Vous êtes sur la page 1sur 9

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

TAJUK LAWATAN DISKUSI ILMIAH DAN KAJIAN EKOSISTEM TEMPAT IPG KAMPUS SULTAN MIZAN, IPG KAMPUS DATO RAZALI DAN PULAU KAPAS, TERENGGANU TARIKH 2 MAC 2012 4 MAC 2012 (JUMAAT AHAD ) PESERTA GURU-GURU PELATIH PISMP SAINS AMBILAN JANUARI 2011

TARIKH AKTIVITI : 2 Mac 2012 hingga 4 Mac 2012 (Jumaat hingga Ahad)

PENGANJUR

Jabatan Sains, Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

LOKASI AKTIVITI : Ipg Kampus Sultan Mizan, Ipg Kampus Dato Razali dan Pulau Kapas, Terengganu

KATEGORI AKTIVITI: Lawatan ilmiah

TAKWIM IPPM

Termasuk dalam takwim Jabatan Sains

BILANGAN PERMOHONAN : Permohonan Kali Pertama di bawah Jabatan Sains oleh Unit PISMP SAINS ambilan Januari 2011. RASIONAL AKTIVITI : Lawatan Diskusi Ilmiah dan Eksplorasi Marin Pulau Kapas ini telah diilhamkan bersama oleh para pensyarah di Jabatan Sains, guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2011.

Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah sebagai penanda aras kepada pencapaian pelajar guru. Penanda aras ini berfokus kepada kaedah pemerolehan pencapaian dalam bidang Sains melalui sesi sumbang saran bersama pelajar PISMP dan pensyarah. Selain itu, program ini memberi peluang kepada pelajar guru untuk meneroka dan menjelajah keunikan Pulau Kapas antara pulau yang tercantik di Malaysia. Di samping itu, program ini dapat menguji kekuatan fizikal dan mental serta

meningkatkan kesedaran emosi, rohani, dan sosial guru-guru pelatih melalui aktivitiaktiviti yang dijalankan.

Tambahan pula, pelajar guru dapat menggunakan kesempatan ini untuk melawat dan menikmati keindahan alam di samping mengeratkan hubungan ukhwah antara rakanrakan dan juga para pensyarah khususnya.

Program ini dapat memberikan pengalaman sebenar kepada guru pelatih untuk mengurus dan mengendalikan suatu program berasaskan akademik yang boleh diaplikasikan sewaktu bertugas sebagai guru pada masa akan datang.

Tujuan program lawatan sambil belajar ini ialah : Melatih pelajar guru menggunakan ilmu pengetahuan yang diperoleh sebagai panduan untuk mengembangkan pengetahuan dan meningkatkan pencapaian akademik. Penerapan kaedah pembelajaran melalui persekitaran yang kondusif. Menerapkan, mengaplikasi dan memahami kepelbagaian hidupan dan interaksi antara hidupan dalam sebuah ekosistem. Menerap nilai-nilai murni iaitu menghargai hidupan. Menimbulkan sikap bertanggungjawab dan peka dalam memelihara dan menghayati keindahan alam terutamanya dalam aspek menikmati kurniaan Allah Melalui aktivitiaktiviti yang dirancang akan dapat memupuk semangat bekerjasama, bertimbang rasa, bertoleransi, menghargai kemampuan dan pandangan orang lain serta menghormati antara satu sama lain.

OBJEKTIF : Objektif utama Lawatan Diskusi Ilmiah dan Kajian Ekosistem ini ialah: 1) Penanda aras kepada pencapaian akedemik pelajar guru. 2) Meneroka keindahan dan khazanah yang terdapat dalam pulau tersebut di samping menguji ketahanan fizikal, mental, jasmani dan rohani.

ANGGARAN PERBELANJAAN Tanggungan Peserta Bilangan peserta = 38 orang (2 orang pemandu bas) 1 orang= RM 100.00 40 RM 100.00 = RM 4000.00
Bil 1 2 3 Perkara Bayaran seorang (RM) RM50.00 X 40 Orang RM10.00 X 38 Orang RM 20.00 X 40 Orang Jumlah keseluruhan Jumlah (RM) RM 2000.00 RM 380.00 RM 800.00

Penginapan Cenderamata Runcit

RM 3180.00

Tanggungan IPG Kampus Perempuan Melayu


Bil 1 2 Perkara Bayaran seorang (RM) RM1000.00 RM200.00 X 2 Orang Jumlah (RM) RM1000.00

Minyak dan tol Over time pemandu

RM400.00 RM1400.00

Jumlah keseluruhan

1.0

TEMPAT Program ini akan dijalankan selama tiga (3) hari, dua (2) malam iaitu pada 2 Mac 2012 hingga 4 Mac 2012 (Jumaat hingga Ahad) di Ipg Kampus Sultan Mizan, Ipg Kampus Dato Razali dan Pulau Kapas, Terengganu

2.0

PENYERTAAN DAN TARIKH Program ini akan melibatkan seramai 17 orang pelajar PISMP Sains ambilan Januari 2011 dan 4 orang pensyarah. Lawatan ini akan dijalankan pada 2 Mac 2012 hingga 4 Mac 2012 (Jumaat hingga Ahad)

3.0

SUMBER KEWANGAN Kutipan dari Pelajar dan Pensyarah

4.0

PENGINAPAN DAN MAKANAN Pelajar akan tinggal di tempat penginapan di IPG Kampus Dato Razali dan segala urusan makan dan minum akan diuruskan oleh pelajar sendiri. Bayaran akan dibuat menggunakan wang kutipan daripada pelajar.

5.0

PENGANGKUTAN Bas institut akan digunakan dari IPG Kampus Perempuan Melayu ke destinasi pergi dan balik.

6.0

DOKUMENTASI DAN LAPORAN JK Dokumentasi diberi tanggungjawab mencatat dan membuat laporan bagi aktiviti yang dijalankan untuk tujuan dokumentasi dalam laporan.

7.0

JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung

: Pengarah IPGK PM Hajah Noor Hayatee Bt Md. Noor

Penasihat

: Ketua Jabatan Sains Encik Jafri Bin Mohamed Saad

Penyelaras/ Pensyarah Pengiring

: En. Mohd Azizi Bin Yahaya : Pn. Fatimah Binti Yusof : En. Makrof Bin Mad Daud

Pengerusi Setiausaha Bendahari JK Pengangkutan Dan Tempat

: Nur Adzrini Binti Mohd Nayan : Nur Adibah Binti Harun : Fadhlin Zahirah Binti Suhimi : Intan Najihah Binti Mohamad Yusof (Ketua) Norhaniza Binti Abu Bakar Rafidah Binti Sahadad

JK Keselamatan Dan Peralatan

: Mona Shazreen Binti Mohd Zaini (Ketua) : Nursakinah Binti Mohd Hamsani : Suriati Binti Johari

JK Makanan

: Bahjatu Sholihah Binti Raman (Ketua) : Najwa Binti Zaninudin

JK Cenderamata

: Tg Intan Mastura Binti Tg Mohd Ramli (Ketua) : Siti Nur Zulaikha Binti Draman @ Zulkifli

JK Dokumentasi

: Nur Hayati Binti Jamaludin (Ketua) : Nur Farhana Binti Muhammad Fuad : Zulaikha Binti Abd Rahman : Siti Nor Fatin Izianti Binti Nasib

8.0 TENTATIF PROGRAM TARIKH MASA AKTIVITI

2 Mac 2012 (Jumaat)

10.00 malam

Bertolak dari IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka ke Kuala Besut, Trengganu. Sampai di Kuala Besut, Trengganu. Pengurusan diri/ Solat/ Sarapan Aktiviti 1 : Diskusi Ilmiah di IPG Kampus Sultan Mizan Melawat Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) Pengurusan Diri/ Solat/ Makan Tengah Hari. Bertolak ke IPG Kampus Dato Razali (atau ke homestay) Sampai di IPG Kampus Dato Razali (atau tiba di homestay) Pengurusan Diri/Solat/ Makan malam BBQ atau night walking Rehat/Tidur

5.00 pagi 3 Mac 2012 (Sabtu) 9.00 pagi

12.00 tengah hari

2.00 petang

6.00 petang

9.00 malam 11.00 malam

4 Mac 2012 (Ahad)

9.00 pagi

Aktiviti 2 : Diskusi Ilmiah di IPG Kampus Dato Razali. Makan tengah hari/Pengurusan Diri/Solat Jamak Zohor/Asar Berjemaah Aktiviti 3 : Island Tour dan Kajian Ekosistem Bertolak balik ke IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Dijangka tiba di IPG.

12.00 tengah hari

2.00 petang

5.00 petang

11.00 malam

9.0

PENUTUP

Diharapkan agar Lawatan Diskusi Ilmiah dan Kajian Ekosistem ini dapat memberi manfaat dan menambah pengetahuan tentang akademik dan alam semulajadi kepada semua peserta yang mengikuti program ini serta mendapat kerjasama daripada pihak tuan.

Disediakan oleh :

Disemak oleh:

(NUR ADIBAH BINTI HARUN ) Setiausaha, Lawatan Diskusi Ilmiah dan Eksplorasi Marin Pulau Kapas PISMP Sains Januari 2011 IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

(EN. JAFRI BIN MOHAMED SAAD) Ketua Jabatan Jabatan Sains IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Disahkan oleh :

(DR. HAJI MINHAT BIN DOLLAH) Ketua Jabatan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Vous aimerez peut-être aussi