Vous êtes sur la page 1sur 2

Apakah peranan reIleksi dalam belajar mengajar?

Pertamanya dengan melakukan reIleksi ianya


membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu
secara tidak langsung guru dapat berIikir secara analitik,
kritis dan kreatiI semasa menilai semula pengajarannya.
Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan
pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan
menentukan alternative-alternatiI dalam membuat
keputusan. Antara peranan utama reIleksi dalam amalan
seorang guru ialah dapat menentukan justiIikasi untuk
mengubah tingkalaku atau amalannya.
Antara kepentingan reIleksi ialah guru permulaan
boleh dibantu melaksanakan reIleksi dan mempelajari nilai
reIleksi dalam pengajaran dan pembelajaran pembelajaran
Malahan, sama ada di dalam atau pun di luar negara, kita
melihat seperti telah berkembang suatu budaya di mana
bakal guru digalakkan untuk mempraktikkan amalan
reIleksi sebagai satu cara membuat penilaian kendiri.
Calderhead (1989) yang mengkaji hasil kerja Handal dan
Lauvas merumuskan bahawa amalan reIleksi dalam
pengajaran membolehkan seseorang menilai keberkesanan
dirinya sebagai guru dan menyoal tujuannya. Saranan ini
selaras dengan pandangan yang menganggap bahawa
amalan reIleksi memberi peluang kepada kita untuk
menyiasat secara kritis kepercayaan, anggapan-anggapan
yang tersirat, amalan pengajaran dan akibat amalan
pengajaran tersebut (Dewey, 1933; Schon, 1987). Bagi
John Dewey (1933), seseorang yang mengamalkan
pemikiran reIlektiI akan terhindar daripada bersiIat
impulsive. Seseorang yang reIlektiI adalah lebih berhati-
hati dan ini membolehkan guru membuat keputusan dalam
proses pendidikan.
Seterusnya, pandangan tentang terdapatnya kata sepakat
bahawa amalan reIlektiImembawa ke arah pertumbuhan
proIesional (Van Manen, 1977), menyokong pandangan
Wildman, et al, (1990). Kepentingan amalan reIlektiI ini
juga ditegaskan oleh SteIIy B.E, et al., (2000 ) yang
menyatakan bahawa adalah sukar untuk mencapai
pertumbuhan proIesional tanpa amalan reIlektiI dalam
karier seorang guru.
Seterusnya amalan reIlektiI juga membolehkan guru
menjadi selI-directed, iaitu mempunyai tanggungjawab
terhadap perkembangan kendiri. Pandangan lain
menjelaskan bahawa amalan reIlektiI menghasilkan
kemajuan bakal guru melalui peringkat-peringkat
perkembangan kognitiI, perkembangan dari guru pelatih
kepada guru terlatih dan membolehkan mereka
menganggap pengajaran dari perspektiI yang lebih
interpretiI dan kritikal .
Ringkasnya, dalam belajar mengajar, reIleksi
membolehkan seseorang guru:
membuat penilaian kendiri
berIikir secara analitik, kritis dan kreatiI
menganalisis perkara-perkara penting proses
bekerja dan hasil kerja
melihat alternatiI-alternatiI dalam membuat
keputusan
mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri
spiritual, moral, nilai & estetika
mengubah tingkahlaku

Vous aimerez peut-être aussi