Vous êtes sur la page 1sur 16

1.

0 Pendahuluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungawap dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri sendiri memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan Guru. Guru berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjungjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Dengan menghayati kedua-dua falsafah ini, maka kita akan dapat mengetahui visi atau aspirasi kerajaan Malaysia dalam usaha memperkasakan pendidikan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru adalah sangat penting bagi membentuk hala tuju pendidikan di negara kita. Guru perlulah menghayati dan mengabadikan kehendak kerajaan ini serta memastikan pendidikan Malaysia berada pada kelas yang tersendiri. Peranan seorang guru adalah penting bagi merealisasikan falsafah yang telah di bentuk. Secara tidak langsung guru juga berperanan sebagai pembimbing dan pendidik kepada pelajar dalam usaha untuk mencapai aspirasi yang dikehendaki oleh Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia serta Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru juga berperanan dalam merealisasikan strategi Kementerian Pendidikan Malaysia, demi mencapai matlamat dan misi malaysia dalam usaha membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia serta menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di serantau.

2.0 Definisi konsep 2.1 Konsep pendidikan Secara amnya, pendidikan ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan

pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Dalam erti kata lain juga pendidikan boleh diertikan sebagai aktiviti persekolahan. Jadi, pendidikan adalah aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk membimbing murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa depan. Seseorang individu memainkan peranan yang positif dan berkesan dalam masyarakat merupakan langkah utama pendidikan. Dalam usaha ini, pendidikan merupakan suatu agen untuk menyebar dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan semasa. Masyarakat kini mementingkan

pendidikan untuk melahirkan ahli-ahli masyarakat yang berani menghadapi cabaran hidup dan perubahan serta membuat pembaharuan demi pembangunan masyarakat tersebut. Pengertian pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu serta

menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang rasional bagi faedah diri serta masyarakat, bangsa dan negaranya

2.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang masyarakatnya adalah masyarakat yang majmuk dan terdiri daripada berbilang kaum yang mempunyai kebudayaan yang berbeza. Terdapat perbezaan penempatan kawasan antara kaum seperti bandar, luar bandar, estet, kampung petani dan juga kampung nelayan. Selain itu, ekonomi antara kaum tidak sama menyebabkan ketidakseimbangan kaum-kaum dalam masyarakat tidak sesuai dan menjadi penghalang bagi menyatupadukan perpaduan antara kaum. Pada tahun 1970, Malaysia telah merangka Rukun Negara yang dijadikan sebagai dasar pendidikan, kewarganegaraan, pembangunan dan perkembangan masyarakat. Prinsip-prinsip ini terdiri daripada lima prinsip yang utama iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan kesusilaan. Malaysia berazam untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat dan mencipta suatu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Satu kebudayaan nasional yang kaya dan berbagai corak dan satu masyarakat maju yang menggunakan sains dan teknologi moden dapat dibina. Malaysia juga berazam agar satu cara hidup demokrasi dapat dipelihara. Semangat keazaman ini telah menjadi dorongan asas untuk merangka Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dalam sistem pendidikan persekolahan Malaysia, dan kedua-dua kurikulum ini telah dilaksanakan dalam tahun 1980-an. Konsep falsafah pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut menentukan haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

Pendidikan

di

Malaysia

adalah

satu

usaha

berterusan

kearah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dinyatakan di atas, maka Matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut iaitu percaya dan patuh kepada tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara, memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu serta memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu melahirkan rakyat yang bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara, menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan, melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan,

melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada Negara, melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum, mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

2.3 Falsafah pendidikan guru Falsafah Pendidikan Guru akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada matlamat dan pendidikan guru : Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Matlamat Pendidikan Guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosial dan amalan tingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21. Model Konseptual Pendidikan Guru pula dirangka berpandukan kepada dasar Falsafah Pendidikan Guru dan Matlamat Pendidikan. Tiga dimensi utama berdasarkan model ini mementingkan akauntibiliti guru iaitu ketuhanan, kemasyarakatan dan kendiri. Dari aspek ketuhanan, peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama. Dari aspek emasyarakatan pula menekankan peranan dan kredibiliti guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan. Penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia merupakan dimensi kendiri berdasarkan Model Konseptual Pendidikan Guru. Model tersebut juga merangkumi tiga aspek asas iaitu pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Aspek kedua ialah kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahanbahan pelajaran denagan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion keguruan merupakan aspek yang ketiga berdasarkan dimensi Model Konseptual Pendidikan Guru. Ketiga-tiga aspek

ini disepadukan dan merentas semua disiplin dan program perguruan yang dirancangkan. Di samping itu, Model Konseptual Pendidikan Guru juga menekankan matlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani.

Rajah 1: Model Konseptual Pendidikan Guru Dalam apa sahaja profesion, anggotanya diharap dapat membayangkan sifatsifat terpuji. Guru yang memainkan peranan sebagai pengajar, pengurus, kaunselor, inovator dan agen perubahan sudah tentu diharap dapat menonjolkan sifat terpuji serta berkaliber tinggi. Antara sifat peribadi yang perlu ada pada seorang guru ialah seperti yang dinyatakan di dalam Falsafah Pendidikan Guru iaitu berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara. Salah satunya guru hendaklah berpekerti mulia dan menunjukkan tingkah laku yang sopan dengan murid sama ada dalam bilik darjah mahu pun luar bilik darjah. Tingkah laku yang bertatasusila, ada perasaan belas kasihan, sabar, jujur, bersih, menepati masa ketika masuk ke kelas dan cekap menyempurnakan tugasnya boleh dianggap tingkah laku yang sesuai sebagai seorang guru. Hal ini kerana, seseorang guru yang bersopan santun amat dihormati oleh pelajarnya. Ketika memerlukan bantuan pelajar guru akan meminta pertolongan dan bukannya mengarahkan pelajar tersebut.

Selain itu, guru juga mestilah berpandangan progresif dan saintifik untuk membentuk warganegara yang dapat memberikan sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan Negara seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Guru. Dalam pengajaran guru, kaedah inkuri-penemuan dan kaedah dapatan hendaklah ditekankan. Ini perlu untuk memupuk sifat gemar menyiasat dan mereka cipta. Sifatsifat ini adalah selaras dengan hasrat memperkembangkan pelajar-pelajar

berpandangan futuristik dan progresif. Era globalisasi dan kepesatan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dengan capaian maklumat yang pantas dan pelbagai sama sekali tidak mengambil alih peranan dan tanggungjawab guru. Untuk pembentukan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah, guru juga boleh mengamalkan sikap kepimpinan demokratik sepertimana yang disyorkan dalam Falsafah Pendidikan Guru. Kepimpinan guru yang bersifat demokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosioemosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru-guru dan murid-muridnya. Sikap kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana tegang dan menggalakkan murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka. Sebagai seorang guru yang menjadi contoh kepada murid-murid, mereka mestilah berdisiplin dari semua aspek. Hal ini kerana, guru memainkan peranan untuk membimbing dan membentuk murid-murid yang berdisiplin bagi kesejahteraan diri, keluarga dan Negara kita pada masa depan. Jika dilihat dari segi indvidu, disiplin meliputi tingkah laku yang mulia, fikiran yang tersusun, rasional serta berkeyakinan. Sesebuah kelas yang mempunyai disiplin yang baik akan menjamin segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna.

3.0 Akauntabiliti guru dalam merealisasikan tiga demensi Akauntabiliti didefinisikan sebagai bertanggungjawab terhadap seseorang atau sesuatu. Dalam konteks keguruan, akauntabiliti ialah bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. Sebagai pendidik, guru bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan iaitu menyalur atau menyampaikan kurikulum yang telah disediakan kepada murid-murid dengan kaedah pengajaran yang berkesan. Bidang tugas dalam akauntabiliti guru ialah bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku kendiri, murid dan juga profesion. Model konseptual pendidikan guru ini mengutamakan akauntabaliti guru kepada tiga dimensi utama iaitu kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan dalam program yang dirancang seperti berikut: Ketuhanan menganjurkan peningkatan ilmu,

penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama. Kemasyarakatan Menekankan peranan guru sebagai

pendidik, pemimpin dan agen perubahan kepada masyarakat dan juga Negara Kendiri Menjurus ketahanan, kepada pembinaan daya

patriotisme,

pemupukan

budaya ilmu, pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia.

Falsafah pendidikan Negara juga mempernyatakan wajah manusia yang akan dihasilkan oleh sistem pendidikan Negara. Terdapat beberapa ciri yang dapat dibuktikan iaitu pendidikan adalah usaha untuk mewujudkan budaya ilmu di mana sekolah merupakan permulaan perjalanan kearah penerusan pencarian ilmu sehingga ke akhir hayat. Yang kedua ialah manusia yang hendak dilahirkan oleh system

pendidikan ialah manusia yang bermoral dan bertaqwa yang percaya dan patuh kepada tuhan. Yang ketiga pula ialah manusia yang akan muncul daripada system pendidikan adalah manusia yang seimbang dan harmonis dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelek yang mempunyai keterampilan dan ilmu pengetahuan yang dapat berpijak di atas kaki sendiri untuk berbakti dan berjasa kepada masyarakat dan negara. Pada pandangan masyarakat,profesion perguruan adalah berbeza mengikut tempat dan suasana.Latihan yang sempurna dan lengkap dalam semua aspek perguruan perlu diberikan kepada bakal guru supaya dapat menjadi guru yang

professional pada masa akan datang.Teori dan praktis ilmu perguruan haruslah seimbang seperti kepimpinan,pentadbiran ,pelajaran,sukan dan aktiviti kemasyarakatan yang perlu dititikberatkan. Persoalan sering timbul tentang keberkesanan guru dan pengajaran yang menjadi tanda tanya apabila masyarakat cuba mengukur dan menilai prestasi guru-guru dari sudut peningkatan kemajuan cuba dibentuk.Guru adalah pelajaran murid-murid,tingkah laku murid-murid yang seorang yang bertanggungjawab .Dengan cirri

keprofesionalan inilah yang dapat mambantu guru menjamin mutu dan keberkesanan pendidikan di Malaysia.Selain itu,guru profesional merupakan guru yang berdedikasi. Dedikasi yang ditunjukkan oleh guru ini akan menyebabkan mereka mengambil berat tentang kemajuan murid-murid.Guru yang berdedikasi berusaha sedaya upaya mempertingkatkan taraf pencapaian akademik pelajar ,membantu pelajar dengan pendidikan rohani dan jasmani. Seorang guru hendaklah mengamalkan prinsip-prinsip yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Guru seperti bepekerti mulia.Guru hendaklah mempunyai tingkah laku yang mulia seperti jujur,amanah,tanggunjawab,rajin, sopan-santun dan sentiasa bersedia untuk membantu murid-murid dalam meningkatkan pengetahuan ,kemahiran dan membentuk peribadi murid-murid dengan baik dan berkesan.

Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan kewajipan seorang guru yang bertauliah. Seseorang yang memegang jawatan guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti profesional supaya dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan. Guru yang memperolehi ijazah daripada universiti tidak semestinya boleh menjadi seorang guru yang baik. Untuk menyampaikan pelajaran dengan cekap dan berkesan, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti professional antaranya sifat ingin

tahu,pengetahuan iktisas yang tinggi,suka membaca,kemahiran bertutur yang baik,daya ingatan yang tinggi dan daya usaha yang berterusan.Sifat ini harus ada dalam diri setiap guru bagi memastikan Falasafah Pendidikan Guru tercapai seperti yang diinginkan.

4.0 Implikasi terhadap kerjaya guru


Seseorang guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan. Hal ini bertujuan untuk memudahkan tugas seseorang guru dalam menyempurnakan misi mereka di dalam bilik darjah. Sebagaiman yang kita ketahui, matlamat KBSR itu sendiri dibentuk berlandaskan konsep pendidikan umun, iaitu pendidikan yang seimbang dan berlandaskan prinsip-prinsip dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru KBSR juga perlu mensimulasikan aktiviti-aktiviti yang akan menyebabkan murid-murid memperolehi kemahiran berfikir, mengajar murid-murid mencari maklumat sendiri, dan cara-cara untuk menyelesaikan masalah-masalah yang akan membantu mereka untuk menghadapi dunia sebenarnya. Kehendak lain yang perlu dihayati adalah dengan mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu, memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Guru diharapkan menjadi pengganti ibu bapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi teladan kepada masyarakat. Di dalam sebuah masyarakat yang membangun, guru juga diharapkan menjadi agen pembaruan bagi masyarakatnya. Guru sentiasa berusaha menanam sikap, nilai dan ilmu pengetahuan kepada generasi baru kearah yang ingin dibentuk oleh masyarakat. Tugas dan peranan yang dimainkan seseorang guru sangat penting. Selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni. Guru haruslah menyemai dan memupuk sifat dan kualitinya sendiri di dalam usaha menjalankan tugasnya sesuai dengan seorang pendidik, pengasuh serta penyebar ilmu pengetahuan dan kebudayaan negara. Hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi akan berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna kerana guru mempunyai akauntabiliti terhadap taraf pencapaian, kemajuan serta kelakuan murid-murid yang diajarnya. Kehendak lain yang harus diamalkan adalah menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan. Dibawah konteks keguruan, akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan.

Oleh yang demikian, akauntabiliti guru boleh dihuraikan dalam beberapa bidang tugas seperti bidang kerajaan, sekolah, tingkah laku kendiri, murid dan profesionnya. Bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan pula, seseorang guru haruslah sentiasa mencari ilmu dan mengaplikasikanya untuk tujuan yang positif kepada anak muridnya. Untuk menyampaikan pelajaran dengan cekap dan berkesan, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti profesional antaranya: guru harus mempunyai sifat ingin tahu kerana ia akan mendorong mereka berusaha menambahkan pengetahuannya. Guru ini akan selalu mempelajari dan menyesuaikan diri dalam arena pendidikan yang sering berubah-ubah, baik daripada kurikulum mahupun kaedah mengajar, demi kepentingan pekerjaannya sebagai guru yang bersifat profesional. Selain itu, guru juga harus mempunyai sikap suka membaca kerana dari situ mereka akan mendapat pengetahuan yang luas serta mendalam untuk disampaikan kepada anak didiknya. Objektif ini hanya boleh tercapai apabila guru sentiasa membaca buku ilmiah. Oleh yang demikian, sifat suka membaca merupakan kriteria yang penting untuk mempertingkatkan kualiti profesional seseorang guru. Tidak cukup dengan itu, guru juga harus mempunyai kemahiran bertutur kerana keberkesanan penyampaian pelajaran bergantung kepadanya. Guru yang menguasai pertuturan dengan jelas dan tepat akan membolehkan murid mendengar pelajaran yang diajarnya dengan berkesan. Dengan penggunaan sebutan dan tatabahasa yang betul, murid-murid tidak akan tersilap. Oleh yang demikian, kemahiran bertutur juga merupakan salah satu kualiti profesional yang penting bagi seseorang guru. Di samping itu, seseorang guru perlu mempunyai kualiti daya usaha kerana ia tidak akan terperangkap dengan rutin yang membosankan murid untuk belajar. Guru yang mempunyai kualiti profesional ini akan sentiasa memikir dan mencuba pendekatan atau kaedah mengajar yang baru supaya pengajarannya sentiasa menjadi menarik dan berkesan. Begitu juga dengan daya ingatan. Hal ini kerana, daya ingatan yang baik akan membantu guru menyampaikan pelajaran sepenuhnya mengikut rancangan yang disediakan. Murid-murid tidak akan ketinggalan sebarang isi pelajaran yang penting serta tidak akan menerima ajaran yang salah. Oleh yang demikian, daya ingatan yang baik merupakan syarat penting untuk mempertingkatkan kualiti profesional seseorang guru. Selain itu, kriteria lain yang harus ada pada seseorang guru ialah mereka haruslah berpengalaman dan berketerampilan dalam pedagogi dan kandungan matapelajaran yang diajarnya, di samping mengetahui pengetahuan pedagogi pelajar. Tambahan lagi, sentiasa

melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan dengan secara aktif. Selain itu, mereka juga perlu cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan bermakna. Tidak dinafikan juga, seseorang guru harus menguasai kemahiran komunikasi, interpersonal dan mahir mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komuniti (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini sebagai imbuhan untuk seseorang guru itu terus maju dan berkualiti dalam bidang yang diceburinya. Sebagaimana profesion-profesion yang lain, guru harus menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka mengikut cita dan matlamat sekolah, murid, ibu bapa, masyarakat dan negara. Adalah diharapkan, kaum guru dapat menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi supaya mutu perkhidmatan mereka selaras dengan akauntabiliti mereka terhadap bidang, sekolah, tingkahlaku, murid dan profesion keguruan. Lebih dari itu, guru juga perlu menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk merangsang perkembangan pelajar. Guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa depan. Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan tidak kurang pentingnya. Selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni. Hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi akan berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Nilai keguruan yang boleh merangsang seseorang murid adalah dengan mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati. Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid. Murid-murid akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati. Selain itu, sifat jenaka juga dapat mengubah suasana di dalam bilik darjah. Hal ini akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya. Perhubungan guru dengan murid akan terjalin erat dan ini adalah merupakan kondusif dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Dengan sifat jenakanya, guru dapat menyampaikan pelajarannya dengan lebih menarik dan berkesan.

5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi kayu pengukur untuk menentukan hala tuju kepada sistem pendidikan kebangsaan. Falsafah yang diterapkan oleh guru-guru di sekolah di harap mampu menjayakan hasrat murni kerajaan untuk melahirkan insan yang kamil. Untuk menerapkan unsur-unsur falsafah dengan berkesan di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru perlu memahami sepenuhnya ilmu falsafah dan akhirnya barulah guru-guru dapat menguasai dan menyalurkannya ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan lagi, kejayaan bagi sesuatu pengajaran dan pembelanjaran bergantung pada kemahiran guru menyampaikan ilmu. Seseorang guru perlu mempunyai corak interaksi yang menarik dan berkesan kerana ia memberi pengaruh yang amat besar terhadap pengubahan tingkah laku pelajar. Perubahan tingkahlaku adalah hasil daripada proses pencapaian matlamat berdasarkan pemenuhan keperluan pelajar dan di dalam suasana bilik darjah seseorang guru dapat mengawal keperluan pelajar-pelajar. Seterusnya pengajaran yang efektif dapat dihasilkan dan membawa kepada pencapaian matlamat pembelajaran. Guru juga harus melakukan penilaian terhadap pengajaran yang dilakukan olehnya, bagi mengenal pasti kelemahannya agar dapat membuat penambahbaikan di bahagian yang sepatutnya.

6.0 BIBLIOGRAFI

Abd. Rahim Abd. Rashid, 1993. KBSM Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abd. Rahim Abd. Rashid, 2007. Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ee Ah Meng, 2001. Pedagogi II Ed. Ke-2 (Semester II), Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mok Soon Sang, 2007. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 3: Profesionalisme Keguruan) Sekolah Rendah, Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang, 2000. Nota Dan Latihan Ilmu Pendidikan Semester 1 Pendidikan Di Malaysia Dan Psikologi Pendidikan 1, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd..

Mok Soon Sang, 2004. Pengantar Pendidikan TERAS Untuk Kursus Persediaan Program Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah, Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd..

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat Dan Misi, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. http://apps.emoe.gov.my/bppk/nota/DASAR/DASAR%20PENDIDIKAN%20NEGARA%2 01.pdf http://www.moe.edu.my/hariguru/objektif.htm http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2002&dt=0125&pub=DuniaPendidikan&sec =Kertas_Kerja&pg=kk_01.htm

REFLEKSI Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya berjaya menyiapkan kerja kursus Pengantar Pendidikan ini. Setelah selesai tugasan ini, saya mengetahui secara lebih mendalam lagi mengenai Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru. Kedua-dua falsafah ini telah membuatkan saya lebih bersemangat untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi pada masa akan datang di samping panduan yang diberikan. Insya Allah. Dalam menyiapkan tugasan ini, pada mulanya saya tidak mengalami sebarang masalah dalam mencari bahan dan input-input penting berdasarkan soalan yang diberikan iaitu mengenai Falsafah Pendidikan Negara . Saya telah mencari buku-buku yang berkaitan di pusat sumber. Selain itu, saya juga telah melayari internet untuk mendapatkan serba sedikit maklumat mengenai Falasafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru. Namun semasa proses membuat kerja kursus ini, saya mengalami kekeliruan tentang soalan kerja kursus berkenaan kehendak Falsafah Pendidikan Guru. Oleh itu, saya mendapatkan maklumat dan penerangan daripada pensyarah pembimbing saya iaitu Mohamad bin Abu Daud. Rakan-rakan juga telah banyak membantu saya dalam membekalkan sedikit bahan-bahan yang berkaitan tugasan ini.

Apabila sudah lengkap bahan untuk tugasan ini tiada masalah bagi saya untuk menyiapkannya. Saya berpuas hati dengan hasil kerja saya ini dan gembira kerana mendapat banyak ilmu pengetahuan tentang profesion keguruan ini yang mana akan menjadi pentunjuk untuk saya menjadi seorang guru yang berkaliber dan

bertanggungjawab kepada pelajar dan juga negara.