Vous êtes sur la page 1sur 41

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PENDIDIKAN JARAK JAUH ( PPG-PJJ )

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ( SEKOLAH RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN

KERJA KURSUS KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH NAMA :NORALIZAWATI BINTI AHMAD ( KUMPULAN EL-M02 ) NO. MATRIK :D20102045705
1

TUGASAN 2 :Huraikan lima (5) aspek ciri-ciri guru yang berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai-nilai Bitara. Jawapan :Kemajuan dan kecemerlangan sesebuah organisasi amat bergantung kepada prestasi pekerja-pekerja yang menganggotai organisasi tersebut. Kegemilangan sesebuah organisasi bukan terletak pada satu kompleks bangunan tetapi bergantung kepada bakat, kebolehan dan kemampuan manusia sebagai pekerja. Pembinaan Modal Insan di sesebuah organisasi merupakan aset dan pemacu kepada organisasi yang cemerlang atau sebaliknya. Begitu juga dengan tugas seorang guru di sekolah. Pada asasnya, tugas guru di sekolah ialah untuk mengajar dan mendidik para pelajar agar menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu, dalam menjadikan seorang guru itu lebih berdaya cipta, nilai-nilai Bitara UPSI perlu diambil perhatian dalam memberikan pengajaran yang lebih berkesan. Selaras dengan arus kemodenan pada zaman sekarang ini, semua guru mempunyai peranan yang sangat penting untuk menarik minat murid terhadap pelajaran. Guru juga perlu memiliki kecekapan yang tinggi dalam semua bidang, termasuklah pengurusan bilik darjah, media pengajaran, latihan dan sebagainya bagi memperkembangkan dan mempertingkatkan setiap aspek profesionalisme keguruan ke satu tahap yang tidak boleh diperlekehkan lagi oleh semua pihak. Nilai Bitara yang diketengahkan oleh pihak UPSI mempunyai nilai mahupun ciri profesionalisme dan kredibiliti mereka sebagai warga akademik. Malah, nilai-nilai yang tinggi ini juga mampu membantu menaikkan tahap kreativiti dan inovasi seseorang guru di dalam bilik darjah.
2

Bitara membawa maksud unik, unggul, tiada tolok bandingannya dan lain daripada yang lain. Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) menggariskan enam nilai yang membentuk personaliti Bitara, iaitu :1. Integriti 2. Professional 3. Semangat berpasukan 4. Berorientasikan pelanggan 5. Prihatin kebajikan anggota 6. Kreatif dan inovatif Dalam membentuk Nilai Bitara ini, nilai Integriti mempunyai empat petunjuk iaitu bersikap adil,amanah, akauntabiliti dan telus. Integriti adalah suatu kualiti ayng dimiliki secara konsisten bagi mendokong prinsip moral yang tinggi atau tahap profesionalisme. Di bawah teras atau nilai yang pertama ini, ciri guru yang berkesan boleh dilihat pada petunjuk adil, di mana guru memulakan dan menamatkan sesi pengajaran dan pembelajaran tepat pada masanya serta dalam tempoh yang ditetapkan. Masa yang ada digunakan sebaik-baiknya seperti yang telah diamanahkan. Guru yang berkesan ialah guru yang tidak mencuri tulang semasa bekerja atau membuang masa dengan aktiviti yang tidak berkaitan dengan hal akademik. Malah jika guru mengamalkan sikap seperti ini, guru akan sentiasa berdisiplin dengan masuk ke kelas dengan lebih awal, mempunyai teknik pengajaran yang lebih terancang dan berkesan serta memudahkan murid-murid untuk lebih faham tentang isi pelajaran.

Guru yang bersikap adil ialah guru yang tidak mengamalkan sikap pilih kasih, tidak memilih pelajar yang hanya disukai ataupun pandai sahaja untuk menjawab soalan yang diajukan. Guru perlu menerima hakikat bahawa murid-murid yang diajar adalah berbeza dari segi bangsa, agama, kedudukan ekonomi dan sosial. Oleh itu, pendekatan yang digunakan perlulah sesuai agar tidak menimbulkan rasa ketidakpuasan hati di kalangan murid-murid. Penggunaan bahasa yang elok, lemah-lembut dan mudah difahami mampu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan berkesan. Guru yang berkesan juga sentiasa memikirkan bagaimana hendak melibatkan pelajar dalam pengajarannya dan sentiasa sensitif serta prihatin dengan keperluan pelajar. Ini adalah kerana penglibatan pelajar boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Guru perlulah mengajar semua murid dengan ikhlas dan adil tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran daripada ibu bapa pelajar. Guru yang bersikap amanah tentunya adalah dengan menyampaikan fakta yang benar dalam pembelajaran. Ini menunjukkan bahawa para guru perlulah seorang yang berpengetahuan luas, rajin membaca bahan-bahan ilmiah dan sering menjadi rujukan para pelajar. Pengetahuan yang mendalam boleh membantu guru mengajar dengan penuh yakin dan guru yang mengetahui bidangnya dengan mendalam juga dapat mengawal kelas dengan baik kerana beliau dapat menggunakan kecekapan itu untuk merancang dan mengajar dengan baik. Guru mestilah

sentiasa bersedia dalam memberikan pendapat yang bernas dengan merujuk bahan bacaan yang telah dibaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan mereka, memahami sesuatu konsep terlebih dahulu dengan lebih mendalam sebelum sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bermula, seterusnya menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Guru yang bijak merancang dan melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan serta

mudah difahami oleh murid-murid, kemudian menyampaikan isi-isi pelajaran dengan tepat dan betul pastinya mendatangkan kepuasan dan manfaat kepada kedua-dua pihak. Guru yang berakauntabiliti pula membawa maksud guru yang mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap pencapaian, kemajuan dan kecemerlangan murid-murid bukan sahaja dalam pelajaran, malah dari segi moral dan akhlak. Guru yang berkesan ialah guru yang mengajar mengikut rancangan pelajaran yang telah ditetapkan, tidak lari daripada tajuk yang diajarkan, jelas dan tersusun. Disinilah bermulanya peranan guru di mana guru perlu menyampaikan isi pelajaran mengiku urutan dan penerangan yang jelas serta boleh difahami oleh pelajar. Segala kerja ataupun tanggungjawab yang diarahkan oleh pihak sekolah perlulah diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan. Malah, guru yang berkesan juga boleh dilihat pada tindakan mereka menjaga nama baik sekolah, imej yang bersih , menjaga tingkah laku diri sendiri dan sebagainya. Ciri yang positif ini biasanya mampu menarik minat murid dalam sesuatu mata pelajaran dan mudah diingati oleh murid-murid. Sebagai warga pendidik, kita diwajibkan berpakaian kemas, sederhana, bersikap lemah-lembut dan mesra murid supaya kita dapat meninggalkan kesan yang mendalam terhadap murid-murid. Dengan cara seperti ini, guru bukan sahaja akan dihormati oleh semua pelajar malah juga ibu bapa pelajar. Bagi teras profesional pula, juga terdapat empat tunjang utama penggeraknya iaitu beretika, iltizam, cinta ilmu dan kompeten. Profesional merujuk kepada kemampuan dan kemahiran dalam profesion serta melibatkan kemahiran dan kecekapan. Nilai profesional ini menggalakkan para guru menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari perkara baru dan mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran dengan sepenuhnya. Ini pasti dapat menggalakkan semua guru berfikiran lebih kreatif dan inovatif ketika mengaplikasikannya di dalam bilik darjah. Pada petunjuk beretika, ciri guru yang berkesan dapat dipraktikkan dengan
5

mengutamakan kepentingan organisasi, iaitu sekolah tempat guru berkhidmat. Guru juga perlu menjaga maruah guru-guru yang lain sebagai rakan sekerja serta murid-murid dengan tidak memburuk-burukkan mereka, mengaibkan mereka serta menghebahkan kekurangan mereka. Malah, guru juga tidak boleh menghebahkan markah mereka di khalayak ramai, tidak mengata di belakang mereka dan perkara ini perlu disimpan dan jangan diketahui umum. Sikap beriltizam, iaitu komited dalam menjalankan tugas dengan penuh semangat dan dedikasi. Sikap ini ada pada setiap guru iaitu ketika guru merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan terperinci dan teliti supaya menjadi lebih berkesan. Setiap masa, guru melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati tanpa mengira masa dan tenaga. Contoh boleh dilihat terutamanya pada guru yang mengajar murid-murid Tahun Enam dan juga kelas-kelas peperiksaan. Mereka dikehendaki mengendalikan kelas-kelas tambahan bukan sahaja selepas waktu persekolahan, malahan juga setiap hujung minggu dan ini memerlukan komitmen yang tinggi. Guru pastinya dibebani dengan tugas-tugas seharian di sekolah mahupun di rumah, tetapi demi kemajuan anak-anak murid, mereka pasti melaksanakannya juga. Tugas ini tidaklah selalu perlu dilakukan ataupun sepanjang tahun tetapi adalah sebahagian daripada tugas seorang guru untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Jadikan diri kita sebagai contoh dan teladan kepada rakan sekerja dan anak-anak murid. Petunjuk Cinta Ilmu pula memerlukan guru menjalankan penyelidikan dalam bidang tugas utama mereka, di mana mereka haruslah menjalankan penyelidikan yang sempurna dan menghadiri sekurang-kurangnya majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri ataupun organisasi swasta. Dengan cara ini, guru-guru bukan sahaja boleh bertukar pendapat dengan guru-guru yang lain, malahan juga dapat membangunkan minda diri sendiri dan seterusnya murid-murid. Kadang kala, ilmu pengetahuan yang diperoleh
6

mampu mempelbagaikan variasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan menjadikan murid-murid kita lebih memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru dan tidak hanya tertumpu kepada satu kaedah ataupun satu contoh sahaja. Ini sebagai salah satu langkah dalam mempersiapkan murid-murid kita dengan kepelbagaian aktiviti di dalam kelas dan ilmu-ilmu yang baru untuk meneroka dunia-dunia baru dalam era pendidikan. Mempunyai sikap yang kompeten, iaitu menyiapkan sesuatu tugasan yang berkualiti dan efisyen dalam jangka masa yang ditetapkan perlu ada pada semua guru. Guru yang berkesan ialah guru yang sentiasa memastikan pembelajaran yang disampaikan kepada murid-murid adalah tepat, dapat difahami dengan baik dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Guru yang bagus juga ialah guru yang sentiasa belajar memahami sesuatu perkara, mempelajari sesuatu kaedah atau teknik yang lebih berkesan dan selalu membaca dalam mempertingkatkan kualiti diri sebagai seorang pendidik. Kadang-kala, bahan bacaan yang dibaca boleh dijadikan sebagai instrument di dalam kelas, contohnya penggunaan surat khabar di dalam kelas, pengumpulan artikel-artikel daripada bahan bacaan sampingan mahupun daripada internet. Ini bukan sahaja membantu menambahkan pengetahuan murid-murid, malah juga menjadikan pengajaran guru lebih berkesan dan menyeronokkan. Nilai Bitara yang seterusnya ialah semangat berpasukan. Semangat berpasukan boleh dilihat apabila sekelompok modal insan yang bekerja saling tolong-menolong di bawah satu kepimpinan, untuk mencapai suatu matlamat dalam jangka masa tertentu dengan menggunakan kaedah tertentu. Setiap ahli kumpulan mestilah saling hormat-menghormati dan mengelakkan daripada bercakap buruk atau fitnah di belakang antara satu sama lain. Amalkan sikap bekerjasama dalam membuat sesuatu keputusan dan bertolak-ansur antara ahli kumpulan. Sebagai seorang guru, kita juga perlu mengingati setiap kebaikan rakan-rakan sekumpulan dan
7

sumbangan yang telah diberikan oleh mereka. Di dalam elemen Nilai Bitara semangat berpasukan, terdapat empat petunjuk nilai yang mampu menerapkan semangat ini, iaitu muafakat, fokus matlamat, hormat-menghormati dan bangga UPSI. Memang menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) untuk menggalakkan organisasi di bawah kelolaannya mengamalkan amalan pengurusan yang bekualiti. Melalui kerja-kerja berpasukan dalam semua sektor, ianya bukan sahaja dapat meningkatkan produktiviti, malahan juga interaksi antara ahli juga semakin baik serta memberikan kepuasan dan keseronokkan bekerja kepada semua. Mempunyai sikap bermuafakat dalam kumpulan dapat menyelesaikan masalah yang kompleks secara bersama. Di dalam kalangan ahli rakan sekumpulan, salah faham dan prasangka dapat dielakkan jika sikap bermuafakat diutamankan. Bukan sahaja guru, malah juga pekerjaan yang lain tidak boleh bekerja secara individu, terutamanya yang melibatkan permasalahan yang rumit dan memerlukan kata sepakat. Melalui kerja bermuafakat, guru-guru dapat menggalakkan penyataan perasaan dan langkah penyelesaian masalah yang lebih kreatif. Kerja bermuafakat di kalangan guru juga boleh menyumbang ke arah pendidikan yang berkualiti tinggi. Ini adalah kerana guru-guru digalakkan menyumbang idea yang bernas, membincangkannya secara berilmiah, mengambil dan membuat keputusan dan seterusnya mempraktikkannya ke dalam bidang pekerjaan masing-masing. Selain daripada itu, kerja secara bermuafakat merupakan gabungan usaha, kemahiran, pengetahuan dan kebolehan adalah untuk menghasilkan output yang lebih berkualiti dan efektif. Ini adalah kerana semangat bermuafakat ataupun semangat berpasukan mampu menjadikan seseorang guru itu lebih efisyen dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sambil dibantu oleh pandangan rakan-rakan dan kerjasama daripada pihak yang berkaitan. Contohnya, pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dalam menerapkan semangat bermuafakat di
8

kalangan guru-guru dan pastinya tidak akan berjalan dengan lancar tanpa bantuan semua guru. Dalam erti kata lain, guru ialah tulang belakang sesuatu program yang dijalankan dan tanpa bantuan rakan sekerja yang lain, pastinya majlis yang dirancangkan tidak akan berjalan dengan jayanya. Malah, peranan guru dalam menerapkan semangat bermuafakat di kalangan murid juga boleh dilihat apabila guru membantu murid-murid yang kurang berpengalaman (kurang bersedia) untutk terlibat sama dalam kumpulan murid yang lebih berpengalaman (lebih bersedia). Kita semua sedia maklum, golongan murid ini datangnya dari latar belakang yang berbeza dan seharusnya gurulah yang memainkan peranan dalam memupuk semangat bermuafakat di antara mereka dan menyatupasukan golongan murid-murid ini supaya perbezaan di antara mereka ini dapat diintegrasikan seperti konsep 1 Malaysia, seperti yang selalu dilaungkan oleh kerajaan. Sebagai contoh dengan menyediakan jadual tugasan membersihkan kelas secara bergilir-gilir sepanjang minggu. Jadual tugasan yang disediakan oleh guru secara tidak langsung menggalakkan murid-murid bermuafakat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan, menjaga kebersihan kelas sebagai tanggungjawab bersama dan seterusnya meningkatkan persefahaman di kalangan mereka. Seterusnya, ialah petunjuk fokus matlamat, di mana di dalam petunjuk ini menggalakkan semua guru bekerjasama dalam menaikkan reputasi sekolah amnya. Misi dan Visi sekolah tempat guru berkhidmat perlulah dihayati, dipegang dan dilaksanakan oleh masyarakat sekolah. Misi dan Visi sekolah adalah satu pendekatan dan matlamat jangka panjang dan jangka pendek yang menunjukkan kemampuan sekolah dalam melaksanakan harapan dan impian masyarakat sekeliling selain daripada sebagai satu langkah keberkesanan dalam sesuatu pencapaian. Misi

bermaksud tugas khusus yang merupakan tanggungjawab bagi seseorang atau sesuatu kumpulan dan mesti diutamakan dalam sesuatu pekerjaan. Contoh misi yang boleh dinilai maksudnya ialah Menjadikan SKBR Sebagai Sekolah Terunggul Di Kawasan Tanjung Kling Menjelang Tahun 2015. Misi yang cuba diketengahkan oleh sekolah ini ialah menjadikan sekolah rendah ini sebagai sekolah paling unggul dari segi pencapaian akademik mahupun kokurikulum secara menyeluruh di sesebuah kawasan menjelang tahun 2015. Dalam menjayakan misi ini, guru perlu bekerjasama dengan pihak pentadbir dalam merealisasikan misi ini menjadi kenyataan. Visi pula membawa maksud tanggapan dan

pandangan yang jauh dan mendalam, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan dan sebagainya atau dalam erti kata lain ialah wawasan dalam menghadapi cabaran di masa hadapan. Biasanya, visi yang dipilih merangkumi langkah-langkah atau pendekatan dalam menjadikan sesuatu misi itu tercapai. Langkah-langkah yang telah ditetapkan perlulah dilaksanakan demi menjadikan hasrat sesebuah sekolah itu tercapai. Petunjuk yang seterusnya ialah hormat-menghormati. Sikap ini sangat penting dalam sesebuah komuniti ( sekolah ) yang seharusnya ditanamkan di dalam setiap ahli kumpulan (guru) untuk memupuk dan mengamalkan sikap saling mempercayai antara satu sama lain. Seorang guru yang berkesan perlu menghormati pendapat dan pandangan rakan sekerja yang lain selain daripada bertukar-tukar pandangan yang bertujuan untuk memantapkan lagi sekolah. Malah, sebagai guru juga, mereka perlulah menghormati para pelajarnya dengan menggunakan bahasa yang sesuai, lemah lembut dan memberikan penilaian yang sewajarnya kepada semua murid. Tidak perlulah melabel-labelkan murid dengan panggilan yang tidak enak didengar dan galakkan sikap hormat-menghormati ini di antara guru dengan pelajar dan juga pelajar dengan pelajar.

10

Guru yang menghormati para pelajarnya pasti akan disenangi oleh mereka dan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan berkesan. Guru tidak perlu teragak-agak atau rasa malu untuk meminta maaf kepada murid-murid apabila melakukan kesalahan yang tidak disengajakan dan bertukar-tukar pendapat dengan pelajar dalam menjadikan aktiviti di dalam kelas lebih efektif dan bermakna kepada pelajar. Perlu diingat oleh semua guru bahawa murid-murid adalah pelanggan kita dan menjadi kewajipan kita untuk mengutamakan mereka dan memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada mereka. Manakala, sikap hormat-menghormati di kalangan guru boleh dipraktikkan ketika memberikan penghormatan yang selayaknya kepada rakan kumpulan tanpa mengira usia, seniority ( kekananan dalam perkhidmatan ) dan tahun pengajian. Ini adalah kerana menghormati hak dan keistimewaan orang lain adalah sikap utama dalam menangani masalah atau konflik yang timbul di dalam kumpulan. Dalam petunjuk Bangga UPSI, ciri guru yang berkesan ialah apabila guru dengan rasa bangganya terhadap UPSI dengan mempromosikan kehebatan dan pencapaian UPSI di bidang akademik kepada pengetahuan umum. Guru perlu tahu latar belakang dan sejarah pembukaan UPSI dan menceritakan kehebatan dan pencapaian UPSI kepada murid-murid khususnya, bermula dari sebuah maktab ke sebuah universiti. Agak menarik apabila meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Guru juga perlu tahu bahawa individu yang bertanggungjawab mengilhamkan penubuhan sebuah maktab untuk melatih guruguru ialah R.O Winstedt. Begitu juga tokoh-tokoh terkemuka yang pernah melanjutkan pelajaran di sini, antaranya ialah Allahyarham Dr Shaharom Husain, Zakaria Arifin, Allahyarham Haji Buyung Adil, Zainal Abidin Ahmad ( Zaba ) dan ramai lagi. Usaha membina peradaban bangsa
11

menerusi penggunaan bahasa Melayu yang meninggikan bahasa ibunda juga dimulakan pada era ini. Sebagai guru yang berkesan, guru perlu memelihara dan mempertahankan imej serta nama baik UPSI di mana jua.

Nilai Bitara UPSI yang seterusnya ialah berorientasikan pelanggan. Di bawah teras Bitara ini, konsep responsif, proaktif, mesra dan berkualiti menjadi penunjangnya. Bagi seorang guru, pelanggannya ialah terdiri daripada golongan pelajar, ibu bapa dan rakan guru sekalian. Jadi, seseorang guru itu perlu mementingkan kepuasan pelanggannya demi mendapatkan perkhidmatan yang terbaik. Bagi merealisasikan nilai berorientasikan pelanggan ini, guru perlu sentiasa responsif, yang bermaksud segera, cepat atau mudah memberikan kerjasama atau reaksi yang bersifat membantu terhadap sesuatu usaha dan sebagainya. Guru yang berkesan ialah guru yang cepat bertindak sekiranya pelajar memerlukan sebarang bantuan ataupun tunjuk ajar. Begitu juga ketika murid-murid tidak faham tentang isi pelajaran yang disampaikan oleh guru dan bertanyakan soalan kepada guru. Di sinilah guru perlu segera mencari jawapan bagi merungkaikan persoalan pelajar tersebut dan cara ini akan menjadikan pengajaran guru lebih berkesan. Sesi pembelajaran secara berpusatkan murid bukan sahaja dapat menggalakkan penglibatan murid secara aktif, malahan juga menggalakkan guru bertindak secara responsif dengan membantu menjadi pemudahcara kepada murid-murid menyelesaikan tugasan yang diberikan. Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, proaktif membawa maksud merangka atau melakukan sesuatu tindakan , iaitu setelah difikir masak-masak, jauh lebih awal daripada berlakunya sesuatu perkara yang sememangnya memerlukan tindakan yang berkenaan. Dalam skop pendidikan, proaktif lebih membincangkan kepada penyediaan strategi atau perancangan bagi menghindari sebarang halangan dalam setiap tindakan dan tugas yang dilakukan. Adalah
12

menjadi tugas seorang guru dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran terlebih dahulu sebelum mengaplikasikannya di dalam bilik darjah. Ini bertujuan untuk menarik minat dan mengekalkannya hingga ke akhir aktiviti. Antara perkara-perkara yang perlu disediakan oleh guru sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah tema, tajuk, objektif pengajaran dan pembelajaran, aktivitiaktiviti, bahan dan alat bantu mengajar serta lembaran kerja. Persediaan-persediaan ini adalah penting dalam menjadikan aktiviti di dalam kelas lebih menyeronokkan dan tidak membosankan. Keperluan murid untuk memahami sesuatu isi pelajaran perlu diutamakan bagi mengukuhkan pemahaman murid. Kedua-dua unsur di atas, iaitu responsif dan proaktif adalah sama pentingnya kepada semua guru di sekolah ataupun organisasi yang lain. Dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai pendidik, kita perlu sentiasa memperbaiki kelemahan kita dalam setiap tugasan yang telah kita lakukan. Selain daripada itu, petunjuk mesra adalah merujuk kepada perwatakan dan perasaan kita di luar mahupun di dalam bilik darjah. Guru yang mesra akan lebih disukai, mudah didampingi, mudah rapat dan disenangi oleh murid-murid. Ini akan menjadikan pelajar berasa selesa untuk meluahkan perasaan, masalah dalam kehidupan mahupun dalam pelajaran dan guru juga akan berasa teruja untuk kekal mesra dengan murid-murid. Manakala, guru yang garang, tegas dan gemar membentak pastinya akan dilabel oleh murid-murid dengan gelaran yang kurang enak di dengar dan pastinya tidak disukai oleh guru-guru. Nilai kemesraan ini sangat penting bagi seorang guru kerana ia akan mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa, menggalakkan interaksi yang positif dan mengeratkan hubungan silaturrahim di antara guru dan murid.

13

Keberkesanan berkomunikasi di dalam kelas adalah bergantung kepada persepsi diri dan personaliti seseorang individu. Individu yang memiliki personaliti yang positif biasanya dapat berinteraksi dengan baik manakala personaliti guru yang negatif menyebabkan murid-murid berasa kurang selesa, tidak boleh menyesuaikan diri dan sukar menerima kehadiran guru. guru yang mesra mestilah seorang yang sentiasa melemparkan senyuman tidak kira kepada rakan sejawatan ataupun kepada murid, menyapa rakan-rakan, sesekali mengangguk kepada semasa sedang berbual, kontak mata yang baik, berjabat tangan dan sebagainya. Melakukan sesuatu kerja ataupun tugasan dengan berkualiti adalah petunjuk terakhir dalam nilai Bitara berorientasikan pelanggan, di mana petunjuk ini mengetengahkan cara untuk para guru menghasilkan sesuatu kerja atau tugasan dengan berkualiti. Kerja yang berkualiti merupakan kerja yang telah dilakukan dan memberi kepuasan serta menepati kehendak pelanggan. Kerja atau tugasan tersebut dikatakan berkualiti apabila ianya menepati criteria sesuatu kerja atau standar tertentu. Jika kita sebagai seorang guru menyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada pelanggannya iaitu murid di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, isi ataupun maklumat yang hendak disampaikan perlulah tepat, berdasarkan sumber yang betul dan lengkap. Jangan sesekali memberi maklumat yang tidak benar atau tidak tepat kerana ia akan memberikan kesan yang buruk kepada pelanggan kita, iaitu murid. Sebagai contoh ketika penyampaian isi pelajaran tentang faedah menggunakan teknologi-teknologi canggih seperti komputer riba, kemudahan internet, jalur lebar dan sebagainya. Guru boleh menggunakan kaedah memuat turun maklumat, gambar dan nota menerusi portal, blog ataupun email dan menerapkan kaedah ini di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Cara ini memerlukan persekitaran yang kondusif dan selamat, iaitu di makmal komputer yang sememangnya menyediakan perkhidmatan
14

internet dan guru akan bertindak sebagai pemudahcara ketika sesi ini berlangsung. Dalam bidang pendidikan, standard ISO perlu diikuti agar selari dengan ketepatan yang disediakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan tidak menyimpang jauh dari tajuk yang asal. Nilai Bitara yang seterusnya ialah kreatif dan inovatif, yang mengandungi unsur berdaya cipta, penambahbaikan berterusan, rebut peluang dan nilai tambah. Kreatif membawa

maksud mempunyai kebolehan individu mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea yang baru dan asli melalui kemahiran berimaginasi. Ia melibatkan keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik dalam sesuatu kaedah, sistem, adat, dan sebagainya. Manakala inovasi pula kaedah atau jalan untuk menghasilkan barang atau perkhidmatan yang lebih baik daripada yang lama sama ada melalui kerja-kerja penambahbaikan atau pengubahsuaian. Cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif ini bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti malah juga produktiviti sesuatu organisasi. Guru yang berdaya cipta ialah sikap keberanian seorang guru itu mencuba sesuatu yang baru. Sebagai seorang guru, kita perlu sentiasa mempunyai daya cipta yang kreatif dan inovatif agar kita sentiasa akses kepada ilmu-ilmu yang baru, sentiasa menghadapi cabaran secara positif dengan mengambil langkah menimba ilmu dan kemahiran dalam menyuburkan lagi pemantapan diri dan seterusnya mengaplikasikannya di dalam bilik darjah. Guru yang berkesan ialah guru yang sentiasa meneroka dan mencari ilmu dan maklumat tambahan untuk digunakan di dalam kelas bagi menyampaikan maklumat yang betul, terkini dan mantap. Sebagai contoh, dalam matapelajaran Bahasa Melayu, guru boleh mengadakan pertandingan mendeklamasi sajak, peraduan teka silang kata mahupun lakonan bagi mengelakkan murid berasa bosan dan tidak bersemangat untuk belajar.

15

Pada petunjuk penambahbaikan berterusan telah menunjukkan bahawa semua guru perlu ada sikap positif ini dalam memajukan diri sendiri dalam bidang yang diceburi. Adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mengajar murid-murid tentang sesuatu isi pelajaran setiap hari. Jika guru mengekalkan cara, teknik, bahan yang sama setiap hari, pastinya kita sendiri akan berasa jemu dan bosan apabila melakukan sesuatu kerja, apatah lagi murid-murid. Teknik yang sama pastinya kurang menarik minat murid dan menjadikan sesi pembelajaran hambar. Jika dahulu kita kerap menggunakan kaedah chalk and talk, tetapi seiring dengan zaman yang serba moden dan canggih ini, guru boleh mempelbagaikan teknik pengajaran, latihan dan pendekatan dengan menggunakan kaedah Powerpoint, eksperimen, soal-selidik dan sebagainya. Kita juga boleh meningkatkan penggunaan deria murid-murid di dalam kelas, penglibatan murid secara aktif di dalam kerja-kerja berkumpulan dan penggunaan instrumen yang mencabar tetapi masih di bawah pengawasan guru. Secara tidak langsung, murid-murid berasa bersemangat untuk belajar, bertambah ilmu pengetahuan dan seterusnya membantu tercapainya sesuatu objektif pelajaran. Sebagai seorang guru yang berkesan, kita perlulah rajin merebut peluang yang ada. Dalam konteks pendidikan, kita sentiasa digalakkan merebut peluang yang ada dan bukan bermakna kita bersikap tamak untuk mendapatkan sesuatu tetapi peluang yang ada adalah untuk diambil, dan bukannya untuk dibiarkannya sahaja. Yang paling penting, guru perlulah merebut peluang tentang cara untuk mendapat dan menyebarkan ilmu pengetahuan sebagai satu cara untuk kita menambahbaikkan pengetahuan sedia ada kita. Guru kebiasaannya akan dihantar berkursus, menghadiri seminar dan teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan oleh pihak sekolah adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan guru-guru. Sebagai contoh, tawaran yang dibuat oleh Bahagian Pendidikan Guru untuk guru16

guru melanjutkan pelajaran ke Program Pensiswazahan Guru Mod Pendidikan Jarak Jauh ini perlu direbut oleh semua pihak terutamanya guru yang ingin menambahbaikkan ilmu sedia ada ke peringkat yang lebih tinggi. Peluang yang baik tidak selalunya datang, jadi kita sebagai seorang guru perlu bijak merebutnya. Secara tidak langsung, cara ini adalah sebagai satu langkah dalam meluaskan perhubungan kita dengan guru di sekolah yang lain atau menambahkan kenalan. Petunjuk Nilai Tambah pada Nilai Bitara UPSI ini lebih membincangkan kepada cara guru menggunakan kemudahan media dan teknologi moden seperti internet tanpa wayar, kemudahan sistem maklumat murid ( SMM ), QNet dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan yang serba canggih ini amat berguna kepada semua guru kerana guru bukan sahaja dapat mengakses maklumat, bahkan juga bertukar-tukar bahan dengan rakan sekerja yang lain tanpa melibatkan masa yang lama. Bahan-bahan yang dimuat turun perlulah sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada hari itu dan tidak melibatkan perbelanjaan yang banyak. Kemudian, bahan-bahan itu boleh disebarkan kepada murid-murid dan rakan guru supaya samasama mendapat manfaatnya. Manakala dengan menggunakan sistem maklumat murid ( SMM ) secara on-line, guru dapat mengemaskini data dan maklumat dengan cepat, tepat dan menjimatkan masa. Kesimpulannya, Nilai Bitara yang diketengahkan oleh UPSI memang perlu diamalkan oleh semua guru kerana nilainya banyak memberi kesan positif dalam kehidupan para guru dalam melahirkan guru yang berkesan. Peranan seseorang guru dalam sesebuah sekolah amatlah penting dalam mencapai cita-cita, hasrat atau aspirasi sekolah kerana guru memiliki kecekapan, kemahiran dan pengalaman dalam bidang ini. Nilai Bitara UPSI ini pastinya dapat membantu

17

guru-guru menjadi lebih berkesan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran jika diaplikasikannya di sekolah.

18

TUGASAN 3

a) Huraikan satu (1) isu yang melanggar etika profesion perguruan

Jawapan :-

Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Empat, Etika ditakrifkan sebagai ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan ( persatuan, pekerjaan , dll ). Secara rasionalnya, etika merujuk kepada tanggungjawab dan tingkah laku seseorang individu terhadap golongan masyarakat. Dari perspektif Islam pula, etika membawa maksud tingkah laku yang benar berasaskan Al-Quran dan juga ketakwaan kepada Allah swt. Profesion ialah bidang pekerjaan yang memerlukan kelayakan berpendidikan tinggi dan yang melalui latihan khusus dan berterusan, seperti dalam bidang perubatan, seni bina dan sebagainya. Manakala perguruan bermaksud segala hal yang bersangkut-paut dengan guru. Bolehlah dirumuskan bahawa etika profesion perguruan ialah kod-kod atau prinsip-prinsip yang menjadi pegangan seorang yang berpendidikan tinggi seperti guru dalam perhubungannya dengan masyarakat sekelilingnya bagi meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan jenis perkhidmatan yang hendak disampaikan. Sebagai seorang yang berpendidikan tinggi dan terlibat dalam bidang yang profesional, seorang guru seharusnya mempunyai nilai-nilai yang murni dalam diri masingmasing bagi mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu perkara yang boleh mencemar nama baik mereka dan tempat berkhidmat. Seorang guru yang baik perlu mempunyai tatasusila yang
19

tinggi dan berkomitmen tinggi dalam menjalankan tugas sebagai pendidik yang baik dan bersih daripada latar belakang yang kurang memuaskan. Sepanjang tahun 1995 hingga tahun 2008, sebanyak 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia, 18 September 2008) termasuklah perbuatan sumbang mahram dan bersekedudukan. Media juga turut melaporkan kes-kes lain seperti guru memukul murid, guru besar menyembunyikan kes-kes disiplin, guru menyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang telah menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan. Pendedahan-pendedahan salah laku guruguru boleh mengakibatkan kewibawaan profesion perguruan tergugat pada mata umum. Hal ini bertentangan dengan peranan dan tatasusila dan kod etika perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya guru kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan masyarakat dan Negara. Sejak akhir-akhir ini, akhbar-akhbar utama sering memaparkan berita tentang kes salah laku pegawai kerajaan, tidak kiralah dari sektor pekerjaan yang mana sekalipun. Profesion perguruan pada hari ini dilihat semakin goyah kerana terdapat segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub oleh undang-undang. Ini sudah tentu akan mengganggu gugat martabat profesion keguruan yang dahulunya dilihat sebagai suatu profesion yang sangat mulia. Antaranya ialah merogol, meraba, meliwat, seks luar tabii, membunuh dan sebagainya. Ini seolah-oleh mencerminkan perilaku yang teruk bagi seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat dalam bidang yang dikategorikan sebagai profesional ini. Sudah tentu berita-berita seperti ini merisaukan ibu bapa murid-murid yang sememangnya mengharapkan bantuan daripada guru sendiri untuk membentuk perilaku yang baik untuk anakanak.

20

Berikut adalah bukti daripada akhbar-akhbar utama yang mengetengahkan kes salah laku yang melibatkan guru :-

Kes 1. Kes yang berlaku di salah sebuah sekolah menengah di Ampang, di mana seorang guru disiplin diberkas oleh pihak polis kerana didakwa mencabul 12 orang pelajar perempuan. Guru berkenaan dikatakan kononnya mahu membuat pemeriksaan tahap kesihatan semua murid berkenaan. Guru berkenaan telah memasukkan tangannya ke dalam baju murid-murid perempuan berkenaan. ( rujuk lampiran )

Kes 1. KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu menjadi doktor, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Ampang, di sini, diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 pelajar perempuan, Jumaat lalu.

Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua pelajar terbabit dilaporkan tidak mengikuti perhimpunan sekolah kerana mendakwa mahu menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas.

Menurut sumber, ketika guru disiplin itu melakukan rondaan, dia melihat kumpulan 12 pelajar

21

perempuan tingkatan tiga berkenaan berada dalam kelas sebelum memarahi mereka. Guru disiplin terbabit mahu mengambil tindakan terhadap semua pelajar berkenaan kerana tidak mengikuti perhimpunan. Biarpun semua pelajar cuba menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit tidak mempedulikan alasan itu, sebaliknya memberitahu akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap semua mereka sebelum mengambil tindakan, katanya.Sumber berkata, guru disiplin itu dengan bersahaja memberitahu akan memeriksa tahap degupan jantung mereka. Dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli. Guru lelaki terbabit memegang payu dara semua pelajar perempuan berkenaan. Difahamkan, dia mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk melakukan pemeriksaan bagi setiap pelajar pada peringkat pertama, katanya.

Sumber berkata, disebabkan ketakutan, semua pelajar terbabit akur dengan tindakan guru terbabit. Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji apabila dia mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama sebelum melakukannya sekali lagi. Kali ini, dia didakwa memasukkan tangan ke dalam baju semua pelajar perempuan terbabit. Selepas berpuas hati, guru disiplin itu merotan tangan semua pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan, katanya.

22

Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, pelajar perempuan berkenaan mengadu perbuatan guru terbabit kepada waris. Waris yang mendapatkan khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, katanya.

Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis menahan guru disiplin itu berhampiran sekolah menengah berkenaan, kira-kira jam 11 pagi Sabtu lalu .

Difahamkan, dia direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan selain penahanan guru terbabit.

23

Kes 2. Kes ini berlaku di Tangkak, Johor Darul Takzim, yang melibatkan seorang guru yang bergelar ustaz. Guru ini dikatakan mencabul lapan orang murid perempuannya dengan meraba bahagian badan mangsa hingga menyebabkan mangsa berasa takut untuk pergi sekolah. ( rujuk lampiran ) TANGKAK: Dia pandai agama hingga dilantik menjadi guru mengajar al-Quran, malah turut diamanahkan sebagai imam. Malangnya, di sebalik sifat warak itu, ustaz berkenaan rupa-rupanya syaitan bertopengkan manusia apabila disyaki mencabul lapan murid kelas agama di sebuah sekolah dekat Taman Lagenda di sini.

Lelaki berusia 30-an itu mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dan kelas membaca al-Quran di sebuah sekolah rendah berhampiran taman berkenaan dan mangsa kerakusan nafsu syahwatnya adalah kanak-kanak berusia 10 tahun iaitu murid tahun empat di sekolah rendah berkenaan. Tembelang ustaz syaitan yang dikatakan meraba buah dada dan kemaluan anak murid ketika mengajar al-Quran itu akhirnya pecah apabila seorang bapa mengesyaki sesuatu tidak baik berlaku terhadap anak perempuannya yang lewat pulang dari sekolah, kelmarin.

Bapa seorang daripada lapan mangsa, berkata apabila ditanya mengenai kelewatan murid itu pulang ke rumah, anaknya hanya menjadikan alasan terpaksa berjumpa dengan guru kaunseling kerana didenda akibat tidak menghantar kerja sekolah.

Selepas didesak beberapa kali, barulah dia menceritakan hal sebenar. Terkejut saya apabila dimaklumkan dia antara lapan rakannya yang sering diraba ustaz ketika belajar mengaji

24

di sekolah.

Saya marah kerana ustaz sepatutnya mendidik ilmu agama tergamak menjadikan anak didiknya alat untuk melampiaskan nafsunya, kata bapa berusia 41 tahun itu ketika mendapatkan pemeriksaan anaknya di Hospital Tangkak di sini, semalam.

Bapa berkenaan melahirkan kekesalannya terhadap pendidik yang disifatkan sebagai sukar dipercayai tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu sedangkan pada masa sama mengajar anaknya membaca al-Quran.

Difahamkan, ustaz itu sudah mengajar lebih dua tahun di sekolah itu dan bapa berkenaan bimbang lebih ramai murid yang menjadi mangsa lelaki itu sebelum ini. Menurut cerita anak saya, ustaz itu akan mengusap badan anak saya setiap kali duduk bersebelahan, malah ada di antara murid yang diramas buah dada dan disentuh kemaluannya setiap kali kelas itu berlangsung pada setiap Isnin, katanya.

Ibu seorang lagi mangsa, berkata dia mula menyedari perubahan sikap anak bongsunya itu sejak minggu lalu lagi apabila dia sering tidak mahu pergi ke sekolah dengan menjadikan alasan sakit perut dan demam.

Tetapi apabila mangsa dibawa ke klinik, doktor mengesahkan anaknya itu tidak sakit seperti didakwanya.

Apabila sebut saja pasal sekolah dia terus menangis seakan-akan terdapat sesuatu perkara yang ditakutkannya.

25

Selepas didesak beberapa kali akhirnya dia mengaku menjadi mangsa raba ustaz itu sejak awal sesi persekolahan tahun ini, katanya.

Wanita itu turut kesal tindakan pihak sekolah yang enggan memberi kerjasama, malah menangguhkan pertemuan ibu bapa bersama lelaki terbabit.

Sehubungan itu, dia bersama tujuh lagi ibu bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Sagil supaya tindakan segera boleh diambil. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, mengesahkan pihaknya ada menerima laporan dan kes terbabit masih lagi dalam siasatan.

Kes-kes yang melibatkan pegawai kerajaan yang tergolong dalam kumpulan profesional ini nampaknya semakin menjadi-jadi dan begitu membimbangkan. Antara faktor utama yang menyebabkan perkara seperti ini berlaku ialah sikap individu itu sendiri yang tidak ambil peduli tentang perasaan orang lain, kurangnya komitmen dalam bidang yang diceburi, kurang nilainilai murni dalam kehidupan, dan memiliki etika kerja yang lemah. Contohnya, sebagai seorang yang dilahirkan beragama Islam, pastinya kita sudah dididik dari kecil bahawa melakukan perkara-perkara seperi di atas adalah sangat berdosa. Ke manakah perginya nilai-nilai murni dalam kehidupan seorang yang bergelar Muslim? Maka, apabila sikap-sikap seperti ini wujud, maka individu terbabit akan memandang remeh setiap tugas yang telah diamanahkan sehinggakan tiada lagi rasa bertanggungjawab untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh dalam mendidik anak bangsa dan apa yang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima pada setiap bulan dan kepuasan melakukan perkara terkutuk itu tadi.

26

Faktor yang seterusnya ialah kelemahan pihak pentadbir itu sendiri yang lambat bertindak, penguatkuasaan yang lemah serta kurangnya pemantauan dilakukan menyebabkan sehingga ramai yang menjadi mangsa kepada guru-guru lelaki berkenaan. Apabila tiada pemantauan ataupun kurangnya pemerhatian daripada pihak pentadbir, maka guru berkenaan dengan sewenang-wenangnya melakukan perkara-perkara tersebut tanpa memikirkan kesan yang akan mereka hadapi sekiranya tertangkap oleh pihak yang berkuasa. Dalam erti kata lain, pihak pentadbir bersikap lepas tangan dalam menangani masalah seperti ini. Faktor lain ialah pengaruh daripada cerita-cerita Barat di televisyen mahupun di internet. Pada zaman yang serba canggih ini, kemudahan internet ada di mana-mana yang merupakan salah satu kemudahan yang terpenting selain daripada telefon bimbit dan televisyen. Kadang-kala cerita-cerita yang ditayangkan tidak ditapis terlebih dahulu dan menyebabkan ada di antara kita yang mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan budaya kuning masyarakat dari sana. Kemudahan yang penting ini telah disalah guna demi kepentingan peribadi sehingga menyebabkan maruah mangsa tercalar disebabkan kerakusan manusia. Selain itu, faktor latar belakang keluarga juga mampu menyumbang kepada permasalahan ini. Mungkin si pemangsa-pemangsa ini pernah dilakukan sebegitu rupa oleh ahli keluarga ataupun saudara-mara terdekat menyebabkan mereka bertindak sebegitu rupa sebagai cara untuk membalas dendam. Peristiwa pahit yang berlaku semasa kecil pastinya mempengaruhi pembesaran mereka menyebabkan mereka tersisih, pendiam, pendendam dan sebagainya. Ini bersangkut paut dengan pendekatan psikoanalitik, mengikut pendekatan Sigmund Freud ( 1856 1939 ), iaitu tingkah laku seseorang pada masa kini adalah hasil daripada pengalaman zaman kanak-kanak dahulu, penekanan perasaan erotik dan konflik bawah sedar semasa melalui perkembangan psikoseksual sejak lahir hingga dewasa.
27

Terdapat pelbagai cara yang dapat membantu kita mengatasi masalah seperti ini daripada terus berlaku. Antaranya ialah pihak pentadbir perlu selalu melakukan pemantauan secara berterusan ( monitoring ) terhadap guru-guru yang bermasalah dan tindakan susulan perlu diambil dengan segera. Ini bertujuan untuk memastikan tidak ramai murid yang akan terus menjadi mangsa selain daripada menjaga nama baik sekolah daripada terus tercemar. Malah, pihak pentadbir juga perlulah sentiasa melakukan pemantauan prestasi kerja guru-guru terbabit dan memberikan khidmat nasihat kepada guru-guru yang bermasalah. Tujuannya adalah untuk mengelakkan perkara seperti ini daripada terus berlaku sewenang-wenangnya dan bukannya bersikap menjaga tepi kain orang tetapi sebagai satu langkah dalam memelihara nama baik sekolah bersama-sama. Selain daripada itu, peranan rakan sejawatan juga amat penting dalam mengatasi permasalahan ini daripada terus berlaku. Caranya ialah dengan sentiasa memberikan nasihat dan teguran kepada rakan yang bermasalah supaya sedar akan kesalahannya dan melaporkan kepada pihak pentadbiran tentang kesalahan yang dilakukan dan bukannya turut sama bersubahat. Ini menunjukkan bahawa rakan sejawat juga begitu mengambil berat tentang rakan yang lain. Malah, kita turut sama dapat membimbing rakan-rakan yang bermasalah ke jalan yang lurus daripada terus terpesong. Peranan diri guru itu sendiri yang sentiasa bermuhasabah diri, berpegang kepada nilainilai murni dan hidup dalam kesederhanaan mampu mengurangkan masalah seperti ini daripada terus berlanjutan. Ketebalan ilmu agama mampu menangkis sifat mazmumah di dalam diri individu itu sendiri. Sebagai seorang individu yang dilahirkan sebagai umat Islam, seharusnya mempunyai sifat takut kepada Allah swt, balasan kepada setiap perbuatan di hari pembalasan kelak dan juga menjaga maruah diri, keluarga, sekolah dan juga pelajar itu sendiri merupakan

28

tugas seorang guru. Sebagai seorang yag bekerja dalam bidang profesional ini, berpeganglah kepada kod-kod etika yang ditetapkan oleh kerajaan dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru.

29

b) Huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah guru.

Jawapan :Pembangunan sahsiah manusia merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, perasaan, pemikiran, sosial dan rohani individu. Individu yang bersahsiah unggul selalunya menunjukkan penampilan fizikal yang kemas, sikap mudah beramah mesra, tingkah laku bersesuaian dengan norma-norma masyarakat, sentiasa mengawal diri dan berpegang teguh kepada agama. Manakala, individu yang dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalah lebih cenderung kepada masalah disiplin, tingkah laku yang pasif , penyalahgunaan dadah dan memegang nilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan norma masyarakat. Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Empat, sahsiah bermaksud keperibadian, peribadi : yang utama ialah menuntut ilmu dan melengkapkan proses pembinaan peribadi atau sebagai insan yang terpuji. Sahsiah adalah perkataan daripada Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau peribadi seseorang manakala mengikut perspektif Islam, sahsiah bermaksud akhlak atau personaliti. Menurut Siti Fatimah ( 1993 ), sahsiah merujuk kepada sistem tingkah laku individu. Namun, Abdul Majid dan Rahil ( 1995 ), mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi dan perlakuan manusia. Bagi Ee Ah Meng ( 1999 ) pula, sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi cara mereka berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarnya. Sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan yang merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai. Pastinya, terdapat kesan negatif yang akan timbul akibat daripada isu-isu tersebut kepada pembangunan sahsiah seorang guru.
30

Antara kesan negatif yang akan timbul ialah merosotnya prestasi kerja seseorang guru itu dan juga pencapaian murid di sekolah. Ini adalah kerana, guru telah mengalami tekanan perasaan dan kurang memberi tumpuan di dalam kelas. Guru akan berasa malas, kurang bersemangat dan tidak bertanggungjawab menjalankan tugas serta tidak berminat untuk mengajar. Ini akan memberi impak yang besar terhadap aktiviti di dalam kelas dan menjejaskan kualiti perkhidmatan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak seronok lagi . Isu seperti ini akan memberikan kesan yang negatif terhadap perhubungan sesama guru, di mana hubungan akan menjadi renggang di antara rakan sejawatan, takut untuk bergaul dengan pemangsa dan juga timbul perasaan membenci di antara satu sama lain. Manakala murid yang diperlakukan sedemikian akan mengalami gangguan emosi yang tidak stabil, sentiasa berada dalam ketakutan, kemurungan dan mula menjauhkan diri daripada rakan-rakan. Mereka juga akan mula membenci guru berkenaan, pendendam dan juga bertindak di luar kawalan mereka. Secara tidak langsung, mereka akan mula mengabaikan pelajaran, selalu tidak hadir ke sekolah dan mula bersikap pasif hingga mampu membuat mereka bertindak lari daripada rumah dan mula bergaul dengan rakan-rakan yang tidak elok perangainya. Malah, mereka juga terkena tempiasnya apabila dikatakan turut sama perangainya dengan guru yang berkenaan kerana masyarakat memandang serong terhadap tugas guru dan mengawasi tindaktanduk guru. Apabila timbul kes-kes seperti ini, pastinya masyarakat di sekeliling sekolah akan memandang sinis terhadap komuniti sekolah, mula meragui profesion perguruan yang dahulunya dianggap pekerjaan yang paling mulia dan kurang yakin terhadap kebolehan guru mendidik anak-anak mereka. Pastinya ibu bapa mahukan guru yang terbaik untuk mendidik anak-anak

31

mereka. Jika perkara seperti ini berlaku, perasaan hormat kepada guru mulai hilang dan tidak ada keyakinan dalam diri mereka lagi untuk bergantung harap kepada guru. Pada dasarnya, masyarakat memang memandang tinggi pekerjaan guru yang dikatakan mampu memberikan pengajaran yang baik untuk anak mereka, membentuk anak-anak mereka menjadi insan yang berguna. Tetapi setelah timbulnya masalah seperti ini, bagaimana guru mahu mendidik anak mereka sedangkan guru itu sendiri telah melakukan perkara sedemikan rupa. Akhirnya, tindakan memindahkan anak-anak mereka ke sekolah lain diambil bagi mengelakkan perkara seperti itu berulang lagi. Pasti, ibu bapa berasa curiga dan ragu untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Selain itu juga, masyarakat juga akan memandang serong serta mencurigai apa yang dilakukan oleh guru terhadap anak-anak murid di sekolah. Malah, nama sekolah juga akan menjadi buruk disebabkan oleh isu tersebut dipaparkan di dada-dada akhbar dan menjadi isu yang hangat diperkatakan oleh masyarakat setempat. Jika sebelum ini, nama sekolah begitu harum kerana tidak pernah berlaku kejadian yang tidak diingini tetapi setelah isu negatif ini disiarkan, pastinya dalam sekelip mata sahaja nama sekolah akan terus diingati kerana timbulnya isu yang memalukan itu. Malah, tidak keterlaluan jika sekolahsekolah berhampiran agak keberatan untuk menjalankan kerjasama dengan sekolah berkenaan. Persekitaran sekolah juga menjadi kurang selesa bagi semua murid dan guru kerana dikhuatiri akan dikunjungi oleh pihak-pihak tertentu untuk menyiasat kes berkenaan menjadikan persekitaran sekolah dalam keadaan tegang. Tekanan juga akan dirasai oleh rakan-rakan sejawatan, di mana mereka mula menyisihkan diri, tidak mahu bergaul sesama sendiri dan merenggangkan hubungan persahabatan. Ini adalah kerana perbuatan terkutuk seperti itu pastinya tidak boleh diterima oleh norma-norma masyarakat setempat. Hasilnya, wujudlah suasana yang tidak harmonis, kutuk32

mengutuk, saling tidak mempercayai, benci-membenci, hilanglah rasa hormat-menghormati di kalangan rakan sejawatan, ketidakpuasan hati dan sebagainya. Malah, Kementerian Pelajaran juga turut terkena tempiasnya. Masyarakat pastinya menuding jari kepada pihak ini yang dikatakan gagal mengeluarkan produk ( guru ) yang berkualiti dan dan memiliki kriteria yang baik sebagai seorang pendidik seperti yang dijanjikan. Maka, keraguan dan perasaan tidak mempercayai lagi akan profesion perguruan ini menyebabkan timbulnya isu profesion perguruan pada masa sekarang tidak lagi efisien dan tidak lagi menitik beratkan maruah serta tanggungjawab yang tinggi dalam profesion perguruan. Isu ini sudah pastinya akan mencalarkan nama baik guru dan institusi pendidikan yang dinaunginya. Malah, isu tersebut akan memberikan impak kepada sahsiah guru-guru yang lain di mana keperibadian, sikap dan tingkah laku yang dilakukan oeleh guru di sekolah akan terus dianggap negatif oleh semua lapisan masyarakat. Ini akan mengakibatkan pembangunan sahsiah guru tidak akan meningkat dan berkembang dari semasa ke semasa kerana anggapan negatif dan pandangan serong masyarakat serta orang awam terhadap apa sahaja tingkah laku guru yang dianggap tidak profesional lagi. Secara kesimpulannya, sebagai seorang penjawat awam yang dilantik oleh kerajaan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat, guru seharusnya berpegang teguh kepada kod etika yang ditetapkan oleh kerajaan. Kod etika ini ialah sebagai garis panduan kepada pegawai kerajaan untuk melakukan dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan efisyen. Kod etika ini perlu dipatuhi sebagai satu langkah dalam memartabatkan profesion perguruan di mata umum. Jelasnya, guru tidak sepatutnya mengambil kesempatan di atas perkara yang berlaku ke atas diri pelajar sebaliknya membantu mereka untuk sama-sama menyelesaikan permasalahan yang timbul. Guru seharusnya memberikan masa depan yang cerah kepada murid33

murid, bukannya menggelapkan masa depan mereka dengan melakukan perbuatan terkutuk seperti itu.

34

c) Kaitkan isu tersebut dengan satu (1) teori pembangunan sahsiah.

Jawapan :-

Teori Pembangunan Sahsiah yang boleh dikaitkan dengan isu di yang saya ketengahkan di atas ialah Pendekatan Psikoanalitik yang diasaskan oleh Sigmund Freud ( 1856 1939 ). Sigmund Freud adalah pengasas pendekatan psikoanalitik dalam bidang psikologi. Menurut pendekatan ini, tingkah laku seseorang pada masa kini adalah hasil daripada pengalaman zaman kanak-kanak, penekanan perasaan erotik dan konflik bawah sedar semasa melalui perkembangan psikoseksual sejak lahir hingga dewasa. Oleh itu, Freud menganggap zaman kanak-kanak yang dilaluinya oleh seseorang itu amatlah penting kerana beliau percaya peristiwa-peristiwa semasa kecil mempunyai kesan sepanjang hayat kepada psikologi individu. Berdasarkan pandangan Freud tentang fitrah manusia, beliau mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang semulajadi ( inborn drives ). Pendekatan ini melihat manusia sebagai tidak rasional, tidak sosial dan penuh desakan yang merosakkan dirinya dan manusia sebagai individu tidak membawa arah kepada nasib haluannya. Freud melihat manusia pada dasarnya adalah deterministik, iaitu teori penentu di mana tingkah laku manusia pula lebih digalakkan oleh naluri kehaiwanan ( animalistic instincts ) dan desakan biologikal. Desakan yang paling utama ialah desakan mendapatkan kepuasan nafsu swadiri ( self gratification ). Desakan ini berlaku dalam diri seorang sama ada lelaki ataupun perempuan dan mereka telah diperangkap kepada asas naluri dan desakan yang jahat ini. Desakan-desakan kejahatan perlu dibendung dengan pengalaman-pengalaman dalam masyarakat, seperti kekeluargaan dan sosialiasi. Sekiranya sosialiasi ini tidak berlaku, maka
35

individu akan berhadapan dengan ciri-ciri yang boleh merosakkan peraturan-peraturan dalam masyarakat sendiri. Desakan-desakan kejahatan ini perlu dibendung dengan pengalamanpengalaman dalam masyarakat, seperti kekeluargaan dan sosialiasi. Sekiranya sosialiasi ini tidak berlaku, maka individu akan berhadapan dengan ciri-ciri yang boleh merosakkan peraturanperaturan dalam masyarakat sendiri. Menurut pandangan psikoanalitik, struktur personaliti manusia terdiri daripada tiga sistem utama iaitu, id yang didorong oleh tenaga untuk hidup serta berprinsipkan kenikmatan; ego adalah diri yang sedar dan berprinsipkan realiti; dan superego adalah komponen sosial yang berprinsipkan moral. Id adalah komponen kepEribadian yang berisi impuls agresif dan libinal, di mana sistem kerjanya dengan prinsip kesenangan pleasure principle. Ego adalah bahagian keperibadian yang bertugas sebagai pelaksana, di mana sistem kerjanya pada dunia luar untuk menilai realiti dan berhubungan dengan dunia dalam untuk mengatur dorongan-dorongan id agar tidak melanggar nilai-nilai superego. Superego adalah bagian moral dari keperibadian manusia, kerana ia merupakan filter dari sensor baik- buruk, salah-benar, boleh- tidak sesuatu yang dilakukan oleh dorongan ego. Semua tingkah laku terjadi hasil daripada interaksi antara ketiga-tiga sistem utama tersebut dalam menentukan agihan tenaga psike kepada id. Ia yang beroperasi di tahap bawah sedar adalah sebagai penggerak tingkah laku yang berusaha menggunakan tenaga psike untuk bertindak memenuhi kehendaknya. Bagaimanapun, ego sebagai komponen psikologi yang beroperasi di tahap sedar akan merujuk kepada superego sebagai badan kehakiman yang menentukan sesuatu tingkah laku itu baik atau buruk.

36

Sekiranya desakan id tersebut menepati kehendak moral atau tidak menyalahi undangundang dan beretika, maka ego akan membenarkan id menggunakan tenaga psikik untuk bertindak. Maka, terhasillah tingkah laku. Sebaliknya jika didapati tingkah laku yang ingin dilakukan id adalah menyalahi peraturan moral, maka ego tidak membenarkan id menggunakan tenaga psike tersebut, justeru tingkah laku yang dihajati individu tersebut tidak akan berlaku. Struktur personaliti id dimiliki oleh semua individu sejak lahir lagi dan mempunyai unsur seronok dalam diri individu. Antara ciri id ialah sumber dorongan dan nafsu yang diwarisi, bersifat primitif, lebih mementingkan diri sendiri dan tiada pengaruh dunia realiti atau dunia tamadun. Manakala, struktur personaliti ego adalah perasaan atau tingkah laku yang dikawal. Antara cirinya ialah bertanggungjawab dan cuba mengawal dorongan dan desakan primitif agar mengikut lebih dekat dengan kehendak persekitaran, mengambil tanggungjawab menjadikan dorongan primitif id lebih mengikut kehendak moral dan piawaian etika masyarakat, beroperasi dengan berpandukan kepada prinsip realiti bukan kepada prinsip keseronokan yang dipengaruhi oleh id dan prinsip realiti mengiktiraf permintaan atau kehendak masyarakat yang realistik. Pada struktur personaliti superego, bagi kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa secara melampau, dia akan bersifat kritis, menghukum dan mendenda, menjadikan permintaan yang agak keterlaluan. Dalam kes ini, superego menjadi tidak fleksibel dan menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menikmati keseronokan normal pada zamannya. Superego ini muncul secara perlahan-lahan apabila kanak-kanak mula mempelajari peraturan yang digunakan oleh ibu bapanya untuk menginterprestasi jangkaan masyarakat. Ibu bapa berperanan sebagai conscience sehinggalah kanak-kanak secara evolusi membina set piawai dalamannya. Apabila kanak-kanak yang mempunyai superego punitif ketika meningkat remaja, mereka

berkemungkinan menghadapi masalah dalam memenuhi permintaan superego tersebut. Freud


37

percaya kerisauan dan kemurungan biasanya datang bersama dengan kehendak superego yang melampau. Konsep id, ego dan superego ini boleh dilihat pada contoh seperti di bawah ini :1. Manusia lapar dan memerlukan makanan untuk mengisi perut mereka. 2. Perasaan lapar itu ditimbulkan oleh id 3. Membuat keputusan untuk mencari makanan dan melaksanakannya ialah fungsi ego 4. Membuat pertimbangan sama ada halal ataupun haram dalam mencari makanan adalah fungsi superego Dalam isu yang telah dikupaskan iaitu isu rogol, pencabulan, seks di luar tabii dan sebagainya adalah berkait dengan pendekatan mengenai personaliti manusia oleh Sigmund Freud. Beliau berpendapat bahawa manusia dilahirkan ke dunia ini dengan desakan naluri yang semula jadi, sifat manusia yang tidak rasional, tidak sosial dan tingkah laku manudia yang digalakkan atau terpengaruh dengan naluri kehaiwanan. Ini dapat dijelaskan bahawa keingin untuk melakukan perbuatan terkutuk seperti di atas adalah disebabkan oleh naluri kehaiwanan ( animalistic ainstincts ) dan desakan biologikal. Perasaan ataupun keinginan untuk mempunyai pasangan dan nafsu yang tinggi adalah merupakan sikap atau naluri yang dikongsi oleh manusia dan haiwan. Maka manusia yang terdorong untuk melakukan perbuatan terkutuk adalah berdasarkan kehendak dna naluri kehaiwanan atau lebih dikenali sebagai nafsu. . Selain daripada itu, pendekatan psikoanalitik turut menyatakan bahawa desakan yang paling utama dalam diri tidak kira lelaki mahupun perempuan adalah mendapatkan kepuasan nafsu itu sendiri. Dalam isu rogol yang terjadi pada zaman sekarang ini, setiap manusia sama ada lelaki ataupun perempuan mempunyai keinginan yang sangat tinggi dalam nafsunya apabila
38

melihat anak gadis yang menarik, maka wujud satu desakan dan dorongan tersebut menjadi semakin meningkat. Tindak balas yang selari dengan kehendak perogol daripada mangsa juga menjadikan guru tersebut dipenuhi dengan desakan daripada naluri kehaiwanan dan mendapatkan kepuasan nafsunya sendiri. Sebagai seorang guru, kawalan nafsu haruslah dipelihara dan dijaga rapi kerana nafsu ataupun naluri kehaiwanan tersebut akan menyebabkan terjadinya jenayah-jenayah seperti rogo, pencabulan, seks luar tabii dan sebagainya. Selain daripada itu juga, menurut pandangan pakar psikoanalitik,

struktur personaliti manusia terdiri daripada tiga sistem utama iaitu; id yang didorong oleh tenaga untuk hidup serta berprinsipkan kenikmatan; ego adalah diri yang sedar dan berprinsipkan realiti; dan superego adalah komponen sosial yang berprinsipkan moral. Sesuatu tingkah laku itu terjadi hasil daripada interaksi antara ketiga-tiga sistem utama tersebut dalam menentukan agihan tenaga psike kepada id. Id yang beroperasi di tahap bawah sedar adalah sebagai penggerak tingkah laku yang berusaha menggunakan tenaga psike untuk bertindak memenuhi kehendaknya. Walau bagaimanapun, ego sebagai komponen psikologi yang beroperasi di tahap sedar akan merujuk kepada superego sebagai badan kehakiman yang menentukan sesuatu tingkah laku itu baik atau buruk. Sekiranya desakan id tersebut menepati kehendak moral atau tidak menyalahi undang-undang dan beretika maka ego akan membenarkan id menggunakan tenaga psikik untuk bertindak. Maka terhasillah tingkah laku. Sebaliknya, jika didapati tingkah laku yang ingin dilakukan id adalah menyalahi peraturan moral, maka ego tidak membenarkan id menggunakan tenaga psike tersebut, justeru tingkah laku yang dihajati individu tersebut tidak akan berlaku. Menurut pandangan psikoanalitik, id yang merangkumi naluri bawah sedar yang primitif adalah punca yang mendorong perlakuan negatif manusia, seperti isu yang diketengahkan di atas.
39

Naluri primitif ini yang menjadi kehendak untuk melakukan hubungan seks yang tinggi dan mula mempengaruhi manusia untuk melakukannya. Kehendak ini berada dalam pemikiran yang tidak sedar dan tidak berada di dunia yang nyata atau lebih dikenali sebagai alam realiti. Manakala, ego yang terkandung dalam pendekatan psikoanalitik adalah diri kita yang sebenar dan berprinsipkan naluri. Pada peringkat ini, naluri atau kehendak untuk melakukan hubungan seks akan menjadi kenyataan dan realiti kerana pada peringkat ini ianya akan bertukar menjadi tingkah laku. Jika dorongan dan rangsangan yang diterima adalah selari dengan kehendak, maka ego akan menjalankan tanggungjawabnya untuk mula bertindak di alam yang sebenarnya. Oleh sebab itulah perlakuan yang negatif seperti di atas akan berlaku pada tahap ini. Superego pula bertindak sebagai agen untuk menentukan sama ada perlu melakukan perbuatan-perbuatan negatif ini atau tidak. Pada tahap ini, individu yang terlibat dengan gejala negatif itu tidak memiliki sebarang pegangan agama mahupun pegangan moral yang kuat dan menjadikannya terdorong untuk melakukannya. Oleh yang demikian, tingkah laku pencabulan dan lain-lain akan terus dilakukan kerana superegonya tidak dapat mengawal dan menghalang ego daripada terus menghalangnya melakukan perkara sedemikian.

40

RUJUKAN.

http://www.bacaanonline.com/pengajaran--pembelajaran---ipta http://www.scribd.com/doc/54928474/rujukan-Nilaibitara-share-by-Chong-Foong http://pusatpanduan.com/etika-dan-profesion-keguruan Prof Madya Dr Wan Zah Wan Ali ( 2011 ), HBEF3103-Prinsip Teknologi Pengajaran, Selangor : Open University Malaysia. Rahmatullah Khan Abdul Wahab Khan, PhD, Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip,PhD. ( 2011 ), KKD 2063 Pembangunan Sahsiah, Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

41

Vous aimerez peut-être aussi