Vous êtes sur la page 1sur 15

1.0 PENGENALAN Manusia mula belajar sejak dari peringkat bayi lagi.

Bayi yang baru lahir mewarisi berbagai-bagai bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila sesuatu objek menyentuh bibirnya, bayi terus menghisap objek tersebut tanpa perlu diajar kepadanya.Ini bermakna wujud satu atur cara genetis semula jadi dalam diri bayi untuk menyerapkan kewujudan sesuatu objek. Hari demi hari, maklumat dalam ingatan bayi semakin bertambah selaras dengan peningkatan fizikalnya daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak seterusnya menjadi dewasa. Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecah-pecahkan menjadi pengetahuan dan memperkembangkan keupayaan kognitifnya. Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu padanan (matching), reguan (pairing), penjenisan (sorting) dan susunan aturan (ordering). Padanan merupakan aktiviti memilih sifat tertentu dan membuat perbandinagan. Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum di kalangan bentuk-bentuk. Reguan merupakan kegiatan menyatakan keselarian objek-objek secara satu lawan satu. Manakala susunan aturan adalah kegiatan meletakkan perkara sepanjang satu barisan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes.

2.0

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS 2.1 Pengertian Konstruktivisme Pengertian Konstruktivisme menurut Vygotsky (Social Constructivism),

teori ini menjelaskan ilmu terbina dalam konteks sosial. Melalui interaksi sosial, pelajar memurnikan ideanya dan membantu membentuk idea orang lain. Briner, M.,1999 berpendapat bahawa murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea danpendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada,mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikanpengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Manakala menurut McBrien & Brandt,1997 konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. Berdasarkan kepada pandangan-pandangan di atas maka pengertian pembelajaran secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya. Bertitik tolak daripada pandangan Kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan tentang cara manusia belajar iaitu secara Konstruktivisme

2.1.1 Implikasi daripada Pengertian Konstruktivisme

Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid

Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil darIpada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukanpengajaran yang diterima secara pasif

Implikasi daripada Pengertian Konstruktivisme

Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah

Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut

Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru

2.2 Ciri-Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pembelajaran Secara Konstruktivisme mempunyai beberapa ciri iaitu: i. Pelajar membina ilmu pengetahuan melalui tindakan aktif dan

pemikirannya untuk memberi makna terhadap pengalamannya.


ii. iii.

Pembelajaran baru bergantung kepada kefahaman semasa.i Pembelajaran pelajar terbimbing melalui interaksi sosial. Pembelajaran bermakna terbina melalui task pembelajaran yang autentik.

iv.

Teori pembelajaran konstruktivis mengandaikan subjektiviti adalah kritikal kerana setiap pelajar yang menerima maklumat akan memprosesnya secara kognitif untuk mencerminkan/ membayangkan keperluan, sifat semula jadi, pemikiran, sikap, kepercayaan dan perasaannya. Konstruktivis menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Dalam situasi yang sama, ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh setiap individu adalah tidak sama.

CIRI 1: Pelajar membina kefahaman/ilmu melalui tindakan aktif dan pemikirannya. IMPLIKASINYA: i. Guru perlu menyediakan pengalaman pembelajaran yang melibatkan pelajar ii. iii. iv. v. secara aktif dalam membina kefahaman.

Menggalakkan proses inkuiri melalui kajian dan eksperimen. Penggunaan pedagogi yang berpusatkan pelajar. Mengutamakan pembelajaran berfikrah. Peranan guru adalah sebagai penggerak dan pembimbing.

CIRI 2: Pembelajaran baru bergantung kepada kefahaman semasa. IMPLIKASINYA : i. Guru perlu mencungkil kefahaman semasa pelajar dan merancang pengalaman pembelajaran berdasarkan kefahaman semasa pelajar ini. ii. Pelajar perlu disediakan dengan pengalaman yang membolehkan mereka membina makna kendiri atau mengubah kefahaman semasa mereka. CIRI 3: Interaksi sosial merangsang pembelajaran. IMPLIKASI: i. Perlunya diwujudkan communities of learners yang menggalakkan tanggungjawab pembelajaran di kalangan pelajar. ii. iii. Peranan guru adalah sebagai pembimbing. Galakkan dialog dalam proses P&P.

iv.

Bentuk kumpulan heterogenous untuk perubahan konseptual.

menggalakkan

Pembelajaran Sosial (Vygotsky) memberi penekanan pada sifat sosial pembelajaran (rujuk cooperative learning). Pelajar senang menguasai konsepkonsep yang berada di dalam Zone of Proximal Development mereka (apabila mereka tidak dapat menyempurnakan sesuatu secara persendirian tetapi memerlukan bantuan rakan sebaya atau orang dewasa) Cognitive Apprenticeship: Proses di mana seorang pelajar secara beransuransur memperoleh kepakaran kerana berinteraksi dengan seorang pakar. Mediated Learning/Scaffolding: Pelajar diberi tugasan yang kompleks, sukar, tetapi realistik kemudian bantuan yang secukupnya diberikan untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Menyokong kaedah projek, simulasi.

CIRI 4: Task pembelajaran autentik menghasilkan pembelajaran bermakna. IMPLIKASI: i.


ii.

Pembelajaran secara kontekstual. Pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah sebenar.

3.0 3.1

PENDEKATAN PENGAJARAN-PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME Pengajaran Langsung.

Model ini berarahkan guru dimana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara langsung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran supaya menyusun langkah pengajaran dan pembelajaran. Penerangan konsep oleh guru diiukuti oleh ujian kefahaman dan latihan dengan bimbingan guru. Contohnya seperti kuliah dan latih tubi 3.2 Pendekatan Koperatif

Model pembelajaran ini berfokuskan kepada perkembangan konsep dan kemahiran melalui kerja berkumpulan. Kaedah ini akan meningkatkan kemahiran interaksi sosial dan perpaduan antara ahli kumpulan dan pembelajaran ini jugamempunyai impak ke atas pencapaian akademik dan harga diri murid-murid 3.3. Pengajaran Masteri

Model ini digunakan untuk menyesuaikan pengajaran dimana faktor perbezaan individu diambil kira. Dalam kaedah ini isi pelajaran disusun daripada mudah kepada kompleks sebelum disampaikan kepada murid-murid agar murid dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masing-masing. Jika diajar secara terperinci, murid dapat menguasai objektif P&P. Berpusatkan pelajar, tetapi dalam kumpulan. Aktiviti dipecahkan kepada unit-unit kecil dan guru memberikan bimbingan kepada pelajar.

4.0

IMPLIKASI TEORI KONSTRUKTIVISM KE ATAS AMALAN PEDAGOGI Pedagogi yang digunakan ialah pemusatan pelajar dengan guru

menyediakan peluang-peluang untuk pelajar dapat membina pengetahuan dan membentuk kemahiran, yang mana mereka dapat menghubungkaitkan pengalaman lampau (old knowledge) mereka dengan kegunaan masa depan. Menggunakan pemprosesan atas-bawah, iaitu pelajar bermula dengan masalah atau tugasan yang kompleks dan menemui ilmu pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah itu atau untuk menyempurnakan tugasan berkenaan. Pemprosesan Atas-Bawah mula dengan tugasan yang kompleks dan kemudian cari kemahiran asas yang diperlukan untuk menyelesaikannya Contoh: Tulis karangan dahulu sebelum belajar ejaan, tata bahasa dan tanda baca Tradisional (bawah-atas) kemahiran asas secara beransur-ansur diterapkan menjadi kemahiran kompleks Pembelajaran Koperatif: Berasaskan pendapat bahawa pelajar lebih mudah mempelajari dan memahami konsep yang sukar sekiranya mereka diberi peluang untuk membincangkannya dengan orang lain. Generative Learning Mengajar pelajar strategi-strategi yang spesifik cara-cara memproses secara mental maklumat-maklumat baru.

Pembelajaran Discovery: Pelajar sangat digalakkan untuk belajar sendiri dengan melibatkan diri secara aktif dengan prinsip dan konsep. Guru pula menggalakkan pelajar untuk mengalami sendiri dan menjalankan eksperimen yang akan membolehkan mereka menemui prinsip Bruner, We teach a subject not to produce little living libraries on that subject, but rather to get a student to thinkfor himself, to consider matters as an historian does, to take part in the process of knowledge-getting. Knowing is a process, not a product Pembelajaran perlu bersifat fleksible dan eksploratori dan mengambil kira faktor sikap pelajar terhadap pembelajaranGunakan pelbagai bahan dan permainan. Memberi kelonggaran kepada pelajar untuk memuaskan rasa ingin tahu mereka walaupun idea yang dicari itu tidak ada kaitan langsung dengan apa yang dipelajari. Gunakan contoh-contoh yang bertentangan dengan isi kandungan untuk menghubungkaitkan tajuk

4.1 Implikasi Lain Guru sebagai fasalitator dan haruslah dapat menyediakan aktiviti-aktiviti berasaskan hands-on dan minds-on (mengwujudkan pengalaman aktif); Berusaha mewujudkan interaksi antara guru-murid dan murid-murid untuk proses negotiation (termasuk refleksi) bagi proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep (abstraksi); Sediakan aktiviti-aktiviti yang meransangkan fikiran, sama ada soal-jawab atau dalam proses penyelesaian masalah. Guru juga sesuai berperanan sebagai pelajar atau penyelidik, supaya guru lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan.\ Penilaian dalam proses P&P pula merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan munasabah dan pegetahuan.Pendekatan konstruktivis juga menekankan pembelajaran janaan, penyoalan atau strategi-strategi inkuiri dan kemahiran metakognitif yang lain. Kaedah Pembelajaran Discovery dan Scaffolding merupakan kaedah

pengajaran konstruktivis yang berasaskan teori pembelajaran kogniti. Teori PD Bruner menekankan aspek pembelajaran kendiri secara aktif, perasaan ingin tahu, dan penyelesaian masalah secara kreatif pelajar.

5.0

KELEBIHAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

i. Berfikir Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan. ii. Faham Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang murid yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru. iii. Ingat Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. iv. Yakin Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.

v. Kemahiran sosial Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka. vi. Seronok Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.

6.0

PERANAN

MURID

DAN

GURU

SERTA

CABARAN

KELAS

KONSTRUKTIVISME Apabila pembelajaran secara konstruktivisme diamalkan dalam kelas, peranan murid dan guru akan berubah. Terdapat beberapa perubahan dalam bilik darjah khususnya tentang peranan murid dan guru serta cabarancabaran yang mungkin dihadapi oleh mereka dalam pembelajaran secara konstruktivisme. Peranan Murid Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian secara individu mereka membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah. Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham. Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan. Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.

Peranan Guru Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka. Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid. Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka. Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis. Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain. Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan dikemukakan. Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan. Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu. Membimbing murid mendapatkan jawapan yang tepat.

7.0

KESIMPULAN Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk

memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan. Guru juga berperanan untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep. Menurut pandangan konstruktivime, kanak-kanak membina pengetahuan barunya dengan sendiri dengan menyesuaikan pengetahuan sedia ada. Melalui konsep konstruktivisme ianya mungkin akan sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan matematik masa kini. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui sebelum ini. Sesungguhnya, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pembelajaran secara konstruktivisme dan koperatif. Selain daripada itu, guru juga harus bersedia dengan pelbagai kaedah pengajaran supaya dapat membuka minda kanak-kanak tentang keindahan dan kepentingan pendidikan matematik dalam kehidupan seharian.

Vous aimerez peut-être aussi