Vous êtes sur la page 1sur 4

GAWAI

dari dulu lagi, kaum Iban menghargai padi. Malah, perayaan Gawai dikatakan bermula daripada beberapa cerita rakyat berkaitan makanan ruji masyarakat Asia itu. Mengikut mitos, cerita perayaan Gawai bermula apabila sepasang suami isteri zaman dulu, bermimpi diarahkan mencincang bayi mereka. Ketika itu, manusia di bumi dikatakan menghadapi masalah kehabisan sumber makanan. Dijadikan cerita, si isteri mendapat petunjuk melalui mimpi bahawa dewa Iban bernama Keling meminta bayi mereka dijadikan korban. Akibat terdesak dengan masalah kekurangan sumber makanan untuk hidup, pasangan suami isteri itu akhirnya menurut perintah dewa lalu menabur isi bayi mereka ke tanah. Cerita lain yang disampaikan penduduk tempatan ialah kisah dewa dan dewi kepercayaan Iban yang dikenali Keling dan Kumang dari kayangan, turun mengajar manusia menanam padi. Selain itu, manusia juga dikatakan diajar membuat minuman tradisi daripada beras iaitu tuak. Rutin sambutan perayaan Gawai di Sarawak # Perayaan Gawai di rumah panjang bermula dua hari sebelum 1 Jun dan ia dimulakan dengan aktiviti gotong royong membersihkan halaman rumah serta kubur datuk nenek masing-masing. # Pada siang 31 Mei pula, lazimnya penghuni rumah panjang akan mengadakan pelbagai kegiatan termasuk pertandingan menyumpit, lumba lari, sukaneka dan sepak takraw. # Pada malam menjelang Gawai, penduduk akan berkumpul di ruai (serambi) ketua rumah panjang dan membawa juadah masing-masing menunggu detik 12 malam. Tepat jam 12 malam, mereka akan melaungkan jeritan `wooo haaa' tiga kali dan disusuli upacara meminum air tuak yang menandakan perasmian Gawai. # Mulai saat itu, pelbagai acara diadakan termasuk ngajat (tarian tradisional), gendang tandak (joget) dan pukulan gendang berterusan sehingga awal pagi, 1 Jun. # Sekitar jam 9 pagi, 1 Jun, upacara berdoa beramai-ramai diadakan di tiang khas berdekatan rumah dikenali tiang pengingat. Ini sebagai tanda kesyukuran dan meminta kepada tuhan supaya hasil usaha mereka berjaya. # Pagi itu juga, mereka yang mempunyai anak kecil akan memandikan beramai-ramai dalam upacara meri anak mandi' (memandikan anak). Ia bertujuan meminta restu dari dewa sungai supaya anak mereka mempunyai kehidupan yang sejahtera pada masa depan. # Bagi mereka yang tidak pernah berkunjung ke rumah panjang, pagi 1 Jun adalah masa terbaik untuk melawat kerana ketika sesi ngalu ka temuai' (sesi menyambut tetamu), semua orang boleh ngabang' (melawat) walaupun tidak mengenali penghuni rumah berkenaan.

# Ketika upacara `ngalu ka temuai', semua pengabang' (pelawat) akan diminta turun ke tanah semula dan berbaris untuk mengelilingi seluruh serambi rumah sambil disambut dengan tuak oleh wakil setiap keluarga. # Pada sebelah malam, lazimnya ramai pasangan mengambil peluang melangsungkan upacara melah pinag' (persandingan atas gong). # Banyak lagi upacara diadakan sempena Gawai dan kemeriahannya berlangsung sebulan. Upacara menutup Gawai dikenali sebagai ngiling tikai (menggiling tikar). Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/05/rutin-sambutan-perayaan-gawaidi.html#ixzz1VR7r8FO8

GAYU GURU GERAI NYAMAI


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

KETIKA mula-mula ana sampai kat bumi kenyalang ni dulu bila tengok slogan ni Gayu Guru Gerai Nyamai ingatkan slogan atau tema hari guru ditulis dalam bahasa Iban ke, melanau ke, bidayuk ke Sebab ada perkataan guru dalam slogan tu. Ternyata sangkaan ana meleset. Rupa-rupanya itu adalah ucapan untuk sambutan hari gawai buat kaum Iban dan Bidayuh di Sarawak. Hari ini (Isnin) bertarikh 1 hb Jun 2009 adalah merupakan salah satu hari keramaian di Sarawak sehingga diberikan public holiday di Bumi Kenyalang ini iaitu sambutan pesta gawai. Perayaan
Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi.

Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak arak beras, dan bersuka-ria. Menurut perbualan ana dengan kawan yang berbangsa Iban, biasanya sebelum perayaan gawai disambut, pertandingan keling dan kuman gawai yang diadakan setiap tahun sebagai salah satu persediaan untuk menyambut dan meraikan perayaan gawai tersebut. Selain itu, pelbagai jenis upacara juga dilakukan. Antaranya

adalah seperti berikut:


Muai Antu Rua (to cast away the spirit of greed) gendang rayah (ritual music) miring (offering ceremony) Ngalu Petara (welcoming the spirit gods) drink the Ai Pengayu (normally tuak for long life)

Manakala apa yang menarik ketika sambutan pesta gawai ini ialah pelbagai jenis makanan dan air tuak
akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai. Setelah upacara persembahan telah selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar ranyai atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tuak. Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya. Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka. Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.

semasa pemerintahan British, mereka enggan mengiktiraf perayaan ini sehinggalah tahun 1962. Pada waktu berikut, perayaan Gawai Dayak ini disambut pada 25 September.
Selain itu, dari segi sejarahnya pula ialah

Ia pertama kali disambut pada bulan Jun pada tarikh 1 Jun 1965 dan menjadi satu simbol perpaduan, aspirasi dan harapan untuk masyarakat Dayak. Hari ini, ia adalah satu bahagian penting kehidupan sosial Kaunm Dayak. Ia adalah satu tanda hari kesyukuran tuaian yang baik dan satu masa untuk merancang untuk musim pertanian baru atau aktiviti-aktiviti yang dirancang pada masa hadapan. Itulah sedikit sebanyak cerita pasal hari gawai yang diceritakan oleh kawan ana yang berbangsa Iban. Dengan ini ana mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak,

Gayu Guru Gerai Nyamai kepada rakan-rakan yang berbangsa Iban dan Bidayuh di bumi Kenyalang ini. Tanjong Manis, Isnin 01 Jun 2009 / 08 Jumad Thani 1430 H http://ibnismail.wordpress.com

NGAJAT
Tahukah anda, tarian Ngajat sangat popular di kalangan orang Iban di Sarawak. Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian yang di tarikan ketika menyambut Gawai orangorang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dulu ia ditarikan selepas mereka kembali dari berperang. Penari akan memakai pakaian tradisional seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung adalah sejenis baju yang tebal dan keras diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Tarian ini ditarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut Hari Gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh. Satu lagi cara dan gerak tari tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan. Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar. Ngajat adalah antara tarian orang ulu yang begitu terkenal dewasa ini. Terdapat banyak jenis tarian Ngajat orang ulu, antaranya adalah tarian Ngajat solo, berpasangan dan Ngajat secara berama-ramai. Sebagai sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak, tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. Pada suatu waktu dulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang. Pahlawan lelaki mempamerkan pergerakan yang tangkas di sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir. Kini persembahan tarian tradisional yang dulunya hanya dapat dinikmati ketika perayaan Gawai dan musim menuai kini sudah diperkembangkan dan dikomersialan untuk tujuan memperkukuhkan sektor pelancongan dan memperkasakan budaya.

Vous aimerez peut-être aussi