Vous êtes sur la page 1sur 2

APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PERKHI DMATAN AWAM MALAYSI A Oleh Dr. Hj.

I smail bin Alias Pengarah Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Aw am Malaysia ABSTRAK
Kertas ini bertujuan untuk membincangkan tentang peranan aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia sektor awam. Perancangan sumber manusia menuntut sumber mengenali kehendak kakitangannya hasil daripada kerjanya sekaligus kehendak organisasi ke atas kakitangan berkenaan. Selaras dengan hasrat k erajaan menitikberatkan modal insan sebagai satu pendekatan terkini untuk memantapkan program dan aktiviti pengurusan sumber manusia dalam organisasi. Empat skop aplikasi psikologi yang digunakan antaranya ialah melalui penggunaan ujian psikologi, penilaia n dan pembangunan personel, penyelidikan psikologi dan program pengupayaan kendiri. Keempat empat aplikasi psikologi ini boleh digunakan di dalam urusan pemilihan, penempatan, pengurusan prestasi dan kompetensi serta peringkat prapersaraan. Aplikasi psikologi ini juga boleh

memberikan panduan kepada pegawai sumber manusia untuk melaksanakan aktiviti pencegahan, pembangunan dan pemulihan pekerja daripada negatif dalam organisasi. 1. PENGENALAN Perkhidmatan Awam di Malaysia adalah yang terbaik di kalangan negara membangun. Usaha penambahbaikan yang telah dilaksanakan akan dilakukan secara berterusan bagi mencapai visi dan misi organisasi. Kempen Budi Bahasa dan Nilai nilai Murni, Mengurangkan karenah Birokrasi, Memperkemaskan Layanan di kaunter dan Pelancaran Plan Integriti Nasional (PIN) bagi mengurang kes penyelewengan dalam perkhidmatan awam merupakan sebahagian daripada usaha yang dibuat untuk menggerakkan perkhidmatan ke tahap dunia. Menyedari bahawa sumber manusia adalah penentu dan penggerak kepada kemajuan ekonomi negara, kerajaan telah menetapkan bahawa Pembangunan Modal Insan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri haruslah menjadi satu tanggungjawab kepada pengurus sumber manusia bagi mewujudkan perkhidmatan awam bertaraf dunia. Pendekatan ini selari dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui peranan Bahagian perkhidmatan Psikologi (BPPs) telah melaksanakan berbagai bagai pendekatan perkara

untuk menerapkan perkhidmatan awam dengan elemen psikologi dalam mengurus sumber manusia. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 tahun 1999 mengenai Panduan mewujudkan perkhidmatan kaunseling di agensi dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1998 mengenai Panduan pengurusan pegawai prestasi rendah di agensi awam merupakan usaha usaha yang dibuat untuk memberikan panduan membantu pengurusan sumber manusia yang kurang produktif. Dalam kertas kerja ini perbincangan akan dibuat secara ringkas tentang keperluan elemen aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia. Sebenarnya aplikasi psikologi ini telah dan masih dipergiatkan pembangunannya. Untuk memastikan aplikasi yang diperlukan itu mudah digunakan dan berkesan, perkomputeran pelbagai ujian, indikator, inventori dan soal selidik sedang dalam proses pengkomputeran. Penggunaan mesra pengguna aplikasi psikologi akan memudahkan pengurus sumber manusia organisasi membuat pentadbiran, pengskoran, penganalisaan data dan laporan. Instrumen yang dibangunkan dalam bentuk mesra pengguna ini akan dimudahkan lagi dengan menggunakan aplikasi online. Instrumen ini jika digunakan akan membantu dan menjelaskan sesuatu kedudukan atau perwatakan, atau profail penjawat awam dalam organisasi. Melalui ujian atau instrumen yang telah dibangunkan dan direkabentuk ini boleh digunakan oleh agensi untuk menyimpan semua rekod pegawai. Rekod ini sangat berguna untuk proses perancangan pembangunan kendiri dan kerjaya pada masa hadapan penjawat awam. Instrumen ini boleh juga digunakan untuk tujuan mengurus, menganalisis dan mendiagnostik agensi tentang kekuatan dan kelemahannya dari segi semangat berpasukan, tahap hubungan antara pekerja dan majikan dan sebaliknya.

http://www.scribd.com/doc/4991391/aplikasi-psikologi-dalam-pengurusan-sumber-manusiaperkhidmatan-awam-malaysia-1