Vous êtes sur la page 1sur 3

PUNCA-PUNCA PENDENGARAN SENSORI NEURAL Masalah pendengaran jenis sensori neural adalah diakibatkan oleh kerosakan berlaku di bahagian

telinga dalam dan saraf pendengaran. Istilah sensori neural yang digunakan ini adalah merujuk kepada kerosakan yang berlaku pada sensori yang melibatkan koklea atau saraf yang menjadi laluan ke otak. Masalah pendengaran jenis ini berlaku sebelum kelahiran iaitu semasa janin berada di dalam kandungan ibu dan juga selapas kelahiran . kehilangan pendengaran yang berlaku adalah bersifat kekal. Terdapat pelbagai punca dan sebab yang boleh mengakibatkan berlakunya masalah pendengaran sensori neural iaitu berlaku semasa dalam kandungan ia berlaku disebabkan oleh jangkitan virus atau bacteria contohnya ibu mengidap penyakit rubella semasa tiga bulan pertama mengandung. Selain itu juga penyakit kelamin seperti herpes simple, gonorrhea dan siplis juga boleh menyebabkan masalah pendengaran berlaku. Masalah pendengaran sensori neural juga boleh terjadi apabila ibu mengambil dadah seperti alcohol, aspirin, kafein, kartison, kunin dan transkuiliser dan ubat-ubatan tertentu seperti pil thalilidomide. Masalah ini juga boleh berlaku semasa kelahiran, ia seperti bayi lahir tidak cukup bulan atau kurang berat badan. Selain itu, bayi mengalami anoksida juga boleh berlakunya masalah pendengaran sensori nueral, anoksida ialah kekurangan oksigen. Apabila bayi yang dilahirkan mengidap jaundis iaitu demam kuning juga boleh menjadi punca-punca masalah pendengaran sensori neural. Antara punca-punca lain seperti berlaku selepas kelahiran, ianya disebabkan oleh kemalangan teruk yang menyebabkan kerosakan kolea, meningitis iaitu demam yang teruk disebabkan oleh selaput yang meliputi otak dan tulang belakang. Selain itu, bunyi bising yang terlalu kuat secara berterusan juga boley menyebabkan masalah tersebut, masalah ini juga berpunca daripada presbyacusis iaitu kehilangan pendengaran disebabkan factor ketuaan dan penyakit miniere iaitu berlaku kesan vertigo yang bermaksud pening yang teruk, tinnitus (berdesing) dan pendengaran berkurangan. Masalah ini juga berpunca daripada keturunan yang mempunyai masalh pendengaran sensori neural dan jika bapa yang dominan (pekak) maka risiko untuk mempunyai anak pekak sensorneural ialah 50% manakala pembawa gen resesif berisiko sebanyak 25%.

TAHAP-TAHAP MASALAH PENDENGARAN SESNSORI NEURAL Kanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran jenis sensori neural akan mengalami tahap pendengaran dalam kategori teruk (71-90dB) dan sangat teruk (melebihi 91 dB) sebarang kehilangan pada tahap 71dB keatas di kedua-dua telinga dikategorikan sebagai bermasalah pendengaran atau pekak. Kebanyakan kanak-kanak bermasalah pendengaran yang ada pada hari ini adalah mereka yang mengalami kehilangan pendengaran di dalam kedua-dua kategori ini. Kehilangan pendengaran ini menyebabkan mereka tidak dapat mendengar bunyibunyi pertuturan biasa walau bagaimanapun mereka boleh mengesan bunyi-bunyi yang kuat seperti enjin kenderaan atau letupan. Walaupun mengalami kerosakan di bahagian telinga dalam tetapi sebahagian daripada mereka masih mempunyai bahagian telinga luar dan tengah yang masih sempurna dan bunyi terlalu kuat juga akan menyebabkan telinga mereka mengalami kesakitan seperti kita juga. Getaran bunyi yang terlalu kuat akan menyakitkan gegendang telinga kita, oleh itu anda perlu memaklumkan kepada kanak-kanak ini sekiranya terdapat bunyi yang terlalu kuat di persekitaran kita. CIRI-CIRI KANAK-KANAK MASALAH PENDENGARAN SENSORI NEURAL Kanak-kanak masalah pendengaran sensori neural akan mengalami atau memperlihatkan ciri-ciri berikut seperti tidak boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan langsung. Selain itu, mereka hanya mendengar bunyi-bunyi yang kuat sahaja. Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini kerap menghasilkan nada suara yang tinggi dan bunyian-bunyian pertuturan yang tidak difahami. Ujian pendengaran melaui tulang dan ujian pendengaran melalui udara yang dijalankan terhadap kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran sensori neural tidak menunjukkan banyak perbezaan. Kebiasaannya kanak-kanak ini tidak bertindakbalas pada bunyi-bunyi pertuturan atau bunyi-bunyi yang terdapat dipersekitarannya. Kanak-kanak ini hanya bertindak balas kepada apa yang dilihat. Oleh kerana kebanyakan bunyi-bunyi di persekitaran tidak terlalu kuat sehingga boleh mereka dengar maka kanak-kanak ini beranggapan bahawa dunia ini sunyi sepi. Mereka juga tidak menyedari bahawa orang lain boleh mendengar bunyi dan komunikasi melalui pertuturan, hanya menyedari ini apabila orang normal tidak memperdulikan mereka.

Kanak-kanak bermasalah pendengaran juga suka meniru tingkahlaku orang normal kerana mereka tidak menyangka bahawa orang normal berkomunikasi melalui gerak badan tetapi apabila tingkahlaku ini tidak diterima mereka mula mengasingkan diri dari bergaul dengan orang normal. Akhirnya mereka akan mewujudkan kelompok di kalangan mereka sahaja kecuali mereka yang boleh menguasai pertuturan akan lebih bergaul dengan masyarakat.

Vous aimerez peut-être aussi