Vous êtes sur la page 1sur 12

1. TAJUK UJIAN Ujian mata pelajaran fiqh bagi tahun 7 (tingkatan 1) 2.

PENGENALAN Pencapaian dan prestasi pelajar-pelajar adalah suatu perkara yang utama dan perlu diambil perhatian oleh semua pihak guru sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan institut pengajian tinggi. Kedua perkara ini tidak akan dapat dikenalpasti jika pihak guru hanya mengajar sepanjang masa tanpa memberikan atau menyumbangkan sesuatu yang boleh menilai sejauhmana kebolehan atau kefahaman pelajar apa yang telah disampaikan oleh guru. Sebagaimana yang kita maklum ada tiga perkara domain penting yang ditekankan dalam pengajaran, iaitu domain afektif, kognitif dan psikomotor. Namun tidak semua domain ini boleh dicapai dalam satu masa yang sama. Kadang-kala ia dicapai mengikut suatu keadaan yang berbeza. Setiap domain mempunyi cara untuk menilainya, salah satunya ialah dengan mengadakan ujian. Apa dia ujian? Menurut kamus dewan(edisi empat) ujian ialah 1. pemeriksaan utk mengetahui buruk baiknya (keasliannya dll) 2. percubaan utk memeriksa (mengetahui, memastikan, dsb) sesuatu hal dll (dlm bidang sains dll) 3. pemeriksaan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan dll). 4. sesuatu yg dilakukan utk mencuba atau menduga kesungguhan (kebenaran, kesetiaan dll), cubaan. 5. yg digunakn utk atau ketika peperiksaan.(Kamus Dewan,edisi empat:1757) Ujian ialah satu alat yang wujud dalam pelbagai bentuk seperti kertas dan pensel, lisan, prestasi atau tunjuk cara. Secara lebih khusus, ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat atau peribadi seseorang berhubung dengan aspek pendidikan dan psikologi.(Mokhtar Ismail, 2009:26)

Ujian juga satu tugasan atau satu siri tugasan yang digunakan untuk mendapatkan satu pemerhatian(maklumat) yang sistematik di mana tugasan itu diandaikan

representatif(wakilan) bagi atribut yang dikehendaki.(Bhasah Abu Bakar,2003:2) Ia juga didefinisikan satu teknik untuk mengukur pencapaian atau tingkah laku seseorang individu yang boleh dijalankan secara lisan, bertulis dan juga amali. Ia mestilah dijalankan beberapa kali dalam masa setahun untuk memastikan proses pengajaran difahami oleh pelajar.(Salleh Lebar,2009:104) Sebagai rumusan, ujian adalah suatu alat bersistematik yang bertujuan untuk mengukur sejauhmana pelajar atau murid memahami atau memegang konsep suatu pelajaran yang disampaikan guru di dalam bilik darjah.

3. JENIS UJIAN YANG DIGUNAKAN Ujian yang digunakan dalam kertas kerja ini ialah ujian kertas dan pensel berbentuk objektif. Format ujian ialah item aneka pilihan bagi mata pelajaran fiqh. Ujian item aneka pilihan merupakan format ujian popular kerana kelebihannya yang tersendiri. Di antara kelebihannya ialah, pertama, ia dapat menguji pencapaian pelajar terhadap kandungan pelajaran secara menyeluruh. Kedua, item ini mudah dibentuk sehingga masalah yang hendak diuji dapat dinyatakan dengan jelas dan tepat. Ketiga, proses pemeriksaan dan pemarkahannya adalah cepat dan cekap.(Mohammad Sahari Nordin,2002:46) Dalam kertas kerja ini, soalan adalah sebanyak 20 item yang mempunyai empat alternatif masing-masing. Kertas ujian yang sama ditadbir sebanyak dua kali yang mana terdapat beberapa pembaharuan item dibuat pada kertas ujian yang kedua.

4. OBJEKTIF UJIAN Mata pelajaran yang dipilih ialah fiqih bagi tahun 7(tingkatan satu).. Tajuk-tajuk bagi menjalankan ujian adalah sembahyang, wudhu, tayammum, istinja, hadas, air, najis dan bersuci. Adapun objektif am bagi ujian yang ditadbir ialah bagi melihat kebolehan setiap pelajar menjawab soalan-soalan yang diajukan dalam kertas ujian.

5. KONSEP-KONSEP YANG BERKAITAN Beberapa konsep yang berkaitan digunakan dalam laporan ini, berikut adalah teori-teori yang penting dan berkenaan : 1. ITEMAN Iteman ialah perisian yang berperanan menganalisis item-item. Perkara utama yang diambil perhatian dalam output yang dihasilkan iteman ialah nilai aras kesukaran dan juga nilai indeks diskriminasi.

2. INDEKS KEBOLEHPERCAYAAN (ALPHA) Indeks kebolehpercayaan ialah suatu nilai di mana menunjukkan adakah suatu ujian yang ditadbir itu mempunyai ketekalan dari satu item ke satu item. Melalui indeks ini, dapat dianggarkan sebanyak mana wujudnya selisihan pengukuran dalam suatu ujian. Semakin kurang selisihan pengukuran, semakin tepat suatu ujian.

3. INDEKS KESUKARAN (P) Indeks kesukaran item ialah satu indeks pengukuran tentang kesukaran suatu item bagi kumpulan yang diuji dan secara konvesionalnya ditulis sebagi nilai p. Pengukuran ini digunakan untuk menghuraikan kesukaran item bagi sesuatu ujian.Indeks ini boleh digunakan untuk meneliti dan menilai atau menentukan kualiti item menggunakan kriteria dan piawai.

Indeks kesukaran boleh disebut sebagai perkadaran pelajar dalam kumpulan yang diuji dapat menjawab sesuatu item dengan betul. Indeks kesukaran dinyatakan sebagai perkadaran dan julatnya adalah antara 0.00 hingga ke 1.00. Jika nilainya dinyatakan dalam peratusan maka julatnya adalah dari 0% ke 100%. Ini bermakna, lebih tinggi nilai-p, maka lebih mudahlah sesuatu item berkenaan kepada kumpulanyang diprauji itu kerana lebih ramai pelajar dapat menjawab item berkenaan dengan betul. Tujuan mengukur indeks kesukaran item adalah bagi memastikan pembina ujian mematuhi cara tertentu dalam menyusun item. Ini kerana terdapat satu kaedah menyusun item dalam kertas ujian dan cara susunan item didapati mempengaruhi jawapan pelajar. Disamping itu, indeks kesukaran juga dapat membantu pembina ujian memilih item yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam ujian bentuk akhir. Sekiranya ujian itu untuk pemilihan, maka sudah tentu item yang akan dikemukakan adalah yang sukar yang memerlukan pelajar berfikir, mengaplikasi, analisis, sintesis dan menilai sesuatusebelum dapat memberikan jawapan. Jadual di bawah menunjukkan aras kesukaran suatu item berdasarkan nilai p Indeks Diskriminasi 0.80-1.00 0.61-0.80 0.41-0.60 0.21-0.40 0.00-0.20 Maksud Terlalu mudah Mudah Sederhana Sukar Terlalu sukar

Jadual 1.1: Tafsiran bagi setiap aras indeks kesukaran

4. INDEKS DISKRIMINASI (D) Indeks diskriminasi merupakan satu ciri yang menjelaskan kebolehan sesuatu item untuk mengukur kepekaan pembezaan individu. Sesuatu item itu dianggapberdiskriminasi sekiranya ramai pelajar dari kumpulan berkebolehan tinggi bolehmenjawabnya dengan betul berbanding dengan pelajar yang datangnya dari kumpulan berkebolehan rendah Ebel (1965) telah menyediakan satu rule of thumb untuk mentafsirkan indeksdiskriminasi sesuatu item. Indeks ini sesuai digunakan untuk menghuraikan perananitem dalam kebolehpercayaan ujian. Jadual 1.2 dibawah memaparkan tafsiran bagiindeks diskriminasi.

Indeks Diskriminasi > 0.4 0.30-0.39 0.20-0.29 0.10-0.19

Maksud Item amat diskriminasi Item yang berdiskriminasi Diskriminasi yang sederhana Kurang diskriminasi dan perlu semakan semula Item kurang diskriminasi dan item perlu dibuang

< 0.10

Jadual 1.2: Tafsiran bagi setiap aras indeks diskriminasi

Item diskriminasi biasanya dihitung dengan membandingkan prestasi pelbagaikumpulan terhadap sesuatu item dengan prestasi mereka ke atas sesuatu kriteria yangjuga mengukur trait yang sama. Indeks diskriminasi biasanya diukur menggunakanperbezaan di antara kumpulan atas (biasanya 27%) yang dapat menjawab sesuatu itemdengan betul dengan kumpulan bawah (biasanya 27%) yang dapat menjawab item yang sama dengan betul. Indeks diskirminasi akan mempunyai nilai dari -1.00 hingga1.00
5

5. UJIAN RUJUKAN NORMA Ujian rujukan norma ialah satu ujian di mana seorang guru mempunyai objektif bagi mengukur kebolehan setiap murid dalam menjawab item-item. Guru yang menggunakan pendekatan ini bertujuan untuk melihat perbezaan murid yang pandai dan murid yang lemah.

6. ITEM RESPONSE THEORY(WINSTEP) Ia merupakan satu teori moden dalam bidang pengukuran pendidikan. Teori ini diperkenalkan oleh Rasch yang mana teori ini melihat kepada dua perkara dalam satu skala yang sama. Kesukaran item dan kebolehan responden diukur dalam masa yang sama. Di samping itu, teori ini dapat melihatkan jarak yang sebenarnya di antara respon yang menunjukkan kebolehan mereka sebenar dalam menguasai sesuatu item yang berbeza.

7. LOGIT SCALE Ia adalah satu skala yang ada dalam IRT. Skala ini sekaligus mengukur kebolehan respon dan kesukaran item. Respon yang berada pada aras atas sebelah kiri dikatakan berkebolehan dan boleh menguasai item yang berada di aras bawah sebelah kanan, manakala respon yang berada pada aras bawah sebelah kiri dikatakan tidak boleh menguasai item yang berada di aras atas sebelah kanan. Inilah fungsi skala logit yang berkeupayaan mengukur dua perkara dalam masa yang sama.

6. PELAKSANAAN PENTADBIRAN UJIAN Sebelum kertas ujian dibina, penulis terlebih dahulu memohon kebenaran kepada pihak sekolah untuk mengizinkan penulis masuk ke sebuah kelas bagi mengadakan ujian yang akan dibina dan diedarkan oleh penulis sendiri.

Sekolah yang dipilih ialah Sekolah Menengah Pehin Dato Seri Maharaja, Mentiri. Penulis terdahulu berbincang dengan seorang guru yang mengajar tahun 7 untuk menanyakan adakah mata pelajaran yang dipilih penulis telah diajarkan kesemuanya kepada pelajar, iaitu Fiqh. Hasil dari perbincangan bersama guru tersebut didapati bahawa hampir ke semua tahun 7 telah selesai mempelajari mata pelajaran tersebut. Dengan itu penulis pun membuat persetujuan dengan guru tersebut untuk mengedarkan kertas ujian yang berbentuk formal untuk diagihkan kepada sebuah kelas sahaja, iaitu tahun 7E seramai 33 orang. Selain itu, penulis juga memaklumkan kepada guru tersebut bahawa ujian ini akan dijalankan sebanyak dua kali sahaja dengan menggunakan kertas soalan yang sama. Penulis juga mengambil maklum bahawa masa penulis mengadakan ujian itu adalah bertepatan waktunya kerana masa yang diambil penulis merupakan waktu mengulangkaji. Apabila permohonan telah selesai, penulis pun merangka satu jadual spesifikasi sebelum mentadbir ujian (Lampiran A) dan ujian pertama (Lampiran B) ditadbir berdasarkan kepada jadual spesifikasi. Analisis item dibuat kepada ujian yang pertama dan didapati ada beberapa item yang perlu diubahsuai melihat kepada nilai yang dihasilkan indeks diskriminasi dan indeks kesukaran. Berdasarkan kepada hasil analisis tersebut, beberapa objektif telah diubahsuai dalam jadual spesifikasi (Lampiran C) begitu juga dengan beberapa item dalam ujian pertama (Lampiran D). Proses menganalisis juga dijalankan sama seperti sebelumnya. Tujuan ujian ini ditadbir sebanyak dua kali ialah untuk melihat adakah ujian pertama yang ditadbir itu boleh dikatakan sebagai ujian yang baik atau sebaliknya.

7. LAPORAN ANALISIS ITEM Hasil laporan yang dikemukakan dalam kertas kerja ini akan dihuraikan mengikut jenis perisian yang digunakan bagi ujian pertama (pretest) dan ujian kedua (posttest). Perisian tersebut ialah Iteman dan Winstep.

7.1 Laporan bagi ujian pertama (pre-test) 7.1.1 Hasil dapatan menggunakan perisian Iteman (Lampiran output iteman ujian pertama boleh dilihat pada lampiran E) Hasil daripada analisis menunjukkan bahawa ujian pertama berada dalam tahap yang baik dan memadai , berdasarkan kepada output alpha = positif 0.663. Min, mode dan median bagi ujian ini ialah 14 sehingga membentuk sebaran normal yang sempurna (symmetric distribution). Meskipun ujian ini berada dalam tahap yang baik, masih terdapat beberapa item yang perlu diambil perhatian terhadap p dan d nya. Seperti mana yang dinyatakan dalam bab konsep yang berkaitan berkenaan dengan indeks diskriminasi, Ebel telah menggubal satu jadual bagi mengukur dan menghuraikan peranan item itu sendiri. Berdasarkan output yang dihasilkan, terdapat 8 item yang memerlukan pengubahsuaian. Berikut dinyatakan item tersebut beserta nilai p dan d: y y y y y y y y Item 1, p = 1.00, D = .00 ( item perlu dibuang diubahsuai) Item 2, p = .97, D = .10 (item memerlukan kepada semakan) Item 4, p = .94, D = .10 (item memerlukan semakan) Item 5, p = .97, D = .10 (item memerlukan semakan) Item 6, p = .24, D = .10 (item memerlukan semakan) Item 12, p = 1.00, D = .00 ( item perlu dibuang diubahsuai) Item 14, p = .97, D = .00 ( item perlu dibuang diubahsuai) Item 20, p =1.00, D = .00 ( item perlu dibuang diubahsuai)

Sebagai rumusan, berdasarkan kepada data di atas, empat dari lapan item, iaitu item 1, 12, 14 dan 20 perlu dibuang dan diubahsuai. Manakala empat lagi item, iaitu item 2,4,5 dan 6 hanya perlu disemak dari segi alternatif dan teknik penyoalannya.

Menurut pendekatan ujian rujukan norma, item 1, 12,14 dan 20 dikategorikan sebagai item yang tidak mempunyai makna apa-apa dan disebabkan itulah ia perlu dibuang. Ini kerana kita tidak dapat melihat perbezaan nisbah murid yang pandai menjawab betul dan murid yang lemah menjawab betul, yang mana D nya ialah 0.00. Sebaliknya, pendekatan ujian rujukan kriteria menyatakan bahawa item 1, 12, 14 dan 20 dikategorikan sebagai satu item yang bagus kerana ia menggambarkan bahawa murid-murid boleh menguasai dan memahami akan konsep yang ada pada item-item tersebut.

7.1.2 Hasil Dapatan menggunakan perisian Winstep (Lampiran output Winstep ujian pertama boleh dilihat pada lampiran F) Berdasarkan kepada maklumat yang dihasilkan, kebolehan dan kesukaran item diukur oleh satu skala, iaitu logit. Min bagi kumpulan ini ialah 0, jarak sisihan piawai bergerak dari -5 hingga +5. Seramai 29 orang murid yang berada di atas min, iaitu 0, manakala sebanyak 11 item berada di atas min. Murid nombor 29 merupakan murid yang paling pandai di dalam kelas ini kerana ia berkebolehan tinggi mengatasi ke semua item yang disoal dalam ujian ini. Begitu juga dengan murid nombor 15, 16, 30 dan 14. Murid 5 dan 6 pula merupakan murid yang lemah kerana sebanyak 12 item adalah sukar bagi mereka untuk menguasai dan menjawabnya. Bagi skala item, sebanyak 9 item berada di atas min, manakala sebanyak 11 item pula berada di bawah min. Item 6 dan 15 adalah item di aras sukar, manakala item 1, 12 dan 20 pula item di aras mudah. Sebagai rumusan, menganalisis item ujian dengan menggunakan perisian Winstep, menunjukkan bahawa ujian ini adalah mudah kerana banyak murid yang berkebolehan mengatasi item-item yang sukar.

7.2 Laporan bagi ujian kedua (posttest) 7.2.1 Hasil dapatan menggunakan perisian Iteman (Lampiran output iteman ujian kedua boleh dilihat pada lampiran G) Pengubahsuaian yang dibuat terhadap beberapa item dalam ujian pertama, terdapat beberapa perubahan yang ketara ke atas nilai p dan d, begitu juga dengan alpha = 0.634. Setelah beberapa item diubahsuai, iaitu item-item yang dinyatakan dalam laporan pertama. Hanya 3 item sahaja yang masih memerlukan semakan, iaitu item 1, 4 dan 7 yang mempunyai nilai diskriminasi kurang dari 0.20. 7.2.2 Hasil Dapatan menggunakan perisian Winstep (Lampiran output Winstep ujian kedua boleh dilihat pada lampiran H) Bagi ujian yang kedua (posttest) terdapat beberapa perubahan bagi item. Berdasarkan output yang dihasilkan, seramai 25 orang murid yang berada pada atas min manakala selebihnya berada di bawah min. 5 orang murid, iaitu murid 10, 15, 12, 16 dan 17 boleh menguasai kesemua item. Menurut skala, murid nombor 10 adalah murid yang mempunyai kebolehan paling tinggi dalam menjawab kesemua item. Bagi skala item, sebanyak 11 item berada di atas min, manakala sebanyak 9 item pula berada di bawah min. Item 8 dan 15 adalah item di aras sukar, manakala item 4, 1 dan 7 pula item di aras mudah.

8. Kebolehpercayaan dan Kesahan Kebolehpercayaan bagi ujian pertama adalah di tahap yang baik, iaitu 0.663. Bagi ujian ulangan (posttest) nilai kebolehpercayaan ialah 0.634. Terdapat sedikit penurunan sebanyak 0.029(0.663-0.634. Berlakunya penurunan dalam nilai kebolehpercayaan kerana:

10

1. Faktor masa : masa yang diberikan pada murid ialah 45 minit. Disebabkan terdapat beberapa orang murid yang masih memerlukan masa, maka masa menjawab soalan ditambah sebanyak 10 minit. 2. Faktor meneka : semasa melihat dan menyemak jawapan, didapati ramai dalam kalangan murid yang hanya meneka dan memilih jawapan seperti yang mereka berikan dalam kertas ujian yang pertama. Terdapat murid yang tidak membaca beberapa soalan dan juga alternatif yang telah diubahsuai. Oleh itu, mereka menjawab hanya dengan meneka tanpa membaca. 3. Faktor gangguan : Semasa ujian dijalankan, 80% daripada murid merasa terganggu apabila segelintir murid lalulintas. Ini didapati oleh penulis sendiri ketika sekumpulan murid dari kelas lain melintas kelas mereka, mereka akan melihat ke jendela untuk melihat murid-murid yang lalu-lalang di kawasan kelas mereka. Akibat dari inilah mereka merasa terganggu untuk menumpukan perhatian kepada kehendak soalan. 4. Faktor kekeliruan : Dalam 50% murid-murid agak keliru dengan alternatif yang disenaraikan dalam beberapa item. Kerana ketidak jelasan soalan dan juga alternatif, maka agak sukar untuk murid memahami kehendak soalan sehingga mereka memilih jawapan yang salah.

9. Rumusan Membina suatu ujian bukanlah perkara yang mudah seperti yang dijangkakan. Jika dahulu, guru hanya membina ujian tanpa ada jadual spesifikasi dan arah tertentu. Mereka hanya membina ujian berdasarkan apa yang ada dalam buku sahaja. Kini terdapat pelbagai cara bagi membina item yang berkualiti bagi mencapai aras objektif yang diinginkan bukan sahaja dari segi kognitif, malah juga efektif dan psikomotor.

11

Item-item yang dibina juga boleh dianalisis dengan menggunakan perisian iteman bagi tujuan mengetahui adakah item yang ditadbir dikategorikan sebagai item yang baik atau sebaliknya. Untuk menilai item, dilihat kepada dua perkara, iaitu indeks diskriminasi dan juga aras kesukaran. Jika indeks diskriminasi berada di bawah 0.10, maka item itu perlu dibuang dan diubahsuai dengan item yang baru. Salah satu cara untuk menganalisis item ialah dengan menggunakan Item Response Teori (IRT). Teori ini adalah satu teori yang moden yang mana ia mengukur dua perkara dalam satu skala yang sama, iaitu kebolehan dan kesukaran. Ini adalah kelebihan teori tersebut berbanding dengan iteman yang mana iteman hanya mengukur satu perkara sahaja dan tidak dapat mengukur perbezaan kebolehan murid.

12

Vous aimerez peut-être aussi