Vous êtes sur la page 1sur 8

FACULTY OF ELECTRICAL ENGINEERING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

CTU 211 SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

PERANAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM


NAME SYAHIDATUL ASMA BT. CHE RUKMAN NOR HIUMAIRA BT. MOHAMMAD NOR NUR SYARAH BT. CHE SAMSURIZA MATRIC NO. 2010110781 2010996341 2010685278 GROUP EE 1113 ( A ) EE 1113 ( A ) EE 1113 ( A )

NAMA PENSYARAH : UST. ABDUL AZIZ BIN ISMAIL

PENDAHULUAN

Hubungan antara islam dengan sains dan teknologi adalah ibarat isi dan kuku, tidak dapat dipisahkan kerana sama sama mempunyai peranan dan sumbangan yang penting dalam membina tamadun manusia. Sains dan teknologi membawa kemajuan, kemudahan dan keselesaan, manakala Islam pula memimpin manusia ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Sains wujud daripada perasaan ingin tahu manusia terhadap alam sekelililngnya dan merupakan salah satu cabang utama ilmu pengetahuan yang dapat digunakan untuk meningkatkan keimanan. Sungguhpun Islam telah memberikan garis kasar terhadap kaedah dan jawapan kepada banyak persoalan sains, namun ianya masih memerlukan pengkajian yang mendalam untuk membuktikan kebenarannya. Atas sebab inilah Islam sangat menuntut umantnya mencari, mengembang dan menguasai ilmu pengetahuan.

PERANAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

1. Membantu manusia mengenali Allah S.W.T.

Kesan daripada kajian al Quran, ilmu yang diperolehi oleh para ahli sains Islam tetap berpaksikan ketuhanan dan kerohanian. Ini mendorong mereka untuk mendalami bidang tersebut.

Ahli ahli sains Islam mempunyai pegangan dan meletakkan hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa dan Maha Pencipta.

Oleh sebab itu, setiap kajian yang dijalankan dan ilmu yang diperolehi mendekatkan mereka dengan Penciptanya.

Allah berfirman dalam Al Quran yang maksudnya :

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi serta silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda (Kebesaran Allah) bagi kalangan ulul albab. Yaitu mereka yang hatinya selalu bersama Allah di waktu berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring dan memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini semua dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka perliharalah kami dari azab neraka.

(Al Quran, surah Ali Imran: 190-191)

Melalui hadis ini, kita dapat lihat yang Allah menghendaki manusia agar dapat merasakan kebesaran, kehebatan dan keagungan-Nya melalui pengamatan, kajian dan pengembangan sains dan teknologi.

2. Membantu manusia memahami persoalan persoalan tauhid.

Setiap ilmu yang dipelajari adalah berkaitan dengan prinsip ketauhidan kepada Allah S.W.T

Melahirkan konsep kesatuan ilmu dalam proses kejadian alam melalui konsep tauhid.

Para saintis islam diberi kebebasan untuk mengkaji, namun kebebasan tersebut berbataskan intelek yang dimilik seseorang manusia

Oleh kerana itu, sains dan teknologi dalam islam telah menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan utama.

Melalui erti kata lain, wahyu mengatasi akal fikiran kerana wahyu datang daripada Allah S.W.T manakala akal adalah terbatas. Kesannya, sains tidak boleh mengatasi wahyu.

Perkara yang bercanggah dengan wahyu dianggap salah dan bercanggah dengan ajaran agama Islam. Allah berfirman dalam surah al-Jathiyah ayat 20 :

Al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini.

3. Membawa manusia kepada sifat tafakur.

Kajian tentang sains dan teknologi dalam islam telah membawa manusia kepada sifat tafakur dan memberi kesedaran kepada mereka.

Ilmu kimia dan astronomi wujud melalui renungan terhadap benda mati, manakala ilmu biologi pula wujud melalui pengamatan terhadap benda hidup

Penyelidikan sains dan teknologi berpandukan wahyu mendorong kita kepada tanda-tanda kebesaran dan keesaan allah.

Hanya melalui wahyu sahaja seseorang itu mampu melihat kenyataan diluar alam nyata iaitu alam metafizik.

Islam juga mengajar sifat tafakur melalui perintah allah pada surah Al - Ghasiah 17:

Apakah tidak kamu (manusia) perhatikan dengan sungguh-sungguh (pelajari dan amati secara serius melalui riset ilmu pengetahuan) bagaimana keadaan binatang unta itu diciptakan.

4. Membantu untuk keperluan material.

Sejarah sains dan teknologi dihasilkan demi mencapai tujuan yang selaras dengan keperluan manusia.

Ini kerana, manusia adalah sebaik-baik kejadian yang bergabung dengan sempurna melalu unsur-unsur dari segenap lapisan alam semesta.

Manusia mempunyai unsur-unsur rohani, jasmani dan akli. Selain dari itu, allah s.w.t. juga telah mengurniakan sifat-sifatnya kepada manusia.

Teori dan dasar baru juga telah diwujudkan atas dasar melengkapi kehidupan harian manusia.

Memenuhi kehendak manusia yang bersifat suka mengkaji dan menganalisis.

5. Membantu dalam perlaksanaan syariah.

Kajian terhadap sains dan perkembangan teknologi merupakan salah satu tuntutan dalam Islam.

Sejarah perkembangan sains dan teknologi dalam islam banyak dikaitkan oleh kepentingan syariat.

Perkara ini dapat dilihat dengan jelas dalam perkembangan sejarah dan tamadun Islam, terutama semasa membuka kawasan baru.

Perkara-perkara yang dititiberatkan dalam membuka kawasan baru adalah pembinaan keperluan asas iaitu pembinaan masjid, pasar, hospital dan sebagainya.

Islam menerima pelbagai bentuk teknologi yang boleh memberi manfaat untuk kemudahan dan kemakmuran kepada manusia.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Islam telah mengajak manusia untuk mempelajari dan memerhatikan fenomena sains dan teknologi dengan tujuan merenung kepada keajaiban dan rahsianya, seterusnya mengarahkan fikiran tersebut kepada keagungan dan kebesaran Penciptanya, Tuhan Maha Esa.

Selain daripada itu, ilmu sains dan teknologi merupakan sumber dari al-Quran

yang diturunkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Melalui al-Quran kita dapat melatih pemikiran dan mendisiplinkan ilmu pengetahuan untuk kemajuan sains dan teknologi. Sains dan teknologi juga merupakan asas penting bagi mengupas kajian yang dibuat untuk mentauhidkan Allah dan menambah keimanan serta kenyakinan.

RUJUKAN

1. Dr. Fuad Amsyri. (1989). Islam dalam Dimensi Pembangunan Nasional. Surabaya, Indonesia: Pt. Bina Ilmu.

2. Prof. Dr. Shaharir & Dr. Abdul Wahab. (1985). Pengenalan Tamadun Islam dalam Sains dan Teknologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Mohd. Sanusi Mahmood. (1975). Mengenal Islam dan Hubungannya dengan Sains dan Teknologi. Singapura: Al Ahmadiah Press (Pte.) Ltd.

4. Juhana Salim. (2011). Penggunaan Bioinformatik Berstrategik Sebagai Wadah Dakwah Islam. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Institut Islam Hadhari UKM.

Vous aimerez peut-être aussi