Vous êtes sur la page 1sur 10

ALATAN KERJA BATA DAN JENIS IKATAN BATA

PENGENALAN BATA
y y y y y y Bata merupakan salah satu bahan utama dalam pembinaan bangunan. Bahan : tanah liat , pasir dan simen , pasir dan kapur. Berbentuk segiempat bujur , dibuat daripada bahan tak organik yang keras dan lasak. Saiz dan beratnya direka supaya mudah dipegang dengan sebelah tangan. Saiz piawaian batu bata ialah 215 mm x 102.5 mm x 65 mm. Jika dicampurkan dengan lapisan gabungan mortar setebal 10 mm , ia akan menjadi 225 mmx 112.5 mm x 75 mm.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
y y y Mengenalpasti alatan khas kerja bata. Mengetahui fungsi alatan khas kerja bata. Mengenalpasti jenis ikatan bata.

KEGUNAAN BATU BATA


y y y Digunakan untuk membina dinding bangunan samaada tanggung beban atau mengisi dinding antara kerangka tidak menanggung beban. Juga digunakan untuk membuat tembok penahan , dinding tandas serta membuat pagar konkrit. Kegunaan batu bata sangat penting dalam aspek-aspek pembinaan dan kegunaannya merangkumi keseluruhan bangunanyang akan didirikan dan tanpa penggunaan batu bata mungkin pembinaan tidak akan berjalan dengan lancer serta kualiti yang tidak akan memuaskan hati pelanggan.

PROSES KERJA BATA


y y y y y y y y Pemasangan kerangka. Membancuh mortar. Simenkan lantai dan tapak. Ikat bata lapisan pertama. Ratakan mortar pada permukaan bata. Lapisan keempat, lekatkan kasa exmet. Ulang sehingga selesai. Selepas dua hari, kerja melepa dilakukan. Lakukan kerja kemasan.

BAHAN DAN ALATAN KERJA BATA


1. TUKUL
a. Mengetuk paku pada kerangka tingkap atau pintu. b. Mengetuk bata simen untuk mendapatkan bata kerat setengah. c. Biasa digunakan : i. ii. Tukul kuku kambing. Tukul bata.

2. SESIKU PEMIDANG
a. Digunakan untuk menguji sudut tepat dalam pembinaan daun pintu, tingkap dan pembinaan tembok.

3. SIMEN MORTAR
a. Pelekat yang digunakan untuk mengikat bata. b. Mengandungi bahagian simen atau kapur, pasir, dan air. c. Nisbah 1:3 dan 1:4.

4. SARUNG TANGAN
a. Diperbuat daripada getah dan terdapat dalam pelbagai warna. b. Ada juga yang diperbuat daripada kain. c. Digunakan bagi mengelakkan tangan menjadi kasar dan rosak.

5. KERETA SORONG
a. Digunakan untuk mengangkat bahan dalam kuantiti yang banyak. b. Contoh: i. Pasir, bata dan peralatan lain.

6. PENYODOK
a. Digunakan untuk mencedok bahan-bahan pembinaan semasa membancuh mortar.

7. BALDI
a. Diperbuat daripada plastik. b. Digunakan untuk memindahkan mortar ke tempat kerja mengikat bata.

8. BATA
a. Bata simen: i. ii. iii. b. Bata tanah liat: i. Bata biasa ~permukaan dan warna yang tidak menentu. ~digunakan untuk dinding dan ditutup dengan simen. ii. Bata muka elok ~permukaan yang baik, licin dan mempunyai warna atau yang sama. ~digunakan untuk dinding tutup tak perlu ditutup lagi dengan simen. c. Bata pasir kapur: i. ii. Diperbuat daripada campuran kapur dan pasir dengan nisbah 1:3 atau 1:4. Digunakan untuk bahagian dinding yang memerlukan kekuatan sederhana. Diperbuat daripada simen dan pasir. Nisbah 1:3 atau 1:4. Saiz piawaian ialah 216mm x 103mm x 65mm.

9. TUKUL BATA
a. Digunakan untuk menghancurkan bata, kerja membuang lebihan mortar pada tembok dan kerja memaku.

10. BEKAS PEMEGANG MORTAR


a. Digunakan untuk memindahkan mortar semasa melepa ataupun mengemas ikatan.

11. SUDIP BATA


a. Diperbuat daripada besi. b. Bersaiz antara 150mm hingga 250mm. c. Digunakan untuk memindahkan mortar kepada bata. d. Mendatarkan mortar di permukaan atas lapisan bata yang telah diikat.

12. SUDIP KEMAS IKAT


a. Bersaiz antara 100mm hingga 150mm. b. Digunakan khas untuk mengemaskan sambungan bata.

13. TALI PEMBENANG


a. Panduan semasa proses mengikat bata. b. Penting bagi memastikan tiada kecacatan dinding berlaku. c. Diikat pada hujung kedua-duanya diikat pada paku yang dipakukan pada kerangka pintu atau tingkap.

14. JEJARING KASA EXMET


a. Digunakan untuk menambah kekuatan dan mengukuhkan ikatan bata. b. Dalam kerja bata ini diletakkan pada setiap empat lapisan bata.

c. Dilekatkan bersama simen mortar.

15. PEMARAS
a. Keluli:~digunakan untuk menampal mortar pada tembok atau lantai dalam kerja melepa. b. Kayu pendek:~digunakan untuk memandat dan meratakan mortar lepaan secara kasar.

c. Kayu panjang:~meratakan mortar lepaan pada permukaan yang luas.

16. PAHAT
a. Digunakan untuk membuat lubang dan menanggalkan mortar serta konkrit daripada permukaan tembok atau lantai.

17. PENIMBANG AIR


a. Berbentuk empat segi tepat.

b. Di bahagian tengah terdapat tiub air yang dijadikan panduan bagi


meratakan lapisan bata.

18. BANTALAN
a. Mempunyai mata yang lebar. b. Mata dan pemegangnya diperbuat daripada besi. c. Digunakan bersama tukul besi. d. Digunakan untuk memotong bata.

JENIS-JENIS IKATAN BATA


Terdapat pelbagai jenis ikatan dalam kerja menyusun bata. Tujuan ikatan bata adalah untuk mendapatkan ikatan bata yang kuat, susunan bata yang cantik dan menarik dan sesuai dengan kerjaikatan. Antara ikatan ini yang biasa digunakan di Malaysia ialah ikatan sisi bata, ikatan kepala bata, ikatan Inggeris dan ikatan Flemish.

IKATAN SISI BATA


Ikatan ini khas digunakan pada tembok yang tebalnya setengah bata atau 112.5mm. Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata pada kepalanya. Lekapnya ialah bata. Pembinaannya bermula dengan satu lapisan bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu bata setengah diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya. Contoh ikatan ini ditunjukkan dalam rajah di bawah. Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung yang tinggi. Oleh sebab itu ia digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti tembok sekatan, tembok landasan, semperong dan tembok-tembok dalam struktur berangka di mana tiada beban berat yang disokong.

Pandangan hadapan dan pelan bagi sebahagian tembok lengkung yang dibina dengan ikatan kepala bata.

IKATAN KEPALA BATA


Tiap-tiap lapisan dalam tembok yang dibina dengan jenis ikatan ini mengandungi kepala bata sahaja. Rajah menunjukkan pandangan hadapan dan pelan bagi sebahagian tembok lengkung yang dibina dengan ikatan kepala bata. Sambungan mortarnya merupakan bentuk huruf V. Jenis ikatan ini sesuai digunakan pada binaan asas atau pada tembok yang berbentuk bulat atau melengkung.

IKATAN INGGERIS
Ikatan ini adalah yang paling meluas digunakan. Ikatan ini disusun dengan satu lapisan kepala bata diikuti lapisan sisi bata berselang seli. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada lapisan kepala bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan member lekap yang seragam iaitu suku bata.Pada tembok yang tebal, semua bata di bahagian dalam disusunkan secara melintang. Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang kuat sekali antara ikatan-ikatan kerja bata kerana ia tidak mengandungi sebarang sambungan tegak yang berterusan. Rajah menunjukkan pelan tegak hadapan sebuah tembok yang dibina dengan ikatan Inggeris.

IKATAN FLEMISH
Ikatan in imengandungi kepala bata dan sisi bata disusun berselang seli dalam satu lapisan yang sama. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada sudutnya mewujudkan lekap yang seragam iaitu bata. Sambungan tegak yang berterusan berlaku di dalam di dalam tembok tetapi tidak kelihatan pada permukaan tembok. Apabila kedua-dua belah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish ia dinamakan Flemish Kembar. Jika sebelah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish dan sebelah yang lain pula menunjukkan susunan Inggeris maka ia dinamakan Flemish Tunggal. Rajah menunjukkan sebuah tembok yang dibina dengan ikatan Flemish. Ikatan ini dapat menghasilkan kedua-dua belah muka tembok yang lebih rata dibandingkan dengan ikatan yang lain. Oleh sebab itu, ikatan ini sesuai digunakan untuk membina tembok yang tidak akan dilepa.

Vous aimerez peut-être aussi