Vous êtes sur la page 1sur 5

TAJUK 1 : Struktur dan Kandungan Atmosfera Atmosfera merupakan satu zon lapisan yang menyelubungi bumi serta terdiri

daripada struktur tertentu. Atmosfera memainkan peranan yang penting kepada hidupan di bumi kerana di sinilah wujudnya gas seperti oksigen yang menampung kehidupan organisma biotik di bumi. Atmosfera juga bertindak sebagai penghalang kepada sinaran ultra ungu yang berbahaya kepada hidupan. Di samping itu, sebahagian daripada proses kitaran hidrologi turut berlaku di atmosfera, antaranya pembentukan hujan dan kerpasan, sejatan dan sejat peluhan. Selain itu, atmosfera juga mengandungi 78% nitrogen, argon 0.9%, CO2 0.03% dan gas-gas lain seperti neon, helium, kripton, ozon, radon dan lain-lain lagi 0.003%. Gas-gas ini dianggap sebagai sumber kerana ia mempunyai kepentingan dan kegunaan tersendiri. Nitrogen melalui proses edaran nitrogen membekalkan nutrien nitrat untuk pertumbuhan tumbuhan dan haiwan. Oksigen penting untuk kesemua hidupan di bumi untuk proses pernafasan. Karbon dioksida penting untuk tumbuhan menjalankan proses fotosintesis. Wap air di atmosfera membolehkan proses pemeluwapan yang membawa hujan dan air hujan adalah penting untuk kehidupan di bumi ini. Sebagai sumber untuk kegiatan industri seperti gas argon untuk tiub radio, industri memateri dan gas mentol. Gas nitrogen, oksigen dan karbon dioksida juga digunakan dalam pelbagai jenis industri. Selain itu gas-gas ini juga bertindak sebagai pengimbang kepada bajet haba dunia. Banyak cahaya ultra ungu dipantul semula atau diserap oleh atmosfera bumi. Melalui proses penapisan ini hanya lebih kurang 47% bahangan solar diterima daripada matahari supaya bumi tidak menjadi terlalu panas untuk kehidupan tumbuhan, haiwan dan manusia. Karbon dioksida, wap air dan awan menyerap gelombang panjang bumi untuk memanaskan lapisan atmosfera supaya bumi tidak menjadi terlalu sejuk. Keadaan yang terlalu sejuk tidak membolehkan kehidupan di bumi ini hidup. Contoh Soalan Kandungan Atmosfera 1. Jelaskan secara ringkas kandungan atmosfera. [5 markah] Kandungan atmosfera ialah gas-gas tetap (seperti oksigen, karbon dioksida, nitrogen dan hidrogen), gas-gas inaktif (seperti argon, neon, kripton dan helium), wap air, debu dan bakteria. Struktur Atmosfera 1. Atmosfera bumi mempunyai struktur dan lapisan yang berbeza mengikut ketinggian. 2. Struktur ini sukar untuk dikira secara tepat memandangkan tiada satu garis pemisah di antara satu struktur dengan struktur yang lain. 3. Ahli kaji iklim beranggapan bahawa perbezaan struktur atmosfera ini adalah berdasarkan kepada perbezaan suhu. 4. Selain itu, struktur atmosfera bumi dengan angkasa lepas juga tidak dapat dihitung dengan tepat. Sempadan yang dilakar setakat ini hanyalah berdasarkan kepada tarikan bumi bersamaan dengan daya empar putaran bumi (daya yang dipengaruhi putaran bumi). 5. Terdapat empat struktur atmosfera bumi yang utama dari lapisan yang paling rendah ke lapisan yang paling tinggi, iaitu Troposfera, Stratosfera, Mesosfera dan Termosfera.

Troposfera 1. Troposfera merupakan lapisan yang terendah, iaitu antara 8 14 km. Lapisan ini menjadi zon pembentukan unsur cuaca seperti hujan, suhu, kelembapan dan sebagainya. 2. Perbezaan unsur cuaca menghasilkan iklim yang berbeza dari satu kawasan ke kawasan yang lain. 3. Struktur troposfera berbeza-beza mengikut musim, misalnya di kawasan beriklim sederhana, pada musim sejuk, lapisan troposfera adalah adalah lebih nipis berbanding lapisannya pada musim panas. Lapisan paling atas troposfera dikenali sebagai Tropopous. 4. Di lapisan troposfera, pengurangan suhu secara umum menurut tinggi pada kadar min kirakira 1oC bagi setiap 650 meter. 5. Di lapisan tropopous, terdapat satu keadaan yang dipanggil sebagai isoterma, di mana suhunya tidak banyak berubah mengikut tinggi. 6. Ciri lapisan Troposfera ialah: a) Halaju angin semakin tinggi mengikut ketinggian b) Kelembapan semakin berkurangan mengikut ketinggian (menghampiri sempadan tropopous) c) Lapisan troposfera adalah nipis dan mengandungi 80% jisim atmosfera. Stratosfera 1. Lapisan stratosfera terletak di atas troposfera. Ketinggiannya dari lapisan troposfera ialah lebih kurang 96 km. 2. Suhu di lapisan ini tidak banyak berubah dengan pertambahan ketinggian. Namun begitu, pada ketinggian melebihi 20 km, keadaan menjadi bertambah panas. 3. lapisan di sini merupakan zon di mana bahangan matahari diserap oleh ozon. Lapisan yang memisahkan lapisan stratosfera dan mesosfera ialah satu lapisan nipis dipanggil stratopos. 4. Ciri lapisan stratosfera ialah : a) Tanpa turbulen angin, kawasan di lapisan ini adalah stabil. Kawasan stabil menjadi laluan kapal terbang. b) Pada paras 10 km ke 20 km, tiada perubahan suhu. Ia dipanggil lapisan isoterma dan selepas ini, suhu meningkat mengikut ketinggian. Mesosfera 1. Lapisan yang terdapat di atas stratosfera ialah mesosfera. Lapisan ini terletak pada ketinggian 50 hingga 80 km. 2. Lapisan ini dipisahkan dengan satu lapisan nipis di atasnya yang dipanggil mesopaus. 3. Ciri lapisan mesosfera ialah : a) Tekanan udara yang rendah disebabkan udara semakin menipis. b) Suhu semakin menurun mengikut ketinggian. Sejuk yang terlampau sejuk ini menggalakkan pembentukan awan sejuk yang dipanggil noctilucent. Ionsfera/Termosfera 1. Lapisan ini terletak di atas mesosfera iaitu antara 80 km hingga 10 km.. Komposisi molekul udaranya adalah dalam bentuk atom.

2. Suhunya semakin meningkat mengikut ketinggian tetapi tekanan udaranya sangat rendah. 3. Ketebalan dan ketumpatan lapisan ini sentiasa berubah. 4. Lapisan ini terdiri daripada ion-ion gas dan elektron-elektron yang bergerak bebas. Keadaan ini penting untuk perkembangan telekomunikasi kerana pantulan gelombang radio dapat berlaku di sini. 5. Terdapat empat bentuk atom, iaitu : a) Molekul nitrogen b) Molekul oksigen c) Molekul helium d) Atom hydrogen

SINARAN SURIA Matahari yang terdiri daripada 70% hidrogen, 28% helium dan 2% unsur-unsur lain menghasilkan tenaga haba melalui proses pelakuran, (pelakuran ialah proses yang berlaku semasa hidrogen bertukar menjadi helium). Tenaga yang berasal dari bahagian teras matahari yang begitu panas (16106oK) sampai ke permukaan matahari melalui bahangan dan perolakan hidrogen. Suhu permukaan matahari adalah lebih kurang 6000oC (11000oF) membebaskan tenaga yang banyak ke semua arah. Walaupun jarak matahari dan bumi adalah jauh iaitu lebih kurang 149 600 000 km (93 000 000 batu), matahari mampu memancarkan cahayanya dengan berkesan. Tenaga matahari dipancarkan dalam bentuk gelombang elektromagnet dengan kelajuan 300 000 km (186 000 batu) sesaat dan mengambil masa 9.33 (8.31) minit untuk sampai ke permukaan bumi. Jumlah tenaga haba yang yang diterima di atmosfera bumi ialah 2.0 cal/cm2/minit, dan ini dikenali sebagai malar suria. (Kalori merupakan jumlah haba yang digunakan untuk memanaskan 1 gm air daripada 14.5oC kepada 15.5oC.) Tenaga bergerak dari matahari ke permukaan bumi dalam bentuk gelombang sinaran dan boleh dipindahkan melalui vakum dan sekiranya pemindahan tenaga tersebut berlaku melalui sesuatu bahan yang lutsinar, bahan itu sendiri tidak menjadi panas atau menerima sebarang kesan. Cekak cahaya suria (solar beam) bergerak keluar dari matahari dalam arah yang lurus dan hanya sebahagian kecil sahaja daripada sinaran tersebut sampai ke permukaan bumi. Gelombang sinaran matahari tidak banyak hilang semasa pergerakannya melalui angkasa. Walau bagaimanapun, memandangkan tenaga yang dipancarkan daripada satu badan yang berbentuk bulat, intensiti bagi setiap unit kawasan semakin berkurangan dengan bertambahnya jarak dari matahari. Tenaga suria yang sampai ke bumi dan atmosfera dikenali sebagai insolasi. Walaupun jumlah output suria yang diterima oleh bumi adalah begitu kecil jika dibandingkan dengan jumlah output matahari secara keseluruhannya, ia merupakan jumlah yang begitu penting bagi permukaan bumi. Tenaga suria yang diterima oleh bumi dalam satu saat adalah lebih kurang sama dengan jumlah tenaga elektrik yang dijana di seluruh bumi selama satu minggu. Gelombang elektromagnet dari matahari terdiri daripada 8% sinaran ultra ungu, sinaran X dan sinaran gamma, 47 % cahaya yang boleh dilihat (cahaya tampak atau invisible light) dan 45% gelombang infra-merah. Gelombang cahaya matahari juga dapat dibahagikan kepada gelombang pendek dan gelombang

panjang. Panjang pendek sesuatu gelombang itu ditentukan dengan mengukur jarak antara dua puncak gelombang yang berturut-turut. Hukum fizik yang penting berkaitan dengan badan yang memancarkan tenaga dalam bentuk gelombang mempunyai kaitan dengan suhu badan tersebut. Suatu badan yang mempunyai suhu permukaan yang tinggi akan memancarkan tenaga dalam bentuk gelombang yang lebih pendek jika dibandingkan dengan badan yang mempunyai suhu permukaan yang lebih sejuk. Dua hukum asas yang perlu diketahui untuk memahami sifat-sifat utama aliran insolasi ialah Hukum Stefan-Boltzman dan Hukum Sesaran Wien. Hukum StefanBoltzman menyatakan jumlah atau intensiti insolasi yang dipancarkan oleh sesuatu badan adalah berkadar dengan kuasa empat suhu mutlak badan yang memancarkannya. Hukum tersebut dapat dinyatakan melalui persamaan berikut : I = dT4 di mana; I : intensiti bahangan yang dipancarkan d : pemalar Stefan-Boltzman = 5.57 10-8 Wm-2K-4 dan K= darjah mutlak atau darjah Kelvin = oC + 273.16 T : suhu mutlak badan yang memancarkan tenaga

Berdasarkan suhu yang dinyatakan di atas, boleh dijangkakan bahawa tenaga yang dipancarkan oleh matahari jauh lebih banyak daripada tenaga yang dipancarkan oleh bumi. Hukum Sesaran Wien menyatakan bahawa panjang gelombang bagi pancaran yang maksimum adalah berkadar songsang dengan suhu mutlak badan yang memancarkannya. Ini dapat dinyatakan melalui persamaan seperti berikut : 1m = w/T di mana; 1m : pancaran maksimum w : pemalar Wien = 2.897 mikrometer T : suhu mutlak badan yang memancarkan tenaga

Contoh Soalan Sinaran Suria. 1. Apakah sinaran suria ? [5 markah]

Sinaran suria merupakan sinaran yang dihasilkan oleh matahari. Ia memancar ke bumi melalui gelombang-gelombang pendek yang terdiri daripada pancaran X, pancaran gama, ultra ungu serta pancaran yang dapat dilihat (visible light). Hanya sebahagian sinaran matahari sahaja yang sampaike permukaan bumi kerana sebahagian dipantulkan balik dan sebahagian lagi diserap oleh partikel atmosfera.

SINARAN BUMI (Radiasi terestrial) Sinaran bumi atau bahangan bumi wujud akibat daripada bahangan matahari yang sampai ke permukaan bumi dalam bentuk gelombang elektromagnet. Permukaan bumi yang yang telah dipanaskan akan mengeluarkan bahang yang dipanggil sinaran bumi. Walaupun atmosfera hampir lut sinar terhadap gelombang pendek matahari, ia dapat menyerap bahangan bumi dengan mudahnya. Penyerap utama bahang bumi ialah wap air yang menyerap bahang yang mempunyai gelombang panjang di antara 5.3 mikron hingga 7.7 mikron dan juga melebihi 20 mikron. Jumlah sinaran atau bahang bumi bergantung kepada jenis permukaan bumi. Permukaan bumi yang gondol dan tidak berair akan mengeluarkan bahang yang lebih besar berbanding dengan hutan dan kawasan laut. Permukaan berbatu dan berpasir memantul sebahagian besar sinaran matahari. Penyerapan oleh permukaan tersebut agak minimum. Jadi bahang yang dikeluarkan lebih banyak. Kehilangan bahang bumi juga lazimnya berlaku secara maksimum semasa langit cerah. Kadarnya berbeza bergantung kepada litupan awan dan kandungan wap air semasa yang terdapat dalam atmosfera. Suhu purata permukaan bumi adalah lebih kurang 288oK (15oC). Atmosfera meresap banyak radiasi gelombang panjang dan kadar resapan bergantung kepada kandungan gas-gas atmosfera dan gas-gas rumah hijau di atmosfera seperti metana, nitrus oksida, ozon, oksigen, karbon dioksida dan wap air. BAJET HABA BUMI Bajet haba menerangkan berapa banyak tenaga diserap oleh bumi dari matahari dan berapa banyak haba dibahang keluar oleh bumi. Jika bumi meresap lebih banyak haba, bumi akan menjadi terlalu panas dan jika permukaan bumi mengeluarkan haba yang berlebihan, permukaan bumi akan menjadi semakin sejuk. Bajet haba adalah satu pengiraan purata untuk satu jangka masa yang panjang. Bajet haba ini tidak seimbang pada : 1. jangka masa yang singkat seperti dalam beberapa jam atau beberapa hari 2. latitud berlainan, iaitu kawasan khatulistiwa akan menerima lebih banyak haba daripada latitud yang lain. Resapan gelombang pendek matahari akan menaikkan suhu permukaan bumi dan pengeluaran haba gelombang panjang bumi merendahkan suhu bumi. Terdapat satu titik keseimbangangan di mana penerimaan dan pengeluaran haba bumi mencapai satu titik e yang sesuai untuk membolehkan hidupan hidup di bumi.

Vous aimerez peut-être aussi