor dilantik untuk Tanah Melayu, Singapura dan Borneo. 7. Kewarganegaraan boleh diberikan kepada sesiapa saja yang menganggap negeri in adalah negeri mereka. Seperti yang dinyatakan oleh Zulkifli Abdullah . Prinsip ini juga dikenali sebagai Jus Soli seperti dinyatakan oleh Zainal Abidin Abdul Wahid . Malayan Union ini juga sebenarnya telah disokong oleh masyarakat Cina kerana ia membolehkan mereka mendapat kewarganegaraan. Malah Tan Cheng Lock juga telah menghantar memorandumnya kepada pihak British tentang pendirian masyarakat Cina terutamanya dalam hal kewarganegaraan .

Harold Mac Micheal tiba di Malaysia untuk membuat laporan kepada pihak British pada Oktober 1945 hingga Januari 1946 , tujuannya ialah ; 1. Mendapatkan perjanjian rasmi dengan Sultan-sultan Melayu untuk mendapatkan kuasa penuh diserahkan kepada British. 2. Melaporkan tentang pendirian raja 3. Mengesa setujui Malayan Union Dan sehingga Januari 1946 Harold Mac Micheal telah mendapatkan sembilan tandatangan Sultan dan April 1946 Malayan Union telah diwartakan dan gabenor pertamanya ialah Edward Dent . Namun kerana protes orang Melayu yang memulaukan Majlis Penasihat dan Sultan-Sultan Melayu tidak menghadiri upacara angkat sumpah menyebabkan Malayan Union dimansuhkan atas desakan orang Melayu. Namun British masih berdalih untuk menyatukan negeri Melayu menjadi satu agar mudah diperintah dan dikendalikan, walaupun Malayan Union tidak dilaksanakan tetapi semangat Malayan Union masih terus dilaksanakan Lantaran itu, satu perjanjian telah dibuat antara Raja Melayu dengan Kerajaan British pada 21 Januari 1948 dan terbentuklah Federation of Malaya atau diterjemahkan sebagai Persekutuan Tanah Melayu yang berkuatkuasa pada 1 Februari 1948 .

Perlembagaan Federated Malay State


Perlembagaan Federated Malay State masih lagi mengekalkan beberapa isi penting perlembagaan Malayan Union iaitu;

1. Melalui pelembagaan Federated Malay State 1948 hal-hal kewarganegaraan masih lagi terbuka tetapi dengan agenda tertentu. Kerakyataan dibuat sama ada secara automatik ataupun membuat permohonan . Iaitu; Kerakyatan automatik Kerakyataan automatik akan diberikan kepada sesiapa saja yang menjadi rakyat Sultan Melayu dan British pada bila-bila masa saja. Kerakyataan permohonan Seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 8 tahun dariada masa 12 tahun sebelum memohon. Atau Seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 15 tahun daripada masa 20 tahun sebelum memohon. 2. Raja Melayu mendapat semula kuasanya iaitu seperti sebelum pendudukan Jepun. Ini bermakna Sultan-Sultan negeri-negeri Melayu akan tertakluk berdasarkan Perjanjian Pangkor 1874. 3. Kerajaan British mempunyai PesuruhJaya Tinggi yang dilantik oleh kerajaan British. PesuruhJaya Tinggi mempunyai kuasa dalam segala hal dan dinasihatkan oleh majlis mesyuarat kerajaan tetapi pesuruhjaya tinggi boleh menghiraukan nasihat ini . Dan ini menunjukkan PesuruhJaya Tinggi mempunyai bidang kuasa yang lebih berbanding Sultan. Dan ia merupakan penerusan Malayan Union. Cuma bezanya Federated Malay State ada;lah Pesuruhjaya Tinggi manakala Malayan Union adalah Gabenor. 4. Pesuruhjaya Tinggi mempunyai tanggungjawab mempertahankan mana-mana hak negeri-negeri Melayu, Negeri-negeri Selat dan kuasa raja Melayu. Desakan mahukan kemerdekaan menyebabkan British terpaksa mengadakan Pilihanraya. Pilihanraya ini telah diadakan dan keputusan pilihanraya telah dimenangi oleh Parti Perikatan yang mengandungi UMNO, MCA dan MIC dengan mendapat 51 kerusi . Setelah pilihanraya , badan Membuat Undang-undang dibentuk dan satu mesyuarat Perlembagaan diadakan di London dari 8 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh empat wakil raja, ketua Menteri, tiga menteri lain, Pesuruhjaya Tinggi dan penasihatnya. Perlembagaan dibentuk untuk Federated Malay State atau diterjemahkan sebagai Persekutuan Tanah Melayu supaya mampu berkerajaan sendiri dan "merdeka dalam Komenwealth". Perlembagaan ini berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957 . Perlembagaan Malaysia adalah yang tertinggi dan agak sukar untuk dipinda iaitu ia terkandung Dalam fasal (1) perkara 4 Perlembagan Malaysia disebutkan "Perlembagaan ini ialah undang-undang tertinggi bagi persekutuan dan mana-manan undang-undang yang dibuat selepas hari merdeka yang bertentangan dengan Perlembagaan ini mana setakat mana pertentangannya akan terbatal undang-undang itu . Oleh kerana ketinggiannya Perlembagaan bertulis mempunyai 3 syarat ; 1) Perlembagaan itu kukuh iaitu sukar hendak dipinda melainkan ada peruntukan di dalam Perlembagaan itu yang membolehkan pindan itu dibuat

2) Parlimen hanya mempunyai kuasa membuat undang-undang didalam apa-apa perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan itu 3) Tafsiran Perlembagaan terletak di tangan mahkamah. Sekira diperhatikan perlembagaan ini juga pada pandangan Muhamed Suffian Hashim menggabungkan peruntukan daripada perlembagaan India yang telah diubahsuai dan kelihatan di atas kertas amatlah kompleks dan menyebabkan seorang pemerhati beranggapan perlembagaan Malaysia telah ditulis oleh seorang profesor gila dalam bidang undang-undang perlembagaan yang mencuba dengan sebebas-bebasnya teori-teori perlembagaan .;

Perlembagaan Malaysia
Pada 27 mei 1961 Tunku Abdul Rahman hasrat bentuk Malaysia dan disambut baik oleh British kerana ia akan menjadikan hal ini memudahkan British menguasai Malaysia dengan badan Komenwelnya. Kemudian satu Jawatankuasa telah dibentuk diketuai oleh Lord Cabbold untuk menyiasat kehendak penduduk Sabah dan Sarawak dan selesai pada Februari 1962 dan laporan siap pada 21 jun 1962 . Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu satu undang-undang di panggil Akta Malaysia di luluskan pada 26 ogos 1963 untuk sesuaikan konsep dan stuktur penubuhan Malaysia . Malaysia terbentuk pada 16 september 1963 . Antara Akta Malaysia ialah ; 1) Hal-hal luar negeri jadi tanggungjawab kerajaan pusat 2) Agama Islam agama rasmi tetapi diberi kebebasan beragama 3) Bahasa Melayu bahasa rasmi tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh terus digunakan 4) Kerajaan di Borneo beransur-ansur diubah mengikut Persekutuan Tanah Melayu 5) Negeri Borneo diberi peluang capai kerajaan 6) Borneo mengawal kuasa imigresan, perkhidmatan awam. 7) Semua warganegara Persekutuan dan Singapura boleh dapat kewarganegaraan secara automatik dan akan dapat hak yang sama 8) Bumiputera Borneo akan dapat hak yang sama seperti orang Melayu. Setelah sekian lama maka kerajaan Malaysia memudahkan tugasnya dengan mengubah dan membuat beberapa pindaan sehinggalah terbentuk Perlembagaan Malaysia yang memasukkan Sabah dan Sarawak di Dalam Perlembagaan ini. Dan Sehingga sekarang Perlembagaan Malaysia ini mengandungi 1) Ketinggian Perlembagaan Persekutuan 2) Yang Dipertuan Agung 3) Raja dan Yang Dipertua Negeri 4) Jemaah Menteri 5) Parlimen

6) Pilihan raya 7) Kehakiman 8) Perkhidmatan awam 9) Negeri-negeri 10) Perhubungan persekutuan dan negiri 11) Peruntukan kewangan 12) Kebebasan asasi 13) Perbuatan surbertif, kuasa darurat dan tahanan pencegahan 14) Agama islam 15) Kewarganegaraan 16) Orang melayu dan bumiputera di sabah dan sarawak 17) Bahasa kebangsaan 18) Ibukota persekutuan 19) Pindaan perlembagaan Sekiranya dilihat perlembagaan yang dibentuk ini, ia masih lagi mengekalkan apa yang terkandung di dalam Malayan Union kemudian Federated of Malaya iaitu kekuasaan akan tertumpu pada seseorang sahaja iaitu Perdana Menteri manakala Yang Dipertuan Agung hanya menjadi Ketua Agama Islam seluruh Persekutuan serta setiap negeri mempunyai Majlis Agama yang menasihati Raja-raja tentang agama Islam . Ia masih sama lagi dengan peruntukan di dalam Perjanjian Pangkor iaitu Raja sebagai pengendali Agama dan adat-Istiadat Melayu manakala pentadbiran diasingkan daripada aspek keagamaan. Sekiranya dilihat Malayan Union kekuasaan tertumpu pada Gabenor, Federated of Malaya pula adalah PesuruhJaya Tinggi dan Perlembagaan Malaysia pula ialah Perdana Menteri. Ini bermakna perkembangannya adalah mengikut apa yang terkandung didaam Perlembagaan Malayan Union. Kesimpulannya Bolehlah dikatakan bahawa perkembangan Perlembagaan Malaysia dari Malayan Union adalah mendatar dan menyerupai antara satu sama lain. Hanya beberapa peruntukan diubah untuk mengabui pandangan dan pendirian orang Melayu tetapi konsep atau pengisiannya adalah bermatlamatkan sama iaitu terus mengekalkan Malaysia dibawah kerajaan British. Kemerdekaan yang sebenarnya adalah kemerdekaan dalam Komenwel dan masih lagi dalam bentuk neo-colonialisme. Pembentukkan Malaysia dengan menggabungkan Sabah dan Sarawak serta Singapura merupakan satu agande untuk menyatukan pentadbiran dan menggabungkann negeri-negeri ini dibawah satu pentadbiran. Singapura pula punya pendirian yang sama. Sekiranya dilihat Perlembagaan Malayan Union diteruskan kerana di dalam Perlembagaan Union yang dibicarakan di atas telah jelas dinyatakan bahawa Singapura diasingkan daripada Tanah Melayu dan mempunyai pentadbiran tersendiri dan sehingga ini, perlembagaan itu etrleksana apabila Singapura memang mempunyai pentadbiarnnya sendiri tetapi masih lagi didalam Komenwel.

Nota Akhir
Mohd. Aris Othman Perkembangan Perlembagaan Malaysia, Petaling Jaya, Fajar Bakti, 1983, hlm. 5 Parkinson, C. Northcote, British Intervention In Malaya 1867-1877, University Malaya Press, Kuala Lumpur, 1964, Hlm 323-324. Petikan itu berbunyi " That the Sultan receive and provide a suitable residence for a British Officer to be called Resident, Who shall be accredited to his court, and whose advice must be asked and acted upon on all questions other than those touching Malay Religion and Custom." Zainal Abidin Adbdul Wahid, Glimpses of Malaysian History, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990. James De V. Allen, The Malayan Union, Southeast Asia Studies, Yale University, United States Of America, 1967, Hlm 153. Mohd. Salleh Abas, Sejarah Perlembagaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1984, hlm 25. Mohd. Aris Othman,of.cit., hlm. 40-41 Ibid, hlm. 39-40 Mohd. Salleh Abas, op.cit., hlm 25-26. Mohd. Aris Othman,of.cit, hlm. 38-39 Parkinson, C. Northcote, op. Cit., Hlm 323-325 Zulkifli Abdullah, " institution of a Malaya citizenship which will give equal citizenship rights to those who can claim Malaya to be thee homeland" Zainal Abidin Abdul Wahid,op.cit, hlm. 111, Zainal menyatakan" If Implied that any person born in Malaya. After the esablishment of the Malaya union would be eligible to become citizen. James De V. Allen, op.cit, Hlm 128, Laporan penuh ini mengandungi segala apa pandangan Harold Macmicheal dan perjalananya mendapatkan sembilan Sultan Melayu yang menandatangani Perjanjian Malayan Union. Laporan ini boleh dibaca di halaman 153-167. Ibid, Hlm 153, antara kenyataan Tan Cheng Lock berkenaan kewarganegaraan Cina ia menyatakan "regard themselves in course of time as Malayan first and Vhinese secondly as long as they make Malaya their home.". Memorandum Tan Cheng Lock ini boleh dibaca di halaman 123-131.

Mohd. Aris Othman,of.cit hlm. 43-44 Ibid, hlm. 45 Mohd. Salleh Abas, Sejarah Perlembagaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1984, hlm 25 Zainal Abidin Abdul Wahid,op.cit, hlm 112, Zainal menulis "Introduced a citizenship law convering the whole country and enabling the non indigenous inhabits to became the citizens of Malaya. Mohd. Salleh Abas, op.cit., hlm 28 Ibid,hlm 32. Mohd. Aris Othman,of.cit, hlm.10 Mohd. Salleh Abas, op.cit., hlm 3 Ibidhlm 5-6 Tun Muhamed Suffian Hashim, Pengenalan Perlembagaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1984. Hlm 7. Ibid, Hlm 7 Mohd. Salleh Abas, op.cit.,hlm 37-38 Ibid, hlm 41. Mohd. Aris Othman,of.cit, hlm Tun Muhamed Suffian Hashim, Pengenalan Sistem Undang-Undang Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990. Tun Muhamed Suffian Hashim, Pengenalan Perlembagaan Malaysia, Op.cit,. Hlm 343346. http://pkpmsm1.tripod.com/sejarah20n.html

Sejarah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dapat dikatakan berasal sejak Tanah Melayu berlindung di bawah naungan kerajaan Inggeris pada akhir abad ke-19. Menjelang tahun 1895, kerajaan Inggeris telah berjaya menguasai negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sejarah

perlembagaan moden negeri-negeri Persekutuan boleh dikatakan bermula pada 10 September 1899 apabila mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak dirasmikan. Keadaan ini berterusan sehinggalah Jepun berjaya menawan Tanah Melayu. Apabila Inggeris kembali, mereka telah merancang untuk memperkenalkan Malayan Union yang kemudiannya mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu. Akibat tentangan orang Melayu, Malayan Union kemudiannya telah dimansuhkan dan digantikan dengan perlembagaan baru iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan yang dibentuk dalam tahun 1948 ini berjalan dengan beberapa pengubahsuaian yang perlu hingga tahun 1957 apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu menamatkan kedaulatan dan bidang kuasa Inggeris di Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan 1957 berkuat kuasa sehingga sekarang dengan beberapa pindaan penting. Antara pindaan yang telah dilakukan ialah Akta Malaysia yang diluluskan pada tahun 1963 meminda inter-alia Perkara 1 (1) dan (2) untuk memasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukarkan nama Persekutuan kepada Malaysia. Kesatuan Tanah Melayu yang lebih dikenali dengan Malayan Union, merupakan satu cubaan kerajaan British untuk menukar taraf negeri-negeri Melayu yang bernaung sebagai tanah jajahan. Kerajaan British ingin menjadikan negeri-negeri Melayu sebagai tanah jajahannya seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Pihak British akan mempunyai kuasa penuh di Tanah Melayu, dan kedaulatan raja-raja Melayu akan terhapus. Rancangan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) merupakan satu perkara yang sangat penting dalam sejarah Malaysia. Pembentukan Malayan Union telah berjaya memarakkan semangat kebangsaan orang Melayu. Malayan Union juga telah menyatupadukan orang Melayu, sekurang-kurangnya buat beberapa ketika. Mereka memulakan gerakan politik anti-British secara terbuka dan merupakan bibit permulaan bagi perjuangan mencapai kemerdekaan serta menggubal undang-undang tertinggi negara yang mengambil kira unsur-unsur tradisi masyarakat di negara ini. Secara ringkasnya kronologi penggubalan Perlembagaan persekutuan adalah bermula daripada Perlembagaan Malayan Union dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Malayan Union 1946 Maayan Union diwujudkan pada tahun 1946. Idea dan rancangan menubuhkan Kesatuan Tanah Melayu atau Malayan Union sebagai satu bentuk pemerintahan yang baru bagi Tanah Melayu telah mula dikaji dan disusun oleh pihak Inggeris sejak Tanah Melayu mula jatuh ke tangan Jepun pada awal 1942. Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London secara diam-diam, tanpa menghebohkan kepada Raja-raja Melayu dan orang Melayu, telah mengambil keputusan untuk menubuhkan suatu pemerintahan yang bercorak Malayan Union bagi menggantikan Pemerintahan Tentera yang diperkenalkan oleh mereka. Perjumpaan Kongres Melayu Pertama 1946 Pada 11 Mac 1946, satu perjumpaan telah diadakan dengan menggabungkan 41 pertubuhan Melayu bagi membentuk Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu. Ia

bermatlamat untuk menyatupadukan orang Melayu dalam satu badan penyuaraan yang kuat supaya Malayan Union dimansuhkan. Ketika ini Kongres ini belum mempunyaai sebaaang rancangan kemasyarakatan dan ekonomi yang tertentu sebaliknya hanya mahu memulih kembali kedaulatan raja-raja Melayu dan hak-hak orang Melayu sebagai bumiputera. Penubuhan UMNO 1946 Pada 11 Mei 1946, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan hasil perjumpaan yang diadakan oleh Kongres Melayu Pertama. UMNO banyak memainkan peranan dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru hasil daripada beberapa memorandum yang dikemukakan oleh pertubuhan tersebut kepada pihak British. Pada 2 Jun 1946, Malcolm MacDonald dan Sir Edward Gent memberitahu Persidangan Raja-raja bahawa Kerajaan British bersetuju menimbang syor Raja-raja dan Pertubuhaan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan akan menggubal perlembagaan baru untuk Tanah Melayu. Akhirnya pada 25 Julai 1946, Dato Onn Jaafar dan 11 lagi ahli jawatankuasa lain telah dipertanggungjawabkan untuk menggubal perlembagaan baru untuk menggantikan Malayan Union. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 Jawatankuasa Kerja telah mengkaji syor dan membuat pindaan perlembagaan yang dicadangkan dan Kerajaan British akhirnya menerima perlembagaan tersebut dan dilaksanakan pada 21 Januari 1948 bagi menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan ini dilakukan melalui perjanjian yang dinamakan Perjanjian Persekutuan. Dalam perjanjian tersebut terdapat beberapa perubahan penting yang dilakukan dalam Perlembagaan Persekutuan 1948. Berikutan perjanjian tersebut Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutaun 1948. Pilihanraya Pertama Hasil kegiatan politik dan tuntutan daripada pelbagai parti dan kumpulan politik pada penghujung tahun 1940-an dan awal 1950-an telah memaksa kerajaan Inggeris memutuskan untuk mengadakan satu pilihan raya bagi kawasan Perbandaran Kuala Lumpur pada Jun 1955. Pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan yang mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja. Rundingan Kemerdekaan Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke London untuk

berunding dengan kerajaan Inggeris tentang kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan tersebut terdiri daripada 4 orang wakil parti Perikatan, 4 orang wakil Raja-raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. W akil-wakil Perikatan dan Rajaraja Melayu telah mencapai persefahaman sebelum mereka tiba di London. Dalam rundingan yang berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956, persetujuan telah dicapai iaitu melaksanakan penubuhan segera Persekutuan Tanah Melayu berpemerintahan sendiri dan kemerdekaan yang sepenuhnya. Suruhanjaya Reid Pada bulan Mac 1956, satu Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk bagi mengkaji dan merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat. Jawatankuasa yang diketuai oleh Lord Reid ini turut dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, En. B. Malik dan En. Abdul Hamid. Suruhanjaya ini berfungsi untuk mengesyorkan satu Perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen, mengadakan majlis mesyuarat dwi-dewan dan mempunyai Kerajaan Persekutuan yang kuat. Syor Suruhanjaya ini dibuat dengan mengambil kira unsure-unsur tradisi masyarakat Melayu di Tanah Melayu pada masa tersebut. Suruhanjaya ini juga diminta menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan hak-hak yang sah kaum-kaum lain. Semasa proses merangka rang undang-undang yang dimaksudkan, suruhanjaya ini telah menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan laporannya pada Disember 1956. Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 118 kali persidangan telah diadakan. Selain itu, suruhanyaya juga telah menerima 131 memorandum yang dikemukakan oleh parti-parti politik, pertubuhan dan orang ramai. Antara 131 memorandum yang bertulis, dua daripadanya telah dikemukakan oleh Raja-raja Melayu dan parti Perikatan. Menggubal Rang Undang-Undang Perlembagaan Pada bulan Februari 1957, Rang Undang-Undang Perlembagaan yang pertama diumumkan tetapi ia telah mendapat banyak tentangan. Justeru satu lagi jawatankuasa yang terdiri daripada 11 orang ahli, iaitu 4 orang wakil Raja-raja Melayu, 4 orang wakil Kerajaan Perikatan, Pesuruhanjaya Tinggi British, Ketua Setiausaha dan Peguan Negara telah dibentuk untuk mengkaji semula perlembagaan tersebut. Kemerdekaan Tanah Melayu Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957. Tarikh penguatkuasaannya adalah bersempena pengisytiharan Kemerdekaaan Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan terbentuk hasil toleransi pelbagai kaum di negara ini, terutamanya tiga kaum terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India. Penubuhan Suruhanjaya Cobbold dan Referendum Di Singapura Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bertujuan untuk meninjau dan mengkaji pendapat orang ramai di Sabah dan Sarawak tentang cadangan pembentukan Malaysia. Suruhanjaya ini telah memulakan tugasnya dalam bulan Februari 1962 hingga pertengahan bulan April tahun yang sama. Sewaktu bertugas di Sabah dan Sarawak, mereka telah berkesempatan untuk berjumpa dengan lebih 4000 orang dan menerima

lebih kurang 2000 memorandum dan surat yang dikemukakan oleh persatuan-persatuan politik, agama, kemasyarakatan dan kesatuan-kesatuan sekerja. Menjelang bulan Jun 1962, Suruhanjaya tersebut telah mengeluarkan satu laporan berhubung dengan maklum balas yang dikemukakan penduduk Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan Malaysia. Penubuhan Malaysia Pada bulan Julai 1963, satu lagi perjanjian telah ditandatangani di London, di antara kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satu undang-undang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963.

http://kulanzsalleh.com/sejarah-penggubalan-perlembagaan-malaysia/

Vous aimerez peut-être aussi