Vous êtes sur la page 1sur 11

INTRODUCTIONAt In this time, in our daily lives, whether consciously or not what we feel and enjoy is the result

of the political effects that occur in our country. The question is what is politic and how it affects our lives. Politics is a difficult to describe accurately and it is subjective to say. Each person has many different perceptions and understanding of each other. Based from Wikipedia source is a process of defining the political and decision making to a group. Generally, politics is about power and government. Power means the handling, influence and control of an organization. While the government is a body that has the power to made and enforce laws within an organization or group. I described politics in this discussion is the government because in my opinion every decision made by the government was influenced by political elements played by our leaders. So I relate the government with politics is because both play a role in each other. Without politics, a government would not exist and without politics in government like the tree without fruit. As a responsible citizen of Malaysia, we need to know what is politic. Many people today seem not to want to know what politics is because the reason is politics is boring. It is now we just saw and heard many negative issues that arise involving leaders in politics, especially in Malaysia. But that should not be excuse for us to keep quiet about politics. Not mean that we should participate in the political arena, but we must know and realize what is political because everything that is happening around us is the effect of political influence. Based on this study I will discuss how the political involved in our lives and future as citizens of Malaysia.

Kaitan politik dalam kehidupan dan sebagai warganegara Malaysia. Introduction. Pada hari ini sedar atau tidak politik sangat berkaitan dalam kehidupan kita. Sebenarnya jika dilihat secara teliti apa yang kita rasa dan nikmati pada hari ini antaranya disebabkan kesan politik yang berlaku dalam Negara dan seterusnya telah mempengaruhi kehidupan kita. Menurut definisi dari Wikipedia politik adalah proses pembentukan dan pembagian kuasa dalam masyarakat yang antara lain mewujudkan proses dalam membuat keputusan, khususnya dalam negara. Melalui definisi ini dapat kita lihat dengan jelas politik adalah satu bidang yang sangat berkaitan dalam proses membuat keputusan khususnya dalam kerajaan. Namun begitu politik sukar dinyatakan secara tepat kerana ianya adalah bidang yang sangat subjektif untuk dijelaskan. Pemahaman politik bagi setiap individu adalah berbeza kerana boleh dikatakan setiap individu mendifinisikan politik berdasarkan persepsi, pemahaman, tahap pemikiran dan sebagainya. Saya melihat kita tidak akan menikmati apa yang kita rasa pada masa kini jika kerajaan di Negara kita tidak berpolitik dalam membuat setiap keputusan. bukan bermaksud kerajaan wajib untuk berpolitik dalam setiap keputusan tetapi ini kerana setiap orang yang berada dalam kerajaan adalah berbeza dalam pelbagai sudut khususnya terhadap pemikiran dan pemahaman masing-masing. Oleh itu politik tidak diwajibkan namun kepentingannya jelas diperlukan oleh kerajaan dalam menegaskan sesuatu keputusan. Sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, kita haruslah mengatahui apakah itu politik. Ramai orang pada masa kini seolah-olah tidak mahu mengenal apakah itu politik dengan alasan politik membosankanan. Memang pada masa kini kita telah melihat dan mendengar pelbagai isu negetif yang timbul membabitkan pemimpin dalam berpolitik khususnya di Malaysia. Namun itu tidak seharusnya menjadi alasan untuk kita mendiamkan

diri tentang politik. Bukan bermaksud kita harus melibatkan diri dalam arena politik, tetapi kita harus tahu dan sedar apakah itu politik kerana setiap yang berlaku di sekeliling kita adalah kesan daripada pengaruh politik. Oleh itu melalui kajian ini saya akan membincangkan tentang bagaimana politik berkaitan dalam kehidupan kita dan masa depan sebagai warga Negara Malaysia.

Point 1: Memberi kesan dalam kehidupan saya. Sehingga hari ini politik yang berlaku dalam kerajaan dari dahulu sehingga kini telah banyak membari kesan terhadap diri saya dalam pelbagai sudut. Melalui perkara ini jelas dapat dilihat kemudahan awam yang telah diwujudkan oleh kerajaan adalah contoh yang paling jelas sekali dalam kehidupan saya. Melalui kemudahan awam yang telah disediakan ianya telah banyak memudahkan kehidupan saya. Pertama sekali adalah dari sudut pengangkutan awam. Pengangkutan adalah sangat penting dalam kehidupan manusia sejak zaman berzaman. Pengangkutan membolehkan kita untuk bergerak dari suatu tempat ke tempat lain berdasarkan kepentingan mahupun kehendak masing-masing. Dengan kemudahan pengangkutan ini ianya telah banyak membantu saya untuk bergerak khususnya untuk menyelesaikan suatu urusan. Dengan pengangkutan yang telah disediakan ianya telah banyak membantu saya contohnya dari sudut pendidikan ini kerana sebagai contoh ketika saya masih sekolah menengah, oleh kerana kesibukan ibu bapa saya berkerja mereka tidak dapat menghantar saya ke sekolah dengan tepat pada waktunya. Oleh itu saya terpaksa menggunakan pengangkutan awam yang pada ketika itu yang hanyalah berupa bas mini sebagai pilihan mutlak untuk saya ke sekolah. Namun begitu dengan kemudahan inilah telah banyak membantu saya dalam pendidikan dan seterusnya memberikan kebaikan kepada saya dan ibu bapa saya ini di mana saya dapat belajar berdikari dan urusan ibu bapa saya tidak terganggu sangat dengan menghantar saya ke sekolah.

Seterusnya dengan kemudahan awam yang diwujudkan oleh kerajaan ianya telah memberi kesan khususnya dalam perhubungan saya. Di sini mengapakah saya mengaitkan perhubungan melalui usaha kerajaan terhadap saya. Ini kerana saya melihat banyak kemudahan awam yang telah dibina oleh kerajaan contohnya telefon awam memudahkan saya untuk berinteraksi tanpa membeli sebuah telefon bimbit yang mahal, pejabat pos memudahkan saya untuk menghantar suatu pesanan ataupun barang tanpa memerlukan saya pergi ke tempat tersebut, kemudahan internet (wifi) membolehkan saya untuk mendapatkan maklumat secara terperinci dengan mudah dan banyak lagi. Oleh itu semua ini jelas memberi kesan terhadap diri saya dalam memudahkan lagi urusan seharian saya samaada untuk berhubung atau untuk mendapatkan maklumat. Selain itu dengan prasarana awam yang telah diwujudkan oleh kerajaan telah mempengaruhi kehidupan sosial saya. Sebagai contoh adalah seperti pembinaan dewan serba guna di kampong saya. Melalui prasarana ini ianya telah meningkatkan lagi semangat perpaduan, kerjasama dan mengeratkan lagi perhubungan antara satu sama lain. Ini berlaku kerana dengan adanya dewan serba guna sebegini ianya membolehkan masyarakat di kampong saya walaupun berbilang bangsa dan agama untuk turun sama berkumpul bagi menjayakan sesuatu aktiviti. Oleh itu secara langsung dan tidak langsung ianya telah mewujudkan satu semangat bersatu padu dikalangan masyarakat itu. Seterusnya dengan persefahaman yang kuat di kampong saya ianya telah meningkatkan lagi pembangunan dan keamanan yang pada akhirnya memberi kesan terhadap diri saya sebagai seorang ahli atau warga di kampong saya ini. kesanya terhadap diri saya berupaya untuk melibatkan diri contohnya dalam aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan dan seterusnya saya dapat menyumbang terhadap kampong saya walaupun tidaklah sebesar mana. Ini juga saya dapat belajar untuk meningkatkan lagi semangat kerjasama dan pergaulan dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Dapat dilihat semua ini bukan sahaja memberi kesan terhadap saya dan masyarakat di tempat saya tetapi semua ini juga dapat menyumbang kepada pembangunan Negara kita kerana dengan wujudnya semangat perpaduan dikalangan rakyat sudah tentu ini akan menyebabkan pelbagai program yang bakal dijalankan kerajaan dapat di lakukan dengan lancar. Seterusnya kesan politik yang dijalankan oleh kerajaan ianya telah meningkatkan lagi kepercayaan saya terhadap kerajaan khususnya dari segi keselamatan saya. Keselamatan adalah perkara yang penting dalam hidup. Oleh itu saya cukup berbangga menjadi warganegara Malaysia kerana kehidupan saya pada hari ini berada dalam keadaan aman dan damai. Hari ini Negara Malaysia adalah antara Negara yang paling aman di dunia. Walaupun rakyat di dalam Negara ini berbilang bangsa dan kepercayaan, namun rakyatnya hidup dengan bersatu padu walaupun terdapat pelbagai tentangan dari pihak yang mahukan kuasa untuk tujuan yang tidak releven. Jika kita lihat Negara lain seperti palestin, Somalia, irak, iran dan sebagainya, rakyat di Negara mereka berada dalam keadaan yang huru hara disebabkan peperangan yang berlaku. Akibatnya, banyak kematian telah berlaku di kalangan rakyat yang tidak berdosa. Seterusnya peperangan ini menyebabkan kehidupan rakyatnya tidak tentu arah dalam mencorakkan perjalanan kehidupan mereka. Akhirnya, mereka seoleholah menjadi pelarian di dalam Negara mereka sendiri. Hari ini saya amat bersyukur kepada tuhan kerana telah membantu kerajaan Malaysia untuk meningkatkan lagi keamanan di Negara ini. dengan pelbagai insentif yang diwujudkan oleh kerajaan ianya telah memberikan saya kepercayaan untuk berasa selamat, adil dan saksama untuk hidup di dalam Negara ini. sebagai contoh yang paling ketara adalah kerajaan mewujudkan perlembagaan Malaysia untuk mengawasi setiap perlakuan rakyat supaya dalam

keadaan yang adil dan sama rata berdasarkan undang-undang. Melalui perlembagaan ini saya berasa lebih selamat, bebas, dan saksama dalam menegakkan keadilan untuk diri saya jika berlaku sebarang penginayaan terhadap diri saya dan selagi saya tidak melakukan kesalahan. Dengan perlembagaan ini juga seseorang itu tidak akan sesuka hati melakukan sesuatu perkara yang diingini yang akhirnya boleh memberi kesan buruk kepada orang lain. Antara contoh lain ialah kerajaan telah mewujudkan seperti pasukan diraja Malaysia (PDRM), angkatan tentera Malaysia (ATM) dan sebagainya untuk membenteras pihak-pihak yang mahu menggugat keamanan Negara. Melalui pengwujudan seperti ini saya tentunya dapat menjalani kehidupan seharian saya dalam keadaan yang selamat. Semua ini telah banyak memudahkan urusan seharian saya mahupun masyarakat sekeliling.

Pendidikan. Pada masa kini pendidikan adalah sangat penting dalam kehidupan seseorang. Pendidikan adalah proses mengajar dan melatih khususnya di sekolah dan unversiti bagi menyampaikan ilmu pengatahuan kepada seseorang. politik yang berlaku dalam Negara telah banyak memberi kesan terhadap pendidikan saya. Ini jelas dapat dilihat dengan usaha kerajaan dalam memberi peluang dan meringankan beban saya untuk melanjutkan pelajaran. Jika kita mengimbau kembali zaman suatu ketika dahulu, di awal zaman sebelum dan selepas merdeka kita dapati pendidikan adalah sangat sukar untuk diperoleh oleh rakyat khususnya di tanah melayu ketika itu. Ketika zaman sebelum merdeka, kaum terbesar di tanah melayu adalah seperti kaum Melayu, Indian, dan Chinese. Namun pendidikan kaum Chinese pada ketika itu boleh dikatakan berada dalam keadaan yang baik berbanding kaum Melayu dan Indian. Antara faktornya disebabkan jurang perkauman yang diwujudkan semasa pemerintahan britsh di tanah Melayu. Pelbagai cara telah diwujudkan oleh British pada ketika itu untuk meningkatkan lagi jurang pendidikan antara kaum di tanah Melayu disebabkan kepentingan british untuk menguasai tanah Melayu. Seterusnya, ketika di awal zaman selepas merdeka, walaupun pendidikan pada ketika itu tidak lagi melihat kepada perbezaan status, bangsa dan agama, namun pelbagai kesukaran telah dihadapi oleh rakyat pada ketika itu antaranya seperti ketidak mampuan dari sudut keawangan bagi sesebuah keluarga, kemudahan prasarana dalam sesebuah sekolah, kurangnya kesedaran tentang pendidikan dikalangan masyarakat dan sebagainya. Melalui kisah ini kita dapat gambarkan bertapa sukarnya masyarakat dahulu untuk mendapatkan pendidikan. Semua ini adalah gambaran suasana pendidikan di tanah melayu suatu ketika dahulu. Oleh itu saya sebagai rakyat Malaysia yang lahir dalam era kini amat bersyukur kerana berpeluang untuk mendapat dan meneruskan pendidikan saya dengan mudah.

Saya amat bertuah menjadi sebagai seorang warga Negara Malaysia kerana kerajaan begitu perihatin dalam memberi peluang untuk saya melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat university pada ketika ini. Melalui usaha kerajaan dalam mewujudkan unversiti seperti UiTM ianya telah memberikan saya peluang yang begitu besar sekali untuk saya melanjutkan pelajaran dan seterusnya mencapai impian saya. Walaupun kini terdapat banyak institut pendidikan yang mahu memberikan peluang pendidikan kepada saya, namun UiTM adalah salah satu unversiti di Malaysia yang begitu bersungguh-sungguh untuk memberikan peluang pendidikan khususnya kepada kaum bumiputra seperti saya. Selain itu, UiTM juga telah meringankan beban saya dari sudut keawangan untuk melanjutkan pelajaran ini kerana UiTM adalah satu-satunya unversiti di Malaysia dengan yuran yang begitu murah sekali berbanding unversiti lain. Di sini dapat dilihat dengan jelas UiTM adalah university yang begitu perihatin khususnya terhadap golongan bumiputra seperti saya dan seluruh rakyat Malaysia. Seterusnya dengan pelbagai bantuan yang telah diwujudkan oleh kerajaan ianya telah meringankan beban saya khususnya dari segi keawangan. Seperti yang kita sedia ketahui, untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat university, ianya bukanlah perkara yang boleh difikir mudah kerana antara dilema yang sering dihadapi oleh pelajar adalah kos perbelanjaan yang begitu besar sekali ketika di university. Namun keperihatinan kerajaan terhadap masalah ini jelas telah meringankan beban saya untuk melanjutkan pelajaran di university. Antara contoh bantuan yang di berikan adalah seperti PTPTN, UPU, MARA, bantuan biasiswa, voicer 1BM dan sebagainya. Oleh itu dengan bantuan seperti ini saya sebagai pelajar yang berlatar belakangkan keluarga yang susah mampu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat unversiti.

Selain itu kerajaan juga begitu perihatin dalam meningkatkan lagi kualiti pendidikan demi masa depan seseorang pelajar di university dari masa ke semasa. Seperti yang kita ketahui pada hari ini, terdapat banyak isu hangat yang telah timbul membabitkan golongan mahasiswa dan mahasiswi dengan tindakan mereka seperti membuat rusuhan dan memprotes tindakan kerajaan melalui cara berdemonstrasi. Perkara ini jelas mengambarkan akibat daripada kesan pengaruh politik yang dimainkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan telah menyebabkan kualiti pendidikan pelajar itu terjejas. Pelajar yang sepatutnya memberikan tumpuan terhadap pelajaran mereka telah dipengaruhi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu dengan keperihatinan dan kesedaran kerajaan terhadap masa depan pelajar-pelajar di university kerajaan telah mewujudkan akta seperti AUKU dimana melalui akta ini pelajar university hanya boleh melibatkan diri dalam politik sesudah berusia 21 tahun dan dengan syarat tidak membawa pengaruh politik itu ke dalam university. Walaupun terdapat pihak yang mempunyai pandangan yang berbeze mengenai kewujudan akta AUKU ini, namun saya berpendapat akta ini perlu diwujudkan demi masa depan pelajar itu sendiri. Oleh itu dengan keperihatinan kerajaan seperti ini saya sebagai pelajar university dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam pendidikan saya tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur negetif yang akhirnya boleh menjejaskan pendidikan saya dan seterusnya masa depan saya.

Vous aimerez peut-être aussi