Vous êtes sur la page 1sur 18

Apa dia Sistem Hidraulik ?

Sistem hidraulik merupakan suatu sistem pengendalian kuasa. Pengendalian kuasa melibatkan pemindahan kuasa. Pemindahan kuasa menggunakan medium bendalir atau cecair.

Daya

Beban

Bendalir

Rajah Keratan Rentas Kendalian Sistem Hidraulik

Faedah / Tujuan Pengunaan Sistem Hidraulik

Antara faedah menggunakan sistem ini, ia boleh berfungsi atau bertindak sebagai, a) Pengangkat (Contoh, jek kenderaan) b) Pemampat (Contoh, mesin kerja tekan) c) Pencengkam (Contoh, sistem brek kenderaan) d) Penolak (Contoh, jentolak)

Kelebihan Sistem Hidraulik

Antara kelebihan menggunakan sistem ini ialah,

a) Sesuai untuk melakukan kerja-kerja yang berat. b) Pergerakan sistem lancar dan licin. c) Penukaran arah gerakan mudah dikendali. d) Kawalan secara jauh dapat dilakukan.

Sifat-Sifat Bendalir Hidraulik

Perlu mempunyai ciri-ciri berikut,

a) Boleh berfungsi sebagai bahan pelincir. b) Kuantitinya tidak berkurangan atau merosot. c) Boleh membantu mencegah kakisan. d) Ia tidak menyerap udara.

Prinsip Dan Rumus Hukum Pascal

Hukum Pascal menyatakan tekanan (P) pada bendalir statik di dalam bekas mesti mematuhi berikut, i. P bertindak serenjang dengan dinding bekas. ii. P pada mana-mana titik dalam bendalir adalah sama pada semua arah. iii. P dalam bekas yang tertutup dihantar seragam kepada bahagian lain bendalir.

Prinsip Dan Rumus Hukum Pascal


Tekanan Yang Berlaku Dalam Bekas Tertutup Tekanan (P ) terhasil apabila satu daya (F) ditindakan ke atas permukaan bekas yang tertutup. F Tekanan P itu berkadar terus dengan daya F yang bertindak dan berkadar songsang dengan luas permukaan yang ditindak oleh daya F tersebut. Berdasarkan prinsip tersebut dapat dirumuskan, P F dan P 1/A P=F/A A

Sistem Hantaran Daya Hidraulik

Sistem hantaran daya hidraulik berkaitrapat dengan Hukum Pascal. Mengikut hukum tersebut, jika luas permukaan A1 ditindak oleh satu daya F1 maka tekanan P akan terhasil. Tekanan P itu juga akan memberi kesan yang sama kepada luas permukaan A2 yang dibeban oleh daya F2. Berdasarkan prinsip di atas, didapati sistem hantaran daya hidraulik bergantung pada daya (F) dan luas permukaannya (A).

F1

F2 Beban A2

A1

P P

Bendalir

Sistem Hantaran Daya Hidraulik

Maka, kesan tindakan daya F dan tekanan P yang terhasil dapat dirumuskan sebagai P = F / A atau P = F1 / A1 atau P = F2 / A2 Manakala kesan tekanan P1 dan P2 ke atas luas permukaan A1 dan A2 adalah sama dan dapat dirumuskan sebagai P = F1 / A1 = F2 / A2

Komponen-Komponen Dalam Sistem Pneumatik

Sesuatu sistem pneumatik itu akan boleh berfungsi apabila sistem itu dilengkapi dengan komponen-komponen berikut. a) b) c) d) e) f) g) h) i) j) Pemampat Udara Saluran Udara Pengering & Penerima Penapis Udara Pengatur Tekanan & Tolok Tekanan Alat Pelincir Injap Kawalan Berarah Injap Kawalan Aliran Silinder Penyenyap / Penyerap
Pemampat

Silinder

Udara Omboh

Fungsi Dan Simbol Komponen Sistem Pneumatik

a) Pemampat Udara Memampat udara daripada atmosfera kepada tekanan lebih tinggi. M

b) Saluran Udara Laluan menyalurkan udara termampat masuk ke dalam sistem pneumatik.

Fungsi Dan Simbol Komponen Sistem Pneumatik


c) Pengering & Penerima Pengering sejukkan udara dan keluarkan peluwapan. Penerima merupakan tangki udara termampat dan menstabilkan udara. d) Penapis Udara Menapis dan menghalang bendasing dari udara termampat memasuki saluran sistem pneumatik. Jika berlaku, sistem mungkin tidak berfungsi ataupun rosak.

Fungsi Dan Simbol Komponen Sistem Pneumatik

e) Pengatur Tekanan & Tolok Tekanan Melaras tekanan mengikut keperluan sistem untuk elak kerosakan sambungan litar dan komponen pneumatik. f) Alat Pelincir Melincirkan pergerakan sistem dan jangka hayat komponen pneumatik.

Fungsi Dan Simbol Komponen Sistem Pneumatik


A B g) Injap Kawalan Berarah P R Mengawal arah udara termampat memasuki ke liang tertentu dalam sistem pneumatik. Lazimnya jenis injap kekili dan digerakan samada secara insani, elektrik atau mekanik. h) Injap Kawalan Aliran Mengawal kelajuan keadaan aliran udara termampat ke silinder sistem pneumatik. Terdapat jenis aliran searah dan jenis boleh ubah.

Fungsi Dan Simbol Komponen Sistem Pneumatik


i) Silinder Menggerakkan arah gerakan bahankerja secara pergerakan lelurus atau linear.

j) Penyenyap / Penyerap Mengurangkan bunyi udara termampat yang dilepaskan melallui liang ekzos pneumatik.

Litar Asas Pneumatik Dan Kendaliannya x


j a b c d
P A

h e f g
y
R B

Pada Kedudukan X i. Udara melalui liang P ke A dan masuk ke silinder menolak omboh. ii. Omboh akan bergerak ke bawah. iii. Lebihan udara akan keluar melalui liang B ke R.

Pada Kedudukan Y i. Udara melalui liang P ke B dan masuk ke silinder menolak omboh. ii. Omboh akan bergerak ke atas. iii. Lebihan udara akan keluar melalui liang A ke R.

Aras 2 Jawab SEMUA soalan berikut dalam buku nota anda.

M (a) (b) Rajah 1 Rajah 1 menunjukkan simbol komponen-komponen sistem pneumatik. i) Namakan simbol komponen a, b dan c dalam rajah tersebut. ii) Nyatakan fungsi komponen-komponen berkenaan. iii) Jika komponen Rajah 1(b) tidak dipasang dalam sitem pneumatik, adakah sistem boleh berfungsi. Beri alasan anda. (c)