Vous êtes sur la page 1sur 27

PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN PENSYARAH PEMBIMBING SEWAKTU PROGRAM LATIHAN MENGAJAR

AHMAD SAFWAN BIN AHMAD YUSOF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97) :

UNIVE ERSITI T TEKNOLO MAL OGI LAYSIA

BORANG PENGE B G ESAHAN STATU TESI N US IS


JUD DUL :

PEGANGAN KEPENY P N YELIAAN D DAN GAYA A PENYELIAA PENSY P AN YARAH PEM MBIMBING G SEWAKTU PROGRAM LATIHA MENGA S M AN AJAR
SESI PE ENGAJIAN : 2011/2012

Saya

AHMAD SAF A FWAN BIN AHMAD YU A USOF (H HURUF BES SAR)

mengaku mem mbenarkan tesis (PSM / Sarjan / Doktor Fa s na alsafah) * ini di isimpan di Perp pustakaan Universiti Tek knologi Malays dengan syar sia rat-syarat kegu unaan seperti berikut : 1. Tesis adala hakmilik Un ah niversiti Tekno ologi Malaysia a. 2. Perpustaka Universiti Teknologi Mal aan laysia dibenark membuat s kan salinan untuk tu ujuan pengajian sahaja. 3. Perpustaka dibenarkan membuat sali aan n inan tesis ini se ebagai bahan p pertukaran anta institusi ara pengajian tinggi. 4. ** Sila tan ndakan ( ) SULIT (Mengandungi maklu umat yang berd darjah keselam matan atau kepent tingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam d AKTA RAHSIA RASMI 1972) A (Mengandungi maklu umat TERHAD yang telah di D itentukan oleh or rganisasi/badan di mana peny n yelidikan dijala ankan)

TERHAD

TIDAK TE ERHAD Disahkan o oleh

_______ ___________ __________ __


(TANDA ATANGAN P PENULIS)
Alamat Tetap: :

______ ___________ ___________ _


(TANDATANGAN PENYELIA) DR MO OHD ZOLK KIFLI BIN ABDUL HA AMID
2 Tarikh: 10 Januari 2012

1267P QUAR RTERS GUR RU, SMK DATO SERI WAN MOHAME O N ED, 33300 GERI PERAK IK,
Tarikh: 10 Jan nuari 2012

CATATAN :

* **

Potong yang ma tidak berke ana enaan. Ji tesis ini SU ika ULIT atau TER RHAD, sila lam mpirkan surat daripada pihak be erkuasa/organi isasi berkenaan dengan meny n yatakan sekali sebab dan s te empoh tesis ini perlu dikelask sebagai SU i kan ULIT atau TER RHAD. Tesis dimaksudk sebagai tes bagi Ijazah Doktor Falsaf dan Sarjana T kan sis fah a se ecara penyelidi ikan, atau diser rtasi bagi peng gajian secara ke kursus dan erja n pe enyelidikan, at Laporan Pr tau rojek Sarjana M Muda (PSM)

Saya akui bahawa saya telah memb b a baca karya ini dan pada pandangan s saya karya in ni memadai dari segi sk dan kuali untuk tuju penganu kop iti uan ugerahan Ijaz Sarjana zah Muda Tek knologi Sert Pendidikan (Kemahira Hidup). ta n an

n Tandatangan Nama Penye elia Tarikh

: : :

.. MOHD ZOLK KIFLI BIN A ABDUL HA AMID DR M 10 Jan nuari 2012

PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN PENSYARAH PEMBIMBING SEWAKTU PROGRAM LATIHAN MENGAJAR

AHMAD SAFWAN BIN AHMAD YUSOF

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2012

ii

kui karya ini adalah hasil ker saya send kecuali n rja diri nukilan dan Saya ak bahawa k ringkasan yan tiap-tiap s ng satunya telah saya jelask sumbernya h kan

Tandatangan n Nama Penul lis Tarikh

: : :

AHM MAD SAFWA BIN AH AN HMAD YUSOF 10 Jan nuari 2012

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang Syukurku Atas Segala Kurniaan-Mu Selawat Dan Salam Atas Rasul Junjungan Muhammad s.a.w.

Khas Buat Ayah Dan Ibu Yang Tersayang.. Ku Pohon Doa Restu Kalian Dan Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan Kalian Segala Jasa Dan Pengorbananmu Tidak Akan Anakanda Lupakan Hingga Ke Akhir Hayat.

Buat Penyelia Yang Dikagumi.. Terima Kasih Di Atas Segala Tunjuk Ajarmu

Buat Kakak-Kakak Dan Adikku Yang Dikasihi Janganlah Leka Dengan Kenikmatan Hidup Yang Sementara Ini Semoga Kita Menjadi Kebanggaan Ayahanda Dan Bonda Tercinta

Buat Pensyarah-Pensyarah Fakulti Tamadun Islam Dan Fakulti Pendidikan Yang Disanjungi.. Terima Kasih Di Atas Ilmu Yang Diberikan Semoga Allah Membalas Segala Jasa Dan Bakti Yang Dicurahkan

Sahabat-Sahabat Seperjuangan Yang Dikasihi Terima Kasih Di Atas Segala-Galanya Semoga Kejayaan Menjadi Milik Kita Bersama Amin...

iv
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya, dapatlah penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan untuk membawa rahmat ke seluruh alam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dr Mohd Zolkifli Bin Abdul Hamid selaku penyelia dan pembimbing penyelidik kerana sanggup meluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan kepada penyelidik. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam menyiapkan projek ini amatlah penyelidik hargai dan sanjungi. Semoga Allah S.W.T. melimpahkan rahmatNya di atas segala jasa baik yang dihulurkan. Di kesempatan ini juga, terima kasih kepada kedua ibu bapa serta keluarga yang tidak jemu memberi sokongan moral kepada penyelidik dalam apa sahaja yang penyelidik lakukan. Tidak ketinggalan kepada teman-teman seperjuangan, terima kasih diucapkan kerana sudi memberi tunjuk ajar, kerjasama yang baik dan berkongsi idea kepada penyelidik. Semoga segala usaha dan cita-cita diberkati Allah S.W.T. Akhir sekali, penyelidik ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pensyarah dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T. yang dapat membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah S.W.T. Sekian Wassalam.

ABSTRAK

Penyeliaan pengajaran oleh pensyarah pembimbing adalah satu aktiviti yang penting di mana dapat melahirkan guru praktikal yang berkualiti. Oleh yang demikian, kajian secara diskriptif ini dijalankan oleh penyelidik adalah untuk mengetahui apakah pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pengajaran yang diamalkan oleh pensyarah pembimbing semasa menyelia guru pelatih di dalam program Latihan Mengajar (Praktikum). Seramai 50 orang pensyarah pembimbing yang pernah membimbing pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh dijadikan sebagai responden. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Item-item dalam borang soal selidik yang dikemukakan adalah berkaitan jenis pegangan dan gaya yang digunakan iaitu kawalan direktif (directive control), kawalan informal (directive informal), kolaboratif

(collaborative), dan tidak direktif (non-directive) terhadap guru pelatih. Nilai kebolehpercayaan (alpha cronbach) bagi instrumen kajian yang diguna dalam kajian ini ialah 0.826. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science version 20.0 (SPSS) untuk mencari peratus, kekerapan dan min. Dapatan kajian menunjukkan pegangan kepenyeliaan oleh pensyarah pembimbing adalah menjurus kepada pegangan penyeliaan jenis direktif informal, diikuti dengan kolaboratif dan tidak direktif. Manakala gaya penyeliaan yang diamalkan oleh pensyarah pembimbing menunjukkan tahap yang tinggi pada gaya penyeliaan jenis kolaboratif dan diikuti direktif informal. .

vi

ABSTRACT

Instruction of supervision is one of the important activities in order to produce a quality trainee teacher. Therefore this descriptive research have been made by researcher is to determine supervision style and supervisory believe that supervisor uses in the teaching practice period. Researcher have selected 50 lecturers that have an experience to be a supervisor for Insitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh student to be a respondent. A questionnaire have been used to a research instrument. Items in the questionnaire is related to the supervisory beliefs and supervisory styles that is directive control, directive informal, collaborative and non-directive. The amount of reliability (alpha croncbach) for the instruments used for research is 0.826. Data gathered were then analyzed using Statistical Package for Social Science software (SPSS Version 20) to find the percentage, frequency and mean. The outcome of the research showed that respondents supervisory belief for the directive informal approach is high, followed by collaborative and non-directive based on the mean of each item obtained. For the supervisory styles respondent give a high respond to a collaborative approach and followed by directive informal.

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv

PENDAHULUAN

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9

Pengenalan Latar Belakang Masalah Penyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Signifikan Kajian Skop dan Batasan Kajian Definisi Istilah Kesimpulan

1 3 4 4 5 6 7 7 9

viii

SOROTAN KAJIAN

2.1 2.2

Pengenalan Latihan Mengajar 2.2.1 Matlamat Latihan Mengajar 2.2.2 Objektif Latihan Mengajar

10 10 13 14 15 16 16 17 18 20 21

2.3

Penyeliaan 2.3.1 Definisi Penyeliaan 2.3.2 Konsep Penyeliaan 2.3.3 Objektif Penyeliaan

2.4 2.5

Pegangan kepenyeliaan Gaya Penyeliaan 2.5.1 Gaya Kawalan Direktif

2.5.2 Gaya Kawalan Direktif Informatif 2.5.3 Gaya Kawalan Kolaboratif 2.5.4 Gaya Kawalan Tidak Direktif 2.5 Kesimpulan

22 23 23 25

METODOLOGI KAJIAN

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5

Pengenalan Reka Bentuk Kajian Lokasi Kajian Populasi dan Sampel Kajian Instrumen Kajian 3.5.1 Pengumpulan Data Primer 3.5.1.1 Soal Selidik 3.5.1.1.1 3.5.1.1.2 3.5.2 Bahagian A Bahagian B

26 26 28 28 29 30 30 31 31 34 35

Pengumpulan Data Sekunder

3.6

Kerangka Operasi

ix

3.7 3.8 3.9 3.10 3.11 3.12

Prosedur Kajian Kesahan Soal Selidik Kajian Rintis Kaedah Pengumpulan Data Kajian Sebenar Analisis Data Kesimpulan

38 38 39 40 41 42

4.

ANALISIS DATA

4.1 4.2

Pengenalan Analisis Bahagian A 4.2.1 Jantina 4.2.2 Bangsa 4.2.3 Umur 4.2.4 Tahap Pendidikan Tertinggi 4.2.5 4.2.6 Pengalaman Berkerja Sebagai Guru Di Sekolah Pengalaman Menjadi Penjadi Pensyarah Pembimbing

43 44 44 45 45 46 46 47 48 49 54

4.3

Analisis Bahagian B 4.3.1 Apakah pegangan kepenyeliaan pensyarah pembimbing semasa menyelia guru pelatih? 4.3.2 Apakah gaya penyeliaan pensyarah pembimbing semasa menyelia guru pelatih? 4.3.3 Adakah pegangan kepenyeliaan pensyarah pembimbing adalah sama dengan gaya penyeliaan yang digunakan semasa menyelia guru pelatih? 4.3.4 Apakah gaya penyeliaan pensyarah pembimbing semasa menyelia guru pelatih berdasarkan pada pengalaman pensyarah pembimbing sebagai seorang guru di sekolah?

60

61 62

4.4

Kesimpulan

4 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 5.2

Pengenalan Perbincangan 5.2.1 Pegangan kepenyeliaan pertama: Kawalan Direktif (Directive Control) 5.2.2 Pegangan kepenyeliaan kedua: Direktif Informal (Directive Informational) 5.2.3 Pegangan kepenyeliaan ketiga: Kolaboratif (Collaborative) 5.2.4 Pegangan kepenyeliaan keempat: Tidak Direktif (Nondirective) 5.2.5 Gaya penyeliaan yang pertama: Kawalan Direktif (Directive Control) 5.2.6 Gaya penyeliaan yang kedua: Kawalan informal (Directive Informational) 5.2.7 Gaya penyeliaan yang ketiga: Kolaboratif (Collaborative) 5.2.8 Gaya penyeliaan yang keempat: Tidak Direktif (Nondirective) 5.2.9 Keselarasan diantara pegangan kepenyeliaan pensyarah pembimbing dengan gaya penyeliaan yang digunakan semasa menyelia guru pelatih

63 64

64

65

65

66

67

68

69

70

71

5.4 5.5 5.6 5.7

Rumusan. Cadangan Cadangan Kajian Lanjutan. Kesimpulan

72 73 74 75

BIBLIOGRAFI

76

LAMPIRAN

84

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

HALAMAN

2.1

Hubung Kait Diantara Falsafah, Kawalan dan Pegangan kepenyeliaan 20

3.1

Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Faktor Demografi Responden 31 32 33 33 34 40 44 45 45

3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 4.1 4.2 4.3 4.4

Taburan Item Soal Selidik Skala Likert Lima Mata Klasifikasi Terhadap Item Tahap Penilaian Min Statistik Kebolehpercayaan Taburan Responden Mengikut Jantina Taburan Responden Mengikut Bangsa Taburan Responden Mengikut Umur Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Tertinggi

46

4.5

Taburan Responden Mengikut Pengalaman Berkerja Sebagai Guru Di Sekolah 46

4.6

Taburan Responden Mengikut Pengalaman Pensyarah Pembimbing 47

4.7

Pegangan Kepenyeliaan Yang Pertama: Kawalan Direktif (Directive Control) 49

4.8

Pegangan Kepenyeliaan Yang Kedua: Direktif Informal (Directive Informational) 51

4.9

Pegangan Kepenyeliaan Yang Ketiga: Kolaboratif (Collaborative) 52

4.10

Pegangan Kepenyeliaan Yang Keempat:

xiii Tidak Direktif (Nondirektif) 4.11 Gaya penyeliaan yang pertama: Kawalan Direktif (Directive Control) 4.12 Gaya Penyeliaan Yang Kedua: Direktif Informal (Directive Informational) 4.13 Gaya Penyeliaan Yang Ketiga: Kolaboratif (Collaborative) 4.14 Gaya Penyeliaan Yang Keempat: Tidak Direktif (Nondirective) 4.15 Perbandingan Antara Pegangan Kepenyeliaan Dengan Gaya Penyeliaan Pensyarah Pembimbing 4.16 Gaya Penyeliaan Pensyarah Pembimbing Mengikut Pengalaman Menjadi Guru Di Sekolah 61 60 59 57 56 54 53

xiii

SENARAI SINGKATAN

Bil % IPG K

Bilangan Peratus Institut Pendidikan Guru Kekerapan Kementerian Pelajaran Malaysia Kurang Setuju Pogram Khas Pensiswazahan Guru Setuju Sekolah Kebangsaan Sekolah Menengah Kebangsaan Statical Package For The Social Sciences Sangat Setuju Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Universiti Teknologi Malaysia

KPM KS -

PKPG S SK -

SMK SPSS SS STS TS -

UTM -

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

A B

Borang Soal Selidik Surat Pengesahan Menjalankan Kajian (Fakulti Pendidikan)

C D

Borang Pengesahan Pakar 1 Borang Pengesahan Pakar 2

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Praktikum atau latihan mengajar merupakan satu latihan amali untuk guru pelatih mempraktikkan segala teori dan kaedah yang telah dipelajari serta mengaplikasikan pengetahuan, kaedah dan kemahiran mengajar dalam situasi yang sebenar iaitu semasa berada di bilik darjah. Latihan mengajar adalah komponen penting dalam kurikulum latihan perguruan praperkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru (KPM, 2011). Program ini juga dapat membantu bakal-bakal guru membuat persediaan sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan kelak. Melalui program latihan mengajar yang dijalankan, guru pelatih dapat menyepadukan teori dan amali pengajaran. Selain itu, mereka juga dapat mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran telah mereka pelajari semasa di pusat pengajian. Guru pelatih juga dapat merasai pengalaman menjadi seorang guru yang sebenar dan sekaligus dapat mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Latihan ini juga dapat memupuk sikap positif dalam diri guru pelatih, meningkatkan jati diri serta membolehkan guru pelatih menghayati dan mengamalkan nilai profesion perguruan.

Hazil (1995) menyatakan bahawa latihan mengajar adalah sebahagian daripada aktiviti dalam proses pembelajaran untuk membimbing guru-guru pelatih ke arah menjadi guru atau pendidik yang baik. Sejak pelajar mendaftar mengikuti kursus perguruan, usaha melatih mereka untuk menjadi guru adalah berterusan. Ini bermakna sebelum mereka menjejakkan kaki di sekolah untuk menjalani latihan mengajar, bimbingan telahpun diberikan bagi persediaan mereka untuk menjadi seorang guru. Usaha membimbing yang lebih intensif lagi akan diberikan semasa mereka menjalani latihan mengajar.

Penyeliaan dan bimbingan adalah saling berkait rapat di antara satu sama lain.Tujuan utama penyeliaan adalah untuk membantu guru pelatih mempelajari bagaimana untuk meningkatkan kebolehan mereka dalam mencapai matlamat pembelajaran bagi pelajar mereka (Glickman, 1981). Menyentuh tentang pegangan kepenyeliaan (supervisory belief), ia berkait rapat dengan sejauhmana jangkauan kawalan penyelia dalam membuat sesuatu keputusan berdasarkan kepada tingkahlaku pengajaran guru pelatih yang dicerap dalam bilik darjah. Ia merujuk kepada kewajaran samaada penyelia perlu bersifat direktif atau kolaboratif dalam menstrukturkan semula tingkahlaku guru pelatih atau menyerahkan sepenuhnya kepada guru pelatih untuk melakukan penambahbaikan mereka sendiri (Mohd Zolkifli, 2009).

Pendekatan yang digunakan oleh penyelia dalam membuat sebuah keputusan berdasarkan kepada keadaan guru, ia merujuk kepada kewajaran sama ada penyelia perlu mengamalkan pendekatan atau gaya penyeliaan yang sesuai kepada guru pelatih untuk melakukan penambahbaikan mereka sendiri. Gaya penyeliaan adalah salah satu pendekatan yang akan mempengaruhi perkembangan mental guru pelatih dalam meningkatkan atau menurunkan kebolehannya di dalam konteks

pembelajaran (Zepeda, 2007).

Dalam menentukan pemilihan gaya penyeliaan yang berkesan, penyelia seharusnya mengambil kira faktor pengetahuan sedia ada dan pengalaman terdahulu

guru pelatih, kematangan pengetahuan semasa yang diperolehi, kemahiran yang dikuasai dan sahsiah yang ditunjukkan oleh guru pelatih peringkat demi peringkat di sepanjang tempoh latihan mengajar.Isu yang ingin dikupas dengan lebih mendalam tentang kajian ini adalah mengenai gaya penyeliaan yang sering diamalkan oleh pensyarah pembimbing dalam membimbing dan memberi sokongan kepada guru pelatih.

1.2

Latar Belakang Masalah

Semasa melalui pengalaman latihan mengajar di sekolah, kebanyakan guru pelatih di seluruh dunia sering menghadapi pelbagai masalah (KPTM dan KPM, 2005). Salah satu masalah yang selalu disuarakan oleh guru pelatih ialah penyeliaan. Acheson dan Gall (1980) mendapati guru pelatih memang tidak suka diselia, walaupun penyeliaan itu dianggap sebagai aktiviti penting dalam latihan mengajar. Terdapat guru pelatih yang memberi reaksi yang negetif terhadap penyeliaan.

Walaubagaimanapun, Acheson dan Gall (1987) menyatakan guru pelatih sebenarnya bukan tidak suka kepada penyeliaan, tetapi mereka tidak suka kepada cara penyeliaan yang digunakan oleh pensyarah pembimbing. Daripada dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Zolkifli et al.(2007), antara perkara yang paling dibimbangkan oleh guru pelatih semasa diselia oleh guru pembimbing adalah dari aspek, konsep tolong bantu dan bimbingan daripada penyelia. Ketika kajian dijalankan guru pelatih telah memberi gambaran jelas bahawa mereka sangat memerlukan pensyarah pembimbing untuk mengenalpasti masalah dan kelemahan mereka, memberitahu mereka akan kelemahan tersebut dan mencadangkan cara menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Harapan dan keperluan guru pelatih seperti yang telah dinyatakan berikut tidak akan dapat dipenuhi oleh pensyarah pembimbing adalah disebabkan terdapat kelemahan dalam memilih pendekatan dan gaya penyeliaan yang sepadan dengan situasi dan keadaan guru pelatih. Kenyataan ini disokong oleh Turney et al. (1982) yang menyatakan bahawa perkembangan profesionalisme guru pelatih akan mendatangkan impak yang negatif jika terdapat kelemahan dalam memilih pendekatan penyeliaan yang sepadan. Akibat daripada ketidaksepadanan antara gaya penyeliaan penyelia dengan tahap kemajuan perkembangan guru pelatih ia boleh mendatangkan konflik kesefahaman (Ralph, 1996). Keseluruhan masalah ini bukan sahaja akan memberi implikasi dan masalah kepada guru pelatih, malah kesediaan pensyarah untuk memberi penyeliaan yang berkesan akan terus dipertikaikan.

1.3

Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dibincangkan, kajian ini dijalankan adalah untuk meneliti pegangan kepenyeliaan pensyarah pembimbing Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh dalam menyelia guru pelatih dan gaya penyeliaan semasa praktikum latihan mengajar berasaskan sekolah. Penyelidik juga akan mengkaji dari aspek pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing terhadap guru pelatih berdasarkan pengetahuan sedia ada, tahap keyakinan dan perkembangan yang ada pada guru pelatih.

1.4

Objektif Kajian

Tujuan utama objektif kajian ini dilaksanakan adalah bagi mengenalpasti pegangan kepenyeliaan pensyarah pembimbing Institut Pendidikan Guru, Kampus

Ipoh dalam menyelia guru pelatih dan gaya penyeliaan semasa praktikum latihan mengajar berasaskan sekolah Secara khususnya objektif kajian penyelidikan ini adalah seperti berikut:

1.4.1 Mengenalpasti pegangan kepenyeliaan pensyarah pembimbing daripada aspek: 1.4.1.1 Direktif kawalan (Directive) 1.4.1.2 Direktif Informal (Directive Informational) 1.4.1.3 Kolaboratif (Collaborative) 1.4.1.4 Tidak Direktif (Non Directive)

1.4.2 Mengenalpasti gaya penyeliaan pensyarah pembimbing daripada aspek: 1.4.2.1 Direktif kawalan (Directive) 1.4.2.2 Direktif Informal (Directive Informational) 1.4.2.3 Kolaboratif (Collaborative) 1.4.2.4 Tidak Direktif (Non Directive)

1.4.3 Mengenalpasti keselarasan diantara pegangan kepenyeliaan dengan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing yang digunakan semasa menyelia guru pelatih

1.4.4 Mengenalpasti gaya penyeliaan pensyarah pembimbing semasa menyelia guru pelatih mengikut pengalaman pensyarah pembimbing sebagai seorang guru di sekolah.

1.5

Persoalan Kajian

Secara umumnya, kajian ini dijalankan adalah untuk untuk meneliti pegangan kepenyeliaan pensyarah pembimbing Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh dalam menyelia guru pelatih dan gaya penyeliaan semasa praktikum latihan

mengajar berasaskan sekolah Berdasarkan objektif, diharapkan kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan berikut :

1.5.1 Apakah pegangan kepenyeliaan pensyarah pembimbing semasa menyelia guru pelatih

1.5.2 Apakah gaya penyeliaan pensyarah pembimbing semasa menyelia guru pelatih

1.5.3 Adakah keselarasan diantara pegangan kepenyeliaan dengan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing yang digunakan semasa menyelia guru pelatih?

1.5.4 Apakah gaya penyeliaan pensyarah pembimbing semasa menyelia guru pelatih mengikut pengalaman pensyarah pembimbing sebagai seorang guru di sekolah?

1.6

Signifikan Kajian

Signifikan kajian adalah suatu yang amat berkait rapat dengan sumbangan yang boleh diberikan oleh suatu kajian (Othman Lebar, 2007). Oleh kerana itu kajian ini dianggap penting kerana dapatannya boleh digunakan dalam;

i.

Menambahbaik pendekatan penyeliaan pengajaran bagi meningkatkan mutu profesionalisme perguruan pra perkhidmatan.

ii.

Meningkatkan persefahaman antara pensyarah pembimbing dengan guru pelatih dan menjadikan latihan mengajar sebagai suatu program pembelajaran yang dapat menyediakan seorang guru bermutu dan berkualiti.

iii.

Menyumbang ke arah perkembangan ilmu pengetahuan sedia ada dalam bidang penyeliaan pengajaran di institusi pendidikan seluruh negara.

1.7

Skop dan Batasan Kajian

Skop kajian ini adalah tertumpu kepada pegangan kepenyeliaan gaya penyeliaan pengajaran oleh pensyarah pembimbing daripada Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh. Dalam kajian ini, penyelidik memilih responden secara rawak yang tertumpu kepada pensyarah yang ditugaskan untuk menjadi pensyarah pembimbing kepada guru pelatih daripada Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh. Sampel kajian ini ialah seramai 50 orang pensyarah. Kajian ini dibataskan kepada kaedah pengutipan dan pengumpulan data menggunakan instrumen soal selidik.

1.8

Definisi Istilah

1.8.1 Pegangan Kepenyeliaan

Hishamudin Ibrahim (2005) mendefinisikan pegangan kepenyeliaan sebagai pedoman yang akan memandu seseorang penyelia bagi membuat keputusan tentang kaedah dan pendekatan bagi menyelesaikan masalah dalam pembangunan profesionalisme guru.

Secara psikologinya, kepercayaan (belief) adalah kefahaman, premis atau pembawaan yang dipegang terhadap sesuatu yang dianggap sebagai benar atau betul (Richardson, 1996). Dalam kajian ini, penyelidik akan menggunakan perkataan pegangan bagi menggambarkan kepercayaan. Ini adalah kerana istilah kepercayaan seolah-olah membawa konotasi anutan seseorang terhadap sesuatu agama. Pandangan seorang penyelia tentang ilmu pengetahuan, keadaan semulajadi manusia dan kawalan dikatakan sebagai pegangan kepenyeliaan (supervisory belief) (Glickman et al. 2005).

Dalam konteks yang sama, pegangan kepenyeliaan dalam kajian ini merujuk kepada suatu tanggapan maya pensyarah pembimbing, hasil daripada himpunan pendedahan dan pengalaman yang diperoleh selama ini lalu dijadikan panduan asas dalam menentukan hala tuju bagaimana untuk mencorak interaksi dalam sesi konferensi penyeliaan pengajaran.

1.8.2 Gaya Penyeliaan

Gaya

penyeliaan

adalah

pendekatan

yang

akan

mempengaruhi

perkembangan mental guru pelatih dalam meningkatkan atau menurunkan kebolehannya di dalam konteks pembelajaran (Zepeda, 2007). Hoover et al. (1988) pula menyatakan bahawa gaya penyeliaan yang diguna pakai pendekatan secara langsung ataupun sebaliknya adalah bergantung kepada sejauh mana penekanan terhadap tugas yang diberikan (contoh: membaik pulih kemahiran pelajar). Glickman (1981) telah mengelaskan empat gaya penyeliaan iaitu gaya kawalan direktif (directive control), direktif informational (directive informational), kolaboratif (collaborative) dan tidak direktif (nondirective).

1.8.3 Pensyarah Pembimbing

Pensyarah pembimbing yang dimaksudkan di sini ialah pensyarah pembimbing yang dilantik oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia untuk menjalankan tugas penyeliaan Latihan Mengajar (Garis Panduan Praktikum Prasekolah, 2011). Dalam kajian ini, pensyarah pembimbing yang dimaksudkan ialah pensyarah pembimbing di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

1.8.4 Guru Pelatih

Guru pelatih memberi maksud guru yang masih berlatih. Dalam kajian ini guru pelatih yang dimaksudkan ialah pelajar Istitut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh yang telah atau akan menjalani praktikal latihan mengajar.

1.8.5 Latihan Mengajar

Latihan mengajar adalah satu program di mana guru pelatih berada dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang sebenar. Hazil (2005) menyatakan bahawa latihan mengajar adalah sebahagian daripada aktiviti dalam proses pembelajaran untuk membimbing guru-guru pelatih ke arah menjadi guru atau pendidik yang baik. Mengikut Mok dan Lee, (1988) latihan mengajar merujuk kepada situasi apabila seorang guru pelatih itu dihantar ke sekolah untuk mencuba dan mempraktikkan segala kemahiran mengajar. Guru pelatih ini akan memainkan peranan mereka sebagai seorang guru yang sebenar. Ini jelas menunjukkan bahawa penekanan dibuat pada aspek penggunaan atau mempraktikkan ilmu pengetahuan atau kemahiran yang telah dipelajari sebelum penuntut itu menjalani latihan mengajar.

10

1.9 Kesimpulan

Berdasarkan kepada Bab 1 ini, penyelidik telah menerangkan tentang pengenalan, latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, signifikan kajian, skop dan batasan kajian dan definisi istilah. Berdasarkan elemen-elemen di atas penyelidik akan melakukan penyelidikan untuk kajian selanjutnya.

Vous aimerez peut-être aussi