Vous êtes sur la page 1sur 8

BAB 4

PROJEK TAPAK SEMAIAN PADI PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN KAMPONG PELET

4.1

Pengenalan

Projek Tapak Semain Padi PPK Kampong Pelet merupakan Projek untuk menyokong Penanaman padi menggunakan Jentanam/Transplanter.Lokasi projek ini ialah di Taman Guar Perahu.Keluasan Tapak ialah 3 ekar.Kos pembangunan projek ini ialah RM486,300.00.Infrastruktur Projek Tapak Semaian ialah bangunan pejabat,Bilik air,Bangunan Setor,bangunan operasi,Tapak semaian 74 petak,kolam takungan air dan pagar sekeliling. Tapak semaian merupakan tempat menyemai benih-benih padi untuk dijadikan semai (anak padi sebelum dipindah/ditanam di dalam petak-petak sawah yang disediakan).Saya telah berpeluang untuk terlibat dalam projek tapak semaian dan menyelia penanaman padi menggunakan jentanam/transplanter.Dengan Pembuatan semai dan Penanaman padi menggunakan jentanam/transplanter dapat meningkat hasil padi dan mengurangkan masalah padi angin.

4.1.1 Gambar rajah Projek Tapak Semaian

4.2

Pengeluaran

a. Daya Pengeluaran

Kapasiti pengeluaran projek untuk sekali proses ialah 1 petak semaian dapat menghasilkan 300 tray .Projek Tapak Semaian PPK Kampong pelet mempunyai 74 petak semaian.Oleh itu ia dapat menghasilkan 22 200 tray padi semaian pada satu waktu pemprosesan.

4.3

Jadual Gerak Kerja Semaian Padi

Berikut merupakan jadual gerak kerja projek tapak semaian PPK Kampong Pelet:

Jadual 4.3.1 Proses Gerak Kerja Projek Tapak Semaian

HARI -

PROSES KERJA Pendaftaran oleh petani Pembelian input (sekam,benih,mpc,racun)

CATATAN Sebulan sebelum tarikh tanam Pastikan input mencukupi berdasarkan keperluan tempahan

Merendam benih padi

Benih direndam di dalam tangki air.(1 tangki= 10 kampit benih

padi

Membuang hampa padi

Padi yang direndam perlu digaul untuk memastikan semua hampa terapung dan dibuang

Rendam dengan MPC

Selepas hampa dibuang,campurkan rendaman dengan Zappa(1 botol= 10 kampit

Tos benih selama 24 jam

Selepas direndam semalaman,benih ditoskan dan diisi semula ke dalam kampit asal.(bagi memudahkan benih tadi dituang ke dalam mesin pemprosesan tray

Hari pemprosesan hari selepas operasi mesin

Operasi mesin bermula

Maksima pengeluaran mesin 1 jam= 8000 tray

Simpan tray semalaman(proses Pemeraman)

Apabila semai berumur 5 hari

Hamparkan semua tray ke tapak semaian

Selepas menghampar tray tutup hamparan dengan net hitam selama 7 hari sebagai kawalan ke atas cuaca panas dan hujan Sekiranya hujan lebat,gandakan net hitam(2 lapis) untuk menghalang hujan,burung dan cahaya matahari yang berterusan Selepas semai berumur 8 hari masukkan air test PH

Proses penjagaan semaian di tapak Apabila semai Berumur 8 hari sehingga 21

Hari ke8-membaja semburan i(vitagrow) Hari umur semai 14 harimembaja semburan ii(vitagrow) jika perlu

hari

Tetapi jika cuaca lembab dan musim hujan,pembajaan tidak perlu Pertumbuhan semai padi akan stabil jika PH air dalam kadar 4.5-6.5(jika tidak padi akan berwarna kekuning-kuningan Meracun memadai sekali sahaja jika perlu berdasarkan pemantauan racun perosak dan penyakit Meracun dibuat hanya selepas semai berumur 10 hari ke atas .racun yang sesuai merupakan racun score Semai digulung seeloknya diawal pagi dan waktu petang

Apabila semai berumur 21 hari Apabila Semai berumur 22 hari

Gulung Semai dan hantar semai ke tapak bendang yang ingin ditanam

Semai ditanam

Menggunakan jentanam/Transplanter

. 4.4 KOS DAN PERBELANJAAN PROJEK

Berikut adalah kos dan perbelanjaan projek untuk satu tray:

1.Kos Bahan Input Sekam =RM0.50 untuk satu tray

Benih Padi Daftar MR219

=Rm 0.475 untuk satu tray

Racun Ulat,Zappa,Baja semburan Vitagrow

=RM 0.20 untuk satu tray

2.Kos Buruh Skop Tugas: A) Merendam,tos dan pemeraman tray B) Pembersihan/penyediaan tapak semaian C) Memproses semaian(operasi mesin) D) Menghampar tray di petak E) Penjagaan semaian (membaja,meracun dan mengawal paras air) F) Menggulung G) Angkat dan susun dalam lori H) Cuci,susun dan simpan tray Kos RM0.60 untuk satu tray

3.Kos Pengangkutan Lori

RM0.10 untuk satu tray

4.Lain-lain kos(Kontigensi) RM0.10 untuk satu tray

Keseluruhan jumlah kos untuk satu tray ialah RM1.975

4.4.1 Gambar Rajah Satu Tray Semaian Padi

4.5 Penyata Pendapatan Projek

Perkara Pendapatan Jualan (10,000 tray-10%)x RM2.50

Nilai

Catatan

RM22,500.00

10% adalah Parameter teknikal untuk jangkaan semai yang rosak

TOLAK: Perbelanjaan Kos input/bahan Benih 10,000 tray x RM0.475 Baja/Zappa/Racun 10,000 tray X RM0.20 Sekam 10,000 tray X RM0.50 (RM4,750.00) (RM2,000.00) (RM5,000.00)

Kos Buruh 10,000 tray X RM0.60 Kos pengankutan 10,000 tray X RM0.10 Kos Kontigensi 10,000 tray X RM0.10

(RM6,600.00)

(RM1,000.00)

(RM1,000.00) RM20,350.00 RM 2,150.00

JUMLAH KOS UNTUNG RUGI

4.6

Kesimpulan

Projek Tapak Semai telah banyak membantu para petani terutamanya di sekitar kawasan kelompok PPK Kampong Pelet.Apabila seseorang petani yang menggunakan kaedah serak untuk menghasilkan padi tidak tumbuh ,mereka akan menghubungi pihak PPK Kampong pelet untuk mendapatkan perkhidmatan menanam padi menggunakan jentanam/Transplanter.

Vous aimerez peut-être aussi