Vous êtes sur la page 1sur 15

SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

TAJUK:SOSIAL

NAMA PENSYARAH : CIK NURAIMA SHAMEERA NAMA PELAJAR 1: NORAMIRA BINTI HAMZAH NO. ID : 1012011100263

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN
Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan social melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku social atau melakukan penyesuaian social dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi,aktiviti bermain,perkembangan kongnisi sosial,persahabatan,dan perhubungan dengan rakan sebaya. Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari tradisi, kepercayaan, nilai, dan adat yang dianut oleh kumpulan sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan -peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial. Misalnya,mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai,dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat.Proses sosialisasi ini pula ditentukan pula oleh konteks budaya.Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya lain.Namun demikian,terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya. Perbincangan tentang perkembangan sosial tidak akan lengkap tanpa menyentuh teori perkembangan sosial. Salah satu teori perkembangan sosial yang penting telah dikemukakan oleh Erik Erikson. Oleh kerana teori ini menekankan perkembangan sosial, aka teori ini dinamakan Teori Perkembangan Psikososial Erikson. Erikson menerangkan perkembangan sosial manusia sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik.Individu dakatakan perlu menguasai kecekapan tertentu dalam menghadapi setiap peringkat perkembangan ini.Di antara lapan peringkat perkembangan sosial ini,empat peringkat yang pertama menerangkan perkembangan social di kalangan bayi dan kanak-kanak. Huraian ringkas tentang keempatempat peringkat ini adalah seperti yang dikemukakan bawah.

PERKEMBANGAN SOSIAL
Perkembangan sosial kanak-kanak dipengaruhi oleh apa yang diperhatikan disekelilingnya. Apabila kanak-kanak mendapat kritikan membina dari orang dewasa, mereka akan mengekalkan sikap dan tingkah laku yang baik itu dan akan bertindak sebaliknya apabila mendapat teguran yang tidak membina. Misalnya, apabila kanak-kanak dipuji kerana mengatakan perkara yang baik kepada rakannya, mereka akan memahami mengenai tingkah laku dan sikap yang baik dan positif. Manakala, jika guru menegur dan menghukum mereka apabila mereka mengatakan perkara yang buruk kepada rakan mereka, mereka akan memahami tingkah laku dan sikap yang tidak baik dan negatif. Oleh itu, mereka akan lebih memahami tentang sesuatu akibat dan pujian. Antara contoh cerita yang berkaitan dengan perkembangan sosial kanak-kanak ialah Where the Wild Things Are dan The Quarreling. Buku The Quarreling menceritakan keluarga Mr. James yang masing-masing tidak dapat melepaskan rasa marah pada tempat yang betul. Kisah bermula apabila Mr. James terlupa untuk mencium selamat tinggal kepada Mrs. James. Mrs. James berasa sedih dan pada masa yang sama, Jonathan James turun ke ruang makan. Mrs. James memandang tajam dan merungut mengenai pakaian Jonathan James. Jonathan James berasa ibunya tidak adil dan menegur Sally James tentang kelewatannya turun sarapan dan akan lewat ke sekolah.

CIRI-CIRI SOSIAL
1 bulan Bayi sangat suka disentuh, dipegang dan berkukur (cooing) dan senyum. Pada bulan pertama, bayi akan mula mengkaji dengan melihat wajah kamu. Dia suka melihat wajah kamu dan memahami mimik muka. Apabila kamu mengeluarkan lidah dan lihat dia akan melakukan perkara yang sama. 3 bulan Sekarang bayi akan mengambil masa yang banyak untuk melihat apa yang lalu disekelilingnya. Dia tidak akan memancarkan senyuman sebenarnya melainkan kepada ibubapanya. Akan datang dia akan mahir dalam kata senyum (smile talk) iaitu permulaan interaksi dengan kamu dengan melemparkan senyuman berserta bunyi menggogok. 4 bulan Pada umur ini bayi lebih bersikap terbuka terhadap orang baru, menyambut mereka dengan teriakan riang. Masih lagi, tidak ada seorang pun yang boleh rapat dengan ibu dan ayah. Bayi akan menunjukkan reaksi yang lebih terhadap ibudan bapanya untuk memastikan yang kamu ada ikatan. 7 bulan Kebanyakan masa, si kecil sibuk mengasah kemahiran untuk berhubung dengan kanak-kanak yang lain. bila 2 bayi bawah 1 tahun diletakkan bersebelahan dengan satu set permainan, mereka biasanya akan bermain di sisi yang berlainan tetapi bukan bermain bersama.

12 bulan Pada tahap ini, kanak-kanak sudah mula nampak seperti antisosial menangis bila ditinggalkan atau gelisah bila berada dalam dakapan selain daripada ibubapanya. Kebanyakan bayi melalui kegelisahan apabia berpisah, yang mana mengambil masa di antara 10 dan 18 bulan. Kanakkanak lebih suka kamu idak bergaul dengan orang lain dan akan gelisah bila kamu didapati tidak berada di sekitarnya. Kadang-kadang hanya keadiran kamu sahaja yang dapat menenangkannya.

13 hingga 24 bulan Kanak-kanak mula tertarik dengan dunia, bagaimana semua benda berhubung dengannya. Sebagaimana mereka belajar untuk bercakap dan berkomunikasi dengan orang lain, mereka juga belajar untuk berkawan. Mereka sangat gembira berkerjasama dengan kanak-kanak lain, sama ada sama umur atau lebih tua. Di antara umur 1 dan 2 tahun, walaubagaimanapun, kanak-kanak dengan keras menjaga barang permainannya, yang mana sangat susah untuk ibubapa berfikir anak-anak mereka harus belajar untuk berkongsi. Ibubapa harus mengingatkan anak-anak mencontohi rakan mereka dan meluangkan banyak masa memerhatikan mereka.

CIRI-CIRI MEMAHAMI PERKATAAN,TINGKAH LAKU DAN KONSEP


Bayi tidak lagi dapat bercakap dalam bahasa kita atau memahami sepenuhnya memahami apa yang kita cakap padanya tetapi bayi cepat belajar. Kajian menunjukkan, bayi mula mendengar suara ibubapanya sejak di dalam perut lagi. apabila lahir, bayi mula membunyikan ke dalam perkataan kita dan bentuk ayat untuk menangkap apa yang kita cakap. Bayi juga menggunakan kekuatan penyerapannya untuk belajar tentang sesetengah perkara yang rumit seperti sayang, kepercayaan, masa, serta kesan dan sebab yang wujud di dalam dunia fizikal dan emosi. Lahir hingga 1 bulan Setiap saat ketika bayi berjaga, bayi menggunakan derianya untuk mendapatkan data baru dengan mencarinya sendiri. Bayi tidak mempunyai lagi maklumat yang digunakan oleh orang dewasa dan kanak-kanak untuk menjelaskan apa yang mereka telah dapat tetapi bayi membina pengetahuan setiap hari. Ramai pakar mengatakan bayi memahami lebih daripada apa yang ibu bapa jangkakan tentang mereka. Sebagai kemahiran hidup, bayi dengan penuh perasaan menyesuaikan diri terhadap orang di sekelilingnya. Dia boleh memahami bagaimana perasaan kita dan apa yang kita fikirkan melalui nada suara kita, gerakkan mulut, hembusan nafas, rasa kulit kita, dan kerlip mata kita. 2 hingga 3 bulan Bayi akan terus menyerap apa sahaja di dalam persekitarannya. Aktiviti kegemarannya ialah melihat apa yang bergerak di sekitarnya, dan mula memahami kita akan menyuap dan meyejukkan makanan dan bermain dengannya bila dia memerlukan kita. Dia akan menggembirakan kamu dengan senyuman sebenarnya. Melalui senyuman bayi menunjukkan yang dia gembira dan suka terhadap ransangan yang diberi. Pada umur 3 bulan, bayi akan menambah bunyi gurgling dalam senyumannya, iaitu bermulanya satu bentuk perbualan awal

bayi. 4 hingga 7 bulan Bayi sudah mengetahui namanya dan memahami yang kamu sedang bercakap dengannya. Dia akan memandang ke arah kamu bila kamu bercakap dengannya. Dia mula menyesuaikan diri terhadap bunyi suara kamu juga. Bila bunyi suara gembira, bayi akan beraksi gembira, dan bila kamu berkata keras terhadapnya dia akan sedih dan boleh menangis. Bayi juga mula mengenali di antara orang asing dan orang yang mereka kenal, bayi akan menangis bila kita meletakkannya di tangan seseorang yang tidak kenali.

8 hingga 12 bulan Bayi mula memahami permintaan yang mudah. Misalnya perintah jangan. Bayi akan berhenti dengan memandang wajah kamu bila kamu mengatakan jangan menyentuh alatan elektrik. Bayi juga menguji tindakan kamu terhadap tingkah laku yang mereka lakukan. Contohnya, bayi akan membuang makanan ke atas lantai hanya untuk melihat apa yang akan kamu lakukan, dan kemudian meyimpan tindakan kamu di dalam kotak memori atau ingatannya. Akan datang, bayi akan menguji sekali lagi untuk melihat sama ada kamu akan bertindak dalam kaedah yang sama. 12 hingga 18 bulan Pada umur 18 bulan,bayi seharusnya mampu memahami dan menggunakan sekurangkurangnya 50 perkataan. Dan dia akan mampu mengikut arahan kamu, walaupun jika mengandungi 2 arahan berbeza. Contohnya Ambil bola itu dan letakkan ke dalam kotak. 19 hingga 24 bulan Kanak-kanak pada waktu ini, mula memahami bukanlah satu keperluan bertemu dengan kamu (ibu). Dia cuba menerangkan pada dirinya sebagai contoh memeluk tubuhnya dengan meletakkan tangan di celah ketiak bila kamu mahu dia memegang tangan kamu. Dia jua mula memahami konsep mudah seperti ruang dan dimensi. Ini bermaksud kemungkinan sekarang dia boleh meletakkan bersama satu asas puzzle, dan tahu perbezaan di antara segi tiga dan segi empat dan boleh meletakka setiap bentuk pada lubang yang bersesuaian dengan bentuknya pada shape-sorter. Bayi juga dapat mengenalpasti sebab dan akibat. Dia tahu bila dia tekan tuil buka jack-in-the-

box sebagai contoh, clown akan terpancul keluar. Kemahiran baru ini akan hadir bersama bila bayi bersedia dengan latihan tandas (toilet train).

CIRI-CIRI INTERAKSI SOSIAL BAYI


Pengalaman sosial pertama bayi ialah dengan ibu bapa dan adik-beradiknya. Respons sosial pertama bayi ialah berbalas pandangan dan senyuman dengan ibu bapanya. Bayi juga ketawa apabila digeletek atau diusik oleh ibu bapanya. Bayi mula berinteraksi dengan bayi lain apabila usianya mencapai 5 bulan. Apabila mereka sudah bolah bergerak di persekitaran, mereka akan mula merangkak dan memanjat badan orang yang paling rapat dengannya seperti ibu atau bapanya. Mereka mula merapati orang yang disukai apabila mereka telah boleh berdiri tegak. Selain itu, mereka juga pandai mengangkat tangan minta didukung. Bayi yang berusia 9 bulan sudah mula menawarkan alat permainan kepada orang lain. Walau bagaimanapun ia akan menangis atau melawan sekiranya ada orang cuba mengambil barangnya. Perlakuan ini adalah disebabkan oleh sifat egosentrisme yang dimiliki bayi. Sifat agresif bayi bertambah mengikut perkembangan usia tetapi pada masa yang sama, sifat bekerjasama pula turut meningkat. Kajian telah menunjukkan kesedaran kendiri (self-awareness) bayi muncul ketika bayi berusia 18 bulan. Pada masa yang sama bayi juga mempunyai pengenalan diri (self-recognition) yang ditunjukkan melalui keupayaan bayi mengenali imej diri. Sebagai bukti, satu pemerhatian telah dijalankan oleh Lewis dan rakan-rakan tentang kesedaran kendiri di kalangan bayi yang berusia di antara 6 hiungga 24 bulan. Dalam kajian tersebut, pengkaji melihat kekerapan tingkah laku bayi menyentuh hidung di depan sebuah cermin setelah hidung mereka dibubuh pewarna merah. Kajian mendapati terdapat peningkatan dari segi kekerapan menyentuh hidung di kalangan bayi berusia 18 bulan. Ini menunjukkan bayi berusia 18 bulan sudah mengenali diri sendiri kerana mereka tahu bahawa hidung mereka tidak bewarna merah. Kesedaran kendiri merupakan satu peningkatan yang besar dalam keupayaan memahami orang lain serta berhubung dengan mereka. Sebaik sahaja mereka mempunyai kesedaran kendiri, mereka sedar tentang kecenderungan mereka memilih orang yang ingin bersama. Misalnya, mereka lebih menyukai rakan sepermainan yang sejantina atau lebih mengutamakan rakan yang terdiri daripada kanak-kanak berbanding dengan orang dewasa. Mereka juga dapat membentuk perasaan empati, memikirkan perasaan diri sendiri, dan tahu bahawa orang lain tidak akan tahu apa yang difikirkan oleh mereka. Pemahaman ini menyebabkan mereka membentuk keupayaan untuk berbohong. Sebagai kesimpulan, pembelajaran tentang kendiri

manusia bermula sejak bayi.keupayaan ini mempengaruhi hubungan antara manusia dan menjadi asas kepada kecekapan sosial, hubungan rakan sebaya, dan identiti kejantinaan.

Kelebihan membina kemahiran sosial


Kebanyakan kanak-kanak bermain dengan supervision yang minimal daripada orang dewasa. Bagaimanapun kanak-kanak perlu digalakkan untuk bermain sesama sendiri supaya mereka mengenal keperluan orang lain, bertolak ansur, bekerjasama dan membina nilai2 murni daripada situ.

KESIMPULAN
Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah saya lakukan terhadap responden saya, ternyata bahawa beliau seorang yang mempunyai ciri-ciri fizikal seperti manusia biasa. Beliau juga merupakan seorang yang mudah bergaul, tidak mengira lapisan umur. Responden merupakan seorang yang disenangi oleh kawan-kawannya. Responden juga seorang yang mudah mendapat kawan, ini dapat dilihat apabila responden trepaksa menjalankan kerja diluar pejabat terutamanya di luar negeri.Tahap kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan pendidikan secara tidak langsung melahirkan ramai pelajar kita yang pintar cerdas. Gaya pembelajaran bagi pelajar pintar cerdas ini sudah semestinya tidak sama dengan pelajar-pelajar yang biasa. Adalah penting untuk mengkaji cara proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk mereka ini bagi memastikan kelebihan yang dimiliki oleh mereka dapat memberi manfaat kepada negara suatu masa nanti. Setiap kanak-kanak normal mempunyai potensi untuk tumbuh dan berkembang menjadi pelajar pintar dan berbakat. Ibu bapa dan sekolah bertanggungjawab untuk membimbing kanak-kanak tersebut mengembangkan potensi mereka secara seimbang, menyeluruh, sepadu dan optimum. Pengalaman dan aktiviti pembelajaran yang disediakan untuk pelajar-pelajar harus dapat mengembangkan, memupuk, mencungkil dan meningkatkan kebolehan, bakat dan motivasi yang sedia ada dalam bidang rohani, kognitif, afektif dan psikomotor ke peringkat yang maksimum. Perlu ditegaskan bahawa pelajar-pelajar yang mempunyai potensi pintar cerdas tidak akan berkembang menjadi pelajar pintar cerdas jika mereka tidak didedahkan kepada pengalaman dan aktiviti pembelajaran yang sesuai. Matlamat pelajar pintar cerdas adalah untuk melahirkan pelajar yang baik. Pelajar yang baik memiliki personaliti yang seimbang dan sepadu. Kanak-kanak pintar adalah suatu sumber alam yang berharga Gardner, 1961, dan mereka merupakan sebahagian daripada harta kekayaan negara. Bagaimanapun sekolah sering kali gagal untuk memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pelajar-pelajar pintar cerdas kerana pelajar-pelajar tersebut dinggap tidak memerlukan sebarang bimbingan yang khusus, ataupun kebolehan mereka tidak diketahui oleh guru. Gallagher, 1975, berpendapat bahawa ramai guru gagal mengenalpasti pelajarpelajar pintar kerana mereka memberi perhatian kepada petunjuk tingkah laku yang salah.

PENGHARGAAN
Assalamualaikum , Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan bertajuk Perkembangan fizikal. Tugasan ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada asas Pengenalan Kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak . Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan tugasan saya ini . Pertama sekali kepada pensyarah dan juga mentor saya Cik Nuraima Shameera kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada saya . Jasa beliau akan saya kenang ke akhir hayat . Seterusnya , terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang tugasan ini disiapkan . Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan . Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan tugasan masing-masing . Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai tugasan ini amat saya hargai . Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan . Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang tugasan saya dijalankan dan dibentangkan .

Vous aimerez peut-être aussi