Vous êtes sur la page 1sur 15

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu

1.0 Pengenalan Kepada Penggabungjalinan

1
Mengikut Kamus Dewan pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Pendekatan boleh dimaksudkan sebagai kaedah atau cara bagaimana sesuatu tugasan itu dilaksanakan. Pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya. Beraksiomatik di sini membawa maksud sebagai kenyataan yang diberikan tidak memerlukan bukti dan alasan.

Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Sebagai guru yang mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya mestilah mengetahui terlebih dahulu latar belakang mereka. Ini kerana, dengan mengetahui latar belakang mereka, guru tersebut dapat memilih dan merancang pengajarannya dengan menggunakan pendekatan yang sesuai. Guru tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama terhadap murid yang berlainan. Ini dikhuatiri proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak berkesan iaitu tidak mencapai objektif. Sekiranya guru dapat mengenal pasti sifat atau keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan menggunakan pendekatan yang sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara efektif.

Terdapat beberapa pendekatan kesepaduan yang membolehkan penyampaian ilmu pengetahuan kepada murid disampaikan dengan cara yang menarik dan tidak konvensional, antaranya ialah Penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan dan pemulihan.

Pendekatan ini sesuai bagi semua matapelajaran terutamanya pengajaran bagi matapelajaran Bahasa Melayu. Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu


dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan muridmurid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.

2.0 Konsep Penggabungjalinan 2.1 Definisi penggabungjalinan Penggabungjalinan merupakan suatu proses penyampaian beberapa kemahiran di dalam sesuatu pelajaran. Kemahiran di sini merujuk kepada kecekapan melaksanakan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran seperti membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, bercerita, berlakon dan sebagainya.

Konsep penggabungjalinan dalam pengajaran bahasa Malaysia bukanlah suatu konsep yang baru. Dalam pengajaran bahasa, kemahiran bahasa merupakan satu keseluruhan yang melibatkan semua aspek kemahiran, sama ada mendengar, bertutur, membaca dan menulis atau sebagainya.

Dalam hal ini, guru-guru bahasa sebenarnya sama ada sengaja atau tidak sengaja memang telah ada menggabungjalinkan aspk-aspek bahasa itu. Tetapi apa yang disarankan oleh sukatan pelajaran adalah supaya penggabungan itu dapat dilakukan dengan dengan cara yang lebih sistematik, teratur, dan lebih luas lagi. Penegasan penggabungjalinan dalam pengajaran guru adalah bertujuan mengelakkan compartmentalization iaitu satu usaha untuk mengelakkan guru daripada mengajar sesuatu kemahiran bahasa itu dengan memecah-mecahkan atau mengasing-asingkan bahagian-bahagian bahasa yang berkait rapat. Di sebaliknya, ia bertujuan untuk mengukuhkan satu aspek kemahiran bahasa itu dengan yang lain dan menjadikan sesuatu pengajaran lebih berkesan. Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran dibahagikan kepada 2 : i. Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran dalam satu mata pelajaran ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran. Dalam pengajaran bahasa, kita dapati ada 4 kemahiran yang sering dijalankan dalam kelas, dan kemahiran-kemahiran itu ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan kemahiran menulis. Guru boleh menggabungjalinkan beberapa atau semua kemahiran itu dalm sesuatu pengajaran.

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu


Perlu diingat bahawa susuanan atau cara penggabungjalinan itu adalah mudah berubah. Ia mungkin wujud sama ada kebetulan ataupun secara terancang. Sekiranya ia dirancangkan, maka guru hendaklah mengetahui :

a) Apakah objektif yang hendak dicapai? b) Apakah kemahiran yang hendak digabungjalinkan? c) Sebanyak mana penggabungjalinan dalam satu-satu masa hendak dilakukan? Gabungan dan susunan kemahiran di dalam sesuatu pelajaran boleh disampaikan berdasarkan kepada objektif, kebolehan pencapaian murid, dan masa yang diperuntukkan.

Contohnya : Lisan membaca menulis Membaca lisan menulis Lisan membaca lisan Lisan menulis membaca |_____________________________________| | TATABAHASA Guru hendaklah merancang kemahiran fokus dan kemahiran-kemahiran sampingan yang mengukuhkan kemahiran fokus. Misalnya, jika bacaan dan kefahaman menjadi kemahiran fokus maka kemahiran menulis sebagai kemahiran sampingan mengukuhkan kemahiran bacaan. Masa yang lebih banyak ditumpukan kepada kemahiran membaca dan kefahaman. (i) (ii) (iii) Lisan 45% 10% 30% Membaca 25% 40% 25% Menulis 20% 30% 15% Tatabahasa 10% 20% 30% Dalam model (i), kita dapati pengajaran itu menitikberatkan apsek lisan (45%), dalam model (ii), ia menitikberatkan aspek membaca dan kefahaman (40%), dan model (iii) menitikberatkan aspek lisan dan tatabahasa masing-masing diperuntukkan sebanyak 30%. Penggabungan yang kedua ialah melakukan penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran dalam satu pelajaran. Misalnya, dalam pelajaran bahasa, kemahiran bahasa boleh digabungjalinkan dengan kemahiran pendidikan seni dan muzik.

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu


Kemahiran bahasa merupakan kemahiran fokus sementara kemahiran pendidikan seni dan muzik menjadi kemahiran sampingan. CONTOH :

Tajuk : Kawan saya. Kemahiran Bahasa : Membaca dan menulis tentang kawan saya. Kemahiran Pend. Seni : Melukis dan mewarna gambar kawan saya. Kemahiran Muzik : Menyanyi lagu Kawan Saya untuk mengukuhkan perbendaharaan kata yang digunakan dalam bacaan. Penggabungjalinan beberapa kemahiran daripada beberapa mata pelajaran dalam beberapa pelajaran boleh juga dilakukan. Kemahiran-kemahiran dalam beberapa mata pelajaran boleh dikukuhkan dengan menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran daripada beberapa mata pelajaran tersebut dalam beberapa pelajaran berdasarkan sesuatu tajuk atau tema tertentu. Bahasa : a) Kemahiran lisan (mendengar / bertutur) b) Kemahiran membaca c) Kemahiran menulis Pendidikan Seni : a) Kemahiran melukis b) Kemahiran mewarna Pendidikan Muzik : a) Kemahiran menyanyi

2.2 ciri-ciri penggabungjalinan

Pendekatan bersepadu penggabungjalinan ini mempunyai beberapa ciri-ciri yang menjadikan pendekatan ini lebih sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ciri-ciri tersebut ialah :-

2.2.1

Integrasi beberapa kemahiran seperti kemahiran membaca, menulis, mengira.

2.2.2

Prosesnya bersepadu dan menyeluruh iaitu pada setiap perkembangan diselitkan unsure penggabungjalinan ini.

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu


2.2.3 Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik sebagai contoh adanya penggunaan audio dan visual yang lebih interaktif dan menarik minat murid. 2.2.4 Kemahiran utama menjadi fokus dan kemahiran sampingan juga dititikberatkan. 2.2.5 2.2.6 Organisasi kemahiran fleksibel. Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain.

2.3 Cara Pelaksanaan Penggabungjalinan Strategi penggabungjalinan adalah memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses penggabungjalinan ini beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dan cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran kemahiran ini boleh digabungjalinkan sama ada kemahiran kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran (intra bidang atau kemahiran kemahiran dari satu mata pelajaran digabungjalinkan dengan lain-lain mata pelajaran (inter bidang). Bahan program bahasa adalah diambil dari bidang Kemanusiaan dan Persekitaran. Unsur unsur dari mata pelajaran seperti Sains, Geografi, Sejarah, Sivik, Kesihatan, Seni Lukis dan lain lain pengetahuan telah diserapkan menjadi satu mata pelajaran yang diberi nama Alam dan Manusia. Dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu (Rujuk Lampiran) , pelaksanaan pendekatan Gabungjalin ini dimulakan dengan :

Kemahiran utama di beri fokus. Dalam pengajaran dan pembelajaran ini, kemahiran utama yang difokuskan ialah membaca dan menulis isi utama dan isi sampingan pembelajaran.

Kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk kukuhkan kemahiran yang utama iaitu kemahiran mendengar, berlakon dan bertutur.

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Kemahiran utama digunakan diperingkat perkembangan pembelajaran, kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat pelajaran. Kemahiran sampingan seperti kemahiran mendengar akan digunakan pada setiap langkah dalam pengajaran dan pembelajaran ( rujuk lampiran )

Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah dirancangkan berdasarkan objektif pembelajaran, kebolehan dan pencapaian murid. Dalam pengajaran dan pembelajaran ini, gabungjalin pendidikan muzik dijalankan agar lebih menarik dan pembelajaran lebih bermakna.

Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai, setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara logikal.

3.0 Kekuatan Pendekatan Penggabungjalinan

Proses menggabungjalinan bertujuan untuk membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran dalam sesuatu masa pengajaran dan pembelajaran secara serentak serta meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah. Antara kekuatan pendekatan penggabungjalinan ini ialah :-

3.1 Gabungjalin ini akan dapat memberi ruang dan peluang kepada pertumbuhan dan perkembangan murid secara seimbang dan menyeluruh melalui pelbagai aktiviti yang bakal dilaksanakan dalam setiap peringkat perkembangan dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga akan merangsang pembabitan murid secara aktif seluruh kelas.

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu

3.2 Gabungjalin ini juga sangat penting untuk menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran disamping menjadikan proses

transformasi ilmu pengetahuan itu

lebih bermakna. Dalam penulisan

Rancangan Pengajaran Harian ( RPH ) yang dilampirkan, kemahiran sampingan seperti mendengar, berlakon akan dapat menarik minat murid. Gabungjalin matapelajaran pendidikan muzik juga akan menjadikan suasana pembelajaran lebih menghiburkan dan interaktif. 3.3 Selain itu juga, gabungjalin ini akan meningkatkan kecekapan dalam melaksanakan aktiviti dalam bilik darjah. Aktiviti yang akan dikendalikan oleh guru kepada murid akan lebih cekap dan dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh murid. Antara aktiviti yang mungkin dijalankan ilaha seperti membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel , berlakon dan sebagainya akan dilakukan oleh murid dengan cekap dan berkesan.

4.0 Aplikasi Strategi Penggabungjalinan Dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Kemahiran-kemahiran tersebut mestilah saling berkaitan antara satu sama lain. Ia boleh digabungjalinkan sama ada dua atau lebih kemahiran yang ada dalam sesuatu pelajaran itu. Proses penggabungjalinan berlaku di antara kemahiran yang berkaitan secara bersepadu serta menyeluruh. Dalam rancangan pengajaran ( RPH ) yang dilampirkan, kemahiran yang difokuskan dalam pembelajaran ini ialah kemahiran membaca dan menulis isi-isi penting dalam pembelajaran. Kemahiran ini merupakan kemahiran utama, kemudian kemahiran sampingan juga dititikberatkan untuk mencapai objektif pembelajaran seperti kemahiran bertutur, menulis dan berlakon.

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu


Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran adalah dipelbagaikan dengan cara yang menarik. Di antara pelbagai kemahiran yang digabungjalinkan, salah satu kemahiran adalah fokus iaitu kemahiran utama manakala kemahiran-kemahiran lain adalah kemahiran sampingan. Maksudnya di sini ialah dalam konsep penggabungjalinan yang menghubungkaitkan antara satu kemahiran dengan kemahiran-kemahiran yang lain ini terdapat banyak kemahiran di mana salah satu kemahiran tersebut adalah kemahiran fokus atau kemahiran utama dan kemahiran-kemahiran lain yang digabung adalah kemahiran sampingan. Organisasi kemahiran-kemahiran adalah fleksibel. Turutan kemahiran-kemahiran yang digabungjalinkan boleh berubah mengikut situasi. Sebagai contoh dalam pelajaran Bahasa Melayu ini. Gabungjalin yang akan disepadukan ialah matapelajaran Pendidikan Muzik dimana unsur lakonan dan penggunaan audio dan visual akan digabungjalin untuk menjadi satu pembelajaran yang interaktif dan lebih bermakna. Organisasi kemahiran ini adalah fleksibel dan boleh ditukar mengikut kesesuaian kehendak. Walaubagaimanapun kemahiran utama tetap diberi penekanan yang lebih. Kemahiran-kemahiran yang diintegrasikan melalui strategi penggabungjalinan adalah saling dikukuh dan diterapkan antara satu sama lain. Maksud dikukuh antara satu sama lain ialah kemahiran fokus dibantu dengan menggunakan kemahiran-kemahiran sampingan yang ada.

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu

5.0 Refleksi Untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, guru perlu bijak memainkan peranan mereka agar proses pembelajaran tidak menjadi terlalu konservatif sehingga membuatkan muris-murid menjadi bosan dan tidak berminat untuk belajar.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini terutama kepada pihak sekolah dan pihak-pihak luar seperti perpustakaan daerah Keningau dimana telah membantu kami untuk mencari maklumat dan bahan-bahan rujukan. Tidak lupa juga kepada para pensyarah yang membimbing dan memberikan tunjuk ajar. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang tidak jemu-jemu berkongsi ilmu dan idea.

Dalam menghasilkan rancangan pengajaran harian ini, saya menggunakan unsur penggabungjalinan dalam pengajaran ini agar pembelajaran matapelajaran Bahasa Melayu ini lebih menarik. Namun demikian, saya juga berdepan dengan beberapa kekangan. Berikut merupakan kekangan yang dihadapi dan disertakan dengan punca dan beberapa cadangan penambahbaikan. Pengalaman berharga ini akan dijadikan pengajaran dan panduan untuk menjadi pendidik yang baik.

5.1 Masalah Dalam menghasilkan penulisan ini, kekangan yang saya hadapi ialah masa yang terhad dan tidak mencukupi. Sebagai seorang guru, pelajar dan sudah berkeluarga, saya menghadai kekangan dari segi masa untuk mencari bahanbahan rujukan untuk menyiapkan tugasan ini. Masa yang terhad ini terpaksa di bahagi-bahagikan antara kerja di sekolah, masa di rumah bersama anakanak dan masa sebagai pelajar.

Selain itu, saya juga menghadapi kekangan untuk mendapatkan sumber rujukan. Walaupun tajuk penggabungjalinan ini sudah lama di gunakan dalam

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu


bidang pendidikan, namun rujukan tidak begitu banyak di pasaran. Namun begitu saya memanfaatkan sumber rujukan daripada internet dan

10

perpustakaan..

5.2 cadangan penambahbaikan

Dalam berdepan dengan kekangan tersebut, beberapa cadangan penyelesaian yang perlu saya lakukan pada masa akan datang agar saya dapat mengelakkan daripada masalah yang dihadapi berulang kembali. Antara cadangan tersebut ialah saya harus bijak membuat perancangan masa dan dapat membahagikan masa untuk membuat tugasan dengan secukupnya. Dengan bijak membuat perancangan masa, tugasan akan dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur.

Selain itu, masalah kekurangan bahan rujukan yang saya hadapi juga dapat diatasi apabila saya manfaatkan sumber rujukan yang ada di sekeliling seperti Sumber internet yang merupakan sumber hujung jari saya manfaatkan sepenuhnya untuk mendapatkan sumber rujukan. selain sumber daripada

internet, pihak sekolah seperti guru-guru juga boleh digunakan sebagai tempat untuk berkongsi idea dan berbincang mengenai cara mengaplikasi pendekatan penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu

11

6.0 Rumusan Keseluruhan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu yang dirancang dengan teliti, lengkap serta tepat membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat murid murid terhadap guru sekaligus membantu membina disiplin yang positif. Ini kerana guru dapat melaksanakan pengajarannya dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan tidak bertindak dalam keadaan kelam kabut. Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru tidak dapat mencapai kompetensi dalam pengajarannya. Sebelum melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran, guru harus memahami tugas tugas yang sebenar semasa merancang persediaan mengajar dan melaksanakannya di dalam bilik darjah. Dalam pada itu, guru hendaklah memilih sumber pelajaran serta isi pelajaran yang sesuai. Dengan ada rancangan pengajaran yang sesuai dan berkesan, objektif

pengajaran yang berkesan akan tercapai. Bagi menentukan objektif pengajaran tercapai, guru boleh menentukan jenis penilaian yang akan digunakan untuk mengukur pencapaian murid diakhir proses pengajaran dan pembelajaran hari tersebut. Oleh yang demikian, pendekatan bersepadu penggabungjalinan ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat menjadikan ia lebih menarik dan interaktif. Dalam pendekatan kesepaduan ini setiap pendekatan adalah berbeza dari segi konsep dan cara penggunaannya merujuk kepada keadaan murid-murid. Kesan daripada penggunaan pendekatan yang sesuai ialah murid-murid akan mudah faham dan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu


dengan cepat dan mudah. Tujuan menggunakan pendekatan yang sesuai ini ialah supaya

12
guru-guru dapat mencapai objektif yang diharapkan.

LAMPIRAN

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

13
Tarikh Masa Kelas Matapelajaran Tajuk Objektif pembelajaran : : : : : : 12 0ktober 2011 9.00 10.00 pagi 5 Anggerik Bahasa Melayu Adat Perkahwinan Melayu 1. Menyoal dengan menggunakan pelbagai Kata Tanya untuk mendapatkan maklumat lanjut. 2. Menulis karangan berbentuk frasa yang bertajuk Majlis Perkahwinan Masyarakat Melayu. Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid akan menpelajari: 1. Membaca dan mengenalpasti isi utama dan isi sampingan daripada teks. Aras 1 Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada pelbagai bahan bacaan. 2. Bertanya tentang sesuatu perkara secara

bertatasusila. Aras 1 Mengemukakan soalan dengan menggunakan Kata Tanya untuk mendapat penjelasan lanjut. 3. Membina dan menulis Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk dalam suatu penulisan teks suatu tajuk. Aras 3 Menulis cerita berdasarkan suatu tajuk denggan menggunakan pelbagai jenis ayat. Pengisian Kurikulum : - budaya ilmu pengetahuan

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu


Penerapan Nilai : Kemahiran Gabungjalin : Pengetahuan sedia ada : berkerjasama

14
Sopan santun Hormat menghormati Menulis Membaca Berlakon Nyanyian

- murid pernah melihat majlis perkahwinan di kampung masing-masing.

Set induksi ( 5 Minit )

- Guru memperdengarkan lagu dari laptop kepada murid. Lagu dipilih ialah lagu saloma Selamat Pengantin Baru Guru mengaitkan dengan topik pembelajaran.

Langkah 1 ( 20 minit ) berpantun

- guru menayangkan slaid mengenai adat perkahwinan Melayu mengenai adat bersanding, berinai dan adat semasa meminang gadis. Murid diminta meneliti petikan yang diberikan. Murid disarankan menggunakan kata Tanya untuk mendapatkan isi penting daripada tayangan slaid.

Langkah 2 ( 20 minit )

- murid melakukan aktiviti lakonan untuk memahami Dengan lebih lanjut adat bertunang seperti berpantun. Membaca bait- bait pantun bersama-sama

Langkah 3 ( 10 minit ) Rumusan ( 5 minit )

- murid di berikan latihan pengukuhan untuk menulis karangan mengenai adat perkahwinan kaum Melayu.

- guru menanya murid tentang apa yang dipelajari. - guru membuat rumusan keseluruhan.

RUJUKAN

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu


Laman Sesawang 1. http://www.scribd.com/doc/13804484/TEMATIK-BERSEPADU http://www.scribd.com/doc/48066053/teknik-mengajar http://raisingthesoftvolume.blogspot.com/2008_07_01_archive.html 2. http://www.slideshare.com

15

Jumlah patah perkataan : 2580 patah perkataan

Vous aimerez peut-être aussi