Académique Documents
Professionnel Documents
Culture Documents
Ini bermaksud struktur dan kedudukan organ berkaitan badan manusia serta fungsinya untuk aktiviti dan kehidupan manusia. Ia merupakan pengetahuan asas bagi pakar-pakar dalam bidang perubatan seperti doktor perubatan dan pakar bioperubatan.
[sunting] Anatomi
Kajian tentang struktur badan manusia. Anatomi yang sentiasa dikaji tergolong dalam beberapa kumpulan seperti:
y y y y y y
sel dan histologi: struktur sel soma dan kandungannya sistem pernafasan: hidung, trakea, bronkus, bronkiol, peparu, alveolus sistem kardiovaskular: sistem peredaran darah seperti jantung dan salur darah sistem pencernaan: mulut, esofagus, perut, usus, pankreas sistem lokomotif: otot motor, otot simpati, anggota badan sistem saraf: saraf motor, saraf tunjang, otak
[sunting] Fisiologi
Ia merupakan kehidupan manusia. Setiap individu perlulah bernafas, makan, minum, berkumuh, dan membiak sebagai aktiviti asas manusia. Selain itu, kita juga haruslah bersosial, bermain, bersukan, bekerja dsb sebagai aktiviti harian. Kesemua aktiviti ini memerlukan organ-organ yang sihat untuk menjayakannya.
Pertumbuhan Fizikal: Perkembangan yang melibatkan sel-sel badan dan organ-organ manusia dalam proses pembesaran dan penuaan sepanjang umur manusia. Ia bermula sejak di uterus lagi. Perkembagan yang pesat selalunya ditentukan oleh gizi makanan dan kegiatan dalam sukan. Pertumbuhan Mental: Perkembangan yang melibatkan perkembangan mental serta kognitif seseorang. Ia bermula selepas seseorang mula memahami dan mengetahui alam ini. Biasanya, pertumbuhan ini adalah dipelajari daripada pengalaman dan ilimu pengetahuan.
Pertumbuhan Sahsiah: Perkembangan yang melibatkan sahsiah, rohani dan nilai-nilai murni seseorang. Ia biasanya bermula apabila ibu bapa mula mendidik anaknya. Ada juga yang percaya nilai-nilai murni boleh dipupuk semasa anak masih dalam kandungan ibu. Nilai dapat dipupuk melalui ajaran agama dan pendidikan secara formal atau tidak formal.
[sunting] Kimia
Kimia adalah satu bidang sains yang mengkaji jasad yang kecil serta interaksinya. Dalam kimia, jasad ini dikenali zarah-zarah yang dibahagi kepada atom, molekul dan sebatian (kompoun). Interaksi antara atom seperti ikatan kovalen dan ikatan ionik akan memepengaruhi sifat-siafar fizikal sesuatu zarah. Manakala electron dalam atom tersebut akan menetukan sifat kimia. Bahan kimia selalunya ditulis sebagai Na, O2, CH4, NaCl dsb. Bidang ini adalah penting kerana setiap unit jasad adalah terdiri daripada bahan kimia. Contohnya air adalah dibentuk melelui pergabungan satu atom oksigen dan dua atom hydrogen, Garam masak pula adalag dari pada natrium dan klorin.
gunung. Dalam teori biokimia, tenaga dirujuk kepada ATP (adenosina trifosfat). ATP adalah satu bahan kimia akhir yang boleh menghasilkan tenaga di peringkat sel. Jadi, setiap molekul makanan hendaklah dihadamkan supaya menjadi unit ATP, yang seterusnya dihadamkan menjadi tenaga dalam sukatan joule. Lebih banyak molekul ATP dihasilkan, maka lebih tenaga dapat diperoleh. Pada label pakej makanan, biasanya sesuatu kuantiti makanan boleh ditukar kepada sesuatu sukatan tenaga dalam joule atau kilojoule.
[sunting] Molekul
Rencana utama: Molekul Walaupun tidak mengalami perubahan bilangan elektron, sesuatu boleh unsur boleh bergabung melalui ikatan kovalen. Kedua-dua unsur itu dicantum melalui perkongsian elektron apabila elektron terluar bagi sesuatu unsur adalah komplimentari dengan unsur yang digabungkan. Dalam air, molekul tidak terlarut dan tidak membentuk ion kerana sifat kimia adalah berlainan dengan air (air merupakan molekul yang berkutub). Molekul boleh wujud dalam cecair apabila ia dileburkan atupun larut dalam pelarut organik yang bersifat kovalen. Contoh molekul adalah seperti CCl4, O2, Cl2, H2 dsb.
[sunting] Elektrolit
Rencana utama: Elektrolit Ion yang terhasil apabila sesuatu campuran terlarut dalam air akan membentuk elektrolit yang berupaya membawa elektrik. Dalam kimia, ia memerlukan elektrod (katod dan anod) untuk mengalir elektrik melalui sambungan wayar (litar). Dalam biokimia, elektrolit dalam cecair badan berfungsi untuk memekatkan / mencairkan kandungan cecair badan. Kehadiran ion yang tinggi akan memekatkan cecair dan seterusnya mengawal tekanannya seperti dalam darah. Ion-ion dalam elektrolit juga penting dalam menolong lain-lain proses seperti penghadaman yang memerlukan kofaktor dsb. Jadi manusia memerlukan garam dan mineral untuk mengimbangi badan kita. Individu yang muntah dan cirit-birit berlebihan boleh mengakibatkan kehilangan ion yang berlebihan dan badan akan menjadi lemah.
[sunting] Karbohidrat
Rencana utama: Karbohidrat Karbohidrat adalah pembekal tenaga utama dalam badan manusia. Ia adalah sejenis makanan organik yang larut dalam pelarut organik kerana kehadiran banyak ikatan kovalen antara unsur-unsur C, H, dan O. Jadi formula kimia umum bagi karbohidrat adalah ditulis sebagai C6H12O6]n, n adalah bilangan unit berulang. Dalam perkataan harian, karbohidrat adalah gula. Namun, dalam istilah biokimia, karbohidrat adalah sukrosa, maltosa, glukosa, fruktosa dsb. Ada yang membezakan karbohidrat melalui bilangan karbon dalam unit berulangnya (unit berulang dipanggil sebagai monomer). Contohnya pentosa dan triosa masing-masing mempunyai 5 dan 3 atom karbon. Cuma beberapa jenis karbohidrat yang biasa difokuskan dalam pemakanan dan gizi kita, iaitu sukrosa, fruktosa dsb. Kesemua gula ini perlu dicernakan dalam sistem pencernaan manusia supaya menjadi unit yang terkecil iaitu glukosa untuk diserap ke dalam sel-sel. Jadi, kekurangan glukosa dalam darah bermakna seseorang tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk meneruskan proses dalam badan. Kesannya, individu tersebut akan pitam dan pengsan. Nasi, roti, dan gandum merupakan sumber karbohidrat yang utama.
[sunting] Lipid
Rencana utama: Lipid Lipid adalah lemak yang diperlukan untuk melindungi badan kita. Ia berfungsi sebagai penebat bawah kulit untuk melindungi badan daripada kesejukan. Ia juga bertindak sebagai minyak pelincir untuk mengelakkan geseran antara organ semasa bergerak. Lipid juga
merupakan komponen yang penting dalam membentuk sel membran. Selain itu, lemak juga merupakan pembekal tenaga terakhir apabila ketandusan karbohidrat atau protein untuk memberi tenaga kepada badan. Jadi, semua orang memerlukan lipid untuk terus hidup dan melicinkan proses dalam badan. Akan tetapi, pengambilan lemak yang berlebihan akan meyebabkan seseorang terus menjadi gemuk kerana ia tidak digunakan apabila pembekal tenaga lain masih ada. Badan akan menyimpan lemak tersebut di bawah kulit seperti paha, perut, dan bahagian-bahagian yang kurang aktif. Lipid boleh diambil daripada daging, kacang, dan sayur-sayuran.
[sunting] Protein
Rencana utama: Protein Protein adalah sumber yang penting dalam membina otot-otot badan. Ia adalah unsur yang penting semasa pertumbuhan dari peringkat kanak-kanak ke dewasa. Protein biasanya diambil dari daging-daging seperti ayam, lembu, ikan, soya dsb. Biasanya, otot akan mengalami kerosakan dan kepecahan apabila seseorang menjalankan sukan, jadi otot tersebut perlu diperbaiki dengan menambahkan satu lapisan protein ke atas bahagian otot yang rosak. Jadi, otot kelihatan besar pada tubuh badan.