Vous êtes sur la page 1sur 6

JAMBATAN PBB MERANSANG EKONOMI NEGARA

Oleh : Media USNO Padangan Saudara Abdullah Sani Hj Abdul Salleh mengenai keperluan mendesak Jambatan PBB dari pelbagai sudut adalah keperluan mendesak Negara.

Pemimpin USNO dari Semporna ketika dihubungi beliau menganggap kenytaan Pemimpn SANYA itu sebagai kenyataan yang tidak berasas mengenai Pulau Bum Bum yang memberi alasan keterlaluan mengenai latar belakang Pulau berkenaan. Abdullah Sani Hj Abdul Salleh Naib Presiden penaja USNO Sabah yang berasal dari Semporna dan anak tempatan Daerah itu memberikan pandangan tersendiri mengenai pembenaan Jambatan Pulau Bum Bum. Beliau memaklumkan bahawa kenyataan mantan ketua menteri Sabah Datuk Haris Mohd Salleh adalah tidak benar apabila mendakwa pembenaan Jambatan Pulau Bum Bum tidak memberikan keuntungan ekonomi dan projek yang merugikan. Beliau mengariskan beberapa perkara keperluan jangka panjang, jangka pendek, dan keperluan asas terhadap pembenaan Jambatan itu dari pelbagai sudut dan tidak melihatnya dari satu sudut sehaja iaitu sudut ekonomi atau sudut Untung rugi yang menjadi amalan dan dasar sosialis serta mirip kepada sistem kominis dalam negara yang mengamal konsep Demokrasi dan sistem Raja berpelembagaan. Dalam sistem dan konsep kenageraan yang diamalkan dinegara ini iaitu Malaysia, kita harus mengambil kira pembangunan negara itu atau Nation Building dengan menjaga kepentingan semua pihak dan beberapa faktor asas supaya pembangunan seiringan dengan konsep Nation Building yang kita amalkan hari ini dengan melihat kepentingan sejarah, faktor sosial dan kepentingan ekonomi adalah seimbang berdasarkan Kontak sosial yang telah lama diterima oleh semua pihak dalam negara ini.

Rakyat pulau Bum Bum berhak mendapat pembangunan dan pengiktirapan terhadap pengorbanan mereka selama ini kepada pembangunan Negara selaras dengan konsep pembangunan Negara yang ada.,kita tidak boleh mengukur hak mereka melalui kepentingan sistem kapitalis yang melihat Untung rugi, Negara ini bukan Negara Business , Negara ini adalah Negara yang dibentuk melalui sistem demokrasi yang terikat oleh beberapa syarat melalui Perjanjian Malaysia dan menekan kepentingan serta keperluan penduduk tempatan ditempat Utama sebagai pra-syarat kearah kemerdekaan. Faktor sejarah, Faktor Pendidikan, Faktor Ekonommi Bimp-Eaga, Bandar Sempadan, hubungan antarabangsa, Pelancongan, keusahawanan, dan komposisi pengundian semua ini harus diambil kira dan mari kita kupas semada pembenaan jambatan itu memberi menafaat dan menguntungkan rakyat Pulau Bum Bum dari segi sosio-ekonomi baik jangka panjang atau jangka pendek.

SEJARAH : Pulau Bum Bum telah memiliki sejarah sendiri, sejarahnya tercatit diperingkat antarabangsa dengan peristiwa peperangan Bajau Omadal dengan penjajah 125 tahun dahulu bukan kah ini satu peristiwa yang menjadi kebanggaan penduduk tempatan dan Penduduk Sabah bahawa kita harus mengenang jasa mesyarakat pulau itu yang pernah bertarung nyata demi kedaulatan Negara ini, adakah mereka tidak layak menerima Pembangunan sedang sejarah pengorbanan nenek moyang mereka kepada negara ini adalah amat besar , apakah kita telah melupakan sejarah Magindora, sejarah yang pernah dicatatkan bahawa penduduk Omadal adalah kumpulan pertama rakyat tempatan yang pernah menentang penjajah di era Magindora pada 1884/1885 dulu, apabila kita membena satu jambatan untuk mereka sebagai rasa penghargaan terhadap sejarah pulau ini?. Nyawa pejuang dan nasionalis saya rasa amat bernilai dan berharga dan nilainya jika dibandingkan dengan hanya 430juta wang ringgit adalah tidak berpatutan, tetapi seperti mana saya katakan diatas konsep pembangunan negara kita juga hendaklah mengambil kira keperluan sejarah sesuatu tempat dan Pulau Bum Bum telah memenuhi keperluan itu untuk mendapat pembangunan serta jambatan berkenaan berdasarkan sejarah.

PENDIDIKAN : Dari segi pendidikan Pulau ini banyak melahirkan para graduan graduan dan kumpulan bijak pandai yang bertanggungjawab membangunkan Negara,Namun penduduk pulau ini amat ketinggalan dari segi infrustruktul pendidikan, mengikut rekod pendidikan Negara Pulau Bum Bum adalah mesyarakat termundur dan terbelakang kerana kedaifpan pembangunan pendidikan yang amat menyedihkan, tetapi ini tidak bererti mesyarakat disana tidak melahirkan bijak pandai, jesteru itu dengan pembenaan jembatan itu akan menyenangkan para pelajar untuk lebih aktif dalam bidang pendidikan dan boleh membantu mereka meningkatkan prestasi pendidikan yang terbelakang ini dimana terdapat lebih kurang 60,000 orang penduduk di pulau berkenaan yang dahagakan keperluan asas pendidikan, apa kah kerajaan berkira terhadap keperluan asas rakyat yang mendesak ini, sudah 50 tahun kita merdeka anak anak pulau Bum Bum juga adalah anak malaysia yang berhak mendapat kemudahan asas pendidikan yang wajar, jesterus itu dengan pembenaan jambatan berkenaan boleh menyambungkan tanah besar Pekan Semporna dan memberikan harapan baru bagi mereka mendapat keperluan asas pendidikan yang wajar dan tidak menempatkan mereka ditahap termundur dan terbelakang di negara ini dalam sistem pendididkan. BIMP EAGA Pulau Bum Bum terletak ditengah-tengah Segi Tiga emas Bimp-Eaga yang menjadi nadi pembangunan rantau ini , dimana Pulau ini menjadi sempadan kepada 3 Negara iaitu Sabah Malaysia, Mindanoa Phlipippine, Kalimantan Indonesia dan satu lagi Negara Ahli BIMP-EAGA iaitu Negara Brunei Darulsalam, dengan kedudukan dan posisi yang stragik dalam rantau ini bukan kah Pulau Bum Bum sekali lagi berpluang bangkit menjadi satu pusat Entrepot yang pesat seperti mana sebelum kedatangan British dahulu bahawa Pulau ini pernah bangkit menjadi pusat ekonomi dan perniagaan Entrepot diantara Kesultanan Sulu, Kesultanan Bulongan dan Dynasti Ming dalam industri Sarang burung satu ketika dulu dizaman Magindora. Dengan pembenaan Jambatan Pulau Bum Bum yang menyambungkan daratan dan tanah besar kita yakin ia mampu bangkit semula menjadi pusat perdagangan Etrepot dirantau ini melalui BIMPEAGA yang mempunyai sumber tenaga menusia hampir 60 juta dirantau BIMP-EAGA dan Pulau Bum Bum akan menjadi nadi pembangunan BIMP-EAGA yang bakal menguntungkan Negara dari segi jangka panjang.Ini bererti keputusan tepat kerajaan untuk membangun rantau ini akan menguntunngkan industri Perniagaan dan Pelancongan serta keusahawan dimana ransangan ekonominya bernilai billion Ringgit.

BANDAR SEMPADAN atau BARTER TRADE TOWN. Pulau Bum Bum pernah mencipta sejarah sebagai pusat Pelabuhan etreport dirantau Asia Timur melalui pelabuhannya yang berpusat di Omadal, Perniagaan Barter Trade atau tukar barangan adalah perniagaan tradisi rantau ini sejak ratusan tahun daluhu. Dengan pembukaan pelabuhan Semporna industri Tukar Barangan atau Barter trade yang menjadi amalan perniagaan ratusan tahun dirantau ini dan menjadi pusat perantara sejak Dynasti Ming China, pembenaan Jambatan itu boleh meransang ekonomi Malaysia dengan menjadikan Pulau Bum Bum sebagai Border Town bagi Negara ini seperti mana Indonesia menjadikan Pulau Nunukan sebagai Border Town dengan Malaysia dan Philippines menjadikan Pulau Bongao sebagai Border Townnya dengan Malaysia, tetapi Malaysia tidak mempunyai Border town sendiri kepada kedua dua negara ini dan dua border Town negara jiran itu dilihat telah menguntungkan dan meransang ekonomi kedua dua negara. Dengan pembenaan Jambatan Pulau Bum Bum, Pulau ini mempunyai potensi besar menjadi border Town Malaysia dan bakal memberi keuntungan jangka panjang kepada penduduk tempatan serta rakyat negara ini.

PELANCONGAN TARAF DUNIA Pekan Semporna terkenal dengan panggilan World Class Tourism Distination, Daerah ini telah menjadi pusat tarikan pelancongn negara dengan terdapatnya pulau pulau peranginan yang sangat hebat dan dikunjungji oeh seluruh pelusuk dunia diantaranya Pulau Sipadan, pulau Mabul, Pulau Mataking, Pulau Pandanan dan yang terbaru Taman Marine Tun Sakaran yang mengandungi lebih 500 species hidupan laut berbanding tempat lain. Industri pelancongan adalah pendapatan terbesar Negera dan sabah mencatit sumber pelancungan mendatangkan hasil 4 billion ringgit bagi tahun ini serta menjadi sumber pendapatan terbesar negeri Sabah, dengan pembenaan Jambatan Pulau Bum Bum bukan kah ini akan lebih meransang ekonomi negara dan ekonomi rakyat tempatan, bahkan sekarang satu satu daerah di Negeri Sabah yang telah menjadi pusat perniagaan luar dan pelancongan dari Jepun, Korea, Jerman, Scotland, Natherland , China adalah Daerah Semporna dengan pembukaan hotel, restoran, scuba diver dan lain, bukan ini ransangan ekonomi yang menguntungkan daerah dan negara dan bernilai billion.Lebih lebih lagi Daerah Semporna memiliki lautan didikenali sebagai lautan Clean Water.

INDUSTRI RUMPAIR LAUT SEAWEED Satu satunya Daerah di Malaysia yang boleh mengeluarkan sumber rumpair laut adalah Daeah Semprna, bahkan semua Daerah di Negeri Sabah tidak memiliki Industri ini. Industri rumpair laut adalah industri pernigaan yang amat penting didunia, kerana ia adalah keperluan yang sangat tinggi dalam pasaran antarabangsa, baik di Amerika, Eupean Union, China, Hong Kong ,Japan dan singapore. Semporna mempunyai simpanan laut hampir 100,000 hektar yang mampu mengeluarkan sumber rumpair laut untuk jangka panjang, 3 hari lalu kerajaan telah mensasarkan sumber pengeluaran rumpai laut bagi daerah Semporna 32,000 metrik tan sebulan dengan hasil jangkaan berbillion ringgit dari Daerah ini, bukankah pembenaan jambatan itu akan meransang ekonomi tempatan, negeri dan negara bernilai billion ringgit dan bakal menguntungkan semua pihak kerana pengeluar hasil rumpair ini adalah penduduk Semporna dan penduduk Pulau Bum Bum. Dengan pembenaan Jambatan Pulau Bum Bum bakal melonjakan lagi ekonomi tempatan dan negara melalui indutri rumpair laut yang mempuyai potensi besar dan memberikan hasil keuntungan bagi negara.

JAMBATAN PBB Jambatan ini juga boleh menjadikan rakyat Daerah Semporna terus melangka kedepan bersama rakyat negara ini menitmati pembangunan yang saksama dan keadilan sosial yang sangat bermakna bagi mesyarakat diluar bandar yang dilihat amat diperlukan dan keperluannya sudah sememangnya mendesak bukan kerana penduduk Semporna tetapi ia adalah keperluan negara untuk bersaing diperingkat antara bangsa dalam indutri pelancongan, industri perdagangan, industri aguakultul negara jika ingin mengekalkan pelan dan strategi jangka panjang ekonomi negara. Oleh yang demikian dakwaan setengah pihak bahawa jambatan ini tidak diperlukan adalah tidak benar sama sekali, kerana dengan keperluan yang sangat mendesak untuk kepntingan ekonomi negara maka Jambatan Pulau Bum Bum perlu dibuat dengan segera jika kita ingin terus bersaing dengan mesyarakat luar dan jika pihak kerajaan ingin melihat peluang masa depan yang sengat cerah semporna akan menjanjian sumber hasil berbillion atau trillion ringgit pada masa akan datang.

Kesimpulan Jesteru itu dakwaan dan bantahan setengah tengah pihak yang tidak membuat kajian terperinci terhadap keperluan mendesat jambatan ini terhadap rakyat tempatan, terhadap rancangan ekonomi yang menguntungkan secara jangka panjang diharap dapat membuka mata mereka bahawa pelaburan kerajaan terhadap jambatan Pulau Bum Bum bernilai RM 430 juta ringgit itu akan memberikan pulangan hasil berbillion ringgit dalam jangka masa pendek dan pulangan hasil bertrillion ringgit untuk jangka panjang. Mungkin mantan ketua menteri itu terlepas pandang potensi pulau Jambatan pulau Bum Bum kerana beliau melihat sumber hasil ubi kayu di pulau berkenaan, tanpa melihat sumber indstri Pelancongan, sumber industri Rumpair Laut, Sumber industri Perdagangan di BIMP-Eaga dan sumber sumer hasil Daerah Semporna yang berbillion ringgit ini. Saya harap semua pihak menerima dengan hati terbuka dan jangan melihat daerah ini dari sudut yang sempit mengenai pembangunan mega yang sepatutnya dibena di Semporna bagi buat masa ini atau akan datang. Lapangan terbang antarabangsa seperti lapangan terbang Narita di Japan sepatutnya difikirkan oleh pihak kerajaan pada masa ini bagi meransang ekonomi pantai timur Sabah kerana Semporna mempunyai potensi yang amat tinggi menjadi gergasi ekonomi Malaysia, jika dibandingan pembangunan serta potensi masa depan pulau Labuan dan Pulau Bum Bum saya boleh menyimpulkan potensi Pulau Bum Bum untuk maju berbanding Labuan bagi menjanjikan pulangan ekonomi akan datang kepada negara , Pulau itu akan ketinggalan jauh di belakang Pulau Bum Bum 100 kilometer. Jesteru itu cadangan membawa RM430 juta ditukar ke Pulau Labuan adalah candangan yang tidak menguntungkan negara bahkan merugikan negara untuk jangka panjang kerana pulau itu hanya ada Oil dan gas saja sumber aslinya berbanding pulau Bum-Bum yang mempunyai sumber dari berbagai ketogori dan perlu di-ingatkan sumber Daerah Semporna yang belum tersentuh selepas kemenangan kita mendapat Pulau Sipadan di The Heque 2002 adalah Zon Eklusif Ekonomi Lautan Sulawesi yang menyimpan stok sumber asli Oil dan Gas 100 kali ganda di ND6 dan ND7 berbanding simpanan Pulau Labuan. Sekian.

Vous aimerez peut-être aussi