Vous êtes sur la page 1sur 6

8 BUKU

Buku ini membincangkan isu ras dan perkauman serta perhubungannya yang
menjadi 'kesenyapan yang bising'perbincangan tentang isu ini dikatakan tidak
seimbang, tidak berkaitan malah dikatakan terlalu bahaya untuk diperbincangkan. a
memberi fokus kepada cara masyarakat Barat kontemporari, seperti Australia
membincangkan isu ras dan perkauman serta perhubungannya. Kajian telah dibuat
dalam kalangan guru-guru dan ibubapa di sebuah sekolah menengah di Melbourne,
demi melihat perubahan isu ras dan perkauman serta perhubungannya dalam era
globalisasi, teknologikal dan populasi yang semakin bertambah. Penulis mendapati
bahawa surat khabar dan debat polisi awam kurang membincangkan isu-isu ini
biarpun ia penting untuk pembentukan identiti kebangsaan. Penulis buku ini turut
menegaskan bahawa isu ras dan perkauman dan perhubungannya perlu difahami
dengan cara yang baru.





% %8

O Membekalkan satu kajian bagaimana sebuah sekolah komuniti di bandar
memberi tanggapan terhadap isu ras dan perkauman serta perhubungannya
apabila dunia semakin berubah.
O Memeriksa 'kesenyapan yang bising' yang terlingkungan dengan isu ras dan
perkauman kian berubah.
O Membincangkan fahaman terhadap identiti dan ras dan perbezaan budaya
apabila hidup manusia, institusi dan komuniti berubah.
O Mempersembahkan satu framework yang berkomprehensif methodologinya
untuk mengkaji interaksi antara ras dan perkauman serta perhubungannya.
O Menganalisa sejarah polisi kebudayaan pelbagai dan praktisnya di Australia.





8!88

Buku ini berfungsi sebagai pemandu penyelidikan; sebagai cerita dasar kebudayaan
pelbagai di Australia; sebagai akaun perjuangan untuk mentafsir perbezaan budaya;
sebagai etnografi sekolah yang berurusan dengan perubahan demografi yang
mendalam; tafsiran bagaimana perubahan isu ras dan perkauman berlaku dan
bentuk semulabukan sahaja orang tetapi juga institusi. Peristiwa-peristiwa baru-
baru ini, seperti serangan terroris ke atas New York, Madrid dan London, dan
rusuhan di Paris dan Sydney, menunjukkan bahawa dunia telah berubah. Perasaan
baru telah muncul pada era globalisasi. dentiti sesuatu ras dan kaum yang tidak lagi
mudah dikenalpasti. Kehadiran identiti mendatangkan pelbagai implikasi kepada
masyarakat. Berdasarkan kajian terhadap guru-guru, ibubapa, kajian ilmiah, keratan
khabar dan dokumen polisi, penulis menggambarkan perbezaan dan perubahan ras
dan kaum yang telah berlaku Australia.





#K8 8E%! BB

BAB SATU: MENENTANG KEBISINGAN YANG SENYAP
Bab ini membincangkan sebab-sebab penulis hendak menjalankan satu kajian
tentang perkauman di Sekolah Southgate di Australia selepas berlakunya sesiri
peristiwa rusuhan perkauman di seluruh dunia. Australia merupakan sebuah negara
yang terdiri daripada banyak kaum atas sebab migrasi penduduk. Penulis
berpendapat isu perkauman ini perlu dikaji semula dalam era globalisasi. Lazimnya,
budaya kaum lain kurang difahami, terutamanya kaum minoriti, lalu menyebabkan
isu perkauman diakhiri dengan perasaan marah berbara. Penulis juga
membentangkan pengalaman beliau di sebuah sekolah menengah di luar bandar
Western. ni dapat memberikan satu pandangan yang lebih menyeluruh dan
komprehensif kepada pembaca. Dalam bab ini, penulis juga memberi definisi 'ras'
dan 'perkauman' dengan menggunakan beberapa sumber seperti Jabatan
Pendidikan Victoria, Stuart Hall, Akta Diskriminasi Kaum Australia, Goldberg, Omi
dan Winant sebagai rujukan. Sebagai satu kesimpulan pendek, 'ras' merujukkan
perbezaan biologikal dan warisan, manakala 'perkauman' merupakan perbezaan
dari segi budaya, sejarah dan asalan masyarakat. Penulis turut memberi serba
sedikit pendapat dan pandangan beliau terhadap perkauman. Beliau berpendapat
bahawa fahaman tentang perkauman perlu diterapkan dengan cara yang berlainan
kerana populasi sekolah menjadi lebih berkepelbagaian dan era teknologi makin
melimpah.



BAB DUA: MENENTANG PEMANDUAN YANG SENYAP-PEMULAAN KAJIAN
Penulis menggunakan methodologi kajian secara kajian naturalistik dan kajian ilmiah
interpretif. Kaedah-kaedah ini dapat membekal keputusan yang responsif, boleh
dipercayai dan holistik. Penulis kurang menggunakan kaedah temubual kerana
khuatir keputusan kajian akan terjejas oleh pengalaman lepas. Penulis
menggunakan sekolah menengah sebagai tempat kajian untuk kebudayaan pelbagai
(multicuturalism). Hal ini sedemikian kerana perbincangan terhadap ras, kebudayaan
and migrasi semakin bertambah. Walau bagaimanapun, fahaman terhadap
kebudayaan pelbagai masih terhad, aspirasi terhadap kebudayaan pelbagai ini juga
berada pada tahap yang kurang memuaskan. Lantaran ini, penulis ingin
menjalankan kajian di sekolah supaya mengenalpasti sejarah, cara dan kesan
kebudayaan pelbagai. Penulis mendapati guru-guru kurang pasti apakah perbezaan,
terutamanya dari segi budaya, yang telah berlaku di sekolah antara pelajar-pelajar
yang berbeza kaum, adakah sesetengah pelajar diketepikan oleh majoriti. Jadi,
beliau mengemukakan persoalan seperti: Apakah kesan perbezaan antara
perhubungan pelajar dan guru di sekolah? Apakah yang telah dilakukan oleh pihak
sekolah untuk mengatasinya?



BAB TIGA: MERENTASI KEBISINGAN YANG SENYAP-MENJELASKAN
METHOLOGI
Penulis mengumpul data daripada 30 orang guru dan ibubapa. Penulis mengkaji
bagaimana guru dan ibubapa membincangkan ras dan hubungan etnik. Di samping
itu, bahan ilmiah membolehkan penulis memahami pandangan konstrukvis dan
penyelidik terhadap ras dan hubungan etnik, teori perkauman kritikal, isu Putih
(iteness), post-penjajahan serta kajian budaya. Menurut penulis, tugasan utama
beliau ialah membezakan penyentuhan identiti dan penandaan kelainan yang
terwujud dalam bahan ilmiah. Selepas itu, beliau perlu mengenalpastikan tanggapan
terhadap perhubungan-perhubungan dan kesannya kepada masyarakat pada hari ini.
Penulis mendefinisikan projek sebagai satu framework supaya beliau dapat
menjelaskan data dengan lebih berkomprehensif. Framework yang disyorkan oleh
penulis boleh dibahagikan kepada lima jenis, iaitu pemetaan identiti, pemetaan
kepada 'lain', pemetaan perhubungan, pemetaan kesenyapan dan frame analitikal.
Tugasan beliau boleh diagihkan kepada tiga arah: (1) mengenal pasti cara identiti
kaum dan ras dikonsepkan dan dipraktikkan dan corak perhubungan mereka; (2)
mencari cara identiti kaum dan ras dan perhubungannya secara lisan dan bukan
lisan serta corak perubahan yang mungkin berlaku; (3) mengkaji bagaimana kaum
dan ras dikonsepkan dan dipraktikkan di negara Barat seperti Australia.



BAB EMPAT: RAS DAN PERKAUMAN DI ERA GLOBALISASI
Penulis menekankan perhubungan ras dan kaum yang dibincang oleh beliau adalah
berdasarkan cara tertentu, dan bukannya seperti yang lain. Framework yang dibina
oleh penulis memberi keutamaan kepada suara kaum dan ras yang kurang
diperhatikan oleh masyarakat. Penulis juga berpendapat perbincangan tentang
perhubungan antara ras dan kaum perlu difahami dengan lebih dalam dan komplek
dalam hidup seharian, mahupun debat awam. Dengan itulah, kebudayaan pelbagai,
nasionalisme, perkauman dan kewarganegaraan boleh lebih difahami. Dalam bab ini,
penulis menggunakan rencana dalam surat khabar dan dokumen polisi kerajaan
Australia yang berlainan tempohnya untuk merefleksikan apakah yang berlaku
dalam masyarakat. Biarpun isu ras dan perkauman dibincangkan dalam rencana
dan dokumen, ia hanya tertumpu pada identiti komuniti dan kepunyaan orang
Autralia. a kurang memberi sentuhan kepada pemigrasi dan penduduk asli.
Daripada petikan rencana dan dokumen polisi yang bertarikh 1989, 1999 dan 2003,
didapati bahawa mereka kurang membincangkan interaksi antara ras dan kaum.
Mereka lebih memberi perhatian kepada isu-isu untuk sesuatu ras atau kaum. ni
menyebabkan konsep 'orang Autralia' menjadi kabur dalam era globalisasi sebab
perasaan kepunyaan yang rendah. Sesetengah orang melahirkan perasaan
melindung diri, manakala sesetengah orang ingin berlainan daripada majoriti.
Menurut penulis, mahupun konsep menentang rasis telah diperkenalkan dalam
pendidikan demi mengelakkan prejudis dan salah faham, tetapi fahaman terhadap
ras dan kaum lain harus dipertingkatkan. Pendek kata, konsep kebudayaan pelbagai
perlu diperkenalkan.



BAB LIMA: PENUKARAN IDENTITI DI SEKOLAH TEMPATAN
Bab ini merupakan hasilan daripada perbincangan penulis dengan guru-guru dan
ibubapa tentang praktis mereka dan pengalaman mereka di sekolah. Menurut kajian,
bilangan pelajar Greek menurun manakala bilangan pelajar Vietnam di Australia
meningkat dengan mendadar. Pelajar Sepanyol juga mengalami trend yang
meningkat. Kajian penulis dibuat dengan membandingkan fenomena pada tahun
1988 dan 1998. Dari segi pendidikan Bahasa nggeris (ESL), perubahan yang boleh
dilihatkan ialah kursus intensif Bahasa nggeris selama 6 bulan telah diberikan
kepada pelajar yang bahasa ibundanya bukan Bahasa nggeris dan gagal
menguasai bahasa ini. Pelajar yang berada di kelas rendah akan diberi kelas intensif
yang lebih kerap. ni dapat mengurangkan masalah keguguran akibat daripada
masalah sempadan bahasa. Dari segi pembelajaran bahasa selain daripada Bahasa
nggeris (LOTE), peningkatan yang dilihatkan ialah semakin banyak bahasa
diperkenalkan. Untuk LOTE, budaya telah diperkenalkan, semangat kekitaan
diterapkan supaya pelajar tidak mengasingkan diri daripada masyarakat. Pada
permulaan, Minggu Kebudayaan Pelbagai dilaksanakan, namun ia kurang memberi
kesan yang memuaskan. Pelajar berasa jemu dengan tempoh Minggu Kebudayaan
Pelbagai yang panjang. Akhirnya, Minggu Kebudayaan Pelbagai telah ditukar
sebagai Hari Kebudayaan Pelbagai. a menjadi lebih professional dengan
mengadakan konsert yang dapat menarik perhatian yang lebih banyak orang.
Makanan juga menjadi satu tumpuan bagi Hari Kebudayaan Pelbagai. Secara
amnya, pemigrasi lebih adaptasi dengan Australia dalam tempoh 10 tahun ini.


BAB ENAM: PEMETAAN KEPADA 'LAIN'
Menurut kajian ilmiah penulis, masyarakat komtemporari Barat suka menekankan
kehadiran 'kami' sehingga kurang memahami kehadiran yang 'lain'. Pada tahun
1988, guru-guru dan ibubapa percaya bahawa manusia dibahagikan kepada
kumpulan yang berbeza dan sempadan yang besar terwujud itu tidak boleh
ditembusi. Walau bagaimanapun, mereka menekankan manusia mempunyai
kemanusiaan yang sama rata. Pada tahun 1998, orang Australia berjaya menukar
dan memilih identiti perkauman mereka. Fenomena kebudayaan pelbagai semakin
kelihatan.Perbezaan antara ras menjadi semakin berkurang dan perbezaan antara
ras semakin diterima. Pada tahun 1988, pandangan kepada ras lain adalah terhad
dan berada dalam lingkungan yang ketara dan ekstrem. Guru-guru dan ibubapa
akan berpendapat orang Asia itu adalah sangat cerdik dan tidak berkemungkinan
mengalami masalah tidak cekap, orang Sepanyol itu merupakan bohemian dan
sentiasa malas. Namun, pandangan sebegitu telah berubah sepuluh tahun
kemudian. Biarpun guru-guru dan ibubapa akan menggunakan kata adjektif yang
paradoks dan berlebihan untuk menggambarkan golongan kaum tertentu,
percanggahan tersebut telah dikenali sebagai masalah identiti. Dendam besar
terhadap sesuatu kaum makin berubah menjadi kasih sayang. Pendek kata,
perbezaan antara kaum itu menjadi kabur, biarpun sesetengah pihak masih
menekankan perbezaan itu.



BAB TUJUH: PEMETAAN KAMI
Penulis telah menjalankan kajian ke atas kaum minoriti yang merupakan pendatang
asing Australia. Didapati bahawa sesetengah mereka berasa marah dan kurang
berpuas hati kerana 'kaum lain' tidak menghulurkan bantuan kepada mereka. Walau
bagaimanapun, mereka tidak mengalami masalah bergaul dengan kaum yang lain.
Pada tahun 1988, fahaman terhadap ras dan perkauman menyebabkan pelajar
membezakan sama ada mereka tergolong dalam komuniti. Terdapat pelajar migrasi
yang kabur tentang latar belakang dan asal-usul budayanya. Pada tahun 1998 pula,
konsep identiti menjadi semakin kompleks. Pendatang asing perlu
mempertimbangkan sama ada mereka perlu mengekalkan budaya asal mereka atau
melepaskannya. Sesetengah orang berpendapat identiti seumpama air, berubah
mengikut konteks dan fahaman. Terdapat juga sesetengah orang yang beranggapan
bahawa mereka tidak tergolong dalam sesebuah komuniti. Menurut kajian penulis,
kebanyakan orang khuatir dan takut dengan kehilangan identiti dan budaya mereka.



BAB LAPAN: IDENTITI YANG LAIN
Menurut penulis, persoalan 'siapakah itu orang Australia?' menjadi semakin susah
dijawab dalam era ini. Menerusi kajian yang dibuat dalam kalangan guru-guru dan
ibubapa, fenomena pembezalayanan masih berlaku. dentiti sesuatu ras atau kaum
perlu dikenalpastikan bagi mewujudkan kebudayaan pelbagai. Di negara Barat
seperti Australia, isu pembezaan ras dan perkauman merupakan sesuatu yang
menarikkan, namun ia mendatangkan implikasi yang mana kurang disenangi oleh
masyarakat. Disebabkan era globalisasi dan teknikal semakin melandai dunia ini,
penulis telah menyesyorkan beberapa langkah iaitu, mengkaji semula methodologi
kajian, menulis semula definisi bagi ras dan melayari semula perbincangan dalam
kelas darjah untuk meningkat hubungan antara ras dan kaum.





#UMU8 ! KE8ELU#UH

Setelah membaca buku ini, saya lebih memahami dengan perubahan isu ras dan
perkauman di negara Australia. Saya juga lebih memahami perasaan pendatang
asing yang bermigrasi ke sesebuah negara. Hati mereka sentiasa berkonflik kerana
mereka perlu membuat pilihan untuk mengekalkan atau mengabaikan budaya
mereka. Saya telah melihat perubahan yang positif ke atas isu ras dan perkauman di
negara Australia. Pendidikan adalah merupakan salah satu elemen penting dalam
pembentukan sebuah negara bangsa. Bentuk pendidikan yang lahir akan
menentukan sama ada agenda nasional dapat dicapai atau tidak. Jadi, pada
pendapat saya, pendidikan merupakan satu cara yang terbaik untuk memperbaiki
hubungan antara ras dan kaum. Biarpun isu yang dibincangkan di buku ini menarik,
bahasa yang digunakannya terlalu berbunga-bunga.

Vous aimerez peut-être aussi