Vous êtes sur la page 1sur 25

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Tahun Tarikh Masa Bilangan Murid Tajuk Tema Objektif

: Bahasa Melayu : 3 Allegro : 02 Ogos 2010 : 8.00 pagi- 9.00pagi (60 minit) : 30 orang : Kisah Teladan Sang Kancil dan Buaya : Pendidikan Moral : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid- murid dapat: 1. Menyampaikan cerita kisah Sang Kancil dan Buaya dengan menggunakan sebutan, intonasi yang betul serta gaya penyampaian yang sesuai.

2. Membaca pantas sekurang- kurangnya 60 peratus sebutan dan intonasi yang betul berdsarkan teks yang bertajuk Sang Kancil dengan Buaya

3. Menyatakan tiga nilai dalam teks dengan menggunakan perkataan sendiri.

4. Menulis 5 ayat majmuk dengan berserta penggunaan kata hubung yang sesuai.

Hasil Pembelajaran Fokus Utama

2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Aras 3 i. Bercerita dengan menggunakan sebutan, intonasi yang betul dan gaya penyampaian yang sesuai. Fokus Sampingan 7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat. Aras 3 i. Menghuraikan maksud keseluruhan teks yang dibaca. ii. Menjelaskan pengajaran yang terdapat dalam teks 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk. Aras 3 i. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung.

Pengisian Kurikulum Nilai Murni Ilmu Nilai Tambah : Tolong menolong, bekerjasama, menghormati, berterima kasih. : Pendidikan Moral, Kajian Tempatan : Kecerdasan Pelbagai, Kemahiran Berfikir, Kontruktivisme

Sistem Bahasa

: i. Tatabahasa : Ayat Tunggal, Ayat Majmuk, dan Kata Hubung ii. Kosa Kata : Cerdik, Kelakuan, Tolong- Menolong dan

Kebijaksanaan.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah mendengar cerita teladan tentang Sang Kancil dengan Buaya

Bahan Bantu Mengajar

: LCD, video tentang zoo, Video kisah Sang Kancil dengan Buaya Komputer Bimbit, Kad Gambar Haiwan.

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti P & P

Catatan

Set induksi (5 minit )

Tayangan binatang di zoo.

video

 Guru bertanyakan Video : berbagai pengalaman murid-murid dan meminta untuk menyebut kembali nama binatang yang ditonton.  Guru bersoal jawab dengan murid dan jenis binatang di Zoo.

mengaitkan dengan langkah seterusnya..

Langkah 1 ( 7 minit )

Tayangan video Sang Kancil dan Buaya. Nilai murni : y Tolongmenolong y y Berbuat baik Bijaksana

 Guru menayangkan video tentang Sang Kancil dengan Buaya.

Video: Sang Kancil dengan Buaya

Kecerdasan  Murid diminta menonton dan menghayati nilai murni yang terdapat dalam video tersebut.  Guru bersoal jawab dengan murid tentang nilai murni serta pengajaran yang terdapat di dalam cerita tersebut. Nilai : Bijaksana pelbagai: Muzik

Langkah 2 ( 13 minit )

Melakonkan berdasarkan

cerita Aktiviti 1 gambar  Guru meminta murid membentuk beberapa kumpulan kecil.

Kontekstual Kecerdasan Pelbagai: Interpersonal BBM : kad gambar tunggal

yang ditunjukkan

 Guru menunjukkan beberapa gambar tunggal.  Guru meminta beberapa orang murid tampil ke hadapan.  Setiap orang murid diberi watak masingmasing berserta skrip.  Murid-murid itu perlu melakonkan tentang cerita yang diberi.

KBT : kemahiran berfikir Nilai murni : berkerjasama. Kecerdasan pelbagai : seni dan pergerakan

Aktiviti 2  Setiap kumpulan akan diberikan gambar tunggal yang sama.  Dalam kumpulan murid diminta berbincang tentang cerita dan lakonan yang boleh dicipta berdasarkan gambar tunggal yang

diberikan oleh guru.  Setiap wakil kumpulan membentangkan hasil kerja masingmasing.  Murid membentangkan kerja dalam bentuk bercerita atau lakonan.

Langkah 3 ( 10 minit )

Teks Sang Kancil dengan Buaya Sang Kancil merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan dan cerita ini mengisahkan bagaimana dia telah memperdayakan buaya. Sang Kancil berhasrat untuk memakan buahbuahan di seberang................

Aktiviti 1  Guru mengedarkan teks yang bertajuk Sang Kancil dan Buaya.  Guru membaca teks tersebut terlebih dahulu sambil murid melakukan bacaan senyap.  Murid membaca bersama-sama guru.

BBM petikan Kancil Buaya

teks Sang dan

Aktiviti 2  Murid diminta duduk dalam kumpulan yang sama.  Murid diminta membaca teks dengan kuat beserta dengan gaya dan intonasi yang betul mengikut kumpulan.  Guru merumus keupayaan murid bercerita

Langkah 4 ( 10 minit )

Teks Sang Kancil dan Buaya

Aktiviti 1  Guru menerangkan tentang ayat majmuk dan kata hubung.  Guru menulis beberapa ayat di papan tulis dan murid diminta menulis semula.

BBM : teks cerita KBT : kemahiran berfikir Penilaian : Guru

Ayat Majmuk 1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil,

Aktiviti 2  Dalam bentuk kumpulan, guru

seraya dan lainlain. 2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.

mengedarkan teks kepada murid-murid  Kumpulan murid tersebut diminta menulis sekurang-

Contoh : Erna terjatuh lalu kakinya luka. ( Ayat Majmuk )

kurangnya lima ayat majmuk berdasarkan perkataan yang dihitamkan.  Wakil setiap kumpulan akan membacakan ayat majmuk yang di bina dengan intonasi serta gaya yang betul sambil dibimbing oleh guru.  Kumpulan yang berjaya membina sekurang- kurangnya

Kata Hubung 1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.

Contoh Kata Hubung Dan, hingga, lalu, ketika, dengan, yang, tetapi, jika, kerana, serta, kalau, kemudian.

lima ayat majmuk serta membaca dengan ayat tersebut dengan dengan intonasi serta gaya yang betul akan diberikan ganjaran.

Contoh Ayat Saya dan emak pergi  Guru membuat

ke pasar malam.

rumusan.

Langkah 5 ( 10 minit )

Pengayaan y Teka silang kata Pemulihan y Ejaan nama haiwan

 Berdasarkan teks ( kumpulan pengayaan ) diminta untuk mencari kata hubung yang tersembunyi di dalam silang kata tersebut. Berdasarkan teks tersebut juga, guru meminta murid-murid agar menggariskan ayat majmuk yang terdapat dan mencatatkannya pada lembaran kerja yg disediakan.  Guru membimbing murid pemulihan menulis nama

BBM : lembaran

yang diberi, murid teka silang kata, gambar haiwan.

KBT : kemahiran berfikir

Penilaian : Guru

haiwan berdasarkan gambar.

Penutup ( 5 minit )

Tayangan video Sang  Guru menayangkan Kancil dan Buaya. video tersebut sekali lagi. Pengajaran video Sang daripada Kancil  Guru bersoal jawab dengan murid untuk menguji kefahaman mereka tentang nilai murni yang terdapat dalam klip video itu.  Guru meminta membuat rumusan pengajaran dan pembelajaran

BBM

video

Sang Kancil dan Buaya.

Kecerdasan pelbagai : Muzik

dengan Buaya.

Penerapan murni

nilai

LEMBARAN KERJA Nama:.. Kelas:.

Arahan : Cari sepuluh kata hubung yang tersembunyi di dalam kekotak abjad di bawah dan gariskan seperti contoh di bawah.

S A M B I L M H M B R

W U A A Q T E T A P I

E S P D G F L R N S R

R T L A F G U D A F E

T E T Z Y N Y W K B F

Y A F S B A R P A N G

U D G W N L W K L T H

I C H R M A S E A F H

L V J T W K Q R T H I

P M D A N J C A Y M N

N N H I Q I Z N U K G

M A K P J I K A P K G

B B L M M L M N M L A

Supaya Atau Bahawa Hingga kerana

Jika Dan Sambil Manakala tetapi

Nama:. Arahan : Eja dan tulis nama haiwan di bawah.

Kelas:.

Contoh Skrip. Suasana Dalam Hutan Rimba Buaya : Saya Sang Buaya. Saya binatang yang sangat ganas. Kamu semua takut pada saya. Mendengar saja nama buaya, kamu semua sudah ketakutan. Sedangkan manusia juga sangat takut dengan saya. Kancil : Haha.. Jangan berlagak sombong wahai sang buaya. Adakah kamu sudah lupa akan kepintaran saya memperdayakan kamu? Sayalah binatang yang paling pintar, pantas, dan bijaksana. Gajah : Diam semua! Kamu semua ini sombong. Sayalah binatang yang paling besar dan paling kuat. Lihatlah belalai saya yang panjang. Saya boleh mengangkat kayu balak dengan

menggunakannya. Semut : Wahai sang gajah, kamulah yang paling sombong. Walaupun badan kamu besar dan kuat, namun kamu lupa bahawa saya sang semut pernah mengalahkan kamu. Sayalah binatang yang sangat rajin. Jika saya berkerjasama dengan rakan- rakan semut yang lain, nahas kamu!

KISAH SANG KANCIL DAN BUAYA


Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka

menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah bersedia membantu bila diperlukan. Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar daerahnya telah berkurang, maka Sang Kancil merancang untuk mencari makanan di luar daerahnya. Cuaca pada hari itu sangat panas, sehingga Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah melalui hutan, akhirnya Sang Kancil bertemu dengan sebuah sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang waktu, Sang Kancil minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil. Sang Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila berasa penat, ia akan berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Sang Kancil berkata di dalam hatinya, Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat. Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan daun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Tibalah Sang kancil di suatu tempat yang agak kosong. Sang Kancil melihat kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai. Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut, kata Sang Kancil. Sang Kancil terus berfikir bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam dan deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kancil melihat Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari. Tanpa membuang waktu lagi, Sang Kancil terus menghampiri Buaya yang sedang berjemur lalu berkata, Hai sabahatku, Sang Buaya, apa khabarmu hari ini?

Buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan mendapati Sang Kancil yang menegurnya tadi. Khabar baik sahabatku, Sang Kancil, sambung Buaya lagi, Apa yang menyebabkan kamu datang ke sini? Jawab Sang Kancil, Aku membawa khabar gembira untuk kamu. Mendengar kata-kata Sang Kancil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil, lalu berkata, Ceritakan kepadaku apakah yang engkau hendak sampaikan. Sang Kancil berkata, Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua. Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menakutkankan semua binatang karana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun ke dasar sungai untuk memanggil semua kawanku, kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata, Hai Buaya sekalian, aku telah diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua karena Raja Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini. Dan Sang Kancil berkata lagi, Berbarislah kamu sepanjang sungai ini mulai dari tebing sebelah sini sampai ke tebing sebelah sana. Kerana perintah tersebut berasal dari Raja Sulaiman, semua buaya segera berbaris tanpa membantah. Sang Buaya berkata, Sekarang hitunglah, kami sudah siap. Sang Kancil mula menghitung dengan menyebut, Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk, sambil mengetuk kepala buaya. Begitulah sehingga Sang Kancil berhasil menyeberangi sungai. Setelah mencapai tebing di sana, Sang Kancil melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata, Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Raja Sulaiman. Mendengar kata-kata Sang Kancil, semua buaya merasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu. Mereka bersumpah tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu lagi. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meninggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.

REFLEKSI Program latihan Pratikum di sekolah merupakan satu program bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Rendah) Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya Syafiq bin Suliman merupakan salah seorang pelajar Ijazah Sajana Muda Perguruan tersebut Major Pendidikan Muzik dengan minor Pendidikan Bahasa Melayu, serta Pendidikan Jasmani Elektif amat berbesar hati untuk menjalankan program yang diwajibkan ini. Program Praktikum adalah kesinambungan ROS yang memberi peluang kepada guru pelatih mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran pembelajaran dengan bimbingan melalui perkongsian pintar dan

pemuafakatan antara maktab perguruan, sekolah dan agensi-agensi lain yang berkaitan. Sepanjang melakukan Program Latihan Pratikum di sekolah, saya telah diberi tugasan berkumpulan Bahasa Melayu yang merupakan salah satu subjek pelajaran yang wajib bagi setiap pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP, semester 5, ambilan Januari 2009. Antara tugasan- tugasan yang terkandung serta perlu dilaksanakan secara berkumpulan termasuklah merancang satu

Rancanagan Pengajaran Harian matapelajaran Bahasa Melayu dan menjalankan RPH tersebut dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Refleksi hasil pelaksanaan perancangan RPH tersebut juga perlu dibuat dan merangkumi kekuatan.,kelemahan serta cadangan penambahbaikkan sepanjang saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran RPH tersebut.

Kekuatan Ketika melakukan proses tersbut, antara kekutan yang dapat saya nilai ialah keberkesanan kawalan kelas sepanjang saya mengajar. Murid- murid dilihat dapat memeberi respons yang positif sepanjang proses pnp berlangsung. Sebagai contoh ketika mereka menonton video Sang Kancil dan Buaya yang merupakan salah satu

bahan pembelajaran yang disediakan, mereka memberi perhatian penuh. Mereka juga turut menyanyi bersama lagu yang disediakan. Selain itu, di akhir proses pnp, saya yakin bahawa objektif saya tercapai. Murid- murid dilihat dapat menyampaikan cerita kisah Sang Kancil dan Buaya dengan menggunakan sebutan, intonasi yang betul serta gaya penyampaian yang sesuai, Membaca pantas sekurang- kurangnya 60 peratus sebutan dan intonasi yang betul berdsarkan teks yang bertajuk Sang Kancil dengan Buaya , dapat menyatakan tiga nilai dalam teks dengan menggunakan perkataan sendiri, serta menulis 5 ayat majmuk dengan berserta penggunaan kata hubung yang sesuai.

Kelemahan Terdapat beberapa kelemahan ketika saya menjalankan proses pnp tersebut. Antaranya ialah masa proses pnp yang dirancang yang terpaksa dikurangkan.. Hal ini berikutan saya murid- murid masuk ke kelas lewat daripada waktu yang sepatutnya disebabkan perhimpunan pagi dan taklimat pagi yang diberikan oleh pihak sekolah. Akibatnya, aktiviti yang telah dirancang terpaksa disingkatkan bagi langkah- langkah pengajaran yang tertentu. Selain itu, saya juga menghadapi sedikit kesukaran dalam mengendalikan kemudahan LCD kerana suis serta wayar penyambung yang menghubungkan LCD terlalu jauh. Akibatnya, video yang terhasil di skrin kelihatan kecil serta menggangu sedikit penglihatan murid- murid untuk menonton video yang disediakan.

Cadangan Penambahbaikkan Bagi konteks cadangan penambahbaikan, terdapat beberapa cadangan yang ingin saya syorkan. Pertamanya, tentang kemudahan LCD. Kemudahan ini sepatutnya digunakan secara menyeluruh oleh pihak sekolah. Di sekolah tempat saya menjalani PBS, didapati kemudahan LCD hanya terdapat sekitar dua sahaja dalam bilangan. Kemudahan jni sangat penitng kerana ianya dapat memupuk pengajaran

berasaskan ICT seperti yang digemburkan kerajaan. Selain itu, saya juga ingin memberi cadangan agar pihak sekolah supaya lebih peka dalam peraturan waktu kelas. Hal ini kerana sikap yang sambil lewa dalam hal tersebut menimbulkan kesukaran kepada pihak guru yang telah merancang proses pnp mereka mengikut jadual waktu yang ditetapkan kepada mereka.

Kesimpulan Kesimpulannya, kerja kursus ini sememangnya baik sebagai penyediaan guru- guru pelatih bagi subjek Bahasa Melayu untuk keluar mengajar disekolah kelak. Ianya juga boleh dijadikan landasan untuk mengenalpasti kelemahan serta kekuatan diri ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Vous aimerez peut-être aussi