Vous êtes sur la page 1sur 9

KURSUS INDUKSI (KISSM)

BUTIR-BUTIR DIRI

Nama Nama Sekolah Saratok No. Fail Peribadi No. Kad Pengenalan Warna Jantina Tinggi/Berat Jawatan Bangsa Warganegara Agama Tarikh Lahir No. Sijil Kelahiran Tempat Kelahiran Taraf Perkahwinan Tarikh Pengesahan Jawatan

: Siti Maisarah Binti Ismail : SMK Bahasa Malaysia

: P.44764 : 851028-09-5052 : Biru : Perempuan : 154 cm/ 45 kg : Guru : Melayu : Malaysia : Islam : 28 Oktober 1985 : F 698625 : Arau, Perlis : Bujang ::-

Tarikh Masuk ke Jawatan Berpencen Kelulusan Ikhtisas

: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) dengan Kepujian

KURSUS INDUKSI (KISSM)

Kategori Opsyen Tarikh Mengajar Disini Alamat Tetap

: DG 41 : Pendidikan Seni : 29 Oktober 2009 : Lot 116, Felcra Lubuk Sireh, 02200 Kaki Bukit, Perlis.

Alamat Semasa

: Lot 556, Taman Fuyuan, 95400 Saratok, Sarawak

No. Telefon Soalan 5 : Huraikan bagaimanakah Dasar

: 012-5428003 / 013-4086462

Pendidikan

Negara

dapat

membantu

mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

1.0 PENGENALAN Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak-kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai-nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar. Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan mula

KURSUS INDUKSI (KISSM)

dilaksanakan di negara ini dalam tahun 1957. Umumnya, terdapat tiga tujuan utama yang terkandung dalam dasar pendidikan kebangsaan ini. Pertama, tujuan dasar pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Kedua, untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi dan menghormati kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan dasar dan polisi pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak tersusun. Manakala yang ketiga pula, ianya untuk memastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan khususnya dalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama. Integrasi antara kaum pula merupakan isu yang amat diberi perhatian oleh pihak kerajaan ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaannya. Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah menggariskan dengan jelas dasar yang berkaitan dengan nilai-nilai integrasi antara kaum ini. Antara langkah yang telah diambil dalam usaha untuk mengukuhkan dasar pendidikan negara ini ialah dengan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama di semua sekolah, menggunakan sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama di setiap sekolah dan guruguru yang mengajar di sekolah haruslah dilatih di bawah satu sistem latihan perguruan yang sama. Ketiga-tiga faktor ini merupakan kunci kepada pembentukan arah dan orientasi nilai sistem pendidikan kebangsaan negara ini. Menerusi perancangan yang sistematik, kurikulum latihan perguruan yang seragam dan amalan-amalan pedagogi di bilik-bilik darjah yang bersesuaian, maka sistem pendidikan kebangsaan ini dijangka dapat membentuk ciri-ciri tingkahlaku dan sikap pelajar yang bersesuaian dengan tatasusila masyarakat Malaysia.

2.0 ISI 2.1 PEPERIKSAAN AWAM

KURSUS INDUKSI (KISSM)

Faktor utama yang menjadi tunjang ke arah pembentukan sistem pendidikan negara selepas mencapai kemerdekaan ialah Perpaduan. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada penjajah British pada tahun 1957, tugas utamanya ialah untuk menyatukan kembali rakyatnya yang berbilang kaum supaya dapat membina kembali sebuah negara yang aman dan maju serta bebas daripada ancaman konflik antara kaum. Pada tahun 1959, sebuah Jawatankuasa Penyemak Matapelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib. Tujuan perlantikan jawatankuasa ini untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956. Antara cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Rahman Talib ialah yang pertama, menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Antara tindakan-tindakan yang diambil ialah mewajibkan semua murid lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan awam, kertas peperiksaan ditulis menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Di samping itu, peperiksaan awam yang sama juga merupakan kaedah efektif yang dapat membantu mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Every school shall prepare its pupils for examinations prescribed by or unfer this Act or any regulations made under this Act unless otherwise exempted by or under this act (Educated Act 1996, Sec.19). Kenyataan ini menunjukkan bahawa Dasar Pendidikan Kebangsaan juga menetapkan bahawa peperiksaan awam yang diduduki oleh pelajar-pelajar haruslah sama atau seragam. Jelas, semua institusi pendidikan harus menyediakan peperiksaan yang sama agar tidak wujud masalah tentang tahap kelayakan seseorang untuk memasuki tahap yang lebih tinggi. Namun, mungkin di luar sedar kita, masih terdapat beberapa buah sekolah swasta yang tidak menyediakan murid-murid atau pelajar-pelajar mereka bagi mengikuti peperiksaan awam yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan. Sekolah-sekolah ini lebih menggalakkan murid-murid atau pelajar-pelajar mengambil peperiksaan yang dianjurkan oleh badan-badan di luar kerajaan.

KURSUS INDUKSI (KISSM)

Kewujudan peperiksaan ini sebenarnya akan membawa padah kerana kelayakan peperiksaan itu dikhuatiri akan diragui oleh Institusi Pendidikan Ttinggi Awam (IPTA) negara kita. Situasi ini tidak bermaksud sekolah-sekolah swasta tidak boleh menyediakan pelajar-pelajar mereka untuk mengambil peperiksaan jenis lain, tetapi mereka perlulah mendaftar dan mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Kementerian Pendidikan sebelum peperiksaan itu diduduki oleh calon-calon yang berkenaan. Pendidikan Kebangsaan telah menetapkan setiap murid atau pelajar wajib mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau Sijil Peperiksaan Malaysia Vokasional (SPMV), dan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM). Keputusan peperiksaan ini digunakan untuk tujuan pensijilan dan penentuan kerjaya di samping melanjutkan pelajaran. Selain itu, keputusan peperiksaan juga dijadikan asas mendapatkan biasiswa dan dermasiswa. PMR adalah untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat, SPM untuk melanjutkan pelajaran tinggi, maktab perguruan, kursus matrikulasi, kursus bertaraf diploma dan tingkatan 6, STPM pula untuk pemilihan kemasukan ke universiti tempatan atau luar. Dengan cara adanya peperiksaan yang seragam dan sama ini maka perasaan rendah diri dapat dihindarkan dan satu identiti yang sama dan sepadu dapat dibentuk.

2.2 BAHASA KEBANGSAAN

Kedudukan serta peranan Bahasa Kebangsaan dalam sistem pentadbiran dan sistem pendidikan ini ternyata dalam beberapa dokumen penting kerajaan. Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan telah mewujudkan satu Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah melaksanakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi tunggal negara ini. Akta Pelajaran 1961 dan Rancangan Lima Tahun Malaysia telah menyatakan hasrat untuk menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama adalah satu prinsip asas Dasar Pendidikan Kebangsaan. Rakyat Malaysia menerima hakikat bahawa Bahasa Kebangsaan adalah tali penghubung terpenting dalam usaha memupuk perpaduan rakyat kerana boleh berperanan sebagai bahasa pengantaraan untuk masyarakat kita yang berbilang kaum. Malah, Bahasa Melayu telah diimbangi dengan hak untuk mengguna, mengajar dan mempelajari apa-apa bahasa.

KURSUS INDUKSI (KISSM)

Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar yang menjadi nadi penghubung interaksi sosial antara kaum di negara ini. Bahasa Melayu adalah lambang kepada pengenalan identiti bangsa Malaysia yang dikongsi bersama sejak sekian lama dan ia merupakan aspek utama yang menyumbang ke arah pembentukan integrasi nasional di negara ini. Oleh yang demikian, dalam kurikulum KBSR dan KBSM, kedudukan Bahasa Melayu adalah sangat tinggi nilainya dalam sistem pendidikan di negara ini agar setiap kaum memperoleh pengetahuan, nilai dan kefahaman yang saksama dan adil. Bahasa Melayu juga diwajibkan penggunaannya dalam maksud rasmi di negara kita. Selaras dengan kedudukan serta peranannya, bolehlah dikatakan Bahasa Kebangsaan diajar sebagai salah satu mata pelajaran penting di semua peringkat dan jenis sekolah di Malaysia. Kenyataan ini dapat dilihat melalui pernyataan ini: Where the main medium of instruction in an educational institution is other than the national language, the national language shall be taught as a compulsory subject in the educational institution (Education Act 1996, Sec.17). Dalam Akta 1996 telah menjelaskan bahawa kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama hanya untuk sekolah kebangsaan sahaja dan sekolah jenis kebangsaan telah diberi pengecualian dengan dibenarkan menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di sekolah.

2.3 KURIKULUM KEBANGSAAN The Minister shall prescribe a curriculum to be known as the National Curriculum which subject to subsection (3) shall be used by all schools in the National Education system (Education Act 1996, Sec. 18). Melalui penyataan ini, jelas bahawa kurikulum dalam pendidikan kebangsaan juga penting dalam perpaduan negara. Kurikulum merupakan satu usaha ke arah mewujudkan berbagai-bagai program pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan murid dan pelajar menerima ilmu pengetahuan, memperkembang dan meningkatkan kemahiran serta menghayati nilai-nilai yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Di negara ini, penggunaan kurikulum di sekolah adalah sama iaitu berdasarkan Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum Kebangsaan merupakan satu lagi

KURSUS INDUKSI (KISSM)

ciri Dasar Pendidikan yang bertujuan mewujudkan keperibadian kebangsaan ke arah pembentukan perpaduan negara. Dalam usaha untuk membina suatu sistem pendidikan yang berdasarkan perpaduan ini, kelima-lima prinsip Rukun Negara perlu diterapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Semua perancangan kurikulum sekolah seperti KBSR dan KBSM adalah mempunyai perkaitan dengan prinsip Rukun Negara. Penerapan prinsip Rukun Negara dalam KBSR dan KBSM adalah atas kesedaran bahawa sekolah merupakan agen yang boleh menjalankan tugas penyebaran ilmu pengetahuan dan pembentukan akhlak yang sempurna dalam proses pendidikan serta murid dapat mengamalkannya dalam kehidupan harian mereka demi mewujudkan perpaduan antara kaum. Oleh yang demikian, semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran termasuk aktiviti kokurikulum harus menekankan unsur integrasi nasional , iaitu kepatuhan terhadap ideologi Rukun Negara. Dalam situasi ini, pemilihan matapelajaran yang terkandung dalam KBSR dan KBSM seperti matapelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Moral , Sejarah dan Aktiviti Kokurikulum adalah sangat penting dalam usaha untuk mencapai cita-cita yang termaktub dalam Rukun Negara.

2.4 KEGIATAN KOKURIKULUM Dalam Akta Pelajaran 1996 (Pindaan 2002), selain kegiatan-kegiatan kurikulum, usaha menjana perpaduan dijalankan menerusi aktiviti-aktiviti kokurikulum. Akitiviti kokurikulum dan sukan telah digalakkan oleh kerajaan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Aktiviti kokurikulum KBSR dan KBSM meliputi aktiviti kelab, persatuan, unit beruniform, sukan dan permainan. Melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan ini, ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan serta unit beruniform. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini, pelajar mendapat peluang berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan-rakan yang lain. Penerapan nilai-nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai perpaduan di antara kaum.

KURSUS INDUKSI (KISSM)

3.0 KESIMPULAN Oleh kerana, Malaysia mempunyai masyarakat yang majmuk maka konsep perpaduan dalam konteks negara ini perlu difahami dengan jelas. Satu prinsip Rukun Negara telah menyatakan bahawa perpaduan mestilah berupaya untuk menangkis semua gejala yang boleh memecahbelahkan rakyat, seperti semangat perkauman yang menebal dan perasaan kedaerahan yang melampau. Salah satu cara yang digunakan agar rakyat Malaysia sentiasa bersama adalah melalui pendidikan kebangsaan. Institusi sekolah diharap bukan lagi hanya sebagai tempat untuk belajar menulis, mengira dan membaca tetapi sekolah juga berperanan untuk membimbing pelajar untuk hidup bermasyarakat dan bernegara. Malah, cara ini dianggap paling berkesan kerana setiap orang pasti akan melangkah ke alam persekolahan dan keadaan ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan semangat cintakan negara berdasarkan sukatan pelajaran, penggunaan bahasa melayu, sistem peperiksaan yang seragam dan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Semangat patriotik perlu ditanam dalam diri setiap kumpulan etnik agar negara kita kukuh daripada dijajah oleh anasir luar melalui pemikiran. BIBLIOGRAFI :
1. Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan Dan

Kurikulum. Tanjong Malim: Quantum Bo


2. Amir Hasan Dawi (2002). Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Kedua.

Tanjong Malim: Quantum Books


3. Mok Soon Sang (2007). Siri Pendidikan P.T.K: Kompetensi Umum untuk

Pegawai Perkhidmatan Awam. Perak: Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd.

4. Mok Soon Sang (1991). Siri Pendidikan Di Malaysia. Subang Jaya: Kumpulan

Budiman.

5. Muhammad Hilmi Bin Madzaili, Mohd Raizul Bin Razali & Siti Hajar Aisyah

Binti Ibrahim (2006). Dasar Pendidikan Di Malaysia: Sarjana Muda

KURSUS INDUKSI (KISSM)

Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Institut Perguruan Bahasa Melayu (Malays Pantai).

Vous aimerez peut-être aussi